Pages

Saturday, December 31, 2011

Isu Fadak: 10 Jawapan Kepada Syiah






Abu Umair


Saya diminta oleh seorang pengunjung blog supaya mengulas atau menjawab satu isu yang dimainkan oleh Syiah, iaitu isu Fadak. Pada mulanya, saya keberatan untuk menulis artikel seumpama ini kerana dua alasan:

1- Secara peribadi, saya kurang gemar menulis artikel berbentuk radd atau membalas hujah pihak lain. Kecuali jika ada keperluan mendesak dan sudut positifnya lebih besar daripada sudut negatif.

2- Perdebatan dengan Syiah selalunya tidak membawa banyak faedah. Bagaimana kita boleh berdebat dengan mereka dalam perkara seperti ini, padahal antara Ahli Sunnah dan Syiah terdapat jurang yang amat luas dalam masalah usul dan aqidah. Bacalah pengakuan seorang tokoh Syiah, Nikmatullah al-Jazairi:
“Kita (Syiah) tidak bersama-sama dengan mereka (Ahli Sunnah) dalam persoalan Tuhan, Nabi dan Imam. Kerana mereka (Ahli Sunnah) berkata bahawa Tuhan mereka ialah Tuhan yang mana Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah nabiNya, dan Abu Bakar ialah khalifahnya. Sedangkan kita tidak mengatakan Tuhan yang demikian, dan Nabi yang demikian. Bahkan kita mengatakan bahawa Tuhan yang mana khalifah nabiNya ialah Abu Bakar BUKAN Tuhan kami, dan Nabi tersebut BUKAN Nabi kami”. (Al-Anwar al-Nukmaniyyah 2/278).

Bagaimana kita boleh berdebat dengan mereka, sedangkan mereka tidak beriman dengan Tuhan yang kita sembah, dan Nabi yang kita ikuti? Apatah lagi dalam perkara-perkara yang lebih kecil seperti Al-Quran, Khilafah, Imamah, dan seterusnya.


APAKAH ISU FADAK?

Isu Fadak merujuk kepada kes tuntutan Fatimah r.a. daripada Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq r.a. terhadap tanah Fadak. Fadak termasuk dalam harta fai’ kerana ia dibuka tanpa melalui peperangan. Ia menjadi milik Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dan ketika hayatnya baginda membelanjakan hasil Fadak kepada kaum Muslimin yang memerlukan.


Abu Bakar al-Siddiq tidak memenuhi tuntutan pusaka oleh Fatimah, dengan alasan bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak boleh dipusakai. Harta miliknya akan menjadi sedekah selepas wafatnya.

Untuk lebih memahami isu Fadak, saya bawakan hadis yang menjadi topik dalam isu ini.

أن فاطمة والعباس عليهما السلام أتيا أبا بكر يلتمسان ميراثهما من رسول الله صلى الله عليه و سلم وهما حينئذ يطلبان أرضيهما من فدك وسهمهما من خيبر فقال لهما أبو بكر سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول (لا نورث ما تركنا صدقة إنما يأكل آل محمد من هذا المال) . قال أبو بكر والله لا أدع أمرا رأيت رسول الله صلى الله عليه و سلم يصنعه فيه إلا صنعته قال فهجرته فاطمة فلم تكلمه حتى ماتت

Maksudnya: Fatimah dan Abbas a.s datang kepada Abu Bakar menuntut pusaka mereka daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Mereka berdua menuntut tanah-tanah mereka di Fadak dan bahagian mereka di Khaibar.
Lalu Abu Bakar berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Kami tidak diwarisi. Apa yang kami tinggalkan adalah sedekah. Sesungguhnya keluarga Muhammad mengecapi rezeki daripada harta ini”.
Kata Abu Bakar lagi: Demi Allah, aku tidak meninggalkan sesuatu perkara yang aku lihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lakukan pada harta ini, kecuali aku lakukan.
Lalu Fatimah meninggalkan beliau, dan tidak bercakap dengannya sehingga wafat.
(Sahih Bukhari no: 6346, dan Muslim no: 1759).

APA KATA SYIAH?

Hadis ini digunakan oleh Syiah untuk merendah-rendahkan martabat Abu Bakar as-Siddiq r.a. lantaran beliau tidak memberikan hak pusaka kepada Fatimah r.a. hingga menyebabkan Fatimah marah kepada Abu Bakar dan tidak menegurnya sehingga wafat.

Kemudian, dikaitkan pula kes ini dengan sabdaan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, “Fatimah adalah sebahagian daripada aku. Sesiapa membuatnya murka, maka nescaya dia membuatkan aku murka”. (Direkod oleh Bukhari no 3556, dan Muslim no; 2449).

Maka mengikut sifir Syiah dalam isu ini, Abu Bakar telah membuatkan Fatimah marah dalam kes Fadak. Sesiapa membuatkan Fatimah marah, maka dia telah membuatkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam marah. Natijahnya, Abu Bakar dimurkai oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

JAWAPAN YANG MEMBUNGKAM SYIAH

1. Dalam kes ini, Syiah mendakwa Fatimah r.a. sepatutnya menerima tanah harta pusaka dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Sedangkan dalam mazhab Syiah sendiri, wanita tidak boleh mewarisi harta yang berbentuk ‘aqar (aset tetap seperti tanah, kebun, rumah) daripada simati lelaki.

Syiah menghikayatkan daripada kitab Ali r.a. “Sesungguhnya wanita-wanita tidak ada hak bagi mereka daripada aset tetap seorang lelaki jika dia meninggal dunia dan meninggalkan harta itu”. (Aqaid al-Syiah al-Itsnai Asyariyyah 162)

2. Rujukan-rujukan Syiah dalam membangkitkan isu Fadak ini didapati bercanggahan antara satu sama lain. Ada yang menyebut Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah memberikan Fadak kepada Fatimah semasa hayatnya, dan ada yang mengatakan Fatimah menuntutnya atas nama harta pusaka.

Andaikata Fadak patut dimiliki oleh Fatimah secara pemberian semasa hayat, mana mungkin beliau akan menuntutnya pula sebagai pusaka.

3. Yang sahih dalam kes ini ialah Fatimah menuntut Fadak sebagai harta pusaka daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ia jelas dimaklumi melalui lafaz-lafaz hadis yang sahih.

Tetapi Abu Bakar tidak menunaikan tuntutan tersebut kerana beliau mendengar sabdaan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, “Kami (para nabi) tidak diwarisi. Apa yang kami tinggalkan adalah sedekah”.

Fatimah telah berijtihad dalam tuntutan beliau, dan menyangka pada awalnya beliau berhak terhadap tanah tersebut. Tetapi apabila Abu Bakar menjelaskan alasan dan hujahnya, Fatimah tidak membangkitkan lagi tuntutan itu.

Kata Ibn Hajar, “Sebab Fatimah marah biarpun Abu Bakar berhujah dengan hadis tersebut ialah kerana kefahaman Fatimah tentang hadis berbeza dengan kefahaman yang dipegang oleh Abu Bakar. Seolah-olah Fatimah memahami hadis ‘Kami tidak diwarisi’ bahawa terdapat pengkhususan daripada maksud umumnya. Beliau berpendapat faedah (hasil) daripada tanah dan aset tetap yang ditinggalkan baginda tidak menghalang untuk ia diwarisi. Manakala Abu Bakar berpegang kepada keumuman hadis itu”. (Fathul Bari 6/202)


4. Kedua-dua mereka berijtihad, dan berbeza pendapat. Tetapi tidak ada keraguan dalam kes ini bahawa kebenaran berpihak kepada Abu Bakar. Kerana Sunnah dan ijmak menunjukkan bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak diwarisi.

Kata Ibn Taimiyyah, “Fakta bahawa Nabi tidak diwarisi sabit dengan Sunnah yang mencapai kata putus, dan ijmak para sahabat. Kedua-dua hujah ini adalah dalil qath’ie”. (Minhaj al-Sunnah 4/220)


5. Sebahagian Ahli Bait dari kalangan zuriat Fatimah sendiri menyokong ijtihad Abu Bakar dalam isu Fadak.

Berkata Zaid bin Ali bin Husain bin Ali, “Adapun aku, kalau aku berada di tempat Abu Bakar r.a, nescaya aku akan putuskan hukum sebagaimana diputuskan oleh Abu Bakar pada Fadak”.
Direkod dalam Sunan Baihaqi (no: 12524).

6. Seluruh imam-imam Ahli Bait termasuk Ali r.a. bersepakat bahawa tanah Fadak tidak diwarisi dan menyetujui ijtihad Abu Bakar.

Kata Al-Qurtubi, “Sesungguhnya apabila Ali menjadi khalifah, beliau tidak mengubahnya daripada apa yang dilaksanakan pada zaman Abu Bakar, Umar dan Utsman. Beliau juga tidak bertindak untuk memiliki tanah itu, dan tidak membahagikan sesuatu pun daripadanya. Malah, beliau menyalurkan hasilnya sebagaimana disalurkan oleh khalifah pada zaman sebelumnya.

Kemudian, ia dijaga oleh Hasan bin Ali. Kemudian diikuti oleh Husain bin Ali, kemudian Ali bin Hasan, kemudian Husain bin Hasan, kemudian Zain bin Husain, kemudian Abdullah bin Husain. Kemudian dipegang oleh Bani al-Abbas sebagaimana disebut oleh Abu Bakar al-Burqani dalam Sahihnya.


Mereka itu adalah tokoh-tokoh utama Ahli Bait. Merekalah yang menjadi rujukan Syiah dan imam-imam mereka. Tidak dihikayatkan dari seorang pun bahawa ada yang memilikinya, mewariskannya dan mewarisinya kepada orang lain. Kalau apa yang dikatakan oleh Syiah adalah benar, sudah pasti Ali atau salah seorang Ahli Bait akan mengambilnya”. (Al-Mufhim)

7. Berkenaan hadis bahawa sesiapa menyebabkan Fatimah marah, nescaya dia menyebabkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam marah. Hadis ini berkenaan dengan perbuatan menyebabkan Fatimah marah dalam perkara yang hak. Adapun dalam perkara yang bukan hak, ia tidak termasuk. Kerana kita ketahui bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri tidak pernah marah kerana kepentingan peribadi. Marah baginda hanya apabila hak-hak Tuhan dicabar.

