Pages

Thursday, December 30, 2010

Pergaulan Bebas - mendekatkan kepada Zina


Pergaulan Bebas Adalah Ciri Yang Mendekatkan Kepada Zina.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Salah satu perbuatan dosa besar adalah berzina. Islam melarang keras perbuatan berzina kerana perbuatan ini adalah perbuatan keji dan boleh merosakkan keturunan dan akan menimbulkan persengkitaan di dalam masyarakat .

Islam bukan saja melarang perbuatan zina tetapi Islam juga melarang segala bentuk perbuatan yang boleh menghampiri zina.

Di antara beberapa kaedah pokok dalam perundangan Islam, terdapat satu kaedah yang menyatakan: “Apa yang membawa kepada haram itu, hukumnya adalah haram.

Jika perbuatan seseorang itu belum sampai kepada tahap zina yang membawa hukuman hadd, maka ia dikenakan takzir, sama ada perbuatan itu belum mencukupi syarat-syarat seperti berkhalwat, berpeluk-peluk, bercium-ciuman dan lain-lain seumpamanya. Semua itu adalah haram dan dikenakan takzir. Ia tidak syak lagi merupakan pendahuluan zina, maksiat dan dosa besar.

Perbuatan menghampiri zina (takrabul zina) ini cukup jelas di firmankan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Quran surah al-Israk ayat 32 yang bermaksud :

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan."

Semua perlakuan dalam hubungan di antara lelaki dan wanita yang sudah akil baligh dan bukan mahram, samaada dari segi zahir atau batin dikira sebagai perbuatan zina. Apa lagi perhubungan fizikal yang lebih rapat (bercumbu-cumbun, berdua-duaan, berdansa dan berhimpit-himpitan), terutama dalam keadaan aurat terdedah.

Dalam Islam, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita ajnabi dilarang keras kerana segala tindak tanduk dalam pergaulan itu membuka peluang kepada mukadimah zina dan seterusnya melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sahabat yang dimuliakan,

Islam bukan sahaja melarang mereka yang menghampiri zina tetapi Islam juga melarang mereka yang bersubahat dan terlibat secara langsung dengan perbuatan menghampiri zina.

Ramai di antara kita tidak menyedari bahawa kita telah meletakkan sahamnya dan memberi ruang kepada perbuatan terkutuk ini. Di kalangan masyarakat Islam sekarang , ramai ibu bapa yang memberi peluang kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelaki, semata-mata untuk mereka berkenal-kenalan dahulu sebelum berkahwin.

Nabi S.A.W bersabda maksudnya :

“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka jangan sekali-kali dia berkhalwat dengan perempuan yang tidak ada bersamanya mahramnya, (kerana) sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga bersama kedua mereka itu.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Mereka tidak sedar atau mungkin sengaja tidak mahu menyedari bahawa dengan tindakan itu, mereka turut bersubahat memberi peluang anak gadis mereka terbabit di dalam budaya 'takrabul zina'. Mungkin anak gadis mereka tidak melakukan zina, tetapi mereka sekurang-kurangnya sudah mendekati zina seperti melakukan zina mata, zina tangan, zina kaki atau zina hati dengan teman lelaki mereka.

Ibu bapa juga kena ingat bahawa sekiranya anak gadis mereka sudah bertunang sekali pun mereka masih tidak dibenarkan keluar berdua-duaan dengan tunangnya tanpa mahramkerana selagi belum dijalankan akad nikah maka mereka diharamkan untuk berdua-duaan dan bergaul dengan bebas.

Sahabat yang dihormati,

Pengaruh budaya barat dalam kegiatan sosial ini harus disedari sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam, sekali gus meruntuhkan kekuatan umat Islam sendiri.

Peringkat awal, orang barat melancarkan perang bersenjata terhadap kerajaan Islam, tetapi gagal. Mereka menukar strategi kepada perang psaikologi, termasuk mendedahkan corak hiburan [melampau ] yang membawa kepada pergaulan bebas.

Hiburan dari barat sengaja dieksport ke negara Islam sebagai satu strategi perang psikologi untuk melemahkan umat Islam. Tanpa kesedaran ini, umat Islam bukan sahaja tidak peka dengan matlamat hiburan barat itu, malah mereka menerimanya sebagai seni dan budaya global.

Allah S.W.T mengingatkan Rasulullah S.A.W dalam firman-Nya yang bermaksud :

" Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah: 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)..."

(Surah al-Baqarah ayat 120)

Fenomena keruntuhan akhlak kini semakin serius di kalangan remaja Islam sehingga merebaknya wabak bohsia, bohjan dan pembuangan anak.

Betapa besarnya dosa zina Allah S.W.T berfirman maksudnya :

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina (yang belum berkahwin), hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.

(Surah An- Nur ayat 2)

Seseorang yang melakukan zina Muhsan (sudah berkahwin) , sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati.

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.

Daripada Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid al-Juhani berkata :

Seorang lelaki desa datang menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seraya berkata : ” Wahai Rasulullah ! Atas nama Allah, saya minta kepada Tuan supaya Tuan menjatuhkan hukuman kepada saya sesuai dengan Kitabullah.”

Kemudian berkata lelaki lawannya dan dia itu lebih pintar daripadanya: “Ya betul ! Putuskanlah perkara kami sesuai dengan Kitabullah dan izinkanlah saya lebih dahulu berbicara.

