Friday, May 30, 2014

Tidak boleh bertaqarrub kepada Allah KECUALI dengan apa yang DIA SYARI'ATKAN,






Asy-Syaikh Saleh bin Abdil Aziz Alu Asy-Syaikh berkata tatkala beliau menyebutkan beberapa bid’ah dan larangan yang berkenaan dengan tauhid:

“Mengadakan perayaan-perayaan yang beraneka ragam dengan maksud taqarrub kepada Allah dengannya.
Seperti :
  *perayaan maulid nabawi,
   *perayaan hijrah (Nabi),
   *perayaan tahun baru hijriah,
   *perayaan Isra` dan Mi’raj, dan yang semisalnya.
    *perayaan ini adalah BID'AH, karena dia adalah ajang berkumpulnya (manusia) pada amalan-amalan yang dimaksudkan SEBAGAI TAQARRUB kepada Allah.


Sedangkan,
  ..tidak boleh bertaqarrub kepada Allah KECUALI dengan apa yang DIA SYARI'ATKAN,
  ..dan Allah tidaklah boleh disembah KECUALI dengan apa yang DIA SYARI'ATKAN.

Maka semua perkara yang baru DALAM AGAMA adalah bid’ah dan semua bid’ah terlarang untuk mengerjakannya”.

Lihat Al-Minzhor fii Bayani Katsirin minal Akhtho` Asy-Sya`i’ah hal. 17


~Bin Saje

Tuesday, May 27, 2014

Al Mu’awwidzatain - Al Falaq dan An Nas.




 Al Mu’awwidzatain. (Disebut demikian karena keduanya mengandung ta’widz {perlindungan}).
Keduanya termasuk surat yang utama dalam Al-Qur’an. Keutamaan surat al-Falaq selalu disebut bersamaan dengan surat an-Nas.

Kedua surat ini disunatkan dibaca setiap selesai shalat wajib. Dalam hadits lain, ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan (maksudnya),

(( أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ بِالْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ))

•••• “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan saya untuk membaca al-Mu’awwidzat tiap selesai shalat.” (HR. Abu Dawud, dihukumi shahih oleh al-Albani)

Disunatkan juga membacanya sebelum dan sesudah tidur, sebagaimana disebutkan dalam hadits ‘Uqbah yang lain (maksudnya):

•••• “Wahai ‘Uqbah, bacalah keduanya setiap kamu tidur dan bangun. Tidaklah seseorang bisa meminta atau berlindung dengan seperti keduanya.” (HR. Ahmad dan Ibnu Khuzaimah, dihukumi hasan oleh al-Albani)

Hadits-hadits shahih juga menjelaskan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menganjurkan membacanya pada dzikir pagi dan sore. Beliau juga membacanya saat meruqyah diri beliau saat sakit dan disengat kalajengking. Demikian juga malaikat yang meruqyah beliau saat disihir Labid bin al-A’sham.

Teruskam  membaca di :
  http://muslim.or.id/al-quran/memahami-surat-al-falaq.html

Kenduri Tahlil :


Tafsir Ibn Katsir  Surah 53  Ayat 38~39 : 
"Dari ayat ini pula Imam Syafi'i dan para pengikutnya menyimpulkan bahwa pengiriman pahala bacaan AlQur'an itu TIDAK sampai kepada orang yang sudah meninggal dunia."


Kenduri Tahlil :
Walaupun tiada yang meratap atau menangis, menyediakan makanan sudah dikira "meratap" mengikut hadith ini :


Telah berkata Imam Ibn Qadamah dalam kitabnya al-Mughni, juz 3, ms. 496-497 (cetakan baru ditahqiq oleh Syeikh Abdullah bin Abdul Muhsin al-Turki):

فأما صنع أهل الميت طعاما للناس فمكروه لأن فيه زيادة على مصيبتهم وشغلا لهم إلى شغلهم وتشبها بصنيع أهل الجاهلية. وروي أن جريرا وفد على عمر فقال: هل يناح على ميتكم؟ قال: لا. قال: فهل يجتمعون عند أهل الميت ويجعلون الطعام؟ قال: نعم. قال: ذاك النوح.

"Adapun ahli keluarga si mati membuatkan makanan untuk orang ramai maka itu satu hal yang dibenci (haram).


Kerana akan menambah (kesusahan) di atas musibah mereka dan menyibukkan mereka di atas kesibukan mereka dan menyerupai perbuatan jahiliyyah.

Dan telah diriwayatkan bahawasanya Jarir pernah bertemu kepada ‘Umar.

Lalu ‘Umar bertanya : “Apakah mayat kamu diratapi?”

Jawab Jarir : “Tidak!”

‘Umar bertanya lagi : “Apakah mereka berkumpul di rumah si mati dan mereka membuat makanan?”

Jawab Jarir : “Ya!”

Berkata ‘Umar : “Itulah ratapan!."




Telah berkata Imamnya para Ulama, mujtahid mutlak, lautan ilmu, pembela Sunnah,
Al-Imam Asy-Syafi’i di ktabnya ‘Al-Umm” (I/318).

“Aku benci alma'tam yaitu berkumpul-kumpul dirumah ahli mayit meskipun tidak ada tangisan, karena sesungguhnya yang demikian itu akan memperbaharui kesedihan".

Friday, May 23, 2014

HUdud :Calon Melayu Islam DAP tidak bijak berfikir mengelirukan rakyat

 

 

HUDUD:CALON MELAYU ISLAM DAP TIDAK BIJAK BERFIKIR#MENGELIRUKAN RAKYAT


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pendirian calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd. Daud menolak hudud adalah lebih mengelirukan masyarakat berbanding pendirian calon Barisan Nasional (BN) yang bukan beragama Islam.

 Ahmad yang juga pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkata, Dyana Sofea sebagai seorang Islam hendaklah menghormati dan menjaga batasan tuntutan Allah yang telah jelas dinyatakan dalam al-Quran seperti hukum hudud. “Maka atas sensitiviti agama, semua calon sama ada calon daripada Barisan Nasional atau calon DAP mesti menjaga sensitiviti tersebut malahan jika pertikaian kepada hudud ini datang dari seseorang yang beragama Islam seperti calon daripada DAP, maka ia lebih mengelirukan masyarakat,” katanya dipetik melalui posting di laman sosial Facebooknya baru-baru ini.

Dyana Sofea terdahulu secara lantang menentang pelaksanaan hukum hudud dan menolak jika rang undang-undang persendirian berkaitan hudud dibentangkan di Parlimen kelak. Justeru itu Ahmad berkata, calon-calon PRK Teluk Intan termasuk daripada BN digesa tidak menggunakan hukum hudud sebagai satu modal politik terdesak sehingga menjadikan ia sebagai satu unsur ejekan dan penolakan.

“Maka jangan ada unsur-unsur penolakan terhadap hukum Allah yang jelas ini walaupun berada dalam parti yang berbeza. Hak seseorang Islam terhadap Allah hendaklah dijaga dengan penuh ketaatan. Masih ramai pengundi melayu dan beragama Islam dalam Parlimen Teluk Intan yang akan menjadi pengundi dalam PRK tersebut,” katanya.