8. Hadis tentang marahnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dengan sebab marahnya Fatimah, punca sabdaan baginda ialah kes Ali berhajat untuk menikahi anak perempuan Abu Jahal.

Di dalam hadis sahih, Ali meminang anak Abu Jahal. Lalu Fatimah mendengarnya lantas menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Beliau berkata, “Kaum engkau mendakwa bahawa engkau tidak marah demi anak-anak perempuanmu. Ini dia Ali hendak menikahi anak perempuan Abu Jahal”. Lalu baginda pun bangun dan mengucapkan hadis tersebut.
(Direkod oleh Bukhari no: 3523).

Walaupun sabdaan baginda dibaca secara umum, iaitu siapa yang membuatkan Fatimah marah maka dia membuatkan Nabi marah, tetapi kes asalnya ialah kes Ali yang menyebabkan Fatimah marah.

Kalau hadis ini difahami dengan cara Syiah faham iaitu setiap kes yang menyebabkan Fatimah marah, maka Nabi Sallallahu Alahi Wasallam akan marah, maka orang pertama yang sepatutnya mendapat kemurkaan baginda ialah Ali sendiri.


Kalau Syiah berpendapat bahawa Ali tidak termasuk dalam kalangan orang yang dimurkai Nabi, maka Abu Bakar lebih aula dan utama untuk tidak termasuk kalangan orang yang dimurkai Nabi. Apatah lagi dalam kes yang kebenarannya berpihak kepada Abu Bakar.


9. Fatimah sendiri telah rujuk daripada tuntutannya terhadap tanah Fadak.

Kata al-Qurtubi, “Manakala tuntutan Fatimah kepada Abu Bakar terhadap pusakanya daripada ayahandanya, ia berlaku sebelum beliau mendengar hadis yang menunjukkan pengkhususan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (bahawa baginda tidak diwarisi). Beliau mulanya berpegang dengan apa yang tersebut dalam Kitabullah. Apabila Abu Bakar memberitahunya tentang hadis, beliau telah berhenti daripada tuntutan itu dan tidak mengulanginya”. (Al-Mufhim 3/563).

Kata Ibn Katsir, “Kami telah riwayatkan bahawa Fatimah telah berhujah pada mulanya dengan qiyas, dan umum ayat Quran. Lalu Abu Bakar al-Siddiq menjawabnya dengan nas yang mengkhususkan bahawa ada larangan mewarisi daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Dan beliau telah menerima apa yang dikatakan oleh Abu Bakar”. (Al-Bidayah wa An-Nihayah 5/252)

10. Walaupun disebut dalam hadis, bahawa Fatimah marah kepada Abu Bakar ketika kes tersebut, tetapi beliau kembali redha kepada Abu Bakar. Malahan beliau telah wafat dalam keadaan redha kepada Abu Bakar.

Di dalam Sunan Baihaqi, daripada al-Syaabi: Ketika Fatimah sakit, Abu Bakar al-Siddiq datang untuk melawatnya. Abu Bakar meminta izin untuk masuk melawatnya.
Ali berkata, “Wahai Fatimah, ini dia Abu Bakar datang meminta izin untuk melawatmu”.
Fatimah berkata, “Adakah kamu suka bahawa aku memberi keizinan untuk dia masuk?”.
Ali berkata, “Ya”.
Lalu Fatimah memberi izin Abu Bakar masuk. Abu Bakar pun masuk dan memohon keredhaannya, dan berkata, “Demi Allah, aku tidak meninggalkan rumah, harta benda, keluarga dan kaum kerabat, kecuali untuk mendapatkan keredhaan Allah, keredhaan RasulNya, dan keredhaan kamu Ahli Bait”.
Kemudian Abu Bakar memohon keredhaan Fatimah sehingga dia meredhai.
(Sunan Baihaqi no: 12515).

Kata Baihaqi: “Ini adalah mursal yang baik, dengan sanad yang sahih”.

Kata Ibn Katsir: “Ini adalah sanad yang baik dan kuat. Zahirnya, ‘Amir al-Syaabi mendengarnya daripada Ali atau daripada orang yang mendengarnya daripada Ali”. (Al-Bidayah wa An-Nihayah 5/253).

Kata Ibn Hajar pula, “Walaupun hadis ini mursal, tetapi sanadnya hingga kepada Al-Syaabi adalah sahih”. (Fathul Bari 6/202).


PENUTUP

Perselisihan antara Abu Bakar dan Fatimah hanya satu perselisihan feqah seperti mujtahid-mujtahid lain dalam pelbagai masalah. Masing-masing berijtihad, dan dalam masa yang sama saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jadi, tidak ada keperluan untuk Syiah-syiah Melayu membangkitkan isu ini. Ia sudah selesai berkurun lamanya.

Wallahu A’lam.

Written by sknar

Saturday, 06 June 2009
Institut Al Qayyim

Friday, December 30, 2011

Agar Amal Tidak Sia-sia





Setiap daripada kita tentu tidak mahu sekiranya apa yang kita amalkan dari setiap amal-amal kita sehari-hari menjadi sia-sia dan tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sedangkan kita telah berusaha bersungguh-sungguh dan menghabiskan segenap qudrat untuk melakukan dengan sebaik-baiknya.


Tidakkah kita bimbang menjadi orang-orang yang sia-sia amalannya lalu menjadilah kita orang-orang yang rugi di akhirat kelak? Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأخْسَرِينَ أَعْمَالا

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Adakah perlu kami beritahu kepadamu tentang orang yang paling rugi amalannya?” Iaitu orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka beranggapan telah melakukan yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Kahfi, 18: 103-104)

Kata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H), “Ayat ini bersifat umum mencakupi setiap orang yang beribadah kepada Allah tetapi tidak menggunakan cara yang diredhai-Nya. Mereka beranggapan apa yang dilakukannya telah benar dan amal perbuatannya akan diterima, tetapi rupanya sangkaan mereka meleset dan amalnya pun ditolak.

Firman Allah, “... orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia...” Maksudnya, mengerjakan amal yang bathil yang tidak bersesuaian dengan syari’at yang telah ditetapkan dan diredhai serta diterima.

Firman Allah, “... sedangkan mereka beranggapan telah melakukan yang sebaik-baiknya.” Maksudnya, mereka menyangka bahawa mereka akan mendapat suatu manfaat dan mereka menyangka mereka adalah orang-orang yang diterima amalnya dan dicintai oleh Allah.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/202)

Pada hari ini ramai dari kalangan kita berlumba-lumba untuk beramal ibadah dengan semaksima yang mungkin. Ini adalah sebahagian dari bentuk-bentuk amal usaha mengabdikan diri kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa yang kepada-Nya sahaja kita beribadah. Supaya dengan amal-amal tersebut dapat membantu kita untuk meraih keredhaan dan rahmat dari-Nya.

Umumnya, ia adalah sikap yang sangat positif dan perlu dipandang baik. Di saat banyaknya kelompok manusia yang mengabaikan amal-amal ibadah sama ada yang wajib, fardhu, atau sunnah, sikap sebahagian umat Islam lainnya yang berlumba-lumba dalam beramal kebaikan adalah wajar diikuti dan dicontohi.

Namun, dalam keghairahan kita beramal dan beribadah, adakalanya kita mungkin terlupa beberapa aspek utama yang menjadi tunjang diterimanya sesuatu amalan tersebut.

Pengertian Ibadah

Ibadah kepada Allah Ta’ala adalah segala sesuatu yang apabila kita melaksanakannya atau meninggalkannya ia akan dicintai dan diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Setiap amal ibadah diikat dengan beberapa syarat. Setiap amal ibadah perlu dilaksanakan dengan dalil, iaitu mengikuti sunnah. Amal ibadah tidak boleh direka mahupun diada-adakan.

Para ulama menyatakan bahawa:

التقرير فى العبادة إنما يؤخذ عن توقيف

“Penetapan dalam ibadah adalah dengan mengambil dari apa yang telah ditetapkan (oleh dalil). (Ibnu Hajar al-'Asqalani, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 2/80)

Kemudian, setiap amal hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah dengan tidak mensyirikkan-Nya. Syarat dan kriteria asas inilah yang bakal menentukan sama ada amal-amal kita diterima oleh Allah ataupun tidak.

Mengikuti Sunnah

Suatu perkara yang amat penting adalah melakukan amal ibadah itu dengan berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah. Tidaklah diterima suatu amalan jika tidak terdapat contohnya (atau saranannya) dari al-Qur’an dan as-Sunnah. Maka, jika sesuatu amalan yang dilakukan itu tidak terdapat saranannya dari dua sumber tersebut, maka ianya bukanlah dari Islam walaupun ia diniatkan kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka), “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.”.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 31)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan melalui tafsirnya:

“Ayat yang mulia ini menghukumi setiap mereka yang mengaku mencintai Allah tetapi mereka tidak mengikuti petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alahi wa Sallam. Maka jelaslah pengakuannya itu hanya suatu pendustaan sehingga mereka mengikuti syari’at Muhammad dan agama nabawi di dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Ini adalah sebagaimana yang terdapat dalam kitab Shahih daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (katanya), “Sesiapa yang melakukan suatu amal yang tidak ada perintahnya daripada kami, maka amalan tersebut tertolak (tidak diterima).” (Hadis Riwayat Muslim).” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/32)

Dalam ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan:

فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلا يَضِلُّ وَلا يَشْقَى

“Jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia tidak akan menderita (dengan azab sengsara).” (Surah Thoha, 20: 123)


Dalam usaha mengikuti sunnah ini, tidak dapat tidak seseorang itu perlu terlebih dahulu mempelajari sunnah itu sendiri. Maka, dari sinilah pentingnya aspek ilmu. Supaya apabila kita berilmu, kita akan dapat mengenal pasti apa yang sunnah dan apa yang bukan.

