Pages

Wednesday, May 29, 2013

Bila Hati Melayu Mati

 
 Artikel ini mendapat liputan meluas web Malaysiakini. Komen-komen yang diberikan amat tidak bertamadun. Biasalah... ultra kiasu.....
 
(Mingguan Malaysia 26 Mei 2013)

Ketegasan Menteri Pendidikan mengenai kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), beberapa hari lalu menarik perhatian saya. Kerajaan berpendirian, jika UEC mahu diiktiraf, mereka mesti melakukan pengubahsuaian dan perubahan selaras dengan dasar pendidikan negara dan berpandukan kepada undang-undang dalam Akta Pendidikan negara. Ini keputusan yang tepat, adil dan sangat bertoleransi. Jika ada tidak bersetuju, carilah negara lain yang boleh bersetuju.

Beginilah sepatutnya cara seseorang negarawan bertindak. Tanpa rasa takut. Cukuplah kita menjadi ahli politik hebat menjelang dan ketika pilihan raya. Apabila telah menang, tibalah masanya bertindak sebagai negarawan. Melihat kepada kepentingan semua, berbanding bangsa, dengan berpaksikan kepada perlembagaan.

Isu pendidikan Cina acapkali dan telah lama dibangkitkan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan sekutunya yang lain seperti seperti Jiao Zong, Dong Jiao Zong, Hua Zong dan berbagai Zong lagi. Nasihat saya, tidak perlu layan permintaan mereka lagi. Sudahlah. Kita sudah beri lebih daripada mencukupi. Apa balasannya?

Tidak keterlaluan saya katakan, selagi kita tidak penuhi permintaan mereka, sehingga kucing bertandukpun mereka akan terus desak dan tuntut. Segelintir Cina tidak akan berpuas hati selagi mana kita tidak memenuhi segala tuntutan kecinaannya. Mungkin tulisan ini terlalu ekstrem, tetapi inilah hakikatnya untuk  memahami budaya politik Cina.

Kita selalu mengajak orang lain keluar daripada kepompong rasis. Persoalannya, adakah orang Melayu sahaja yang perlu keluar dari sikap rasis? Kalau Melayu tidak fikir untuk Melayu, adakah orang lain yang diharapkan berfikir untuk masa depan Melayu. Adakah kita mengharapkan orang Cina berfikir untuk Melayu? Jika ada Alhamdulillah. Ia baik untuk pembinaan negara bangsa.

Realiti yang ada, pantang ada sedikit dikaitkan dengan Melayu, akan ditentang habis. Jika diasimilasikan atau diassociatekan dengan orang putih, tidak mengapa? Dengan Melayu pantang sekali. Inilah sikap rasis ultra kiasu.

Sebab itulah, ketika majlis angkat sumpah exco, pembukaan sidang parlimen atau DUN, atau apa jua majlis rasmi yang melibatkan raja, tidak ada seorangpun yang memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu). Rata-ratanya memakaikan blazer dan tali leher. Sehingga pakai songkokpun mereka tidak mahu.

Seolah-olah memakai pakaian kebangsaan ini satu penghinaan. Wal hal, apa salah, ‘berkorban’ seketika, bukannya tiap-tiap hari, lima tahun sekali atau mungkin setiap kali penggal persidangan parlimen atau DUN.  Hina sangatkah memakai pakaian ini? Sudah sampainya kita wajibkan pemakaian tersebut. Jangan terlalu memberi kebebasan atas nama demokrasi, kita juga yang akan rugi nanti.
 
Bayangkan jika pakaian etnik masing-masing dibenarkan dalam majlis-majlis sebegini, maka meriahlah, berwarna-warnilah majlis rasmi tersebut seolah-olah pesta pakaian, bukan majlis rasmi. Tidak ada seorangpun kalangan mereka yang akan memakai pakaian kebangsaan. Sedangkan pakaian kebangsaan adalah untuk semua, bukan untuk orang Melayu. Samalah juga pemahaman sekolah kebangsaan untuk semua, bukan untuk orang Melayu.

Saya yakin selepas ini, untuk meraikan orang lain atau memastikan lebih ramai bukan Melayu menyertai, sekolah kebangsaan akan menjadi lebih liberal dan terbuka. Tidak mustahil, ada identiti penting Melayu akan tercabut.

Ini tidak termasuk menunaikan janji-janji PRU13 baru-baru ini untuk menambah sekolah, memberikan tanah dan banyak lagi tawaran sebagai alasan untuk memancing undi mereka kononnya.

Apakah akan berlaku suatu hari ini, demi untuk meraikan semua, kita yang berubah menjadi mereka, bukannya mereka yang sepatutnya berubah menjadi kita. Semua dasar mesti disesuaikan untuk mereka, bukan mereka menyesuaikan dengan sesuatu dasar kebangsaan.

Kita mempunyai dasar yang baik, seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. Bila tiba kepada perlaksanaan, selagi sesuatu bangsa itu tidak diraikan, selagi itulah dasar tersebut tidak diterima.

Ultra kiasu selalu berhujah, UEC telah diiktiraf di seluruh dunia, kenapa tidak di Malaysia? Jawapannya, kerana diiktiraf dunialah, menjadikan perangai mereka sanggup menterbalikkan jalur gemilang sebagai protes kepada kemenangan UMNO BN dalam PRU13 baru-baru ini. Kebanyakan mereka adalah lulusan UEC. Apakah jenis manusia sebegini yang ingin kita lahirkan.