 Dyana Sofea yang juga Setiausaha Politik Lim Kit Siang ketika diajukan mengenai hukum hudud yang menjadi teras perjuangan PAS memberitahu, gadis itu berkata beliau akan terus mendukung pendirian DAP dan menolak usul berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan yang dicadangkan PAS di Parlimen. Dyana menjadi pilihan DAP untuk meraih undi Melayu dan meredakan kemarahan mereka terhadap parti itu kerana menentang agenda hudud yang dibawa oleh PAS. DAP dituduh lidah bercabang kerana menolak usaha PAS itu walapun pada tahun lalu bersetuju PAS boleh meneruskan perjuangan mendirikan negara Islam secara tersendiri.

Sehubungan itu, Ahmad turut mahu kesemua pihak di negara ini menghormati dasar dan pendirian PAS sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan parti iaitu untuk memperjuangkan wujudnya sebuah masyarakat dan pemerintahan dalam negara ini yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

 “Maka Ini adalah perjuangan utama PAS yang seluruh ahli-ahli dan pimpinan PAS tahu dan menjadi kewajipan mereka meneruskan matlamat ini walau dimana posisi dan situasi yang mereka tempuh,” ujar beliau.

 DAP sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan dan dituduh anti-Islam kerana berpegang pada pendirian bahawa hudud tidak boleh dilaksana di Malaysia sama sekali. Pendirian yang bertentangan dengan PAS itu juga menjadi duri dalam daging dalam kerjasama antara parti Pakatan Rakyat. 

~ http://cengkerit.blogspot.com/2014/05/hududcalon-melayu-islam-dap-tidak-bijak.html

Wednesday, May 21, 2014

Orang Mukmin Sentiasa Bersangka Baik Dengan Allah SWT




Orang Mukmin Sentiasa Bersangka Baik Dengan Allah SWT


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah." (Hadis Riwayat Muslim)

Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap. Yakinilah setiap sesuatu kejadian yang berlaku samaada di langit atau di bumi atau kepada diri kita sendiri adalah ketetapan yang terbaik yang diciptakan oleh Allah SWT dan terdapat seribu hikmah yang tidak mampu kita memikirkannya.

Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah adalah :

1. Apabila melakukan sebarang ibadah  [ada Riwayat sampai  kepada Nabi *], dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.

2. Apabila berdo'a dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan do'anya.

3. Apabila dia berdosa , segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.

4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.

~ Abu Basyer

* dari segi amalan (Deen) diterima apabila diperintah oleh Nabi

Monday, May 19, 2014

Penawar Sakit hati terbaik yang diajarkan Rasulullah

 

 

 

PENAWAR SAKIT HATI TERBAIK YANG DIAJARKAN RASULULLAH


Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.

Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.

Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa  ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.

Apatah lagi,  manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.

Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.

Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.

Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.

Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.

Na’udzubillaahi mindzaalik.

Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?

Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :

1. Muhasabah Diri

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.

Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.

2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki

Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.

 Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.

Demikian sifat iri hati dan dengki.

Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.

Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang

Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”

4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.

Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,

“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).

5. Husnuzon (Berprasangka Baik).

Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).

Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain.

Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.

Tentu, perkara ini  yang tidak benar.

 Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.

6. Ikhlaskan Diri.

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.

 Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.

Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.

Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

 Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

Memaafkan  adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,
Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.
Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.
Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..

Sekian...Assalamualaikum..


~ December 31, 2013

 https://www.facebook.com/notes/siti-safura-mohd-hilmi/penawar-sakit-hati-terbaik-yang-diajarkan-rasulullah/678801222160738

Sunday, May 18, 2014

Kesesuaian hudud dalam Masyarakat Majmuk

 

 

KESESUAIAN HUDUD DALAM MASYARAKAT MAJMUK


Spring-Blooming-Flower-


Saya tidak ingin membahaskan apakah hudud itu wajib dilaksanakan atau tidak. Berkata sebahagian ulama dalam bidang bahasa, “Sangat tidak masuk akal dalam minda seseorang itu sekiranya dia memerlukan dalil bagi membuktikan waktu siang”. Sedangkan sekiranya kita berada di siang hari, itu sudah cukup tanpa kita membuktikan bahawa siang adalah siang.

Begitu juga apabila kita membicarakan tentang kewajipan hukum Allah SWT. Hukum perlaksanaannya telah jelas tanpa perlu dipanjangkan lagi perbahasannya. Apa yang perlu dibincangkan dari semasa ke semasa, dari forum ke forum, wacana ke wacana, seminar ke seminar adalah kesesuaian, suasana yang kondusif ke arah pelaksanaannya, dan kaedah perlaksanaannya.

Perlu dibincangkan

Antara aspek yang perlu dibincangkan; Pertama adalah penggubal dan pelaksana undang-undang. Mana-mana manusia, mana-mana Negara, bila-bila zaman dan sebagainya tidak terkecuali dari pelaksanaan dan tanggungjawab yang berat ini.

Allah SWT menyatakan di dalam banyak ayat di dalam Al-Quran bahawa barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan maka kafir, maka dia zalim, maka dia fasiq, sesuai dengan keadaan-keadaan dan rincian perbahasannya.

Kewajipan pelaksanaan hukum Allah bagi pelaksana hukuman, bagi yang menggubal undang-undang, bagi yang memerintah, mereka ini perlu berusaha ke arah itu. Ini adalah tanggungjawab pelaksana.

Kedua adalah......
 teruskan membaca di : 
http://ustazfathulbari.wordpress.com/2014/05/18/kesesuaian-hudud-dalam-masyarakat-majmuk/

~ Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
 Mei 18, 2014

Wednesday, May 14, 2014

"Salam sejahtera atasmu wahai nabi serta rahmat dan keberkahan-Nya”


بسم الله الرحمن الرحيم
Di ceritakan Dahulu di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam, suatu ketika seorang baduwi lewat dihadapan Rasulullah kemudian beliau bertanya: “wahai fulan, hendak kemanakah engkau?” dia menjawab : “pergi untuk bersilaturrahmi ke rumah si fulan”, maka Rasulullah shallallalhu ‘alaihi wasallam berkata:“Maukah engkau kuberi sesuatu yang lebih berharga daripada hal itu?”, orang baduwi itu berkata : “apa itu?”, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إِلهَ إِلَّا اللهَ وَإِنِّي مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ الله
 “Engkau bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan aku adalah Muhammad utusan Allah”

Kemudian orang baduwi itu bertanya : “apa yang akan aku dapatkan jika aku mengucapkannya, dan apa yang bisa membuktikan bahwa kalimat itu benar?”, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : “lihatlah pohon yang sangat besar itu, hampirilah pohon itu dan katakan padanya : “wahai pohon! Engkau dipanggil oleh Muhammad”.
 Orang baduwi itu pun merasa ragu untuk menjalankan perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam karena dia menganggap hal yang mustahil terjadi, namun akhirnya ia melaksanakannya dan berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Aku akan panggil pohon itu, namun jika pohon itu tidak mengikuti perintahmu maka akan kutebas lehermu”, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : “baik, lakukanlah”.