Tidaklah nanti kita hanya bersangka-sangka sahaja suatu amalan itu sunnah dan mendatangkan kebaikan, tetapi rupanya tidak. Dengan ilmulah kita mampu mengenal pasti sumber-sumber yang betul dalam mengambil sunnah dan agama ini, mengetahui sesuatu hadis itu sahih atau pun tidak, memahami maksud suatu hadis, memahami tafsir ayat-ayat al-Qur’an, dan seumpamanya.

Sebagai contoh, pada hari ini ada sebahagian umat Islam yang mengamalkan zikir-zikir harian tertentu yang tidak diketahui sumber ambilannya, kaifiyat tatacaranya, dan fadhilatnya. Contohnya, ada yang mengamalkan bacaan tahlil (laa ilaaha illallah) sehingga 10000 kali setiap hari dan berkeyakinan padanya memiliki fadhilat-fahilat tertentu jika diamalkan dengan jumlah tersebut. Kemudian ada juga yang mengamalkan selawat syifa’ di setiap kali sebelum tidur supaya dijauhkan dari pelbagai penyakit.

Tetapi bila diteliti, kita pun tidak tahu dari mana datangnya kaedah dan bentuk-bentuk pengamalan zikir-zikir seperti ini. Tidak dari sunnah, tidak juga dari amalan para sahabat Rasulullah.

Ikhlas dan Tidak Syirik

Setiap amal ibadah yang hendak dilaksanakan mestilah di atas landasan aqidah Islam yang suci murni dari segala bentuk kesyirikan serta ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala. Setiap amal yang dilakukan di luar ruang lingkup aqidah Islam dan keikhlasan yang tulus, maka ia akan menjadi sia-sia.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepada engkau (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripada engkau: “Demi sesungguhnya, sekiranya Engkau (dan pengikut-pengikutmu) berbuat syirik, sudah tentu segala amalanmu akan terhapus, dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi.”.” (Surah az-Zumar, 39: 65)


وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Dan sekiranya mereka mensyirikan Allah, nescaya gugurlah dari mereka apa yang telah mereka lakukan (dari amal-amal yang baik).” (Surah al-An’am, 6: 88)


Oleh itu, bagi kita yang memiliki semangat dan keghairahan dalam beramal hendaklah memberi perhatian dan penekanan dalam dua aspek utama ini. Di samping berusaha bersungguh-sungguh mengikuti sunnah, dia juga perlu bersungguh-sungguh menjaga kemurniaan aqidahnya dengan menjauhi segala bentuk syirik kepada Allah.

Jangan nanti beramal separuh mati, tetapi dalam hatinya bercampur dengan riya’, aqidahnya bergelumang pula dengan kepercayaan-kepercayaan syirik seperti mempertikaikan takdir, mempercayai ramalan bintang (horoskop), terlibat dalam perbomohan, pertangkalan, dan pelbagai bentuk bid’ah khurafat. Takut-takut kita menyangka telah berbuat sebaik-baiknya, tetapi rupanya sia-sia belaka.

Wallahu 'alam

Abu Numair Nawawi B. Subandi

Sumber : Manhaj Aqeedah

Kegiatan Menghasut Pelajar


1. Pada 28 Mei 2011, telah berlangsungnya program yang dinamakan "Kem Menara Gading" di sebuah kawasan berhampiran ladang ternakan kambing, di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Progam tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Pelajar Islam Negeri Sembilan (SPINS) yang didaftar di bawah Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan, Seremban.

2. Kebanyakan ceramah yang disampaikan oleh ahli panel dalam program berkenaan menjurus kepada unsur-unsur berjihad bagi menumbangkan kerajaan memerintah dengan alasan perjuangan Islam.

3. Barisan panel memuji beberapa pergerakan revolusi di beberapa negara Arab yang berjaya menumbangkan kerajaan dan pemerintah mereka seperti Tunisia dan Mesir, serta disarankan peserta program untuk bersiap sedia sekiranya revolusi sedemikian turut berlaku di Malaysia.

4. Peserta program yang terdiri dikalangan pelajar ini turut diminta untuk berbai’ah serta berikrar taat setia kepada kumpulan berkenaan. Majlis melafaz ikrar serta bai'ah ini dilakukan di hadapan beberapa orang "ustaz" dan fasilitator dari beberapa IPTA tempatan.

5. Peserta turut didesak untuk merahsiakan aktiviti kumpulan daripada diketahui pihak lain sambil memberi amaran bahawa mereka akan ditimpa musibah sekiranya membocorkan rahsia.


6. Para pelajar yang menyertai program ini juga dilatih menghadapi situasi apabila berhadapan dengan pihak berkuasa seperti polis; dan peserta seterusnya diajar simulasi demonstrasi.

7. Aktiviti atau program seumpama ini dipercayai bermula sejak 2009 yang turut melibatkan beberapa buah sekolah di sekitar Negeri Sembilan dan pihak berkuasa memperoleh maklumat bahawa ianya didalangi oleh sebuah parti politik pembangkang. Pengaruh dan gerakan SPINS ini dipercayai berjaya menyusup ke sekolah-sekolah melalui beberapa individu serta guru di sekolah berkenaan.

8. Program indoktrinasi pelajar yang bermula sejak tadika hinggalah ke peringkat IPT sebenarnya telah berlaku sejak sekian lama, dan rasanya ramai maklum parti manakah yang menjadi dalang disebaliknya.

9. Minda anak-anak dirosakkan sedari kecil semata-mata untuk menyemai kebencian terhadap kerajaan memerintah. Inilah 'ciri-ciri Islam' yang diagongkan oleh juak-juak itu selama ini. Anak-anak yang tidak mengerti apa-apa telah ditanam dengan sifat benci dan dendam kesumat terhadap saudara seagama yang tidak sealiran.

10. Ibu bapa disarankan agar sentiasa memantau content program di setiap aktiviti perkhemahan, kem menara gading, kursus motivasi etc. yang melibatkan anak-anak anda terutama di musim cuti persekolahan agar anak-anak ini tidak diindoktrinasi dengan dakyah politik extremist sejak kecil.

11. Semoga kumpulan yang sentiasa 'berusaha' memecah-belahkan kesatuan umat Islam di negara ini diberi hidayah dan taufik oleh Allah swt sebelum mereka sendiri diperhamba dan diperlembukan oleh puak chauvinist.
sumber :Paneh Miang

Thursday, December 29, 2011

Dr Mahathir atasi krisis kewangan



MUNCULNYA satu detik, yang jarang sekali berlaku dalam hidup, apabila suatu peristiwa menakrifkan semula kehidupan seseorang dan merubah haluan buat selama-lamanya. Bagi saya, pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Buenos Aires, Argentina, pada petang 2 Oktober 1997 merupakan detik itu. Ia membolehkan saya memberi tumpuan selama enam tahun dalam kehidupan saya untuk berkhidmat dengan beliau, dan menemuinya hampir setiap hari. Sepanjang proses itu, ia membolehkan saya melihat lebih dekat keupayaan yang dimiliki insan hebat ini.


Jarang sekali kita melihat gabungan nilai-nilai mulia dalam diri seseorang, dan gabungan unik inilah yang membolehkan Dr Mahathir mengubah Malaysia daripada sebuah negara Dunia Ketiga kepada negara berkembang maju dan bertenaga, dan kini berada pada landasannya untuk menjadi negara maju. Gabungan kualiti ini jugalah yang membolehkan Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah lagi negara IMF semasa krisis kewangan 1997/98.


Ia bermula pada 29 September 1997, apabila saya menerima panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri yang memberitahu Dr Mahathir mahu menemui saya. Beliau berada di Cuba pada ketika itu, dan secara berseloroh, saya bertanya, adakah saya harus menemuinya di sana!


Saya diberitahu, bukan secara berseloroh, bahawa beliau akan tiba di Buenos Aires pada 2 Oktober dan saya harus memastikan diri saya berada di situ sekurang-kurangnya sehari sebelum ketibaan beliau. Saya segera berlepas ke Argentina, dan tiba pada 1 Oktober.


Perdana Menteri tiba pada 5 petang hari berikutnya dan kami segera bertemu di suite beliau. Dr Mahathir memberitahu, beliau telah bertanya ramai orang mengenai punca krisis kewangan tetapi tiada siapa mampu memberi penjelasan memuaskan. Beliau bertanya sama ada saya boleh menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.


Saya bertanya berapa banyak masa beliau ada. Dua jam, katanya. Saya pun menjelaskan bagaimana pasaran pertukaran asing berlaku, tentang kedudukan jangka pendek dan panjang, mengenai perlindungan nilai, bagaimana matawang dipinjam dan dijual, perbezaan "tawaran" dan "penawaran" serta bagaimana dana boleh dipindahkan di antara negara hanya dengan satu klik. Saya juga menjelaskan bagaimana pasaran ekuiti berlaku dan hubungan antara pasaran tukaran mata wang asing dan pasaran ekuiti. Dr Mahathir langsung tidak bercakap, kecuali bertanya satu atau dua soalan, dan mendengar penuh mendalam.


Selepas dua jam, beliau terpaksa menamatkan pertemuan itu untuk bersedia ke majlis makan malam rasmi. Beliau bertanya rancangan saya untuk malam itu dan saya memberitahu bahawa saya turut dijemput ke majlis yang sama. Dr Mahathir berkata: "Pulang ke bilik anda dan tulis semua yang anda beritahu sejak dua jam lepas, dan jumpa saya 7 pagi esok." Saya kembali ke bilik saya, tidak ke majlis makan malam dan menulis kesemuanya, yang selesai kira-kira 6 pagi.


Laporan

Saya menyerahkan laporan itu padanya sejam kemudian. Beliau menyuruh saya berehat dan menemuinya semula pada 2 petang. Apabila saya kembali menemuinya, beliau memberitahu beliau telah membaca laporan itu dan faham apa yang berlaku dalam pasaran kewangan. Kami mula membincangkan pelbagai kaedah untuk mengatasi krisis itu, dan perbincangan kami diteruskan selepas pulang ke Malaysia. Saya menemui beliau hampir setiap hari, kadang kala di kediaman beliau, dan pada masa lain di pejabat beliau. Kami mencuba beberapa mekanisme untuk mengatasi krisis itu, ada antaranya yang berfungsi pada mulanya, tetapi dana lindung nilai begitu kukuh hingga sukar untuk meneruskan penggunaan mekanisme itu dengan jayanya.