Bersabda Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam “Berbicaralah.”

Katanya : “Anak lelaki saya bekerja menjadi pekerja orang ini, maka dia berzina dengan isteri orang ini dan sesungguhnya saya telah diberitahu bahawa anak saya itu harus dihukum rejam, maka saya tebus dia dengan seratus ekor kambing dan seorang sahaya perempuan. Kemudian saya bertanya kepada ahli ilmu, maka mereka mengatakan kepada saya bahawa anak saya itu dihukum sebat seratus kali dan dibuang negeri selama satu tahun, sedangkan isteri lelaki ini mendapat hukuman rejam (sampai mati).

Maka bersabda Rasullullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam :

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya aku akan menjatuhkan hukuman di antara kedua belah pihak sesuai dengan Kitabullah. (Tebusan) Hamba sahaya dan kambing itu ditolak dan ke atas anakmu sebat seratus kali dan dibuang negeri satu tahun. Wahai Unais ! Besok pagi pergilah engkau kepada isteri orang ini ( dan periksa apakah dia memang berzina), jika dia mengaku, maka rejamlah dia !”

Berkata Abu Hurairah :

Besok pagi Unais pergi kepada perempuan itu, (ternyata) dia mengaku (berzina).” Rasulullah memerintahkan supaya dihukum rejam, maka direjamlah perempuan itu.”

(Hadis riwayat Muslim)

Sahabat,

Di dalam realiti kita sekarang ini hukum hudud tidak dijalankan, sekiranya seseorang itu telah melakukan zina dan dia telah insaf di atas kesalahannya yang lalu maka jalan terbaik adalah dia bertaubat nasuha dan berazam tidak akan mengulanginya lagi perbuatan tersebut.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu siang untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu malam, dan membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu malam untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu siang. Hal ini berkekalan sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat."

Marilah sama-sama kita berusaha bersungguh-sungguh menasihati anak-anak kita dan remaja masa kini semoga mereka menjauhi zina dan aktiviti yang boleh menjurus kepada zina.

Jika kita mendiamkan diri dan membiarkan anak-anak zina lahir ke dunia tanpa disekat jalan-jalan yang membawa kepada zina, maka kita khuatir bala Allah S.W.T akan menimpa kita semua.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya :

“Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”

(Hadis Riwayat Ahmad dengan sanad yang baik)

[semoga kita semua dilindungi dan diberikan kekuatan untuk dapat berpegang

teguh dengan AgamaNya.]

by Abu Basyer

Wednesday, December 29, 2010

Apa Itu Saka?




Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau tidak langsung.

Secara langsung - ialah melalui pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya.

Secara tidak langsung - jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)


Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA.

Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka . Hakikatnya apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi [kita] terdahulu maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.


KENAPA SAKA DI AMBIL?

Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-Islam, ketika itu tiada peralatan mesin, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan/persaingan untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka akan ditindas.

Maka saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga sebagai contoh saka harimau dijadikan alat tunggangan/kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata, untuk menjaga kebun dan sebagainya.

Saka hantu raya pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti menebas kebun dalam satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.


Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang Melayu kerana mereka menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang Cina dan India saka ini dijadikan tuhan mereka.


Kerana saka, orang Melayu amat terkenal dengan sikap hasad dengki dan iri hati.


Sebelum saka ini diambil ia tinggal di hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.

Saka ini sememangnya golongan jin.


Saka ini terbahagi kepada dua;

i) jin Islam – saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima perang dan pengamal perubatan.

ii) jin Kafir – saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat secara tidak Islam.


Jin ini diambil dengan amalam tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti bertapa pada hari-hari tertentu.

Jin Islam lebih sukar diambil kerana memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu ketika bertapa.

Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan dangan memberi persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih jagung,pulut kuning, telor rebus dan sebagainya.


Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka barulah timbul istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua belah pihak.


Akujanji terbahagi kepada 2;

i) Penerima Saka

Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada keramaian, kenduri, dapat anak dsb.

ii) Saka

Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan, sebagai alat perhubungan/telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal dan mental (kebal dan kuat)


Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat/ mungkir janji.

Ini kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan kemudian.

Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.


Jamuan untuk saka berupa ayam panggang, pulut kuning, telor rebus bertih jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.


3 sebab mengapa ANDA [menjadi] pilihan SAKA:


1- Kedudukkan dalam keluarga- kebiasaan saka akan mengikut anak sulong dalam keluarga tersebut.

2- Seseorang yang sering disakiti dan dizalami secara sihir.


Saka akan hadir untuk memberikan pertolongan namun begitu apabila usahanya tidak mendapat habuan seperti jamuan yang dinyatakan di atas maka keadaan orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.

3- Kesayangan keluarga.

(salah satu faktor,1 dan 2 atau kesemua faktor di atas)


GANGGUAN SAKA

Gangguan saka terbahagi kepada 6:

1- Gangguan fizikal

2- Gangguan Mental

3- Kekeluargaan

4- Zuriat

5- Rezeki

6- Keharmonian hidup

[PENJELASAN]

1-Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:


a) Nampak -kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.

b) Tidak nampak- mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa berdebar-debar, gangguan haid. Ada pesakit yang tidak datang haid bertahun-tahun. Atau haid yang tidak normal.

Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak dapat mengesahkan punca. Contoh sakit Tiroid, tetapi bila buat ujian hormon [ dalam] darah seimbang.


2- Gangguan Mental

a) Bagi lelaki –sikap panas baran yang melampau, bagi perempuan sikap cemburu yang keterlaluan.

b) Halusinasi-sampai peringkat bercakap sendirian.

c) Terdengar suara-suara halus

Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental/gila


3- Gangguan Kekeluargaan

Keluarga pecah belah, sentiasa tidak bersependapat, bermusuhan, panas. Hubungan suami isteri sentiasa bergelora. Hal kecik jadi punca pergaduhan. Suami/isteri memandang pasangan tanpa rasa cinta.

Selalunya hubungan ibu dgn anak sulong sentiasa tidak kena..Ibu macam mencari kesalahan anak.


4- Gangguan Zuriat

a) Masalah Jodoh- Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga sukar mendapat jodoh-bujang terlajak. Kalau lelaki suka, perempuan yang tidak suka atau sebaliknya.

b) Sekiranya sudah berkahwin lambat dapat anak/ tidak dapat anak. Dapat anak cacat sama ada cacat fizikal/mental.

Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana, saka ini telah memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam kandungan gugur.


5- Gangguan Rezeki


Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan seolah tidak menjadi. Buat business tak untung, susah nak dapat kerja, peluang.


6- Gangguan keharmonian hidup.

Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama rakan/jiran tidak mesra dsb. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap org lain.


APAKAH PENYELESAIAN MASALAH SAKA?

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya ada 2:

1- Bela

Sekiranya dibela ia perlu diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak ia akan menganggu.

2-Buang

Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri dari masalah ini.

Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz). Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih berkuasa daripada Allah.


Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang sama saka akan datang dengan dua tujuan:

1) melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka

- sekirannya mendapat habuan-makanan.

2) bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.

-tidak mendapat makanan.

Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka.


Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan. Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.


Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan kita yang terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. Walau sekuat mana penafian anda dengan mengatakan ayah saya seorang kuat agama, tuk saya ulama, saya seorang ustaz.


Sekiranya ilmu agama kita kuat saka akan menjauh tidak menggangu tetapi bagaimana dengan anak cucu kita nanti. Sekiranya anda menafikan kewujudan saka, bermakna anda juga menafikan kewujudan alam jin.

Hampir 90% pesakit yang membuat rujukan ada melibatkan SAKA.

Ramai juga yg dah sedia tahu mereka ada saka, tapi masih ramai tidak tahu rupa-rupanya selama ini punca permasalahan adalah Saka

by Abdul Aziz Ismail Nuh



--------------------------
*Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan membela saka menjurus kepada syirik dan khurafat-. Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih berkuasa daripada Allah.Tidak kira dia jin islam apatah lagi jin kafir.

*Rawatan berkonsepkam Islam tidak boleh dimasukkan dalam kategori perubatan Melayu tradisional kerana rangkaian al-Quran yang dibaca itu jelas ayat-ayatnya, hadis-hadis dan sunnah Rasulullah itu nyata sumbernya manakala doa-doa yang dipohon juga jelas maksud dan susunan katanya. Memang terdapat beberapa rangkaian kata Melayu yang digunakan dalam kaedah ini, tetapi penggunaan rangkaian kata yang dapat difahami maknanya serta tidak mengandungi ungkapan kata yang menyalahi hukum yang diharamkan Allah di samping tidak mengandungi kata-kata yang membawa syirik. Semua yang diamalkan ini adalan tidak bersalahan dengan ajaran Islam.

*Kebanyakan daripada Tok Bomoh dan seumpamanya menggunakan jampi atau mentera yang menyeru khadam-khadam untuk meminta pertolongan bagi membantu mereka memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengunjungi mereka. Biasanya jampi mentera itu dimulai dengan bacaan Basmallah …………. Dan di sudahi dengan selawat ke atas Nabi atau dengan menyebut Lailahailll Allah Muhammadar Rasulullah ". Tetapi di tengah-tengah jampi mentera mereka terdapat seruan-seruan kepada Jin bagi meminta pertolongan mereka dalam mengubati pesakit atau mendapatkan

*ayat-ayat Al -Quran khusus yang dapat mendinding kita serta keluarga daripada gangguan SAKA
- Al Fatehah,Al Baqarah 1-7 dan ayat 255 dan Surah Alam Nasyrah....




Kedurjanaan Syi'ah _Warga Syi'ah Wuquf di Karbala

Ribuan Warga Syi'ah Wuquf di Karbala



Sumber-sumber berita resmi Irak menyatakan bahwa ribuan warga Syi'ah dari Iran dan negara-negara Teluk melaksanakan wuquf di Karbala, sebagai pengganti wuquf di Arafah, Selasa (23/11).

Najah Al-Balaghi, Kepala Administrasi Bandara Nejef, menyampaikan, "Ribuan pengikut Syi'ah datang dari negara-negara Teluk dan Iran untuk berpartisipasi dalam kunjungan Arafah di makam Imam Husain di Karbala, Selatan Baghdad." Ia menambahkan, " Dalam minggu ini jumlah mereka mencapai 6.235 dari Teluk dan sekitar 7.000 orang dari Iran."