Banyak negara lain yang tidak tahu berbahasa Cina, negara tersebut tetap maju dan urusan dengan negara China berjalan seperti biasa. Pendek kata, isu bahasa bukan isu hidup mati kemajuan sesebuah negara. Iran begitu aktif berhubung dengan negara China, tidak pula kedengaran, kerajaan Iran mewajibkan rakyat belajar bahasa Cina.

Sebelum PRU13, Perdana Menteri buat pertama kalinya dalam sejarah telah menjemput Dong Zong untuk berbincang tentang pengiktirafan UEC. PM menyarankan keperluan pelajar dari sekolah aliran Cina untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu kredit kertas Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta dengan UEC, sebagai satu syarat untuk memohon memasuki IPTA. Tawaran sebeginipun sukar diterima? Apa lagi yang Cina mahu? Saya fikir persoalan ini tidak keterlaluan. Ketika kerajaan mula berlembut, adakah budi dibalas?

Permintaan PM ini terlampau kecil jika dilihat kelulusan membenarkan sekolah vernacular beroperasi secina-cinanya. Kenapa tidak dihargai toleransi ini? Mereka tetap bersangka buruk. Pada mereka, jika diberikan penekanan kepada BM, ia akan meninggalkan kesan kepada Pengajaran dan Pembelajaran bahsa Cina. Pendek kata, mereka mahu penguasaan mandarin secina-cinanya. 
 
Kehendak mereka tidak mengapa gagal BM, asalnya lulus mata pelajaran lain yang semua diajar dalam mandarin sebagai kelayakan untuk memasuki IPTA.

Sekarang inipun, kesan daripada sekolah vernakular, berlaku polarisasi di kampus yang amat ketara. Pergilah ke IPTA. Jangan banding dengan IPTS, kerana majoriti mereka begitu ramai. Pergilah melihat Kolej New Era Kajang yang dipunyai sendiri oleh Dong Jiao Zong dan lulusan UEC mereka. Itupun kerajaan dalam kempen baru-baru ini mahu memberikan pengiktirafan sebagai Universiti penuh beberapa kolej Cina di Pulau Pinang. Dengan tawaran ini, adakah mereka simpati dengan kerajaan?

Saya mohon kepada kerajaan sebelum memberikan apa jua kelulusan kepada sekolah atau universiti perkauman ini, buatlah kajian terlebih dahulu. Beri kami geran untuk membuat kajian seperti ini. Ini tidak, sudah kajian tidak dibuat, asyik menyerang orang lain.

Misalnya, kontroversi kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, menyeru kerajaan agar menghapuskan sekolah vernakular atas alasan ia menggugat perpaduan dan punca sokongan kepada pembangkang meningkat, harus dilihat secara positif. Kedua tokoh ini bersependapat sekolah vernakular menjadi punca perkauman semakin meluas di kalangan masyarakat pelbagai kaum dalam negara. Mereka turut mencadangkan kerajaan mengikut langkah negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang menerima pakai penggunaan bahasa tunggal dalam dasar pendidikan mereka.

Sehingga kini, parti pembangkang dan ultra kiasu tidak habis-habis mengecam kenyataan yang dikatakan tidak bertanggungjawab kedua-dua tokoh tersebut dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

Kenapa harus mangsakan tokoh ini? Buatlah penyelidikan terlebih dahulu untuk melihat kebenarannya. Fikirkan agenda nasional, daripada agenda bangsa. Ultra kiasu menyuruh kita berhenti bercakap soal rasis. Tindak-tanduk mereka lebih rasis daripada orang rasis.

Tidakkah kita sedar kerajaan telah membantu SJKC sehingga menenggelamkan sekolah agama. Persoalannya, adakah guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan ini mengundi UMNO BN? SJKC sebenarnya menjadi lubuk melahirkan lebih ramai ultra kiasu, jika tidak dipantau daripada sekarang.

Ingatan saya kepada orang Melayu, jangan menjadi terlalu liberal dan bersekongkol dengan ultra kiasu. Misalnya, pendirian Ketua Pegawai Eksekutif Melayu yang telah digula-gula dengan jawatan tinggidi syarikat penerbangan murah. Beliau dengan lantang berkata "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. Nasihat saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah ini. Tidak perlu campur perkara di luar bidang. Kalau tak tahu lebih baik diam. Fikirkan bagaimana cara untuk memanjangkan skirt dan menutup dada paramugari Melayu di syarikat penerbangan murah ini.

Baru-baru ini saya naik muak melihat layanan mereka terhadap Sir Richard Branson, pengasas/pengerusi Virgin Group), yang terpaksa berpakaian paramugari perempuan, anjuran syarikat penerbangan tersebut. Paramugari Melayu dipaksa melayan beliau termasuk mencukur bulu kakinya. Tertanya tanya saya ke mana hala tuju anak-anak Melayu yang bekerja di sini. Apakah mereka akan menjadi Melayu atau apa..? Sebahagian paramugari Melayu disuruh berlakon seperti kartun mencalup rambut dengan warna putih dan berpakaian seksi semata-mata meraikan orang putih tersebut. Nasihat saya kepada Melayu celup ini, selamatkanlah Melayu-melayu di sini daripada hancur dan hilang identiti. Majlis tersebut diakhiri dengan mandi arak. Cuba lihat you tube mereka.

Saya menyeru agar orang PAS menonton sama, kerana dalam harakah online, saya terbaca PAS begitu memuji Melayu celup ini hanya kerana bermusuh dengan Utusan dan UMNO BN. Nasihat saya kepada PAS, berhati-hati, nanti makan diri. Sokong seseorang bukan kerana marah kepada UMNO. Sokongan hendaklah berasaskan kepada apa yang benar, apa yang salah. Itu baru nama perjuangan Islam. Jika tidak, PAS ini sama sahaja dengan yang lain.