 Maka orang baduwi itu berjalan menuju pohon besar itu, dan ketika samapi didepan pohon itu ia berkata : “wahai pohon! engkau dipanggil oleh Muhammad”, maka dalam sekejap pohon itu pun mulai menarik akar-akarnya sehingga seluruh akarnya keluar dari dalam bumi lalu berjalan menuju kehadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan pohon itu berkata :
السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
“Salam sejahtera atasmu wahai nabi serta rahmat dan keberkahan-Nya”

Melihat kejadian tersebut, orang baduwi itu terpaku antara sadar dan tidak karena telah melihat pohon yang sangat besar menyeret akar-akarnaya dari dalam bumi kemudian berjalan menghadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu mengucapkan salam kepada beliau shallallahu ‘alaihi wasallam.

Maka orang baduwi itu hendak menguji Rasulullah lagi dengan meminta beliau shallallahu ‘alaihi wasallam agar memerintah pohon itu untuk kembali pada tempatnya, si baduwi itu mengira jika beliau shallallahu ‘alaihi wasallam hanya mampu memanggilnya saja, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memenuhi permintaan baduwi itu dan berkata : “wahai pohon! kembalilah engkau ke tempatmu!”,maka pohon itu pun menyeret semua akar-akarnya dan kembali ke tempatnya, seakan telah dibantu oleh bumi untuk kembali ke tempat asalnya.
 Kemudian orang baduwi itu berkata :
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَّا اللهَ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
 “Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah”


Dialog Sheikh Al Bani Dengan Gurunya




DIALOG SYEIKH AL-ALBANI DENGAN GURUNYA

Setelah menamatkan pengajian peringkat Dasar maka Syeikh Nuh Najati membuat keputusan untuk menjalankan sistem talaqi tradisional kepada anaknya, Muhammad Nasiruddin.

Lalu dia menyerahkan anaknya kepada sahabatnya yang menjadi ulama agung mazhab Hanafi di Damsyik; Syeikh Said Al Burhani. Malah Syeikh Said Al Burhani juga di kenal sebagai Murabbi dalam tarikan Sufi.

Syeikh Al Albani mendapati bahawa dalam Tarikh Ibnu Asakir menjelaskan bahawa kubur Nabi Yahya ada di dalam Masjid Agung Damsyik lalu berkata:
"Aku ingin paparkan pendapatan ini kepada sebahagian ulama seperti ayahku dan Syeikh Al Burhani. Pada suatu hari setelah zuhur, aku sampaikan secara rahsia kepada Syeikh Al Burhani bahawa solat di Masjid Agung Damsyik tidak sah. Beliau menyambutku dengan mengatakan: "Tulislah segala sesuatu tentang apa yang engkau temukan dalam masalah ini". Maka aku tulis dalam 3 atau 4 halaman lalu Ku serahkan kepadanya. Beliau berkata: "Aku akan berikan jawaban kepada mu setelah Aidil Fitri"; saat itu kami masih dalam Ramadhan.

Ketika aku mendatanginya (selepas Ramadhan) dia berkata: "Semua tulisan yang engkau paparkan tidak memiliki dasar".
Maka aku bertanya kepadanya dengan kehairanan: "Mengapa demikian?". Maka beliau menjawab: "kerana semua kitab yang engkau jadikan rujukan bukan merupakan sumber rujukan bagi mazhab kami".

Maka Al Albani berkata: "Aku tidak mengerti ucapan mu ini kerana aku menukil dari kitab-kitab mazhab Hanafi seperti Mabariqul Azhar Syarah Masyariqil Anwar, sebuah kitab Hanafi, demikian juga aku nukil dari kitab Mirqatul Mafatih Syarah Misykatil Mashabih karya Mulla Ali Qari, seorang yang bermazhab Hanafi serta nash-nash lainnya. Namun semuanya tidak di endahkan, sama hal nya dengan sikap ayahku (Syeikh Al Haj Nuh Najati)".

~ Abu Amru Radzi Othman

Saturday, May 10, 2014

Palestin & Tanah Melayu






Palestin & Tanah Melayu

Setelah meneliti aspek sejarah, sejarah pencerobohan Palestin mempunyai persamaan rapat seperti sejarah di tanah melayu yang dapat saya simpulkan:

1.Palestin dan tanah melayu sangat dikenali dengan kewujudan kerajaan islam yang kuat, pernah berada di bawah pemantauan kerajaan turki uthmaniyyah dan menjadi rebutan musuh-musuh islam berabad lama nya. Palestin tanah yg diidamkan Yahudi dek kerana lokasi strategik, hasil mahsul buminya, kesuburan tanahnya, dan dengan alasan tempat ibadat mereka.
Tanah melayu ini juga begitu, dari segi sejarah ia digelar semenanjung emas oleh para pelayar dann penjajah dek lokasinya yang cukup strategik di Asia Tenggara, hasil mahsul bumi tanah melayu yang cukup terkenal dengan emas, bijih timah, tanam tanaman, minyak, gas, dan macam-macam lagi.

2.Peperangan demi peperangan berlaku berabad lama nya demi menguasai Palestin, sebidang tanah yang menjadi pintu masuk ke timur tengah dari benua Eropah,
Begitu juga peperangan tidak berkesudahan di semenanjung tanah melayu yang menjadi penghubung jalan laut utama benua afrika dan benua asia.

3.Pihak yg berperang dan berjaya menguasai Palestin adalah tentera-tentera salib dari benua Eropah,seterusnya dikuasai British yang juga pewaris tentera salib, dasar yg diamalkan tidak menyebelahi nasib umat Islam palestin, kemasukan bangsa yahudi secara pukal dan beramai-ramai sejak tahun 1930 dan akhirnya tanah palestin dipecahkan dann dikuasai yahudi dengan begitu terancang pada tahun 1948 dengan kerjasama erat British juga Yahudi dan proksi mereka melalui undian di persidangan united nation (PBB). Hak umat islam di Palestin terus menerus dicabul dan dizalimi hingga ke hari ini.
Pihak yang sama belayar begitu jauh untuk menguasai dan meneruskan agenda perang salib (gospel) mereka d Tanah Melayu dimulai dengan tentera Kristian portugis, Belanda,disusuli dengan British dan dasar yang diamalkan berjaya memecah belahkan kesatuan umat Islam dan melumpuhkan kerajaan Islam di tanah melayu. Kemasukan beramai-ramai secara pukal bangsa-bangsa lain cina dan india (majoritinya belum beriman) ke tanah Melayu dengan terancang, digabungkan perlaksanaan dasar pecah perintah,dan juga saki baki jejak mereka mengakibatkan umat islam di tanah melayu terus lemah sehingga ke hari ini sehingga tidak mampu mempertahankan hak-hak mereka. Lebih malang lagi, united nation melalui majlis hak asasi nya dan Amerika Syarikat mula main peranan dlm agendaa-agenda tertentu di tanah Melayu ini.