Al-Balaghi juga menegaskan bahwa jumlah pengunjung ini akan bertambah, menunggu pesawat yang bisa membawa mereka ke Nejef. Dalam sehari rata-rata ada penerbangan berasal dari Dubai, Bahrain, Lebanon dan Suriah setelah sebelumnya hanya ada dua kali penerbangan dalam seminggu. Penerbangan ke Teheran dan Masyhad (lokasi syahidnya Husain) dari satu sampai empat kali penerbangan dalam seminggu.


Tokoh Referensi Syi'ah, Huda Ahmed, Wakil dari Mursyid Ali Khamenei, dari kota Masyhad menyerukan untuk menjadikan Masyhad itu sebagai kiblat kaum muslimin, menggantikan kota Mekah. Dia juga mengajak untuk meninggalkan rukun Islam kelima yaitu haji ke Baitullah.


Perwakilan Khamenei ini menyatakan bahwa "Makam Imam Ridha berada di Masyhad, maka ia pun menjadi tempat yang tepat bagi seluruh umat Islam. Sementara tempat-tempat lain, telah menjadi tawanan orang-orang yang sombong." Ia menambahkan, "Tanah Hijaz telah menjadi tawanan kelompok Wahabi,"

.

Huda menunjukkan bahwa Masyhad ini setiap tahun dikunjungi oleh 800 ribu pengunjung dari luar negeri dan dan 20 juta pengunjung dari dalam negeri Iran sepanjang tahun.. Ia mengklaim bahwa Masyhad adalah ibukota spiritual dan keagamaan, bahkan sebelum adanya makam Imam Ridha, imam Syi'ah yang kedelapan, di dalamnya.

Iran Ingin Mengontrol Tempat-tempat Suci di Arab Saudi

Ahli Strategi Mesir dan mantan panglima perang, Hussam Sweilem mengungkapkan bahwa, Iran ingin mengontrol tempat-tempat suci di Arab Saudi.



Ia menyatakan, bahwa usaha "tashdir tsaurah" (ekspor revolusi) Iran memiliki departemen tersendiri di Kementerian Luar Negeri Iran yang bekerja secara sistematis. Mereka telah masuk ke Eritrea yang miskin, dan sedang menuju ke gerbang laut merah yang mengontrol terusan Suez. Dari sini Iran dapat mengancam Yaman dan Arab Saudi dan meneruskan persenjataannya ke Sudan dan Mesir. Oleh karena itu ia membuat sebuah pangkalan militer dan kilang minyak di Eritrea."


Husam menambahkan, "Kami tahu apa yang harus dilakukan Houthi di Yaman dekat perbatasan Saudi-Yaman untuk melayani Iran dan mewujudkan tujuannya dalam mengendalikan tempat-tempat suci di Arab Saudi."


Seorang Peneliti Arab Saudi yang berada di Inggris, Aid Bin Saad Al-Dusari, sebelumnya telah membongkar adanya usaha untuk mengotori Ka'bah dengan darah para jamaah haji untuk memunculkan "Imam Mahdi" versi Syi'ah.


Al-Dusari juga menjelaskan, serangan Syi'ah ini adalah bagian dari persiapan untuk revolusi Mahdi dan pembebasan Mekah dan Madinah dari "orang musyrik," menurut mereka. (Sn/im)

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/dunia/parah-ribuan-warga-syi-ah-wuquf-di-karbala.htm



Tuesday, December 28, 2010

Pengkhianatan Syi'ah- usaha untuk membunuh Salahuddin Al Ayubi


Pengkhianatan Syiah dan Usaha Mereka untuk Membunuh Shalahuddin Al-Ayyubi




Orang-orang Syiah belum lupa bahwa Shalahuddin Al-Ayyubi adalah orang yang telah melenyapkan Daulah Fathimiyah di Mesir, dan kembali memberikan tempat bagi Ahlu sunnah wal jamaah. Karena itulah, mereka berusaha berulang kali untuk membunuhnya, untuk mendirikan Daulah Fathimiyah yang baru. Dan dalam semua konspirasi ini mereka meminta bantuan kepada orang-orang asing serta berkirim surat kepada mereka.

Al-Maqrizi berkata dalam As-Suluk, "Pada tahun 569 H sekelompok penduduk Mesir berkumpul untuk mengangkat salah seorang anak Al-Adhid —Khalifah Fathimiyah terakhir di Mesir- dan membunuh Shalahuddin Al-Ayyubi, serta mengirimkan surat kepada orang-orang asing guna meminta bantuan dari mereka.

Di antara mereka adalah; Al-Qadhi al-Mufaddhal Dhiya'uddin Nasrullah bin Abdullah bin Kamil AlQadhi, Syarif Al-Julais, Najah Al-Hamami, Al-Faqih Imarah bin Ali Al-Yamani, Abdusshamad Al-Katib, Al-Qadhi Al-A'az Salamah Al-Uwairis seorang ketua pelaksana Dewan Konsiderasi dan Kehakiman, dai para dai Abdul Jabir bin Ismail bin Abdul Qowi, dan Wa'iz Zainuddin bin Naja.