Ingatlah! tatkala orang lain semakin kuat Cina (Indianya), adakah orang Melayu perlu menjadi semakin menjadi liberal atau cair bagi menunjukkan bahawa kita tidak rasis.  Jika ini berlaku, Melayu tidak berlaku adil kepada bangsanya sendiri. Melayu telah menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri. Jangan biarkan hati Melayu mati kerana terlalu meraikan orang lain.  

Prof Madya dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Program
Progra Pengajian Kenegaraan, Kepimpinan dan Ketamadunan
Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
 

Monday, May 27, 2013

Musafir dan syarat teman bagi wanita


(Abu Hana Muhammad Hazmin)
As Salam

Perempuan muallaf yang belum berkahwin, tiada saudara lelaki yang boleh menemaninya bermusafir, macam mana mereka nak menunaikan umrah dan haji?

 Rufaiqul Islam 
 a. Imam Hanafi – Perempuan yang hendak menunaikan haji disyaratkan bersama suami atau mahramnya. Jika tiada suami atau mahram tidak wajib perempuan tersebut menunaikan haji
. 
b.ImamMalik– Tidak disyaratkan perempuan tersebut bersama suami atau mahram yang dipercayai bahkan disyaratkan aman baginya. Adalah makruh bagi bagi seorang wanita bermusafir sehari semalam tanpa mahramnya tetapi dibolehkan menunaikan haji bersama sekumpulan wanita dan orang-orang yang dipercayai sekalipun mereka bukan mahram bagi wanita tersebut.

c. Imam As-Syafie - Tidak wajib haji ke atas perempuan melainkan ada bersamanya suami, mahram atau perempuan yang dipercayai kerana membawa keamanan dalam permusafirannya.

d. Imam Ahmad - Wajib bersama Mahram dan alasan untuk tidak bersama Mahram bahkan haram mereka bermusafir dalam apa jua keadaan.

Rufaiqul Islam Ada satu hadith riwayat bukhari dari 'Adiy bin Hatim :
Jika kamu panjang umur kamu akan melihat wanita berjalan bersendirian dari hirah (Kawasan Iraq) sehingga melakukan tawaf di Mekah.Dia tidak takut melainkan Allah (dalam perjalanan).

Hadith ini menjadi dalil untuk wanita bermusafir tanpa mahram dengan syarat:
Keperluan nya sama seperti haji dan keperluan nya mendesak untuk berjalan tanpa mahram dan terjamin keselamatan nya semasa perjalanan dan sampai ke destinasi.Ini adalah di putuskan oleh sebahagian ashab Malik dan Syafi'e untuk keperluan wanita bermusafir tanpa mahram.

Ana rasa hadith yang ana berikan itu dah boleh jadi penyelesaian pada wanita tersebut...tetapi Arab Saudi dah buat syarat wajib bersama mahram...
Ana rasa elok enta bincang dengan syarikat perlancongan/Travel agent utk dapatkan penyelesaian.


Wallahu a'lam

Sunday, May 26, 2013

Kafa bil mar'i kazibann ...:Cukuplah seeorang dianggap pendusta..



Terimalah ketentuan Qada' dan Qadar dari Allah S.W.T dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan di dunia ini, jauhi fitnah! jauhi fitnah! jauhi fitnah! moga Allah S.W.T menyatukan hati-hati orang yang berserah diri padaNya. Amin.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Cukuplah seseorang dianggap pendusta ketika dia menceritakan (menyebarkan) setiap apa sahaja yang dia dengar.” (Mukaqaddimah Shahih Muslim. Bab: Larangan Menyebarkan Setiap Apa Yang Ia Dengar)

Imam An Nawawi dalam Kitab Syarah Shohih Muslim berkata:

وَأَمَّا مَعْنَى الْحَدِيث وَالْآثَار الَّتِي فِي الْبَاب فَفِيهَا الزَّجْر عَنْ التَّحْدِيث بِكُلِّ مَا سَمِعَ الْإِنْسَان فَإِنَّهُ يَسْمَع فِي الْعَادَة الصِّدْق وَالْكَذِب ، فَإِذَا حَدَّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ فَقَدْ كَذَبَ لِإِخْبَارِهِ بِمَا لَمْ يَكُنْ

“makna hadits dan atsar yg ada dalam bab ini adalah peringatan agar tidak menyampaikan apa saja yang didengarnya. Kerana biasanya berita itu ada yang benar dan ada yang dusta. Maka apabila ia membicarakan semua yang didengarnya maka sungguh dia telah dusta kerana menyampaikan apa yang sebenarnya tidak ada.”

Imam Malik –semoga Allah merahmati beliau- mengatakan,
”Ketahuilah, sesungguhnya seseorang tidak akan selamat jika dia menceritakan setiap yang didengarnya, dan dia tidak layak menjadi seorang imam (yang menjadi ikutan), sedangkan dia selalu menceritakan setiap yang didengarnya.

(Dinukil dari Muntahal Amani bi Fawa’id Mushtholahil Hadits lil Muhaddits Al Albani; dari rumaysho.com).

Imam Ibnu Hibban berkata dalam kitab adh- Dhu’afa’ (I/9):
“Di dalam hadits ini (–hadits pertama diatas–) ada ancaman bagi seseorang yang menyampaikan setiap apa yang dia dengar sehingga ia tahu dengan seyakin-yakinnya bahwa hadits atau riwayat itu shahih.”