4.Jika dikaji bagaimana Yahudi memulakan pendudukan secara terancang di bumi Palestin , adalah dengan kemasukan beramai-ramai, dan pembelian tanah-tanah di Palestin secara " legal " terlebih dahulu. Dan tuan tanah bangsa arab ketika terutama yang menetap di luar palestin, itu ditawarkan harga berlipat ganda untuk menjual tanah mereka. Akhirnya 'kawasan' mereka semakin berkembang pesat dan penjajahan secara fizikal bermula selepas 1948, d mana negara haram israel mula bertapak.(rujuk buku perang arab israel 1967)
Tidak begitu jauh berbeza juga di tanah Melayu, usaha mendapatkan tanah sepertimana yahudi telah berlaku, dan lihat saja di bandar-bandar besar, Johor baru, terkini wilayah iskandar, di Pulau pinang, di Lembah Klang, majoritinya dikuasai oleh bangsa yang masuk beramai-ramai satu ketika dahulu dan penyingkiran bangsa melayu secara "legal" telah berlaku dengan begitu tersusun hingga ke hari ini. Tinggal lagi, penjajahan fizikal masih belum berlaku secara jelas. Mungkin juga ada yang telah berlaku (cthnya,perobohan rumah-rumah penempatan orang-orang melayu di Pulau Pinang dan rancangn pembangunan di Balik Pulau).

5.Konsep negara haram Israel semakin berjaya tahun demi tahun tetapi terdapat halangan-halangan besar dari pejuang-pejuang Islam tulen di Palestin, bermulanya intifadhoh pertama dan kedua, menyebabkan bangsa Yahudi zionis berusaha untuk menghapuskan penghalang ini, iaitu kerajaan Hamas dan unit elit tenteranya Brigade al Qossam.tapi mereka tetap gagal hingga ke hari ini dengan kejayaan dalam perang hijarotul sijjil pada tahun 2012.
D tanah melayu,tidak keterlaluan jika dikatakan, negara "haram" konsep baru (negara sekular liberal democratic) yg dibawa pihak tertentu waris perjuangan tentera salib dan agenda yahudi sedang diusahakan untuk di tubuhkan di tanah melayu ini, tetapi melalui ruang lingkup perlembagaan. Malangnya, beberapa klausa dalam perlembagaan ini menghalang usaha jahat mereka. Jadi, bagi memudahkan rancangan jahat tersebut, klausa yang menghalang ini perlu dihapuskan terlebih dahulu. Yakni, Islam, Raja, dan Melayu.; dengan cara menghilangkan sensitiviti dan izzah kepada ketiga-tiga perkara ini. Lihat saja usaha-usaha untuk penghapusan klausa tersebut yang dibawa golongan pewaris musuh-musuh Islam di tanah Nelayu ini,ke United Nations melalui tuntutan COMANGO sebagai contoh.

6.Terdapat pejuang-pejuang Islam yang dulu kini selamanya tidak tunduk kepada musuh-musuh Islam tersebut baik Yahudi atau Nasrani di Palestin yakni Hamas.
Dan di malaysia, juga masih ada pejuang islam yang tidak tunduk melukut ke kaki musuh-musuh Islam ini.
7.Siapakah yang berperanan seperti Yahudi di Palestin, yang terdapat di Tanah Melayu sekarang ini?Anda fikirkan sendiri. Telah nyata agenda musuh Islam yang bekerjasama memusuhi islam secara terancang dulu kini selamanya.

8.Semoga inspirasi perjuangan Hamas di Palestin, dapat dibawa dan dipasakkan di tanah Melayu ini dan kita sedar, siapakah musuh yang sebenar..
-Khalyys Morsi-
www.arusbaru.my

FDA warns against excessive aspirin use

 

 

FDA warns against excessive aspirin use


(NaturalNews) The FDA is now reporting that aspirin use raises serious health risks like bleeding in the brain and internal bleeding of the stomach. The agency stated that aspirin may benefit those who have already had a stroke but said they did not support the drug's use for preventing a heart attack or stroke.

Germany-based Bayer AG had recently requested to label aspirin as "heart attack prevention." The FDA denied the request, citing that the pills cause more damage for those who have not suffered from a cardiovascular event.

The FDA based their decision on a Scottish study showing that aspirin did not prevent heart attacks or strokes in people who ran a high risk of having heart disease. Published in 2010 in the Journal of the American Medical Association, the study reported that high-risk participants had about the same number of heart attacks and strokes as those on a placebo pill.

Trying to protect the reputation of their commonly consumed aspirin pills, Bayer spokeswoman Anne Coiley said, "Importantly, the ruling does not impact the numerous cardiovascular indications for which aspirin is already approved by the FDA."

A lack of substantial evidence showing aspirin's heart disease prevention, coupled with its internal bleeding side effects, makes a person wonder if aspirin is safe or even effective at all. Are aspirin's astronomical sales ($1.27 billion yearly) driven by misleading advertising and placebo-deceived minds?

Furthermore, when aspirin is matched up against specific berries, herbs, and roots, it begins to look like junk science. 

 Here are five foods that make aspirin seem fake and ineffective.

Five herbs, roots and berries that provide real heart disease prevention

Garlic

In this study, published in the Journal of Nutrition in 2006, garlic was found to be effective for treating patients with coronary artery calcification. Garlic showed incremental benefits for all participants in the pilot study, reducing hardened arteries, slowly but surely. Garlic can be added to most dishes or blended into salsa for daily supplementation.

Beetroot and hawthorn berry

A study from the University of Texas and Neogenis Laboratories found that the combination of beetroot and hawthorn berry work together in synergy to improve nitric oxide levels in the body. Nitric oxide acts as a vasodilator, relaxing the blood vessels to prevent stroke and heart disease. Compared to a placebo, the beetroot and hawthorn supplement showed increases in participants' nitric oxide levels. Beet and hawthorn can be added to one's daily smoothy or juicing regime.

Turmeric and laurel leaf

Bringing inflammation down in the body through turmeric consumption is a safer strategy than popping a gut-wrenching, blood-letting aspirin pill. Turmeric doesn't cause stomach bleeding; in fact, it cleans the blood of impurities, blessing the body, not cursing it. In this study, turmeric and laurel leaf both prevented hardening of the arteries. In the study, zebra fish on a high-cholesterol diet began to show signs of atherosclerosis. When given extracts of turmeric and laurel leaf, researchers noticed high antioxidant powers going to work to prevent apolipoprotein A-I glycation and LDL phagocytosis, and inhibit cholesteryl ester transfer protein. Tumeric and laurel can be taken as an oral supplement or used in cooking dishes.