Ibnu Naja melaporkan mereka kepada sultan dan meminta padanya untuk memberikan kepadanya semua yang ada pada Ibnu Kamil Ad-Da'i berupa jabatan dan semua fasilitas. Permintaannya itu dikabulkan, kemudian orang-orang tersebut dikepung dan dihukum gantung. Shalahuddin mulai mengawasi setiap orang yang mempunyai ambisi terhadap Daulah Fathimiyah.


Beliau membunuh dan menahan banyak orang. Kepadanya disarankan untuk memberangkatkan seluruh pasukan dan pegawai istana serta panglima tentara Sudan ke wilayah dataran paling tinggi. Beliau menangkap seorang laki-laki bernama Qadid, salah seorang propagandis Daulah Fathimiyah di Alexandria pada hari Ahad, hari kelima belas di bulan Ramadhan.


Meskipun para pengkhianat yang telah mengadakan konspirasi telah dibunuh, tetapi orang-orang asing tetap datang sesuai dengan hasil korespondensi yang telah dilakukan di antara mereka sebelumnya.


Al-Maqrizi berkata, "Pada tahun itu, armada tentara asing mendarat secara tiba-tiba di Shaqaliah melalui pintu Alexandria pada akhir bulan Dzulhijah. Orang yang telah mempersiapkan armada ini adalah Ghalyalam bin Rajar, penguasa Shaqaliyah yang berkuasa pada tahun 560 H sesudah ayahnya. Ketika armada pasukan ini berlabuh di dermaga, mereka menurunkan seribu lima ratus kavaleri dari kapal-kapal perang mereka. Jumlah mereka adalah tiga puluh ribu prajurit, antara penunggang kuda dan pejalan kaki. Jumlah kapal yang mengangkut peralatan perang dan blockade adalah enam kapal, dan yang mengangkut perbekalan dan para personil adalah empat puluh kapal perang, mereka kira-kira berjumlah lima puluh ribu pejalan kaki.


Mereka berlabuh dekat mercusuar dan mereka menyerang kaum muslimin sampai mendesak mereka ke As-Sur. Jumlah kaum muslimin yang terbunuh sangat banyak. Kapal-kapal perang asing bergerak secara perlahan-lahan ke pelabuhan, sementara di sana terdapat kapal-kapal kaum muslimin, kemudian mereka menenggelamkannya. Mereka dapat menguasai darat dan membuat perkemahan di sana. Jumlah perkemahan mereka di darat mencapai tiga ratus kemah, mereka terus bergerak untuk mengepung seluruh negeri, dan mereka memasang tiga buah peralatan perang untuk menghancurkan benteng dan tiga buah katapel besar yang melontarkan batu hitam besar.

Sultan Shalahuddin sedang berada di Faqus dan mendapat berita pada hari ketiga setelah orang-orang asing berlabuh. Dia mulai menyiapkan pasukan dan membuka pintu gerbang. Kaum muslimin menyerang orang-orang asing dan membakar peralatan perang mereka. Allah mendukung mereka dengan pertolongannya.


Orang-orang asing banyak terbunuh dan kaum muslimin merampas peralatan perang, barang-barang, dan persenjataan yang tidak mungkin dapat diperoleh kecuali dengan kerja keras melawan mereka. Sisa-sisa tentara asing kembali berangkat berlayar pada awal tahun tujuh puluh.


Tahukah Anda, berapa jumlah banyaknya pengkhianatan dari mereka? Seandainya Allah tidak memberikan nikmatnya kepada Shalahuddin dan orang-orangnya dan menolong mereka, tentu saja sebagaimana yang dikatakan oleh AlMaqrizi; akan semakin banyak susah payah, pengorbanan jiwa, dan darah yang mengalir. Semua ini, tidak lain adalah perbuatan dari orang-orang Syiah.


Belum lagi tahun 569 H berlalu dan datang tahun 570 H, orang-orang Syiah sudah merencanakan pengkhianatan lain, yaitu untuk mendirikan Daulah Fathimiyah dan membunuh Shalahuddin.


Al-Maqrizi berkata, "Pada tahun itu, Kanzuddaulah pemimpin Uswan mengumpulkan orang-orang Arab dan Sudan, menuju Kairo ingin mengembalikan Daulah Fathimiyah. Untuk mengumpulkannya mereka dia mengeluarkan uang yang sangat banyak. Ikut bergabung bersamanya orang-orang yang mempunyai ambisi yang sama, kemudian dia membunuh beberapa orang pejabat Shalahuddin.


Di desa Thud, muncul seorang laki-laki yang dikenal dengan nama Abbas bin Syadi, dia merebut negeri Qush dan merampas harta kekayaannya. Kemudian sultan Shalahuddin menyiapkan saudaranya raja Adil dengan pasukan yang besar, bersamanya pula Al-Khathir Muhadzdzib bin Mamati, kemudian dia berangkat dan memerangi Ibnu Syadi dan menghancurkan pasukannya serta membunuhnya. Setelah itu dia berangkat kembali dan bertemu dengan Kanzuddaulah di pinggiran kota Thud. Terjadilah peperangan di antara mereka berdua. Dalam peperangan tersebut, Kanzuddaulah melarikan diri setelah mengetahui banyak prajuritnya yang terbunuh. Akhirnya Kanzuddaulah terbunuh juga pada tanggal tujuh Shafar, dan raja Adil pun pergi ke Kairo.