[Lihat Tamaamul Minnah fii Ta'liq 'alaa Fiqhis Sunnah hal. 33.]
Abu Aisyah Haidir Hamzah shared 1AQIDAH.NET's photo.
 
 

Sikap terhadap penguasa


 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah mereka orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam bentuk manusia.” Aku (Hudzaifah) bertanya, “Apa yang perlu aku lakukan jika aku menemuinya?” Beliau menjawab, “(Hendaklah) kamu mendengar dan taat kepada amir (pemerintah), walaupun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu, tetaplah mendengar dan taat.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847)

Dalam riwayat yang lain disebutkan:

“Siapa sahaja yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu telah berada di tangan seorang pemimpin, kemudian dia bertindak menggugat kedudukan pemimpin kamu atau memecah-belahkan perpaduan di antara kamu, maka bunuhlah orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1852)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan bahawa:
“Di dalamnya terdapat perintah untuk membunuh orang yang keluar melakukan penentangan kepada seseorang imam (pemerintah), atau hendak memecah-belah kesatuan (perpaduan) umat Islam dan selainnya. Orang tersebut hendaklah ditegah dari meneruskan perbuatannya, sekiranya ia tidak mahu menghentikannya maka hendaklah diperangi. Apabila kejahatannya tidak dapat dihalang melainkan dengan cara demikian, maka membunuhnya adalah perkara yang dihalalkan.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/241)

Imam ash-Shan’ani menyebutkan perkara yang sama dengan katanya:
“Hadis di atas dengan pelbagai bentuk lafaz dan susunannya telah menunjukkan bahawa sesiapa yang keluar (tidak mentaati) seseorang pemimpin yang telah disepakati oleh umat Islam dalam sesebuah wilayah (kawasan atau negara), maka dia berhak dibunuh kerana akan menimbulkan kerosakan kepada manusia sama ada pemimpin tersebut seorang yang adil ataupun yang zalim selagi mana mereka masih menegakkan solat sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis atau dalam hadis yang lain disebutkan, “Selagi kamu tidak melihat kekufuran yang nyata”.” (ash-Shan’ani, Subulus Salam, 3/261)

Begitu juga dengan Imam asy-Syaukani rahimahullah. Beliau berkata, “Apabila terdapat segolongan pihak yang cuba merampas kuasa daripada seseorang pemerintah yang telah memiliki kedaulatan (kuasa) dan juga diberi bai’ah (kepercayaan dan ketaatan) oleh penduduknya, maka pada ketika itu, hukuman ke atas golongan tersebut ialah dibunuh jika ia tidak bertaubat.” (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/941 – Maktabah Syamilah)
 
 Panduan daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bagi menyelamatkan diri dari pemimpin yg membuat kemungkaran:

Daripada Ummi Salamah berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Akan datang (pada suatu masa) para penguasa yang kalian mengenal mereka namun kalian mengingkari (perbuatan mereka). Barangsiapa yang tahu (kemungkarannya) hendaklah berlepas diri, dan barangsiapa mengingkari maka ia telah selamat. Tetapi bagi yang reda dan mengikuti (kemungkaran tersebut)”, para sahabat menyelah, “Bagaimana jika kita perangi sahaja mereka?” Baginda menjawab: “Tidak, selama mereka masih solat.” ( Hadis Riwayat Muslim no.3445)

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (Hadis Riwayat Muslim no. 55 dan no. 95.)

dari hadis yang lain,

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barang siapa yang ingin menyampaikan nasihat kepada penguasa, hendaklah jangan menyampaikannya di depan umum, akan tetapi genggamlah tangannya dan menyendirilah dengannya. Jika ia mahu menerima nasihat tersebut, maka itulah (yang diharapkan), jika tidak maka sesungguhnya ia telah melaksanakan kewajibannya.” (Hadis Riwayat Ahmad (III/403) dan Ibnu Abi ‘Ashim (II/737 no: 1130, 113
 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memberi peringatan yang sangat tegas sebagaimana hadis berikut:

“Sesiapa yang melihat pada amirnya (pemerintah) sesuatu yang dibencinya, hendaklah dia tetap sabar dengan sebab tersebut. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu keluar dari al-Jama’ah (tidak mentaati pemerintahnya) walaupun sejengkal lalu ia mati dalam keadaan tersebut (keluar dari ketaatan terhadap pemerintah), maka matinya itu adalah mati dalam keadaan jahiliyah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, no. 7143)

Bersabar dengan kezaliman para pemimpin adalah salah satu prinsip yang dipegang oleh Ahlus Sunnah wal-Jama’ah. Perkara ini disebutkan oleh Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) dengan katanya:

“Sabar dengan kezaliman dan kekejaman para pemimpin adalah salah satu prinsip (ushul) dari prinsip-prinsip Ahlus Sunnah wal-Jama’ah sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadis-hadis yang masyhur.” (Majmu’ al-Fatawa, 28/179 – Daar al-Wafaa’)
 
 
 Jika kita mengambil contoh zaman Hajjaj Ibn Yusuf, pemerintah yang kejam, tegas, malah membunuh sahabat-sahabat Nabi dan membunuh ramai umat Islam, apa yang dilakukan oleh sahabat yang lain pada zamannya? Sahabat Nabi, Abdullah Ibn Abbas ra tetap bersolat di belakang Hajjaj Ibn Yusuf. Adakah Ibn Abbas ra yg terkenal di dalam sejarah Islam sebagai sebaik2 pentafsir memahami Al-Quran dan Hadis2 taat pemerintah secara literal?