Aspirin used as "blanket therapy" for too long

Aspirin has become an over-the-counter "blanket therapy" through the years, easily recommended for unnecessary circumstances. The new FDA warning statement on aspirin may help patients start asking questions and may prevent many from clinging to over-the-counter pills for temporary relief and false prevention.

"It's a useful statement to warn people that aspirin is not a blanket therapy," said Allen Taylor, professor at Georgetown University School of Medicine. "It's not innocuous."

With no evidence supporting its preventive measures, aspirin is basically just a crutch in a quick-fix society. As it damages the stomach lining over time, causing internal bleeding, there is really no reason to reach for the pill, especially when a whole-food, heart-healthy, pain-relieving diet is within reach.

 

Learn more: http://www.naturalnews.com/045065_aspirin_FDA_internal_bleeding.html#ixzz31JzIy8xS

Friday, May 9, 2014

Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim Al Haqqani diharamkan






Walaupun orang yang telah difatwakan sesat itu diberitakan telah mati malam tadi. tetapi pemikiran dan ajarannya masih lagi hidup. dan kematiannya tetap sesuatu peristiwa yang menggembirakan oleh umat Islam khususnya pencinta aqidah yang shahih.

Salamah Bin Syubaib mengatakan: ketika saya bersama Abdur Razzaq ( yaitu As-Shan’any/TABI'UT TABI'IN) datanglah khabar kematian Abdul Majied, lalu beliau (Abdur Razzaq) mengatakan: Segala puji bagi Allah yang telah membebaskan ummat Muhammad Shallallahu alaihi wasallam dari Abdul Majied (lihat kitab Siyar A’lam An-Nubalaa’ 9/435). 

Abdul Majied dia adalah Ibnu Abdil Aziz Bin Abi Rawwad, dan dia adalah seorang tokoh Murji’ah.
Ketika datang khabar kematian Wahab Al-Qurasy – dia adalah seorang yang sesat dan menyesatkan – kepada Abdurrahman Ibnu Mahdi (TABI'UT TABI'IN), beliau berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah membebaskan kaum muslimin darinya”. (lihat kitab Lisanul Mizan Karya Imam Ibnu Hajar, 8/402).


 ~Saufy Jauhary
---------------------------------------------------------------

  • https://scontent-a-kul.xx.fbcdn.net/.../1480569...

    Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani


    Keputusan

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

    Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

    Rujuk Laman Web JAKIM: http://www.e-fatwa.gov.my/.../tariqat-naqsyabandiah-al...

Kenduri Arwah -Bukti Amalan agama Hindu yang disangka ibadah oleh umat Islam.

 

 

Bukti Amalan agama Hindu yang disangka ibadah oleh umat Islam.

"Agama Hindu juga punya dalil atau dasar ilmunya....dalam Islam, kamu juga perlu datangkan dalil atau dasarnya.

Apa itu dalil ?  

Dalil itu ialah dasar ilmu Allah, dalil itu ialah ilmu wahyu Allah, barangsiapa yang menolak ilmu wahyu Allah, bererti dia telah menolak AlQuran." 
- Ustaz Abdul Aziz, mantan pendita Hindu.

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, SESAT yang nyata."
- Surah 33:36

Kitab Hindu Samaveda Jilid 1 m/s 333 =  "asal kenduri selamatan 1, 3, 7, 40, 100 hari....."

"Nilai Hindu sangat kuat mempengaruhi budaya Jawa"
- Prof Adi Sureto = Duta agama Hindu, Nepal, India, Sekretariat Agama Hindu Indon.

Mungkinkah banyak amalan Bid'ah yang umat Islam buat susah payah tidak hanya sesat tapi menjadi kebanggaan penganut Hindu ?

= http://youtu.be/7vsJ1KnXZio

----------------------------------------------------------------

Assalamualaikum. Dahulu saya pernah berjiran dengan orang Hindu dari India dan dia 'terharu' yang orang Melayu disini mengadakan kenduri arwah yang katanya sama seperti mereka (feast for the dead)setelah 40, 100 hari etc. Harap orang-orang kita sedar dan jangan ragu-ragu lagi meninggallkan amalan yang berasal dari agama Hindu dan saya percaya yang agama-agama lain seperti agama Taoism, Shintoism dan Buddhism juga mengadakan upacara-upacara sendiri sempena 'spirits of the dead'.

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, satu lagi 'live' proof bahawa amalan bid'ah munkar yang ramai umat Islam bela mati-matian hakikatnya menjadi kebanggaan penganut Hindu.

Alangkah baik jika anda dapat beritahu tempat jiran lama anda dan namanya, untuk menjadi contoh rujukan tsiqah, afwan jiddan.

Sangat penting kita berbaik dengan jiran tidak kira bangsa dan agama, di samping menjaga batasan agama masing-masing dengan pencerahan penuh hikmah, bukan menggadai prinsip atau sembrono iktiraf semua agama.


Umat Islam sudah lama kehilangan panduan untuk menarik penganut lain kepada Islam, dan di racuni pula agar berlapang dada 'iktiraf' agama lain secara halus, dengan berbagai fahaman falsampah.

Contohnya ucapan RIP, wishing hari agama mereka, boleh do'akan mereka kuffar yang dah mati...etc

Tidak heran ini boleh berlaku jika umat Islam sendiri tidak amanah menjaga Islam dari ajaran korupsi dan bid'ah.
Reply
Anonymous
Ini berlaku semasa saya buat beberapa tahun tinggal dinegara jiran. Di apartment yang saya tinggal ada percentage agak tinggi professionals dari India bersama keluarga mereka tinggal. Memang betul kami memang berjiran baik tapi penting untuk sentiasa jaga agar tidak bersama sama raikan apa yg mereka sambut untuk menjaga aqidah. Satu sifat mereka ialah mereka tidak apologetic tentang agama mereka dan bersikap terbuka dan tidak menyembunyikan amalan amalan Hindu mereka dikalangan penganut lain dan jika ada peluang sentiasa mempelawa untuk menyertai mereka. Kita tidak harus takut tersingggung perasaan orang kafir kerana melakukan kewajiban agama kita terutama jika merusak aqidah. Pernah juga jiran Hindu ini mempelawa untuk menyertai majlis 'pooja' atau ini dan itu. Harus sahaja menolak.


Beristighfarlah Setiap Hari Untuk Membersihkan Diri Daripada Dosa-dosa Kita.




Beristighfarlah Setiap Hari Untuk Membersihkan Diri Daripada Dosa-dosa Kita.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

( يَاأَيُّهَا النَّاسُ تُوْبُوْا إِلَى اللهِ وَاسْتَغْفِرُوْهُ فَإِنِّيْ أَتُوْبُ فِيْ اليَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ ) رواه مسلم.

“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Hadis Riwayat Muslim).

Demikianlah keadaan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, padahal baginda telah diampuni dosa-dosanya, baik yang lalu maupun yang akan datang. Tetapi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah hamba yang pandai bersyukur, pendidik yang bijaksana, pengasih dan penyayang. Semoga selawat dan salam yang sempurna dilimpahkan kepada bagonda.