Pada awal 1998, Dr Mahathir meminta saya menerokai idea untuk mengenakan rejim kawalan pertukaran bagi mengatasi krisis itu. Saya masih ingat bagaimana saya menyediakan banyak nota mengenai perkara itu. Dr Mahathir meneliti nota-nota itu, dan sentiasa meminta maklumat demi maklumat. Kami telah melalui banyak pusingan perbincangan, sehingga beliau akhirnya yakin dengan kedua-dua konsep dan mekanisme yang dicadangkan. Selebihnya, saya rasa sudah menjadi sejarah.


Dr Mahathir juga meminta saya menyediakan satu kertas kerja mengenai bagaimana menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura. Beliau berpendapat, satu sebab penting mengakibatkan pasaran saham jatuh ialah jualan singkat saham Malaysia di CLOB. Saya menyediakan laporan dan Dr Mahathir memahami, buat pertama kalinya, bagaimana CLOB beroperasi. Laporan itu, yang turut dilaksanakan pada 1 September 1998, telah menamatkan perdagangan saham Malaysia di CLOB.


Saya perlu menyatakan bahawa langkah-langkah kawalan pertukaran telah direka sedemikian rupa untuk meminimumkan aspek-aspek kawalan dan memaksimumkan hasil. Dr Mahathir telah meneliti banyak kali mekanisme yang dicadangkan itu untuk memastikan hanya ada sedikit elemen kawalan tetapi mencukupi untuk memastikan hasil yang positif. Tidak ada elemen birokrasi dalam langkah-langkah itu, seperti mewajibkan pengimport untuk mendapatkan kebenaran Bank Negara bagi mengimport. Ringgit juga ditambat pada tahap di mana ia tidak terlebih nilai.


Di hampir setiap negara lain yang mengenakan langkah-langkah kawalan pertukaran dan penambatan matawang, secara definisinya, banyak kawalan birokrasi dan matawang juga ditambat pada kadar terlebih nilai.


Sistem kawalan pertukaran (termasuk kadar pertukaran tetap), yang dilaksanakan pada 1 September 1998, sering dianggap sebagai penyelamat negara. Langkah itu sememangnya diperlukan tetapi ia tidak cukup untuk mengatasi krisis itu. Malaysia diselamatkan, bukan dengan kawalan pertukaran itu sendiri, tetapi oleh Dr Mahathir.


Biar saya jelaskan. Jika mana-mana negara membangun lain, yang menghadapi krisis sama, memperkenalkan langkah yang kita perkenalkan pada September 1998, ia mungkin gagal. Langkah-langkah itu berjaya di Malaysia adalah kerana keupayaan dan watak Dr Mahathir. Ekonomi dan sistem kewangan, di bawah kepimpinannya berada dalam keadaan sihat - cukup sihat untuk membolehkan langkah-langkah kawalan pertukaran dilaksanakan tanpa kesan negatif. Selain itu, gaya pengurusan kendiri Perdana Menteri membolehkan keputusan cepat dan tepat pada masanya dibuat, yang penting di bawah rejim kawalan pertukaran baru.


Beliau memastikan ekonomi Malaysia pada asasnya kukuh. Ringgit kukuh dan stabil. Di belakang kestabilan matawang (pada RM2.50 berbanding dolar Amerika Syarikat), Malaysia berada pada kedudukan amat baik. Pada akhir 1996, keluaran dalam negara kasar berkembang hampir 8.5 peratus dan pertumbuhan itu dijangka berterusan untuk tahun-tahun mendatang. Kerajaan telah menikmati lebihan fiskal. Hutang luar negara adalah rendah, pada 40 peratus daripada keluaran negara kasar. Akaun matawang dari imbangan pembayaran telah mengecil daripada defisit 10 peratus kepada lima peratus daripada KNK, dan dijangka terus bertambah baik. Inflasi berada pada tahap paling rendah iaitu 2.1 peratus. Kita mempunyai pertumbuhan kukuh lebih lapan peratus bagi sebahagian besar tempoh itu. Dan kekuatan asas ini merupakan faktor penting yang membolehkan langkah kawalan pertukaran berjaya.


Meneliti

Selama lebih setahun lepas langkah 1 September 1998 itu, Perdana Menteri bertemu kumpulan kecil kami enam hari seminggu - sekurang-kurangnya dua jam sehari - bagi meneliti pelbagai data ekonomi termasuk mengenai pertumbuhan pinjaman, eksport, import dan hartanah tidak terjual. Ini membolehkan beliau mengambil tindakan cepat, pada bila-bila masa perlu. Saya masih ingat satu pagi, semasa kami sedang meneliti angka-angka hartanah, beliau memandang saya dan mengarahkan saya menganjurkan pameran untuk menghabiskan hartanah yang tidak terjual. Saya lakukannya, dan hartanah bernilai lebih RM3 bilion telah dijual. Malah selepas berakhirnya krisis itu, Dr Mahathir terus menemui kumpulan kami, walaupun tidak sekerap sebelumnya. Dan Dr Mahathir terus meneliti semua data ekonomi dengan pensel tajam.


Tempoh 1997/98 adalah, mengikut parafrasa Charles Dickens, masa terburuk, tetapi ia juga masa terbaik. Keadaan paling buruk telah menyerlahkan yang terbaik dalam diri Dr Mahathir. Ada perumpamaan mengatakan pemimpin yang baik adalah seperti teh yang baik - anda hanya mengetahui kualiti sebenarnya apabila beliau berada dalam keadaan panas!


Sepanjang tempoh krisis, Perdana Menteri memberi tumpuan pada usaha mengatasinya. Siang malam, tiada perkara lain difikirkannya. Beliau membaca segala yang boleh mengenai kewangan; beliau terus meminta saya menyediakan nota-nota pelbagai isu teknikal. Kadang kala, walaupun selesema, beliau tetap bekerja. Beliau sedar beliau perlu memahami isu-isu berkenaan sebelum boleh berusaha mencari penyelesaian. Kepintaran semula jadi dan keupayaan beliau memberi tumpuan pada isu-isu teras sentiasa terserlah sepanjang krisis itu. Beliau tidak menunjukkan tanda takut walaupun dalam masa terburuk; satu-satunya kebimbangan beliau ialah keadaan ekonomi yang cepat merosot. Pada setiap masa, beliau yakin akan berjaya akhirnya.


Saya ingin menambah dua lagi perkara. Pertama, dalam melaksanakan langkah 1 September 1998, Dr Mahathir bukan saja menyelamatkan Malaysia malah negara-negara jiran juga.


Apabila Malaysia mengenakan langkah kawalan pertukaran, spekulator matawang menyedari negara lain yang terjejas (Thailand, Indonesia dan Korea Selatan) juga boleh mengenakan kawalan yang sama, dan mereka, dengan itu menghentikan aktiviti mereka. Spekulator menarik diri. Mereka membeli semula matawang yang mereka jual. Ini mengakibatkan kenaikan nilai mata wang serantau.

Selain itu, IMF tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia terutamanya sejak selepas melaksanakan langkah-langkah itu, kita melakukan perkara sebaliknya daripada apa yang IMF mahu - kita turunkan kadar faedah dan menyuntik kecairan dalam sistem. IMF kemudian mula melonggarkan syarat di negara lain dan membenarkan mereka merendahkan kadar faedah dan menyuntik kecairan bagi merangsang ekonomi mereka supaya Malaysia tidak mengatasi negara-negara IMF itu.


Perkara kedua ialah apa yang akan terjadi jika langkah kawalan pertukaran tidak dilaksanakan. Banyak syarikat di Malaysia mungkin gulung tikar akibat kadar faedah tinggi. Apabila syarikat jatuh seperti domino, bank akan menghadapi masalah kecairan dan mampu bayar yang teruk berikutan pinjaman tidak berbayar semakin membesar.


Masalah yang dihadapi oleh bank akan menyebabkan berlakunya tekanan kredit, yang akan membawa kepada satu lagi pusingan kegagalan korporat. Pendapatan kerajaan mungkin merosot dengan mendadak kerana kurang firma akan membayar cukai korporat, dengan itu mengurangkan keupayaan kerajaan untuk merangsang ekonomi melalui langkah dasar fiskal. Akibat daripada masalah yang dihadapi syarikat dan bank, kadar pengangguran akan meningkat dengan ketara, yang membawa kepada pusingan masalah kedua.


Ini adalah putaran ganas yang klasik, yang akhirnya boleh memusnahkan kestabilan sosial dan politik negara. Ini adalah senario yang menunggu untuk berlaku. Namun, ia tidak berlaku kerana ketegasan dan keberanian Dr Mahathir, yang memutuskan untuk berusaha melalui jalan yang jarang dilalui. (less path travelled)

Oleh Nor Mohamed Yakcop

- Utusan

by pisau on 26.12.11

http://www.pisau.net/2011/12/dr-mahathir-atasi-krisis-kewangan.html

Wednesday, December 28, 2011

Obat Penyakit Hati dan Sempitnya Dada


Saudaraku, berikut kami nukilkan beberapa sebab dan sarana pengobatan yang sangat bermanfaat bagi berbagai penyakit hati, sekaligus penyembuh yang sangat ampuh untuk menghilangkan kegoncangan jiwa. Semoga kita bisa mengamalkannya secara jujur dan penuh keikhlasan sehingga kita bisa mendapatkan manfaat darinya berupa kebahagiaan hidup dan ketenangan hati. Aamiin..

1. Mengikuti petunjuk, memurnikan tauhid, dan mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah saja, sebagaimana kesesatan dan syirik itu merupakan faktor terbesar bagi sempitnya dada.