Oleh yang demikian, Manusia (hamba) ini akan terbahagi pada 3 golongan secara amnya. Sama ada menurut jalan yang betul (lurus) ataupun sesat dari jalan Islam. Hanya dengan Al-Kitab dan Al-Hikmah (ilmu) taraf manusia (hamba) itu akan dinilaikan sama ada , 1-BerIman, 2-Jahil atau 3-Degil.

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (
Al-Israa' 17:36)

Bagi yang BerIman:

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (Az-Zumar 39:18)

Bagi yang Jahil:

وَإِذَا جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ أَنَّهُ مَن عَمِلَ مِنكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِن بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Al-An'aam 6:54)

Bagi yang Degil:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُواْ كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُواْ أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاء أَلا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاء وَلَـكِن لاَّ يَعْلَمُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al-Baqarah 2:13)
~Abu Aisyah Haidir Hamzah

~
Abu Aisyah Haidir Hamzah Prinsip al wala wal bara (prinsip ketaatan dan berlepas diri). Ia tiada di dalam rukun Islam. Adakah al wala wal bara di dalam rukun iman? Tidak ada. Tetapi al wala wal bara merupakan satu ushul yang penting dalam prinsip akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Begitu juga dengan isu berkaitan pemerintahan, kerajaan dan pentadbiran. Cara para ulama Ahlus sunnah wal Jamaah sejak zaman berzaman mereka meletakkan topik berkenaan dengan pemerintahan ini di dalam perbincangan ushul iaitu dasar-dasar akidah.

Nabi mewasiatkan secara jelas agar bertakwa kepada Allah dan kemudian dengar dan taatlah kepada pemerintah walaupun yang memerintah adalah hamba Habsyi yang berkulit hitam. Ini menggambarkan bahawa hubungan dengan manusia yang paling utama kedudukannya adalah hubungan dengan pemerintah, dan ia merupakan satu urusan penting di dalam akidah.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa mentaati pemimpin adalah salah satu sebab mendapat jaminan Syurga. Ini adalah sebagaimana kata beliau:

سمعت رسول الله وخطبنا في حجة الوداع، وهو على ناقته الجدعاء، فقال: أيها الناس. فقال رجل في آخر الناس: ما تقول أو ما تريد؟ فقال: ألا تسمعون: إنه لا نبِي بعدي، ولا أمة بعدكم، ألا فاعبدوا ربكم، وصلوا خمسكم، وصوموا شهركم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بِها أنفسكم، وأطيعوا أمراءكم تدخلوا جنة ربكم

Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan khutbah pada haji al-Wida’ dalam keadaan baginda menunggang untanya yang kepenatan. Sabda beliau, “Wahai manusia!” Kemudian, seorang lelaki di belakang berkata, “Apakah yang engkau perkatakan atau mahukan?” Sabda Rasulullah, “Adakah kamu tidak mendengar, sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku dan tiada lagi ummat selepas kamu. Ketahuilah, hendaklah kamu sentiasa mengabdikan diri kamu kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu, berpuasalah kamu pada bulannya, tunaikanlah zakat dengan harta kamu, berbuat baiklah terhadap diri kamu, dan taatilah pemimpin kamu, pasti kamu akan memasuki Syurga Tuhan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 36/487, no. 22161. Tahqiq Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat Imam Muslim. Diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi dan katanya hasan sahih)
 
 
Ibnu Hasan Al-Amin Wajib bagi kita untuk kumpulkan semua nas mengenai ta'atkan pemimpin itu untuk dapatkan gambaran sebenar ta'at yang bagaimanakah yang dikehendaki oleh syara'.

Terdapat sekumpulan hadis yang menambah bahawa tidak boleh angkat senjata atau menggulingkan
pemimpin yang menyeleweng itu, namun Nabi sollollohu 'alaihi wa aalihi wa sallam telah letakkan satu had akan keta'atan tersebut dengan had selagi pemimpin itu solat di kalangan (kamu yaitu orang yang bertanya dalam hadis itu) dan dalam satu lagi riwayat selagi pemimpin itu tidak melakukan kufron bawahan.

Nah, dua had itu :

1. Selagi solat bersama kaum muslimin yang sudah tentulah dia sebagai imam poltik akan jadi imam solat jama'ah.

2. Selagi tidak jatuh kepada kufron bawahan.

Nampaknya golongan di Malaysia/Indonesia yang beria-ia sangat suruh supaya taat kepada pemimpin melupakan atau sengaja tidak membincangkan secara serius akan dua jenis had keta'atan itu, kalau mereka jujur membincangkan maka sudah pasti mereka akan dapati tiada lagi keta'atan dengan berdalilkan semua ahadis ta'at itu kerana pemimpin kesayangan mereka :

1. Tidak konsisten bersolat jama'ah menjadi imam solat jama'ah bersama rakyat di tempatnya menetap.

2. Pemimpin itu telah lakukan kufron bawahan yang jelas dengan menolak dengan angkuh sombong takabbur akan perlaksanaan hudud Alloh* bukan sekadar melakukan dosa yang tidak menjadikannya kafir.

* apalagi syariat Alloh secara syumul.

Contoh Zikir Selepas SOLAT..... Yang Telah Diubahsuai.






Contoh Zikir Selepas SOLAT..... Yang Telah Diubahsuai.