Pengkhianatan ini bukan hanya sekadar berusaha membunuh Shalahuddin As-Sunni saja, yang telah melenyapkan Daulah Syiah di Mesir, tetapi juga akan membawa akibat yang timbul dari hal tersebut, yaitu semakin berbahayanya orang-orang asing di negara Syam. Ketika sultan Shalahuddin hendak mendatangi mereka, salah satu penghalang utamanya adalah pengkhianatan orang-orang Syi'ah kepadanya dalam kekuasaannya di Mesir.


Ibnu Katsir Rahimahullah berkata, "Tahun 570 H telah tiba dan sultan raja An-Nashir Shalahuddin bin Ayyub berkeinginan untuk masuk ke negara Syam guna melindunginya dari orang-orang asing, tetapi beliau ditimpa suatu permasalahan yang membuatnya mengenyampingkan keinginannya itu, yaitu bahwa orang-orang asing telah datang ke pesisir Mesir dengan armada perang yang belum pernah ada yang menandinginya dalam jumlah kapal perang, peralatan perang, dan blokade serta pasukan.


Salah satu yang juga menghalangi keberangkatan AnNashir ke Syam adalah seorang laki-laki yang dikenal dengan Al-Kanz. Sebagian orang-orang memanggilnya dengan Abbas bin Syadi, dia adalah salah seorang Mayor di wilayah-wilayah Mesir dan Daulah Fathimiyah. Dia dihubungkan dengan suatu negeri yang bernama Aswan, dia membuat orang-orang bergabung bersamanya. Maka bergabung bersamanya para rakyat jelata dari kota maupun dari desa. Dia menganggap bahwa dirinya dapat mengembalikan Daulah Fathimiyah dan melawan AI-Atabikah Turki....


Ketika negara telah kembali tenang dan tidak ada pemimpin dari Daulah Abidiyah (Fathimiyah) di sana, Shalahuddin muncul bersama pasukan Turki menuju negara Syam, yaitu ketika sultannya Nuruddin Mahmud bin Zanki wafat dan para penduduknya ditakut-takuti, dasar-dasarnya melemah dan para pemimpinnya berselisih. Tujuannya adalah menguatkan persatuan, berbuat baik kepada penduduknya, menolong Islam, melawan orang-orang zhalim, mengembalikan keagungan Al-Qur'an, melenyapkan semua agama "sesat" dan menghancurkan salib dalam keridhaan Allah yang Rahman serta memerangi setan.


Ketika memasuki Damaskus, beliau didatangi oleh para pejabat negara untuk berdamai dengannya, mereka melihatnya sangat baik, kemudian beliau segera berangkat ke Halab, karena telah terjadi kekacauan dan kerusuhan di sana.

Beliau meminta saudaranya Thaghtakin bin Ayyub yang dijuluki dengan Saiful Islam untuk menjadi wakilnya di Damaskus. Ketika melewati Himash, beliau tinggal di sana dan tidak berusaha merebutnya. Kemudian beliau berangkat ke Hamat dan mengambilnya dari pemimpinnya Izzuddin bin Jibril lalu memintanya menjadi duta besarnya di antara dia dengan orang-orang Halab, dan dia memenuhi permintaannya.


Dia mendatangi mereka dan memperingatkan mereka atas nama Shalahuddin, tetapi mereka tidak memperdulikannya, bahkan memerintahkan untuk menahannya dan menangkapnya. Maka informasi kepada sultan menjadi terhambat, kemudian beliau mengirim surat kepada mereka, menyalahkan mereka atas terjadinya pertikaian dan tidak adanya persatuan, serta mengingatkan mereka dengan apa yang terjadi pada masanya, ayahnya, serta pamannya, ketika membantu Nuruddin dalam pengambilan beberapa keputusan yang baik yang disaksikan oleh para ahli agama. Kemudian beliau berangkat ke Halab dan berhenti di gunung Jausyan.


Di sinilah setan manusia merusak hati anak raja Nuruddin Mahmud dengan memprovokasi penduduk Halab untuk memerangi Shalahuddin. Itu dilakukannya dengan cara menunjuk para pemimpin senior.Para penduduk pun memenuhinya, karena keharusan bagi setiap orang untuk mematuhinya.

Orang-orang Syiah memberi syarat kepadanya, yaitu;

dengan :

*mengembalikan kalimat "Hayya ala khairil amal" dalam adzan dan diumumkan di pasar-pasar,

*kemudian bagian sebelah timur masjid untuk mereka,

*nama-nama para imam dua belas harus disebutkan di sisi jenazah

*dan mereka bertakbir dalam shalat jenazah sebanyak lima kali,

*dan akad nikah mereka diserahkan kepada Syarif bin Abil Makarim Hamzah Al-Husaini.


Semua persyaratan mereka dipenuhi; semua masjid di seluruh negeri mengumandangkan adzan dangan "Hayya ala khairil amal." Para penduduk tidak mampu melawan AnNashir, dan mereka mengerahkan semua cara untuk menyerangnya. Pertama-tama mereka mengirimkan surat kepada Syaiban pemimpin Al-Hisbah, kemudian dikirimlah beberapa orang sahabatnya untuk membunuh An-Nashir, tetapi tidak berhasil sama sekali, akan tetapi mereka berhasil membunuh sebagian pejabat yang ada, kemudian muncul kembali yang lainnya dan mereka membunuh semuanya.