Abu Musa radhiallahu’anhu meriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

(( إِنَّ اللهَ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوْبَ مُسِيْءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ فِيْ النَّهَارِ لِيَتُوْبَ مُسِيْءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا ))

“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di malam hari, sehingga matahari terbit dari barat (kiamat).” (Hadis Riwayat Muslim).


~ Abu Basyer

Manusia Perlu Berdoa, Berusaha Dan Bertawakal




Manusia Perlu Berdoa, Berusaha Dan Bertawakal Dan Yakin Dengan Qada Dan Qadar Daripada Allah SWT :

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud:
" Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mukmin yang lemah.Pada yang kuat dan yang lemah ada kelebihan masing-masing. Berusahalah untuk mencapai sesuatu yang berfaedah dan jangan lemah, jika kamu d
itimpa sesuatu bencana janganlah kamu berkata: 'Kalau aku buat begini tentu jadi begini', tetapi katakanlah: 'Allah telah mentakdirkan. Apa-apa yang Allah kehendaki dilakukannya, kerana perkataan "kalau" membuka ruang kepada amalan syaitan"
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraiannya :

1. Allah menganugerahkan kepada manusia kemampuan berfikir, merancang, bertindak dalam melakukan urusan mereka. Manusia melakukan sesuatu menggunakan tenaga, kemampuan dan benda-benda ciptaan Allah. Contonya seseorang yang bekerja akan mengeluarkan hasil dari ushanya dengan izin Allah. Tapi harus diingat bahawa hamba dan usahnya dijadikan oleh Allah. Dengan sebab itu semua perbuatannya manusia dijadikan oleh Allah SWT,

Firaman Allah SWT yang bermaksud : " Dan Allah yang menciptakan kamu dan apa-apa yang kamu lakukkan" (Surah as-Saffat ayat 96)

2. Perbuatan manusia dan segala yang terjadi kepadanya terbahagi kepada "ijbari" dan "ikhtiari".

a) Ijabari- ialah sesuau yang berlaku di luar kehendak serta bukan hasil usaha manusia. Perkara ijbari seperti cacat dan sempurna anggota, warna kulit, cerdas dan lemah akal, sihat, sakit, mala petaka dan sebagainya. Perkara-perkara tersebut berlaku dengan takdir Allah semata-mata, tanpa usaha dan ikhtiar manusia. Firman Allah dalam surah Al Qissas ayat 68, yang bermaksud," Dan Tuhan kamu menciptakan apa-apa yang Dia kehendaki dan Dialah juga yang memilih. Tidak ada pilihan bagi mereka"

b) Perbuatan ikhtiari pula ialah segala sesuatu yang berlaku dengan kemahuan dan hasil usaha serta ikhtiar manusia. Manusia mempunyai pilihan untuk melakukan atau sebaliknya. Atas kebebasan memillih inilah manusia dipertanggungjawabkan segala perbuatannya . Oleh sebab itulah ada dosa dan pahala.

3. Beriman dengan Qada dan Qadar diasaskan kepada kepercayaan kepada sifat qudrat, iradat dan ilmu Allah. Kita wajib percaya bahawa segala kejadian yang berlaku adalah dengan kuasa dan ketentuan Allah. Kita juga wajib percaya bahawa Allah mengetahui segala perbuatan kita dan apa-apa yang berlaku sama ada sebelum atau sesudahnya. Firman Allah dalam Surah AlQamr ayat 49, yang bermaksud, " Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan."
 
 

Hisabnya Seorang Mukmin Di Hari Akhirat :





Hisabnya Seorang Mukmin Di Hari Akhirat :

Allah telah berjanji bahawa para pelaku maksiat dan dosa, tempat mereka di akhirat kelak adalah di neraka. Bagi syaitan, Iblis , orang-orang kafir dan munafiq ia akan berada di neraka buat selama-lamanya. Namun, bagi orang Islam yang berdosa (tetapi tidak mensyirikkan Allah), mereka akan tetap diseksa di neraka, walaupun akhirnya akan turut menempuh alam syurga.

Sesungguhnya Allah mengadili hamba-Nya yang mukmin seorang diri pada hari kiamat, tidak seorang pun yang melihatnya dan tidak seorang pun yang mendengarnya. Allah Ta’ala benar-benar menutupi aibnya sehingga tidak seorang pun yang mengetahuinya. Allah menunjukkan kesalahan-kesalahannya dan berkata kepadanya: “Apakah kamu mengetahui dosa ini? Apakah kamu mengakui dosa ini?” Maka dia menjawab, “Ya wahai Rabb-ku, aku mengetahuinya.” Tiap kali ditunjukkan dosa-dosanya, ia terus mengakuinya sampai-sampai ia merasa pasti binasa. Lalu Allah Ta’ala berfirman kepadanya:

فَإنِّي قَدْ سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيا، وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ

Maksudnya : “Sesungguhnya Aku telah menutupi dosa-dosamu di dunia, dan sekarang Aku mengampuni dosa-dosamu.”Kemudian diberikan kepadanya catatan amal kebaikannya.” (Hadis sahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, VIII/353 –Fat-h, dan Muslim, no. 2768)

Ini adalah karunia besar yang Allah ‘Azza wa Jalla berikan kepada seorang mukmin. Allah Ta’ala menutupi aib seorang mukmin dan tidak membongkarnya di depan umum.

Allah Ta’ala telah menutupi dosa-dosa kita yang begitu banyaknya. Dia juga menutup aib-aib kita kerana kita sentiasa menutup aib saudara kita ketika di dunia. Oleh itu, kita harus banyak bertaubat kepada-Nya dan memohon ampun kepada-Nya dari segala dosa. Mudah-mudahan Allah Ta’ala menghapus dosa-dosa tersebut.


~ Abu Basyer

ANCAMAN HUDUD – SULTAN BRUNEI BERTEGAS & PULANGKAN PAKU BUAH KERAS




INSYAALLAH. AMIEN.




ANCAMAN HUDUD – SULTAN BRUNEI BERTEGAS & PULANGKAN PAKU BUAH KERAS

Pelbagai propaganda di ada-adakan oleh pelbagai pihak khususnya media barat untuk mencabar dan melemahkan semangat DYMM SULTAN BRUNEI DARUSSALAM dalam usaha memartabatkan Hudud. Antaranya ialah ugutan untuk memboikot hotel milik baginda, bahkan ada yang tampil mengaku sebagai penzina kepada adinda baginda dengan tujuan kononnya untuk mengaibkan.

Kami ada kongsikan seruan agar kita semua bersatu untuk memberikan semangat tidak berbelah bagi untuk DYMM Sultan Brunei meneruskan apa yang telah ditetapkan pada beberapa rencana ugutan itu sebelum ini.
UGUTAN YANG MENGAIBKAN DARI SEORANG WANITA
SILA RUJUK: http://prihatin.net.my/v3/2014/05/07/jangan-berhenti-berdoa-agar-sultan-brunei-terus-cekal-menghadapi-cabaran/

Kepada anda atau pihak-pihak berwajib yang melihat berita yang sedang berlegar ini harap dapat bertenang. Mohon panjangkan kepada baginda Sultan. Jangan sekali-kali merasa tergugat dengan propaganda sebegini yang akan banyak muncul satu demi satu.