Menerusi hadisnya, Rasulullah mengajarkan kaedah berzikir selepas solat seperti berikut:

1- Subhanallah = 33 kali.
2- Alhamdulillah = 33 kali
3- Allahu Akbar = 33 kali
4 - Laa ilaaha illallah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'alaa kulli syai-in qodiir = 1 kali

= Genaplah semuanya menjadi 100. Orang yang membaca zikir di atas dengan LAFAZ dan BILANGAN yang diajarkan oleh Nabi mendapat ganjaran diampuni dosanya sebanyak buih lautan. [Lihat komen pertama sebagai rujukan].

Apa yang diubah?

Bandingkan pula tatacara zikir Nabi di atas dengan tatacara zikir kebanyakan umat Islam hari ini:

1- Sebelum 'subhanallah', dibaca lafaz "...Ilahi ya robbi ..." dan selepasnya ditambah lafaz ".... subhanallah wabihamdihi daa-imaan qoo-iman abadan alhamdulillah ...."

2- Selepas 'alhamdulillah, ditambah lafaz '... alhamdulillahi robbil 'aalamiin 'alaa kulli haal.."

3- Selepas 'Allahu Akbar' ditambah lafaz '... Allahu akbar kabiiraa, wal hamdulillaahi katsiraa, wa subhanallaahi bukrotaa, wa asiilaa...'.

4- Selepas 'Laa ilaaha illallah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'alaa kulli syai-in qodiir' ditambah lafaz 'walaa hawlaa walaa quwwata illa billaahil 'aliyyil 'azhiim'.

Jika dihitung jumlah zikir masyarakat kita ialah sebanyak 107 kali. Berdasarkan tokok tambah ini, kita tertanya-tanya:

1- Apakah sumber dan hujah mereka untuk menggubal tatacara zikir yang telah diajarkan oleh Nabi menerusi sunnahnya yang sahih?

2- Apakah keutamaan dan ganjaran yang diperolehi daripada lafaz-lafaz tambahan itu?

--------------------------

Hadis yang dimaksudkan:

Sabda baginda shallallahu ‘alaihi wasallam:

مَنْ سَبَّحَ الله فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَ حَمِدَ الله َ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَكَبَّرَ الله ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَتْلِكَ تِسْعُونَ، وَقَالَ تَمَامَ الْمَائَةِ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ.

Barang siapa yang bertasbih kepada Allah pada setiap akhir solat sebanyak 33 kali, bertahmid kepada-Nya 33 kali dan bertakbir 33 kali hingga genap 99 kali. Lalu untuk melengkapi jumlah yang ke 100 dia mengucapkan (tahlil yang bermaksud): Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah satu-satu-Nya (Tuhan yang) tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala kerajaan. Hanya milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, maka Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih di lautan.

[Hadis riwayat Imam Muslim (no. 146, 597).]
---------------------------------

Ini antara perbahasan di dalam buku saya:

Perhatikan pula wirid berikut:

أَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَاِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَم فِحَيِّنَا رَبَّنَا بِاالسَّلاَم وَأَدْ خِلْنَا الْجَنَّةَ دَا رَالسَّلاَم تَبَرَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَا ذَ الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ.

Sila perhatikan lafaz berikut:

وَاِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَم فِحَيِّنَا رَبَّنَا بِاالسَّلاَم وَأَدْ خِلْنَا الْجَنَّةَ دَا رَالسَّلاَم

Ia adalah lafaz tambahan (bid’ah) ke atas lafaz yang telah diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu:

أَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَرَكْتَ يَا ذَ الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ.

Lafaz di atas dikeluarkan oleh Imam Muslim (no.591, 135), Ahmad 5/275, 279, Abu Daud (no.1513), al-Nasa'i 3/68 dan selainnya, bersumberkan daripada Tsauban radhiallahu‘anh.

Berhubung dengan ‘tambahan’ lafaz ini, al-Lajnah ad-Daimah menyatakan bahawa:

Pada asalnya dalam berzikir itu harus sesuai dengan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam baik itu dari susunan kalimat mahupun tata caranya. Dengan tidak mengurangi, menambah dan tidak pula mengubah tatacaranya. Adapun yang disebutkan dalam berbagai kitab hadis bahawa di antara zikir setelah solat adalah dengan ucapan:

أَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَرَكْت َ يَا ذَ الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ.

(Atau) dalam riwayat yang lain:

تَبَرَكْت ذَ الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ.

Tidak ada hadis yang menyebutkan tambahan واليك يعود السلاَم dan واليك السلاَم sejauh pengetahuan kami selain dalam Sunan al-Nasa’i dari jalur Daud bin Rasyid. Ia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami al-Walid bin Muslim, telah meriwayatkan kepada kami al-Auza’i dari Abu Ammar dari Abu Asma’. Selanjutnya, ia menyebutkan hadisnya. Dalam hadis ini disebutkan kalimat واليك السلاَم.

Dalam sanadnya terdapat al-Walid bin Muslim al-Qarasi. Ia adalah salah satu perawi dalam Kutub as-Sittah (enam kitab hadis) dan seorang perawi yang menguasai banyak dan kuat hafalannya. Tetapi ia meriwayatkan hadis mudallas dengan tadlis taswiyah. Ad-Daruquthni berkata: al-Walid perawi hadis mursal. Ia meriwayatkan dari al-Auza’i dari beberapa Syeikh yang dha’if yang telah ditemui oleh al-Auza’i. Ia tidak menyebutkan nama-nama sanad yang dha’if kemudian menjadikan al-Auza’i meriwayatkan dari Nafi’ dari Atha’.