Pada saat itu, mereka mengirim surat kepada AlQaumash pemimpin Tharablus Al-Faranji dan menjanjikan padanya harta yang banyak apabila dia dapat membuat AnNashir pergi dari mereka. Al-Qaumash pernah ditahan oleh Nuruddin selama sepuluh tahun, kemudian dia menebus dirinya. Dia tidak akan melupakannya untuk Nuruddin...


"Pada tanggal empat belas Dzulhij ah tahun 571 H, beberapa orang Ismailiyah berusaha melawan sultan Shalahuddin, beliau dapat mengalahkan mereka setelah mereka melukai beberapa orang pemimpin dan pejabat.


Pada tahun 573 H, ketika sultan Shalahuddin keluar dari Kairo untuk memerangi orang-orang asing, beliau menuju Asqalan, kemudian menawan, merampas, dan membunuh. Kemudian pergi ke Ramallah dan orang-orang asing mengawasi mereka. Barnest Arnat penguasa Kurk datang pada mereka dengan pasukan yang besar. Kaum muslimin kalah dan sultan tetap bersama pasukan, kemudian beliau berperang dalam peperangan yang hebat. Beberapa orang mati terbunuh dan orang-orang asing mengambil barang bawaan kaum muslimin.


Dalam perjalanan mereka menuju Kairo, mereka merasa sangat kelelahan, bahkan beberapa orang dari mereka mati, begitu juga dengan hewan-hewan mereka. Orang-orang asing menahan beberapa orang, di antaranya adalah; Al-Faqih Dhiya`uddin Isa Al-Hakari. Sultan datang ke Kairo dan dia bersumpah bahwa dia tidak akan diserang penyakit sampai dia menghancurkan orang-orang asing, karena merekalah penyebab dari kekalahan ini.


Pada tahun 584 H, dua belas orang Syiah memberontak pada malam hari, mereka berteriak-teriak dengan mengatakan, "Wahai keturunan Ali! Wahai keturunan Ali." Mereka melewati jalan-jalan sambil berteriak seperti itu, karena mereka mengira para pejabat negara akan memenuhi ajakan mereka. Mereka melakukan itu untuk mengembalikan Daulah Fathimiyah, maka mereka mengeluarkan orang-orang yang ada di penjara dan menguasai negeri. Ketika tidak ada seorang pun yang mengikuti ajakan mereka, mereka bercerai-berai.


Inilah sebagian contoh-contoh pengkhianatan Syiah dan usaha mereka dalam usaha pembunuhan raja penolong Ahlu sunnah, Shalahuddin Rahimahullah. Mereka merencanakan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.


Nota: Petikan Buku Pengkhianatan-pengkhianatan Syiah dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam (terjemahan), oleh Dr Imad Abdus Sami’ Husain, terbitan al-Kautsar

Merasa Tidak Sesat, Syi'ah Malaysia Tidak Terima Alami Diskriminasi



Merasa Tidak Sesat, Syi'ah Malaysia Tidak Terima Alami Diskriminasi



Seorang pemimpin Syi'ah Malaysia Selasa ini (28/12) melakukan protes atas diskriminasi terhadap pengikut sekte ini setelah penahanan 200 anggota mereka oleh pejabat agama yang mengklaim mereka melanggar hukum Islam setempat.

Tokoh masyarakat Syi'ah Kamil Zuhairi Abdul Aziz mengatakan kepada AFP bahwa mereka telah mengajukan surat protes kepada komisi nasional hak asasi manusia (SUHAKAM) Malaysia setelah serangan terbaru dari ruang ibadah mereka oleh petugas agama negara.

"Aparat keamanan masuk dan merusak ruang ibadah kami yang merupakan milik pribadi, di mana kami melakukan doa khusus untuk cucu Nabi Muhammad di ruangan itu," kata dia menegaskan.

"Jika masyarakat lain seperti Hindu, Buddha, Kristen, Sikh dan lain-lain memiliki hak mereka untuk beribadah dan menjalan praktek ajaran agamanya di bawah konstitusi maka mengapa kami tidak bisa," tambah Kamil Zuhairi.

"Kami dikecam, dikritik, difitnah dan diancam di media lokal hanya karena kami mempraktekkan ajaran yang telah lama diajarkan oleh nenek moyang kami yang Syi'ah dan telah tinggal di Malaysia selama berabad-abad."

Kamil Zuhairi mengatakan ada sekitar 40.000 pengikut Syi'ah di Malaysia tetapi kebanyakan menyembunyikan iman mereka di balik pintu tertutup karena takut stigma masyarakat dan menjadi target oleh pemerintah.

Pejabat departemen agama Islam, yang menolak disebutkan namanya, kepada AFP mengatakan bahwa para tahanan sekitar 200 orang, yang meliputi warga Pakistan, Iran dan Indonesia, telah dibebaskan dengan jaminan.

Dia mengatakan penyelidikan masih berlangsung dan kelompok tersebut dapat dituntut karena tidak mengikuti Islam Sunni, yang dianggap sebagai satunya-satunya Islam yang diakui di Malaysia.