2. Menjaga iman yang Allah sematkan ke dalam hati hamba-hamba-Nya dan juga amal shalih yang dilakukan seseorang.

3. Mencari ilmu syar’i yag bermanfaat. Setiap ilmu syar’i seseorang bertambah luas, maka akan semakin lapang pula hatinya.

4. Bertaubat dan kembali melakukan ketaatan kepada Allah yang Maha Suci, mencintai-Nya dengan sepenuh hati, serta menghadapkan diri kepada-Nya dan menikmati ibadah kepada-Nya.

5. Terus menerus berdzikir kepada-Nya dalam segala kondisi dan tempat. Sebab dzikir mempunyai pengaruh yang sangat menakjubkan dalam melapangkan dan meluaskan dada, menenangkan hati, serta menghilangkan kebimbangan dan kedukaan.

6. Berbuat baik kepada sesama makhluk sebisa mungkin. Sebab, seseorang yang murah hati lagi baik adalah manusia yang paling lapang dadanya, paling baik jiwanya dan paling bahagia hatinya.

7. Mengeluarkan berbagai kotoran hati dari berbagai sifat tercela yang menyebabkan hatinya menjadi sempit dan tersiksa, seperti dengki, kebencian, iri, permusuhan, dan kedhaliman.
Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa Rasulullah shalallahu’alaihi wasalam pernah ditanya tentang sebaik-baik manusia, maka beliaupun menjawab, “Setiap orang yang bersih hatinya dan selalu benar atau jujur lisannya.” Kemudian mereka para sahabat berkata, mengenai jujur atau benar lisannya,kami sudah mengetahuinya, tetapi apakah yang dimaksud dengan orang yang bersih hatinya ?” Beliau menjawab, “yaitu seseorang yang bertakwa dan bersih, yang tidak terdapat dosa pada dirinya, tidak dholim, tidak iri, dan juga tidak dengki.” [1]

8. Keberanian dalam membela kebenaran. Orang yang berani mempunyai dada yang lebih lapang dan hati yang lebih luas.

9. Meninggalkan sesuatu yang berlebihan dalam memandang, berbicara, mendengar, bergaul, makan, dan tidur. Meninggalkan hal itu semua merupakan salah satu faktor yang dapat melapangkan dada, menyenangkan hati, dan menghilangkan keduakaan dan kesedihan.

10. Menyibukkan diri dengan amal atau ilmu syar’i yang bemanfaat karena hal tersebut dapat menghindarkan hati dari hal-hal yang menimbulkan keraguan hati.

11. Memperhatikan kegiatan hari ini dan tidak perlu khawatir terhadap masa yang akan datang serta tidak sedih terhadap keadaan yang terjadi pada masa-masa lalu. Seorang hamba harus selalu berusaha dengan sungguh-sungguh dalam hal-hal yang bermanfaat baginya, baik dalam hal agama maupun dunia. Juga memohon kesuksesan kepada Rabb-Nya dalam mencapai maksud dan tujuan serta memohon agar Dia membantunya dalam mencapai tujuan tersebut. Ini akan dapat menghibur dari keduakaan dan kesedihan.

12. Melihat kepada orang yang ada di bawah dan jangan melihat kepada orang yang ada di atas dalam ‘afiat (kesehatan dan keselamatan) dan rizki serta kenikmatan dunia lainnya.

13. Melupakan hal-hal tidak menyenangkan yang telah terjadi pada masa lalu, sehingga tidak larut memikirkannya.

14. Jika tertimpa musibah maka hendaknya berusaha meringankan agar dampak buruknya bisa dihindari, serta berusaha keras untuk mencegahnya sesuai dengan kemampuannya.

15. Menjaga kekuatan hati, tidak mudah tergoda serta tidak terpengaruh angan-angan yang ditimbulkan oleh pemikiran-pemikiran buruk, menahan marah, serta tidak mengkhawatirkan hilangnya hal-hal yang disukai. Tetapi menyerahkan semuanya hanya kepada Allah dengan melakukan hal-hal yang bermanfaat, serta memohon ampunan dan afiat kepada Allah.

16. Menyandarkan hati hanya kepada Allah seraya bertawakal kepada-Nya. Berhusnudzan kepada Allah, Rabb Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi. Sebab, orang yang bertawakal kepada Allah tidak akan dipengaruhi oleh kebimbangan dan keraguan.

17. Seseorang yang berakal menegetahui bahwa kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan yang bahagia dan tenang. Karena kehidupan itu singkat sekali, karena itu, jangan dipersingkat lagi dengan adanya berbagai kesedihan dan memperbanyak keluhan. Karena justru hal itu bertolak belakang dengan kehidupan yang benar dan sehat.

18. Jika tertimpa suatu hal yang tidak menyenangkan hendaknya ia membandingkannya dengan berbagai kenikmatan yang telah dilimpahkan kepadanya, baik berupa agama maupun duniawi. Ketika orang itu membandingkannya maka akan tampak jelas kenikmatan yang diperolehnya jauh lebih banyak dibandingkan musibah yang dia alami. Disamping itu, perlu kiranya ia membandingkan antara terjadinya bahaya di masa depan yang ditakutkan dengan banyaknya kemungkinana keselamatan. Karena kemungkinan yang lemah tidak mungkin mengalahkan kemungkinan yang lebih banyak dan kuat. Dengan demikian akan hilanglah rasa sedih dan takutnya.

19. Mengetahui bahwa gangguan dari orang lain tidak akan memberikan mudharat atau bahaya kepadanya, khususnya yang berupa ucapan buruk, tatapi hal itu justru akan memberikan mudharat kepada diri mereka sendiri. Hal itu tidak perlu dimasukkan ke dalam hati dan tidak perlu dipikirkan, sehingga tidak akan membahayakannya.

20. Mengarahkan pikirannya terhadap hal-hal yang membawa manfaat bagi dirinya, baik dalam urusan agama maupun dunia.

21. Hendaklah dia tidak menuntut terima kasih atas kebaikan yang dilakukannya, kecuali mengharapkan balasan dari Allah. Dan hendaklah dia mengetahui bahwa amal yang dia lakukan, pada hakekatnya merupakan muamalah (jalinan) dengan Allah, sehingga tidak mempedulikan terima kasih dari orang terhadap apa yang dia berikan kepadanya. Allah berfirman yang artinya,
“Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan darimu dan tidak pula ucapan terima kasih”. (QS. Al-Insan:9)

22. Memperhatikan hal-hal yang bermanfaat dan berusaha untuk dapat merealisasikannya, serta tidak memperhatikan hal-hal yang buruk baginya, sehingga otak dan pikirannya tidak disibukkan olehnya.

23. Berkonsentrasi pada aktivitas yang ada sekarang dan menyisihkan aktivitas yang akan datang, sehingga aktivitas yang akan datang kelak dikerjakan secara maksimal dan sepenuh hati.

24. Memilih dan berkonsentrasi pada aktivitas yang bermanfaat, dengan mengutamakan yang lebih penting. Hendaklah ia memohon pertolongan pada Allah, kemudian meminta pertimbangan orang lain, dan jika pilihan itu telah sesuai dengan kemantapan hatinya, maka silahkan diamalkan dengan penuh tawakal pada Allah.

25. Menyebut-nyebut nikmat Allah dengan memujinya, baik yang dhahir maupun yang batin. Sebab, dengan menyadari dan menyebut-nyebut nikmat Allah, maka Dia akan menghindarkan dirinya dari kebimbangan dan kesusahan.

26. Hendaklah bergaul dan memperlakukan pasangan (suami maupun istri) dan kaum kerabat serta semua orang yang mempunyai hubungan secara baik . jika menemukan suatu aib, maka jangan disebarluaskan, tetapi lihat pula kebaikan yang ada padanya. Dengan cara ini, persahabatan dan hubungan akan terus terjalin dengan baik dan hati akan semakin lapang. Berkenaan dengan hal ini, Rasulullah bersabda, “Janganlah seorang mukmin laki-laki membenci mukmin perempuan (istri) seandainya dia membenci suatu akhlaknya, maka dia pasti meridhai sebagian lainnya.” (HR. Muslim)

27. Do’a memohon perbaikan semua hal dan urusan. Dan doa paling agung berkenaan dengan hal itu adalah :

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِى دِينِىَ الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِى وَأَصْلِحْ لِى دُنْيَاىَ الَّتِى فِيهَا مَعَاشِى وَأَصْلِحْ لِى آخِرَتِى الَّتِى فِيهَا مَعَادِى وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِى فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ

Allahumma ashlihlii diinii lladzii huwa ‘ishmatu amrii, wa ashlihlii dunyaya llatii fiihaa ma’asyii, wa ashlihlii akhirotii llatii fiihaa ma’adii, waj’alilhayaata ziyaadatan lii fii kulli khair, waj’alil mauta raahatan lii min kulli syarr.” (HR. Muslim)

Ya Allah perbaikilah bagiku agamaku sebagai benteng urusanku; perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku; perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku! Jadikanlah ya Allah kehidupan ini penambah kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasanku dari segala kejelekan.

Demikian juga dengan do’a berikut ini :

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

Allahumma rahmataka arjuu falaa takilnii ilaa nafsii thorfata’ainin wa ashlihlii sya’nii kullahu, laa ilaha illa anta.”

Ya Allah hanya rahmatMu aku berharap mendapatkannya. karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau

28. Jihad di jalan Allah. Hal ini berdasarkan pada sabda Rasulullah shalallu’alaihi wassalam, “ Berjihadlah di jalan Allah, karena jihad di jalan Allah merupakan pintu dari pintu-pintu surga, yang dengannya Allah menyelamatkan dari kedukaan dan kesedihan.”