Shalih bin Muhammad berkata menceritakan bahawa ia mendengar al-Haitsami bin Kharijah berkata: Aku berkata kepada al-Walid, engkau telah merosakkan hadis al-Auza’i. Ia berkata: Bagaimana?. Aku berkata: Kamu meriwayatkan dari al-Auza’i dari Nafi’. Lalu dari al-Auza’i dari az-Zuhri dan Yahya bin Sa’id. Sedang selain engkau, antara az-Zuhri dan Nafi’ memasukkan Ibrahim bin Murrah, Qurah dan lain-lainnya. Apa yang membuat anda seperti ini?

Ia menjawab: Aku ingin membersihkan al-Auza’i dari orang-orang tersebut. Aku berkata: Apabila al-Auza’i meriwayatkan daripada mereka, sedang mereka adalah perawi yang dha’if dan perawi hadis yang munkar, kemudian kamu tidak menyebutkan mereka (dalam sanad) sehingga kamu menjadikan al-Auza’i meriwayatkan dari orang-orang tsiqah maka al-Auza’i menjadi dha’if. Al-Haistami berkata: al-Walid tidak memperhatikan perkataanku.

Berdasarkan hal ini, maka hadis di atas tidak boleh dijadikan sebagai dalil. Kalimat yang ditambahkan dalam zikir setelah solat ini adalah bid’ah. Semoga selawat dan salam tetap dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam beserta keluarga dan sahabatnya.


[Majalah al-Buhuts 22/96-97; dalam Irysadat an Ba’dhil Mukhalafat fii ath-Thaharah, as-Shalah, al-Masajid karya Syeikh Abdul Aziz Muhammad as-Sadlan, ms. 239-240
Lihat Buku saya : Marilah Berzikir Selepas Solat Fardhu Bersama Rasulullah (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2010).

--------------------------------------------------
Zikir Selepas Solat Yang Diubahsuai [Siri 2]

Kebanyakan para imam masjid sebaik sahaja selesai solat mereka akan membacakan
wirid dengan lafaz berikut, iaitu setelah istighfar dibaca:

أَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَاِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَم فِحَيِّنَا رَبَّنَا بِاالسَّلاَم وَأَدْ خِلْنَا الْجَنَّةَ دَا رَالسَّلاَم تَبَرَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَا ذَ الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ.

Sila perhatikan lafaz berikut:

وَاِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَم فِحَيِّنَا رَبَّنَا بِاالسَّلاَم وَأَدْ خِلْنَا الْجَنَّةَ دَا رَالسَّلاَم

(wa ilaika ya-'uudussalaam, fahayyinaa robbanaa bissalaam, wa ad-khilnal jannata daarossalaam).

Ia adalah lafaz tambahan (bid’ah) ke atas lafaz yang telah diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu:

أَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَرَكْتَ يَا ذَ الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ.

Lafaz di atas dikeluarkan oleh Imam Muslim (no.591, 135), Ahmad 5/275, 279, Abu Daud (no.1513), al-Nasa'i 3/68 dan selainnya, bersumberkan daripada Tsauban radhiallahu‘anh.

Berhubung dengan ‘tambahan’ lafaz ini, al-Lajnah ad-Daimah menyatakan bahawa:

Pada asalnya dalam berzikir itu harus sesuai dengan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam baik itu dari susunan kalimat mahupun tata caranya. Dengan tidak mengurangi, menambah dan tidak pula mengubah tatacaranya. Adapun yang disebutkan dalam berbagai kitab hadis bahawa di antara zikir setelah solat adalah dengan ucapan:

أَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَرَكْت َ يَا ذَ الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ.

(Atau) dalam riwayat yang lain:

تَبَرَكْت ذَ الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ.

Tidak ada hadis yang menyebutkan tambahan واليك يعود السلاَم dan واليك السلاَم sejauh pengetahuan kami selain dalam Sunan al-Nasa’i dari jalur Daud bin Rasyid. Ia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami al-Walid bin Muslim, telah meriwayatkan kepada kami al-Auza’i dari Abu Ammar dari Abu Asma’. Selanjutnya, ia menyebutkan hadisnya. Dalam hadis ini disebutkan kalimat واليك السلاَم.

Dalam sanadnya terdapat al-Walid bin Muslim al-Qarasi. Ia adalah salah satu perawi dalam Kutub as-Sittah (enam kitab hadis) dan seorang perawi yang menguasai banyak dan kuat hafalannya. Tetapi ia meriwayatkan hadis mudallas dengan tadlis taswiyah. Ad-Daruquthni berkata: al-Walid perawi hadis mursal. Ia meriwayatkan dari al-Auza’i dari beberapa Syeikh yang dha’if yang telah ditemui oleh al-Auza’i. Ia tidak menyebutkan nama-nama sanad yang dha’if kemudian menjadikan al-Auza’i meriwayatkan dari Nafi’ dari Atha’.

Shalih bin Muhammad berkata menceritakan bahawa ia mendengar al-Haitsami bin Kharijah berkata: Aku berkata kepada al-Walid, engkau telah merosakkan hadis al-Auza’i. Ia berkata: Bagaimana?. Aku berkata: Kamu meriwayatkan dari al-Auza’i dari Nafi’. Lalu dari al-Auza’i dari az-Zuhri dan Yahya bin Sa’id. Sedang selain engkau, antara az-Zuhri dan Nafi’ memasukkan Ibrahim bin Murrah, Qurah dan lain-lainnya. Apa yang membuat anda seperti ini?