Demikian juga para pemimpin lain yang ingin berjinak-jinak dengan HUDUD tetapi takutkan bayangan dosa-dosa lama. Allah tidak zalim untuk menghukum kejahilan kita. Laksanakan usaha mengajarkan selok belok hukum dan ketegasan penghukuman yang bakal dijalankan dengan sabar. Ya kita tidak perlu terlalu denial atau defensif. Selaku manusia kita memang melakukan dosa yang berbagai rupa.

Apa yang terjadi atau berlaku sebelum hudud dijalankan tidak sepatutnya menjadi igauan yang menakutkan untuk keta kembali ke jalan Allah melalui sistem HUDUD... Kita boleh utarakan kisah dan dosa lalu sebagai bahan pendidikan, peringatan dan istighfar diri, tetapi bukan bahan penghakiman kerana ketika itu HUDUD belum dilaksanakan lagi.

17. Al Israa' 14-15. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu." Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah, maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang utusan.

4. An Nisaa' 17-18. "Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

"Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.

Mari kita beri sokongan moral kepada semua yang sudah terbuka hati untuk menjalankan hukum ALLAH. Jangan sekali-kali kita pula yang menggelabah tidak tentu arah.
UGUTAN DARI LGBT
Sila rujuk : http://prihatin.net.my/v3/2014/04/23/teruskan-hudud-jangan-hirau-ugutan-lgbt/

Sama-sama kita doakan agar DYMM Sultan Brunei tidak gentar dan goyang dengan ancaman dari pihak LGBT dan PBB untuk terus melaksanakan hukum HUDUD di Brunei Darussalam. Ketahuilah sesungguhnya rezeki dan kekayaan itu milik Allah semuanya.

QS: 9. At Taubah 28. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

QS: 9. At Taubah 24. Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

QS: 53. An Najm 48. dan bahwasanya Dia yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan.

QS: 28. Al Qashash 60-61. Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya? Maka apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi; kemudian dia pada hari kiamat termasuk orang-orang yang diseret?

JAWAPAN TEGAS BAGINDA

Alhamdulillah, hari ini baginda tampil dengan jawapan sebagai JANTAN yang berani dan berprinsip. Tidak langsung Nampak baginda goyah dengan pelbagai ancaman dan ugutan itu. Berikut adalah jawapan Baginda (terjemahan ada di ruang komen bagi yang memerlukan).

"In your countries you practice freedom of speech, freedom of press, freedom of religion, etc. It's in your constitution It's your political system, your national identity, your rights, your way of life.

In my country, we practice a Malay, Islamic, Monarchical system and we're going to start practicing the laws of Islam, Sharia Law . Islam is in our constitution, our national identity, our rights, our way of life.

We may find loopholes in your laws and justice system and you may have found ours, but this is our country. Just like you practice your right to be gay, etc. for this world you live in now, we practice our rights to be Muslims for this world and the Hereafter. 

This is an Islamic country practising Islamic law. Why don't you worry about your kids being gunned down in schools, worry about your prisons being unable to accommodate convicts, worry about your high rate of crimes and DUIs, worry about your high suicide and abortion rate, worry about whatever it is that you should be worried about THERE. Many religions are against homosexuality, it's nothing new. 

The moment you hear that Islam and Muslims making a stand and trying to reaffirm their faith, you judge, you boycott, you say that it's wrong, it's stupid, it's barbaric. Again, go back to those worries that you should focus on I've mentioned earlier. Is it not wrong to legalize deadly weapons, is it not wrong to allow unborn babies to be killed, is it not wrong to allow a lifestyle that results in AIDS and discontinuation of the next generation?

Why do you care so much what's happening here in an Islamic nation when you didn't even bat an eyelid about the Syrians, Bosnians, Rohingyas, Palestinians,etc. Thousands are being killed there and you don't care, not one is killed here under this Sharia Law, and you make a big fuss, even when the citizens here who are directly affected by it, accepts it with peace. Punishments may be harsher but it does not mean it's easier to be carried out. There are processes to go through before an actual conviction. We are fine with it, we are happy. - BruneiUnited"

Ampun Tuanku...
Jumaat ini menjadi hari yang paling indah apabila hamba patik semua mendengar ulasan tegas oleh Tuanku. Hamba patik seluruh Nusantara MERASA AMAT BERBAHAGIA DAN BERBANGGA serta berdiri teguh menyokong usaha murni Tuanku mendaulatkan agama ini.
Semuga langkah bijak dan berani Tuanku boleh menjadi sumber inspirasi kepada para pemimpin Negara-negara Islam Nusantara selepas ini, INSYAALLAH. AMIEN.
DOA TULUS
Warga Prihatin

~ Warga Prihatin's photo.

-----------------------------------

 1/5/2014 : HUDUD DI BRUNEI

https://www.facebook.com/photo.php?v=780437475300653&set=vb.151961668148240&type=2&theater

Tuesday, May 6, 2014

Kelebihan Rejab Berdasarkan Kitab-Kitab Syi’ah




 Kelebihan Rejab Berdasarkan Kitab-Kitab Syi’ah


Kita sering mendengar pelbagai kelebihan khusus berkenaan bulan Rejab sama ada kelebihan berpuasa, amalan sunat, kelebihan malam-malam tertentu seperti malam dua puluh tujuh Rejab dan sebagainya. Namun begitu apakah kita semua mengetahui dari manakah punca kelebihan tersebut dan apakah yang menyebabkan bulan tersebut begitu istimewa sehingga hampir pasti menenggelamkan keistimewaan bulan Ramadhan yang merupakan bulan paling mulia di sisi kita.

Bulan Rejab sebenarnya merupakan antara bulan istimewa di sisi ajaran Syi’ah bahkan mungkin bulan paling utama di sisi mereka. Pelbagai kelebihan dinukilkan di dalam kitab-kitab utama mereka tentang kelebihan setiap malam dan amalan berkaitan dengannya kecuali beberapa malam sahaja kerana ia berkebetulan dengan peristiwa sedih di sisi mereka seperti malam kedua puluh lima kerana ia adalah malam kematian Imam Musa al-Kazim. Mereka mengisi bulan tersebut dengan pelbagai amalan sebagaimana kita Ahlus Sunnah mengisi bulan Ramadhan dengan pelbagai amalan sunat.

Apa yang dibimbangi ialah kita dalam keadaan tidak sedar sebenarnya mempromosi ajaran yang lain supaya ia tidak begitu susah untuk menyelinap masuk ke dalam masyarakat Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

Kelebihan Bulan Rejab Di Dalam Kitab-Kitab Syi’ah.