Sumber : Do’a dan Wirid, Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawaz, Pustaka Imam Syafi’i.
Artikel Muslimah.or.Id

[1] Lafal hadits tersebut berbunyi,

أفضل الناس كل مخموم القلب صدوق اللسان ، قالوا : صدوق اللسان نعرفه فما مخموم القلب ؟ قال : التقي النقي ، لا إثم فيه و لا بغي و لا غل و لا حسد

“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bersih hatinya dan selalu benar atau jujur lisannya.” Kemudian mereka para sahabat berkata, mengenai jujur atau benar lisannya, kami sudah mengetahuinya, tetapi apakah yang dimaksud dengan orang yang bersih hatinya?” Beliau menjawab, “Yaitu seseorang yang bertakwa dan bersih, yang tidak terdapat dosa pada dirinya, tidak dholim, tidak iri, dan juga tidak dengki.”
HR. Ibnu Majah 4216 dan Ibnu ‘Asakir (17/29/2). Syaikh Albani berkata, “Hadits ini memiliki sanad yang shahih dan rijal yang tsiqat (terpercaya)”. (As-Silsilah Ash-Shaihah no.948, Maktabah Asy-Syamilah-red)

http://muslimah.or.id/akhlak-dan-nasehat/obat-penyakit-hati-dan-sempitnya-dada.html

Tuesday, December 27, 2011

Gelaran Ulama Hanya Untuk Ulama



Gelaran Ulama Hanya Untuk Ulama



Penggunaan kalimat ulama di sisi kita bukanlah suatu yang asing. Gelaran ulama dalam kalangan masyarakat kita hari ini banyak diguna untuk penjenamaan tertentu seperti kepimpinan ulama, ulama tradisional, persatuan ulama, dewan ulama, ulama muda, dan yang seumpamanya. Sejauh manakah kefahaman kita terhadap kalimat “ulama” dan siapakah sebenarnya yang tepat untuk dimaksudkan sebagai ulama? Lebih tidak enak, sejak akhir-akhir ini, nampak seakan-akan begitu mudah meletakkan gelaran ulama kepada sesiapa sahaja dalam rangka meraih populariti, publisiti dan tujuan-tujuan yang amat meragukan.

Dalam sejarah era para sahabat, Khalifah ‘Ali radhiyallahu ‘anhu pernah mengerahkan tentera memerangi sekumpulan manusia (Khawarij) yang mana mereka yang diperangi ini memiliki sifat tekun beribadah seperti rajin solat malam, selalu berpuasa, dan begitu hebat bacaan al-Qur’annya. Disebutkan juga riwayat tentang ibadah-ibadah yang mereka lakukan adalah jauh lebih hebat mengatasi ibadah para sahabat. Namun, kumpulan manusia tersebut tetap diperangi dan dihapuskan atas beberapa sebab yang kritikal iaitu menyelisihi manhaj para sahabat dalam memahami agama dan berpisah dari ketaatan terhadap pemerintah (menjadi pemberontak).

Ini sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa tekun beribadah semata-mata bukanlah sebuah jaminan bahawa seseorang itu berada di atas landasan yang benar, apatah lagi untuk meletakkan mereka di dalam barisan alim ulama. Sabdanya:

يَخْرُجُ فِيكُمْ قَوْمٌ تَحْقِرُونَ صَلَاتَكُمْ مَعَ صَلَاتِهِمْ وَصِيَامَكُمْ مَعَ صِيَامِهِمْ وَعَمَلَكُمْ مَعَ عَمَلِهِمْ وَيَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ

“Akan datang kepada kamu suatu kaum yang kamu akan merasa rendah apabila solat kamu dibandingkan dengan solat mereka, puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka, dan amal-amal kamu dibandingkan dengan amal-amal mereka. Mereka membaca al-Qur’an (tetapi) tidak melepasi kerongkong. Mereka keluar dari batas-batas (disiplin) agama seperti anak panah menembus keluar dari tubuh sasarannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 15/485, no. 4670)

Pernahkah pula kita menekuni kisah imam Malik bin Anas, imam Ahmad bin Hanbal, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, dan beberapa ulama lainnya yang berfatwa dari dalam penjara? Jika kita perhatikan dari kisah mereka, bukankah ia juga dapat menterjemahkan kepada kita bahawa kriteria seseorang ulama itu bukanlah semestinya mereka berada di dalam barisan Majlis Fatwa Negara, Dewan Ulama, atau pun yang menyandang jawatan-jawatan khas hal ehwal agama tertentu di dalam negaranya. Bahkan pernah terjadi di zaman mereka ini orang-orang yang menyandang jawatan keagamaan adalah dari kalangan sesat berfahaman Jahmiyah dan Muktazilah yang menyelewengkan begitu banyak perkara-perkara agama.

Dari itu, apakah kriteria-kriteria yang tepat untuk menunjukkan seseorang itu sebagai manusia yang layak dipanggil atau digelar ulama? Sekaligus tidaklah setiap pihak atau individu bermudah-mudah dalam mengkategorikan sesiapa sahaja yang disukainya sebagai ulama yang wajar dijadikan sebagai contoh atau ikutan (diambil pendapatnya) dan berhak mengeluarkan fatwa (menyelesaikan masalah masyarakat dan umat Islam).

Seorang tabi’in besar, Muhammad B. Sirin rahimahullah (Wafat: 110H) berkata:

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ

“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shahih Muslim, 1/33)

Kriteria seseorang ulama yang paling utama adalah paling takut dan paling taat kepada Allah, disebabkan mereka sangat mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala, nama-nama-Nya, dan sifat-sifat-Nya berdasarkan ilmu yang benar. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya dari kalangan hamba Allah yang paling takut (tunduk) kepada-Nya adalah para ulama (orang-orang yang berilmu).” (Surah Fathir, 35: 28) juga firman-Nya (yang bermaksud), “Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”.” (Surah az-Zumar, 39: 9)

Dari ayat di atas, Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu menyatakan:

العالم بالرحمن مَنْ لم يشرك به شيئا، وأحل حلاله، وحرم حرامه، وحفظ وصيته، وأيقن أنه ملاقيه ومحاسب بعمله

“Syarat bagi seseorang untuk dikatakan sebagai alim (berilmu) tentang Allah yang Maha Pengasih di antara hamba-hamba-Nya adalah tidak mensyirikkan Allah, menghalalkan dan mengharamkan sebagaimana yang ditetapkan Allah, menjaga dan memelihara tuntutan dan kehendak Allah, meyakini bahawa Allah akan menemuinya dan menghisap amal perbuatannya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/544)

Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H) berkata,
“Di antara sifat para ulama adalah banyak meneliti tentang ilmu berkaitan amal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang mampu menjadikan amal-amal itu rosak, mengotorkan hati, dan menimbulkan keragu-raguan. Kerana asal amalan itu adalah dekat dan mudah, tetapi yang sukar adalah bagi menjadikannya bersih. Sementara ushul agama adalah menjauhi dari segala bentuk keburukan. Dan tidak dapat menjauhi keburukan melainkan dengan apabila dia mengetahuinya. Dan sebahagian lagi sifat para ulama adalah sentiasa meneliti rahsia amal-amal berkaitan syari’ah dan mengamati hukum-hakamnya. Sehingga mereka mengetahui dengan mendalam sebab-musabab sesuatu hukum itu berada di dalam agama. Kemudian, termasuk sikap mereka juga adalah mereka sentiasa megikuti jejak langkah para Sahabat dan generasi terbaik dari kalangan Tabi’in serta mereka menjauhi segala bentuk perkara baru dalam agama (bid’ah).” (Ibnu Qudamah, Mukhtashar Minhajul Qashidin, m/s. 26 – Maktabah Daar al-Bayaan)

Keduanya, ulama itu adalah mereka yang mewarisi dan menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berupa al-Qur’an, hadis-hadis dan sunnahnya bersertakan kefahaman yang benar (faqih). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, benar-benar dia telah mendapat bahagian yang sangat besar.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 49/10, no. 3157. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Berkata Ibnu Hibban rahimahullah (Wafat: 354H):

في هذا الحديث بيان واضح أن العلماء الذين لهم الفضل الذي ذكرنا هم الذين يعلمون علم النبي صلى الله عليه وسلم دون غيره من سائر العلوم ألا تراه يقول: "العلماء ورثة الأنبياء" والأنبياء لم يورثوا إلا العلم وعلم نبينا صلى الله عليه وسلم سنته فمن تعرى عن معرفتها لم يكن من ورثة الأنبياء

“Dalam hadis ini terdapat penjelasan yang sangat jelas bahawa ulama yang memiliki keutamaan yang kami ulas adalah mereka yang mengajarkan ilmu Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sahaja, bukan yang mengajarkan ilmu-ilmu lain. Bukankah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, “Ulama adalah pewaris para nabi” dan para nabi tidak mewariskan apa pun melainkan ilmu dan ilmu Nabi kita Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah sunnahnya. Sesiapa pun yang tidak mengetahui sunnah, maka bukanlah pewaris para nabi.” (Shahih Ibnu Hibban, 1/291, tahqiq Syua'ib al-Arna'uth)

Ilmu di sini adalah meliputi sehingga kepada seluruh cabang-cabang ilmu dalam agama, sama ada aqidah, hadis, tafsir, fiqh, atsar para sahabat dan termasuklah penguasaan bahasa (bahasa arab). Dan ilmu tersebut dibawa pula oleh orang-orang yang terpercaya sebagaimana hadis berikut:

يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين وتأويل الجاهلين

“Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang yang adil (terpercaya dan bukan fasiq) dari generasi ke generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama dari penyelewengan maksud-maksud agama, pendustaan orang-orang sesat yang mempergunakan nama agama, dan pentakwilan agama yang salah yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, ath-Thabrani, dan ath-Thahawi. Al-Albani menyatakan, “Hadis ini masyhur tetapi diperselisihkan keabsahannya.” (Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 69) Lihat juga: al-Albani, Misykah al-Mashabih, 1/53, no. 248)

Dari itu, mereka yang menyampaikan segala sesuatu yang tidak terdapat dalam sunnah-sunnah Rasulullah dengan menyandarkannya atas nama agama atau sunnah, maka tindakan tersebut memerlukan kepada penelitian dan perincian kerana takut-takut ianya termasuk ke dalam ciri-ciri penyebar dan pembuat bid'ah (mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama).