Ia menjawab: Aku ingin membersihkan al-Auza’i dari orang-orang tersebut. Aku berkata: Apabila al-Auza’i meriwayatkan daripada mereka, sedang mereka adalah perawi yang dha’if dan perawi hadis yang munkar, kemudian kamu tidak menyebutkan mereka (dalam sanad) sehingga kamu menjadikan al-Auza’i meriwayatkan dari orang-orang tsiqah maka al-Auza’i menjadi dha’if. Al-Haistami berkata: al-Walid tidak memperhatikan perkataanku.

Berdasarkan hal ini, maka hadis di atas tidak boleh dijadikan sebagai dalil. Kalimat yang ditambahkan dalam zikir setelah solat ini adalah bid’ah. Semoga selawat dan salam tetap dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam beserta keluarga dan sahabatnya.

[Majalah al-Buhuts 22/96-97; dalam Irysadat an Ba’dhil Mukhalafat fii ath-Thaharah, as-Shalah, al-Masajid karya Syeikh Abdul Aziz Muhammad as-Sadlan, ms. 239-240.]

Rujuk buku saya berjudul Marilah Berzikir Selepas Solat Fardhu Bersama Rasulullah (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2010).
--------------------------------------------------

Kenapa zikir selepas solat tidak ditokok tambah meskipun tambahan itu baik?

[Jawapan kepada mereka yang berdegil mengubah ajaran Nabi hanya bermodalkan logik akal dan hawa nafsu sebagai hujah]

Diriwayatkan oleh al-Barra’ Ibnu ‘Azib radhiallahu’anh di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajari beliau mengenai zikir sebelum tidur:

أللهم أسلمت نفسي إليك، وفوضت أمري إليك، ووجَّهْتُ وجهي إليك، وألجأت ظهري إليك، رغبة ورهبـة إليك لا ملجأ ولا منجا منك إلا إليك، آمَنْتُ بكتابك الذي أنزلت وبنـبـيك الذي أرسلت.

Ya Allah, aku serahkan diriku kepada-Mu dan aku tundukkan wajahku kepada-Mu, aku menyerahkan urusanku kepada-Mu, aku menghadapkan wajahku kepada-Mu dan aku menyandarkan belakangku kepada-Mu, kerana rasa suka dan takut kepada-Mu. Tiada tempat perlindungan dan penyelamat daripada (ancaman-Mu) kecuali kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan juga dengan Nabi yang telah Engkau utuskan. [H/R al-Bukhari bersama Fath al-Baari 1/357 (no. 247)]

Lafaz zikir ini telah dihafaz dan dibaca oleh al-Barra’ Ibnu ‘Azib radhiallahu’anh sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kecuali perkataan وبنبيك (dan juga dengan Nabi Engkau) dia tukarkan dengan perkataan وبرسولك (dan juga dengan Rasul Engkau). Mendengarkan bacaan al-Barra’ itu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pantas menegur serta melarang beliau daripada menukar perkataan tersebut. [Hadis riwayat al-Bukhari bersama Fath al-Baari 1/357 (no. 247).]

Menerusi kitabnya, Shahih at-Targhib wa at-Tarhib jilid 1, ms. 388, Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (1420H) pula berkata:

"Di dalam hadis ini terdapat peringatan yang sangat tegas, bahawa wirid-wirid dan zikir-zikir itu (adalah bersifat) taufiqiyyah (iaitu terikat dengan ketentuan al-Qur’an dan al-Sunnah). Tidak boleh dirubah, baik dengan (berbentuk) tambahan, pengurangan atau hanya dengan merubah lafaz yang tidak mengubah erti. Kerana lafaz Rasul lebih umum dari Nabi, tetapi Rasulullah shalallahu‘ alaihi wasallam tetap membetulkannya."

Selain itu, al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani al-Syafie rahimahullah (852H) menerusi kitabnya Fath al-Baari, jilid 11, ms. 114 turut memberi komentar dengan berkata:

"Hikmah yang paling tepat mengapa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyalahkan ucapan Rasul sebagai ganti dari lafaz Nabi adalah bahawa lafaz-lafaz zikir itu (adalah) taufiqiyyah (ditetapkan berdasarkan nas, bukan akal). Ada kekhususan yang tidak boleh dengan khas. Wajib untuk menjaga lafaz yang syarie (iaitu lafaz yang telah didatangkan oleh nas tanpa diubahsuai)."

Lihat buku saya Marilah Berzikir Selepas Solat Fardhu Bersama Rasulullah (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru
 
.................................. 

Ibnu Hasan Al-Amin Namun aku dapati ada satu lafaz kalimah dalam at-tahiyyat yang ditukar oleh sohabah semasa zaman sohabah yang tidak ada seorang pun membantahnya. Aku dapati ini dalam kitab Sifat Solat Nabi karya Syaikh Al-Albaniy. Lafaz asal dalam at-tahiyyat itu adalah as-salamu 'alaika aiyuhan-nabiyyu di tukar kepada as-salamu 'alan-nabiy dengan membuang lafaz yang mengandungi khitab ka.

Hadis yang aku maksudkan itu adalah riwayat Al-Bukhoriy dan lain-lain dari Ibnu Mas'ud.

Ibnu Mas'ud ada kemukakan alasannya.

Peringatan : Perubahan lafaz itu tidak ada seorang sohabah pon yang bantah maka ia menjadi halal tidak bid'ah. Maka ini sudah menjadi ijma' sohabah. Namun tidak ada lagi ijma' selepas sohabah dalam perkara mengubah kaifiyyat ibadah. Wallohu a'lam