Syi'ah adalah salah satu dari beberapa sekte Islam yang divonis sesat oleh otoritas keagamaan Malaysia.(fq/afp)

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/dunia/syi-ah-malaysia-tidak-terima-didiskriminasi.htm

Monday, December 27, 2010

Horizons of Quran Healing

This is anew research we try to found the scientific basis of "Quran Healing", It's wonderful PowerPoint show .

Allah says: “We sent down (reveled) of the Qur’an that which is a healing and mercy to those who believes” (Surah 17-Aya 82).


Target of this research

This research is the result of the work of three years of search, study and experiences and lead to put the scientific foundation of “Healing by the Quran” as well as to proof the new miraculous face of the Quran, which I call: “The Healing Power of The Quran” moreover it leads to discover a new kind of medicine, which I name: “Medicine Of Information”.

Unfortunately, in our days, we see and hear about many charlatans and people who pretend to have the capacity of healing by the Quran; they use some verses from the Quran in order to convince the people that they can cure them by the Quran.

In the shadow of this huge expanding of charlatans & scamming operations, there should be some strict regulations of healing by Quran. First of all the matter requires scientific bases for this kind of healing.


The question is now: IS THE HEALING BY THE QUR’AN POSSIBLE & TRUE ???

Yes, healing by Quran is a 100% real and true act! It was proven to me with certainty that the Quran can heal from all kind of physical, psychological, evil effects, worries, envy, magic .. etc.

So, let us start together putting the scientific foundations for this most effective and powerful kind of healing, maybe we can convince our doctors and medical scientists of this amazing kind of healing!


The results

1- Putting the scientific foundation for the healing by the Qur’an.

2- The necessity of doing many scientific experiences on the effect of certain Ayas (Qur’anic verses).

3- Proving the Qur’anic miracles in the science of healing (The healing power in the Qur’anic words).

4- The healing by Qur’an includes all kind of physical and psychological illness.

5- To encourage the self healing, which means, that the sick person practices reading the Qur’anic healing Ayas (verses) on himself, if possible.

6- The necessity of reading the Qur’anic healing Ayas (verses) on water, honey, olive oil and other plants oil, which has then to be taken by the patient.

7- All kind of illness is information and it’s healing could be done by information also, and here we come to discover a new medicine called; “THE MEDECINE OF INFORMATION”.

Download powerpoint "slide show"

-------------------

By: Abduldaem Al-Kaheel

www.kaheel7.com/eng

http://kaheel7.com/eng/index.php/secrets-of-quran-a-sunnah/67-horizons-of-quran-healing


Sources:

1- Joel Schwarz, How little gray cells process sound: they're really a series of computers, University of Washington, Nov. 21, 1997.

2- Tomatis Alfred, The Conscious Ear, Station Hill Press, New York, 1991.

3- Jenny Hans, Cymatics, Basilius Presse AG, Basel, 1974.

4- Maman Fabien, The Role of Music in the Twenty-First Century, Tama-Do Press, California, 1997.

5- Emoto Masaru. The Message from Water, HADO Kyoikusha. Tokyo, 1999.

6- Keys Laurel Elizabeth, Toning the Creative Power of the Voice, DeVorss and Co. California, 1973.

7- Simon Heather, The Healing Power of Sound, www.positivehealth.com.

8- Power of Sound, www.bbc.co.uk, 20 November 2003.

9- Davis Dorinnem, Sound Bodies through Sound Therapy, Kalco Publishing 2004.

10- Sound Cooling, American Institute of Physics, discoveriesandbreakthroughs.org, April 1, 2004.

11- Black Hole Sound Waves, (NASA), Sept. 9, 2003.

12- International Sound Healing Conference, November 10 -14, 2006.

13- Carnegie Mellon, Scientists Show How Brain Processes Sound, Carnegie Mellon University, February 23, 2006.

14- Musicians have more grey matter, www.bbc.co.uk, 17 June, 2002.

15- Excitable Cells, www.users.rcn.com, 17 July 2003.

16- Beautiful music cures brain diseases and improves blood circulation, www.english.pravda.ru, 27.02.2006.

17- Hellman B, Gylfe E, Grapengiesser E, Lund PE, Berts A. Cytoplasmic Ca2+ oscillations in pancreatic beta-cells, Uppsala University, Sweden, Dec 11, 1992.

18- Revolutionary nanotechnology illuminates brain cells at work, www.nanotechwire.com, 6/1/2005.

19- Jill Neimark, Sound healing, www.findarticles.com, March, 2004.

20- DNA Code Breaker Tested Theory On Jane Austen Text, www.medicalnewstoday.com, 27 Nov 2006.

21- Sharry Edwards, Decloaking Pathogens With Low-Frequency Sound, Nexus Magazine, October-November 2000.

22- Common Cancer Treatments Toxic to Healthy Brain Cells, University of Rochester, November 30, 2006.

23- Kara Gavin, University of Michigan researchers publish new findings on the brain's response to costly mistakes, University of Michigan, April 12, 2006.

25- Brain Scans as Lie Detectors: Ready for Court Use?, Malcolm Ritter, www.livescience.com, 29 January 2006.

26- Carl T. Hall, Chronicle Science Writer, Fib detector Study shows brain scan detects patterns of neural activity when someone lies, www.sfgate.com, November 26, 2001.

27- Brain and Sound Frequencies, NEW YORK TIMES: SCIENCE SECTION 1989.