Sebab itulah Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) mengatakan:

واعلم أن العلم ليس بكثرة الرواية والكتب ولكن العالم من اتبع الكتاب والسنة وإن كان قليل العلم والكتب ومن خالف الكتاب والسنة فهو صاحب بدعة وإن كان كثير الرواية والكتب

“Dan fahamilah bahawa ilmu itu bukanlah dengan banyaknya riwayat dan kitab, tetapi yang dikatakan sebagai ‘aalim (orang yang berilmu) itu adalah orang yang mengikuti ilmu dan sunnah walaupun hanya sedikit ilmu dan kitabnya. Sesiapa yang menyalahi al-Kitab dan as-Sunnah maka (secara umumnya) dia adalah ahli bid’ah walaupun ilmu dan kitabnya banyak.” (Syarhus Sunnah, m/s. 45, no. 81)

Seterusnya, ulama memiliki ilmu yang mendalam terhadap agama dan mampu menganalisa serta merungkaikan kepelbagaian persoalan agama dan ilmu-ilmunya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلا الْعَالِمُونَ

“Dan itulah contoh-contoh yang kami buat untuk manusia, dan tiada yang memahaminya melainkan orang-orang yang berilmu.” (Surah al-Ankabut, 29: 43)

Abu Qasim al-Ashbahani rahimahullah (Wafat: 425H) memberitahu kepada kita, “Bahawasanya ahli kalam (golongan pemikir atau ahli falsafah) tidaklah termasuk ulama.

Para ulama Salaf (terdahulu) berkata,
“Seseorang tidak boleh menjadi imam di dalam agama sehingga dia memiliki kriteria berikut, 1 - Memahami bahasa arab berserta pelbagai perkara yang berhubung dengannya termasuk menguasai makna-makna syair arab, 2 - memahami perbezaan pendapat di antara para ulama atau ahli fiqh, 3 - seorang yang berilmu, 4 - mengerti tentang i’rab (tatabahasa arab dari kata per kata), 5 - memahami al-Qur’an berserta bacaan-bacaannya dan perbezaan di antara para qurra’ (para periwayat bacaan al-Qur’an), 6 - menguasai tafsir sama ada berkaitan ayat-ayat muhkam (yang jelas) atau pun mutasyabihat (yang samar-samar), yang nasikh (yang memansuhkan) mahu pun yang mansukh (yang dimansuhkan) serta pelbagai kisah di dalamnya, 7 - memahami hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dapat membezakan di antara yang sahih dan sebaliknya, yang bersambung atau pun terputus, hadis-hadis mursal dan sanad-sanadnya, yang masyhur, dan yang gharib, 8 - serta mengetahui perkataan-perkataan (atsar) para Sahabat radhiyallahu ‘anhum, 9 – kemudian dia wajib wara’, menjaga diri, jujur, terpercaya, membina (mengeluarkan) pendapat dan agamanya berpandukan kitabullah dan sunnah Rasul-Nya”.”
(Tsaqil Shalfiq al-Qasimi, Sallus Suyuf wal Asinnah ‘ala Ahlil Hawa wa Ad’iya’ as-Sunnah, m/s. 85-86. Terjemahan/Terbitan Pustaka as-Sunnah)

Dengan ilmu tersebutlah kemudiannya orang-orang yang berilmu dari kalangan ulama ini menegakkan tauhid dan menegakkan keadilan (al-haq). Iaitu dengan tidak menyembunyikan ilmu serta sentiasa menyebarkan kebenaran dengan cara mengajar, menerapkan nilai-nilai agama, mengajak kepada kebaikan, dan melarang manusia dari segala bentuk kemungkaran di atas prinsip-prinsipnya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ وَالْمَلائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ

“Allah menyatakan bahwasanya tiada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian).” (Surah Ali ‘Imran, 3: 18)

Yang terakhir, dengan kriteria dan keilmuan tersebutlah masyarakat menjadikan mereka sebagai tempat rujukan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala agar kita sentiasa merujuk kepada orang yang mengetahui (berilmu). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

“Bertanyalah kamu kepada ahluz zikri (orang yang berilmu iaitu dari kalangan ulama) apabila kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nahl, 16: 43)

Ibnu Qutaibah rahimahullah (Wafat: 276H) berkata,
“Sekiranya masalah yang rumit di antara kedua perkara tersebut dikembalikan kepada orang yang berilmu yang memahami al-Qur’an dan as-Sunnah, maka jelaslah bagi mereka manhaj tersebut dan jalan keluarnya pun menjadi luas, tetapi ada sesuatu yang menghalang mereka, iaitu sibuk mencari kekuasaan, suka mengikut keyakinan dan perkataan-perkataan saudara-saudaranya.” (Tsaqil Shalfiq al-Qasimi, Sallus Suyuf wal Asinnah ‘ala Ahlil Hawa wa Ad’iya’ as-Sunnah, m/s. 83. Terjemahan/Terbitan Pustaka as-Sunnah)


Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) mengatakan:

إذا كان عند الرجل الكتب المصنفة فيها قول رسول الله - واختلاف الصحابة و التابعين فلا يجوز أن يعمل بما شاء ويتخير فيقضي به ويعمل به حتى يسأل أهل العلم ما يؤخذ به فيكون يعمل على أمر صحيح

“Jika di hadapan seseorang itu ada beberapa kitab yang disusun di mana di dalamnya mengandungi perkataan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, pendapat-pendapat yang berbeza dari kalangan para sahabat dan tabi’in, maka dia tidak boleh mengamalkan, memilih, dan memutuskan sesuatu pendapat berdasarkan kehendaknya (semata-mata), tetapi dia perlu bertanya terlebih dahulu kepada ahlul ilmi (para ulama) tentang apa yang harus dia ambil sehingga dia dapat bertindak berdasarkan suatu pendapat yang sahih.” (I’lam al-Muwaqqi’in, 1/44)

Demikianlah beberapa kriteria yang dapat diungkapkan dari beberapa sumber rujukan berkenaan ciri-ciri ulama yang dengannya supaya kita tidak bermudah-mudah menobatkan seseorang sebagai ulama atau mengangkat perkataan sesiapa sahaja atas tiket gelaran ulama tanpa asas yang tepat. Bahkan kitalah yang perlu bersama-sama duduk bersimpuh menuntut ilmu kepada para ulama yang memiliki ciri-ciri pewaris Nabi serta berhati-hati kepada sesiapa sahaja yang sering mendabik dada bahawa dirinya adalah ulama, terutamanya dalam rangka meraih populariti politik demokrasi akhir-akhir ini. Tidaklah dinamakan sebagai ulama orang-orang yang mempergunakan agama untuk mengkritik, mencela, mengumpat, dan mengaibkan pemerintah walaupun kebanyakan orang menggelarkannya sebgai ulama. Sebaliknya sikap suka mengkritik, mencela, mengumpat, dan mengaibkan pemerintah adalah sebahagian ciri-ciri ahli bid’ah dari kalangan khawarij.

Tidak juga dikatakan sebagai ulama kepada mereka yang pantang ditanya terus berfatwa itu dan ini tanpa landasan fakta yang boleh dipertanggungjawabkan (dari al-Qur’an dan as-Sunnah di atas kefahaman ahlus sunnah wal-jama’ah).

Sehingga Imam Malik rahimahullah (Wafat: 179H) yang merupakan seorang tokoh dan bintang kepada para ulama menegaskan pendiriannya:

ما أفتيت حتى شهد لي سبعون أني أهل لذلك

“Aku tidak berfatwa sehinggalah tujuh puluh orang (ulama) mengakui bahawa aku layak berfatwa.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 8/96)

Imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) pula menyatakan:

لا يحل لأحد أن يفتي في دين الله إلا رجلا عارفا بكتاب الله بناسخه ومنسوخه ومحكمه ومتشابهه وتأويله وتنزيله ومكيه ومدنيه وما أريد به ويكون بعد ذلك بصيرا بحديث رسول الله ص - وبالناسخ والمنسوخ ويعرف من الحديث مثل ما عرف من القرآن ويكون بصيرا باللغة بصيرا بالشعر وما يحتاج إليه للسنة والقرآن ويستعمل هذا مع الإنصاف ويكون بعد هذا مشرفا على اختلاف أهل الأمصار وتكون له قريحة بعد هذا فإذا كان هكذا فله أن يتكلم ويفتي في الحلال والحرام وإذا لم يكن هكذا فليس له أن يفتي

“Seseorang tidak boleh memberikan fatwa dalam permasalahan agama melainkan bagi seseorang yang memiliki pengetahuan tentang al-Qur’an, sama ada berkaitan ayat nasikh dan mansukhnya, ayat muhkamat dan mutasyabihatnya, tafsir dan sebab turunnya, ayat makiyah dan madaniyahnya, dan setiap isi kandungannya. Setelah itu dia wajib mengetahui hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sama ada hadis nasikh atau mansukhnya, dan dia wajib mengetahui hadis tersebut sebagaimana dia mengetahui al-Qur’an serta perlu menggunakan perkara tersebut dengan adil. Kemudian dia wajib mengetahui perbezaan pendapat orang-orang yang berilmu (para ulama) dari pelbagai penjuru lalu mendalaminya. Apabila telah seperti itu, maka dibolehkan baginya untuk mengemukakan pendapat dan memberikan fatwa dalam persoalan halal dan haram. Seandainya tidak seperti itu, maka tidak boleh baginya untuk berfatwa.” (I’lam al-Muwaqqi’in, 1/46)

Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) pula menyatakan:

ينبغي للرجل إذا حمل نفسه على
الفتيا أن يكون عالما بالسنن عالما بوجوه القرآن عالما بالأسانيد الصحيحة وذكر الكلام المتقدم

“Wajib bagi seseorang yang meletakkan dirinya sebagai pemberi fatwa untuk mengetahui (dengan mendalam) tentang as-Sunnah, mengetahui (dengan mendalam) kepelbagaian ilmu al-Qur’an, sanad-sanad yang sahih, dan pendapat (perkataan-perkataan) orang-orang terdahulu.” (I’lam al-Muwaqqi’in, 1/46)


Abu Numair Nawawi B. Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com/2010/11/gelaran-ulama-hanya-untuk-ulama.html

Syarah Shahih Muslim susunan Imam an-Nawawi rahimahullah

Syarah Shahih Muslim susunan Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) ini adalah himpunan kitab yang mensyarahkan (menjelaskan/menghuraikan) maksud hadis-hadis yang terdapat dalam Kitab Shahih Muslim. Ia merupakan kitab yang masyhur di kalangan umat Islam dan menjadi rujukan dunia Islam Ahlus Sunnah waj-Jama'ah sama ada di peringkat pelajar (penuntut ilmu), pencinta ilmu, sarjana, mahupun ilmuan (ulama).