Antara kelebihan Rejab yang terdapat di dalam kitab-kitab Syi’ah:

روى أبان بن عثمان، عن كثير النوا عن أبي عبدالله عليه
السلام قال: " إن نوحا عليه السلام ركب السفينة أول يوم من رجب فأمر عليه السلام من معه أن يصوموا ذلك اليوم، وقال: من صام ذلك اليوم تباعدت عنه النار مسيرة سنة، ومن صام سبعة أيام أغلقت عنه أبواب النيران السبعة، ومن صام ثمانية أيام فتحت له أبواب الجنان الثمانية، ومن صام خمسة عشر يوما أعطي مسألته، ومن زاده زاده الله عزوجل                                                                    .
 Aban bin Uthman meriwayatkan daripada Kathir bin al-Nawa daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Sesungguhnya Nuh a.s. menaiki bahtera pada hari pertama Rejab lalu baginda memerintahkan orang yang menaiki bersamanya supaya berpuasa pada hari tersebut sambil berkata: “Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut akan dijauhkan api neraka daripadanya selama setahun perjalanan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari (bulan Rejab) akan ditutup ketujuh-tujuh pintu neraka daripadanya dan sesiapa yang berpuasa lapan hari akan dibuka kepadanya kelapan-lapan pintu syurga untuknya. Sesiapa yang berpuasa selama lima belas hari akan diberikan segala permohonannya dan sesiapa yang menambahkan bilangan harinya Allah akan menambahkan untuknya (ganjaran)”[1]

وقال أبوالحسن موسى بن جعفر عليهما السلام: " رجب نهر في الجنة أشد بياضا من اللبن، وأحلى من العسل، فمن صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر ".

Abu al-Hasan Musa bin Ja’far a.s. berkata: “Rejab adalah satu sungai di dalam syurga[2] yang lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa satu hari dari bulan Rejab Allah akan memberinya minum dari sungai tersebut”.[3]

وقال أبوالحسن موسى بن جعفر عليهما السلام: " رجب شهر عظيم يضاعف الله فيه الحسنات، ويمحو فيه السيئات، من صام يوما من رجب تباعدت عنه النار مسيرة سنة، ومن صام ثلاثة أيام وجبت له الجنة ".
Abu al-Hasan Musa bin Ja’far a.s. berkata: “Rejab adalah bulan agung. Allah melipat gandakan kebaikan-kebaikan padanya dan Allah menghapuskan keburukan-keburukan padanya. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Rejab akan dijauhkan api neraka daripadanya sejauh setahun perjalanan dan sesiapa yang berpuasa selama tiga hari wajiblah syurga untuknya”.[4]


Amalan Di Bulan Rejab.

Malam-malam Rejab dihiasi dengan pelbagai amalan di sisi Syi’ah. Satu contoh sahaja akan dikemukakan di sini iaitu amalan pada malam kedua puluh tujuh:

Malam kedua puluh tujuh merupakan malam yang diberkati kerana ia adalah malam kebangkitan Nabi s.a.w. sebagai rasul. Terdapat beberapa amalan khusus pada malam ini. Diriwayatkan daripada Abi Ja’far al-Jawad a.s. katanya: “Sesungguhnya pada bulan Rejab terdapat satu malam yang paling baik untuk manusia iaitu malam kedua puluh tujuh. Orang yang beramal pada malam tersebut dari kalangan Syi’ah kita akan memperolehi pahala amalan selama enam puluh tahun”. Beliau ditanya: “Apakah amalan tersebut? Lalu dijawab: “Bila engkau telah selesai sembahyang isya’ tidurlah seketika kemudian bangunlah pada mana-mana waktu sebelum tengah malam dan sembahyanglah sebanyak dua belas raka’at. Bacalah pada setiap raka’at al-Fatihah dan surah yang ringkas”.[5]

Seterusnya dikemukakan doa untuk dibacakan selepas sembahyang tersebut.

Di antara amalan pada malam tersebut ialah:

  1. Mandi sunat.
  2. Berdoa sebanyak mungkin dan pohonlah apa jua hajat yang terlintas di hati kerana doa pada malam tersebut diperkenankan.
  3. Ziarah atau membaca doa ziarah Amir al-Mukminin Ali bin Abi Thalib a.s. dan ini adalah amalan paling utama malam tersebut.
  4. Memperbanyakkan zikir selepas tengah malam atau satu pertiga malam dengan zikir ini:
لا اِلـهَ إلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ عَلَيٌّ وَليُّ اللهِ

Di dalam kitab tersebut juga disebutkan tentang perjalanan Ibnu Bathuthah yang dinamakan Rehlah Ibnu Bathuthah dan beliau juga turut melakukan ziarah Amir al-Mukminin pada malam tersebut di Najaf.[6]

Demikian sebahagian kecil berkenaan kelebihan bulan Rejab di sisi Syi’ah yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka. Sebagai peringatan kepada orang yang suka untuk melakukan ibadat secara khusus pada bulan-bulan tertentu hendaklah berhati-hati sekiranya amalan tersebut tidak terdapat di dalam mana-mana riwayat sahih di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah. Apatah lagi bilamana rupa-rupanya ia terdapat dengan jelas dalam kitab muktabar golongan sesat. Kecuaian di dalam meneliti amalan-amalan tersebut dibimbangi akan menyebabkan kita beramal dengan sesuatu amalan yang merupakan kelebihan kepada golongan tertentu yang sebenarnya mahu memesongkan kita daripada amalan Islam yang sebenar yang diwarisi daripada Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabatnya r.a.


[1] Ibnu Babuwaih al-Qummi Man La Yahdhuruhu al-Faqih  Bab Pahala Berpuasa Bulan Rejab jil. 2 hal. 92, Syeikh Al-Mufid Tahzib al-Ahkam jil. 4 hal. 307. Kedua-dua kitab ini merupakan antara kitab paling sahih di sisi Syi’ah dan termasuk dalam kategori kitab yang dinamakan Sihah al-Arba’ah (empat kitab sahih).
[2] Di sisi Ahlus Sunnah Wal Jama’ah berdasarkan riwayat-riwayat sahih yang terdapat di dalam kitab-kitab hadith seperti Sahih al-Bukhari, Muslim dan lain-lain sungai di dalam syurga ialah al-Kauthar.
[3] Ibnu Babuwaih al-Qummi Man La Yahdhuruhu al-Faqih  Bab Pahala Berpuasa Bulan Rejab jil. 2 hal. 93, Syeikh Al-Mufid Tahzib al-Ahkam jil. 4 hal. 307.
[4] Ibnu Babuwaih al-Qummi Man La Yahdhuruhu al-Faqih  Bab Pahala Berpuasa Bulan Rejab jil. 2 hal. 93
[5] Mafatih al-Jinan Bab Malam Kedua Puluh Tujuh Bulan Rejab.
[6] Lihat kitab yang sama di dalam bab yang sama.

~ http://www.darulkautsar.net/print.php?page&ArticleID=2913-Kelebihan_Rejab_Berdasarkan_Kitab