Perbahasan yang dibawakan oleh Imam an-Nawawi ini bersifat tematik (berdasarkan tajuk/bab) yang dengannya telah memudahkan para pengkaji dan pembaca dalam melakukan rujukan dan semakkan. Ulasan perbahasannya dilakukan secara ringkas dan padat dengan membawa perkataan para ulama mazhab berserta pentarjihan yang terkuat menurut pandangannya. Setiap perbahasan yang beliau bawakan menjadi pedoman dan panduan umat Islam seluruh dunia Islam, lebih-lebih lagi dari kalangan mereka yang berpegang dengan mazhab asy-Syafi'i kerana Imam an-Nawawi adalah di antara mujtahid besar Syafi'iyyah.

Alhamdulillah, kitab ini kini telah pun siap diterjemahkan sebanyak 12 jilid lengkap semuanya (bagi edisi terjemahan Darus Sunnah). Semoga dengan siapnya terjemahan ini, ia akan membantu kita semua hari ini untuk lebih mudah lagi memahami hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam terutamanya yang terkumpul melalui kitab Shahih Muslim. Sekaligus membantu umat Islam dalam memahami Islam dan sunnah itu sendiri..

(harga satu set terjemahan lengkap kitab Syarah Shahih Muslim (12 Jilid lengkap), adalah RM1320. Termasuk pos.)

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan kitab ini, bolehlah merujuk di sini, http://galeriniaga.blogspot.com/2009/08/143-syarah-shahih-muslim.html

Atau hubungi Abu Numair Nawawi Subandi di 012-6887715 (Shah Alam, Selangor)
— at Seksyen U12, Desa Alam, Shah Alam, Selangor.

Membuka Pintu Rizki dengan Istighfar


Segala puji bagi Allah, Shalawat dan salam semoga tercurah pada Rasulullah.


Di antara tuntunan yang ditawarkan untuk menggapai tujuan tersebut: memperbanyak istighfar. Dalil tuntunan tersebut firman Allah ta’ala,

“فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّاراً . يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَاراً . وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَاراً”

Artinya: “Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), “Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Niscaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh: 10-12)

Ayat di atas menjelaskan dengan gamblang bahwa di antara buah istighfar: turunnya hujan, lancarnya rizki, banyaknya keturunan, suburnya kebun serta mengalirnya sungai.

Karenanya, dikisahkan dalam Tafsir al-Qurthubi, bahwa suatu hari ada orang yang mengadu kepada al-Hasan al-Bashri tentang lamanya paceklik, maka beliaupun berkata, “Beristighfarlah kepada Allah”. Kemudian datang lagi orang yang mengadu tentang kemiskinan, beliaupun memberi solusi, “Beristighfarlah kepada Allah”. Terakhir ada yang meminta agar didoakan punya anak, al-Hasan menimpali, “Beristighfarlah kepada Allah”.

Ar-Rabi’ bin Shabih yang kebetulan hadir di situ bertanya, “Kenapa engkau menyuruh mereka semua untuk beristighfar?”.

Maka al-Hasan al-Bashri pun menjawab, “Aku tidak mengatakan hal itu dari diriku sendiri. Namun sungguh Allah telah berfirman dalam surat Nuh: “Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), “Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Niscaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu”.

Adapun dalil dari Sunnah Rasul shallallahu’alaihiwasallam yang menunjukkan bahwa memperbanyak istighfar merupakan salah satu kunci rizki, suatu hadits yang berbunyi:

“مَنْ أَكْثَرَ مِنْ الِاسْتِغْفَارِ؛ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ”

“Barang siapa memperbanyak istighfar; niscaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rizki dari arah yang tidak disangka-sangka” (HR. Ahmad dari Ibnu Abbas dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim serta Ahmad Syakir).

Maka silahkan perbanyaklah istighfar, serta tunggulah buahnya… Jika buahnya belum terlihat juga, perbanyaklah terus istighfar dan jangan pernah berputus asa! Di dalam setiap kesempatan, kapan dan di manapun memungkinkan; di waktu-waktu kosong saat berada di kantor, ketika menunggu dagangan di toko, saat menunggu burung di sawah dan lain sebagainya..

Catatan penting:

1. Pilihlah redaksi istighfar yang ada tuntunannya dalam al-Qur’an ataupun hadits Nabi shallallahu’alaihiwasallam dan hindarilah redaksi-redaksi yang tidak ada tuntunannya. Di antara redaksi istighfar yang ada haditsnya:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ

Astaghfirullâh. HR. Muslim. [3]

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

Astaghfirullôhal ‘azhîm alladzî lâ ilâha illâ huwal hayyul qoyyûm wa atûbu ilaih.

HR. Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Albani.[4]

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْت

“Allôhumma anta robbî lâ ilâha illa anta kholaqtanî wa anâ ‘abduka wa anâ ‘alâ ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu. A’ûdzubika min syarri mâ shona’tu, abû’u laka bini’matika ‘alayya, wa abû’u bi dzanbî, faghfirlî fa innahu lâ yaghfirudz dzunûba illa anta”. HR. Bukhari.[5]

Redaksi terakhir ini kata Nabi shallallahu’alaihiwasallam merupakan sayyidul istighfar atau redaksi istighfar yang paling istimewa. Menurut beliau, fadhilahnya: barangsiapa mengucapkannya di siang hari dengan penuh keyakinan, lalu meninggal di sore harinya maka ia akan dimasukkan ke surga. Begitu pula jika diucapkan di malam hari dengan meyakini maknanya, lalu ia meninggal di pagi harinya maka ia akan dimasukkan ke surga.

2. Tidak ada hadits yang menentukan jumlah khusus tatkala mengucapkan istighfar, semisal sekian ratus, ribu atau puluh ribu. Yang ada: perbanyaklah istighfar di mana dan kapanpun kita berada, jika memungkinkan, tanpa dibatasi dengan jumlah sekian dan sekian, kecuali jika memang ada tuntunan jumlahnya dari sosok sang maksum shallallahu’alaihiwasallam.

3. Hendaklah tatkala beristighfar kita menghayati maknanya sambil berusaha memenuhi konsekwensinya berupa menghindarkan diri dari berbagai macam bentuk perbuatan maksiat. Hal itu pernah diisyaratkan oleh al-Hasan al-Bashri tatkala berkata, sebagaimana dinukil al-Qurthubi dalam Tafsirnya,

“استغفارنا يحتاج إلى استغفار”

“Istighfar kami membutuhkan untuk diistighfari kembali”.

Semoga Allah senantiasa melancarkan rizki kita dan menjadikannya berbarokah serta bermanfaat dunia akherat, amien.

Wallahu ta’ala a’lam. Wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammadin wa ‘ala alihi wa shahbihi ajma’in.

@ Kedungwuluh Purbalingga, 5 Rabi’uts Tsani 1431 H / 21 Maret 2010 M

Catatan Kaki

[1] Lihat: Tabloid Posmo edisi 566, 24 Maret 2010 (hal. 04).

[2] Periksa: Ibid (hal. 14).

[3] Redaksi lengkap haditsnya:

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ: “كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثًا وَقَالَ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ”. قَالَ الْوَلِيدُ فَقُلْتُ لِلْأَوْزَاعِيِّ كَيْفَ الْاسْتِغْفَارُ قَالَ تَقُولُ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ.

Tsauban bercerita, “Jika Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam selesai shalat beliau beristighfar tiga kali, lalu membaca “Allahumma antas salam wa minkas salam tabarokta ya dzal jalali wal ikrom”. Al-Walid (salah satu perawi hadits) bertanya kepada al-Auza’i, “Bagaimanakah (redaksi) istighfar beliau?”. “Astaghfirullah, astaghfirullah” jawab al-Auza’i.

[4] Redaksi lengkap haditsnya adalah:

“مَنْ قَالَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ غُفِرَ لَهُ وَإِنْ كَانَ فَرَّ مِنْ الزَّحْفِ”

Barangsiapa mengucapkan “Astaghfirullahal azhim alladzi la ilaha illah huwal hayyul qoyyum wa atubu ilaih” niscaya akan diampuni walaupun lari dari medan perang”.

[5] Redaksi lengkap haditsnya sebagai berikut:

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ: “اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ” إِذَا قَالَ حِينَ يُمْسِي فَمَاتَ دَخَلَ الْجَنَّةَ أَوْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ, وَإِذَا قَالَ حِينَ يُصْبِحُ فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ مِثْلَهُ”.

Dari Syaddad bin Aus, bahwasanya Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam bersabda, “Istighfar yang paling istimewa adalah: “Allôhumma anta robbî lâ ilâha illâ anta kholaqtanî wa anâ ‘abduka wa anâ ‘alâ ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu, abû’u laka bini’matika ‘alayya wa abû’u laka bidzanbî, faghfirlî fa innahu lâ yaghfirudz dzunûba illâ anta, a’ûdzubika min syarri mâ shona’tu” (Ya Allah, Engkaulah Rabbku itdak ada yang berhak disembang melainkan diriMu. Engkau telah menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu dan aku akan setia di atas perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku mengakui nikmat-Mu untukku dan aku mengkaui dosaku. Maka ampunilah diriku, sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa melainkan diri-Mu. Aku memohon perlindungan dari-Mu dari keburukan perbuatanku). Andaikan seorang hamba mengucapkannya di sore hari kemudian ia mati maka akan masuk surga atau akan termasuk penghuni surga. Dan jika ia mengucapkannya di pagi hari lalu meninggal maka ia akan mendapatkan ganjaran serupa”.

Penulis: Ustadz Abdullah Zaen, Lc, MA
Artikel www.tunasilmu.com, dipublish ulang oleh www.muslim.or.id