Friday, November 4, 2011

Awal Zulhijjah & IdilAdha :

Beberapa Isu & Hukum


KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

hajmecca.jpg


KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).


AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-

من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي

Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.

Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2]

Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.

Firman Allah :

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

KONGSI LEMBU

Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]

Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :

احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها

Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama"

BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

PEMBAHAGIAN DAGING

Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :

1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,

1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan

1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Ia berdasarkan firman Allah SWT :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ

Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)

Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4]

Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.

Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5]

DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.

MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6]

Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya. Sila rujuk di sini. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.

KORBAN OLEH ORGANISASI & SYARIKAT?

Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan budjet tertentu untuk membeli dua puluh ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?

Jawab ringkas saya:

"tidak boleh !"

Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.

Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.

Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu.

APAKAH HAJI AKBAR ?

Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani).

Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab:

"Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi)

Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat At-Taubah.

Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah [7]. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya "tiada asalnya".

Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).

Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya ‘Idil adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya idilfitri akan berterusan. wallahu 'alam

Sekian

Doha, Qatar

27 Dis 2006 ( 7 Zulhijjah 1427 H)

Kemaskini : 16 Disember 2007 ( 6 Zulhijjah 1428 H - Malaysia ; 7 Zulhijjah 1428 H - Saudi)

KEMAS KINI : 29 Nov 2008 ( 1 Zulhijjah 1429 H )



[1] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/ 197

[2] Al-Majmu, 8/425 ; Al-Mughni, 9/436

[3] Al-Majmu, An-Nawawi, 8/313

[4] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/200

[5] Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusd Al-Hafid, 1/321 ( cet Maktabah al-Riyadh al-Hadithiyah) ; Rawdah At-Tolibin, An-Nawawi, 3/225

[6] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/201

[7] Ahkam al-Quran, Al-Jassas

Oleh :Zaharuddin Abd Rahman (UZAR)
www.zaharuddin.net


Wednesday, November 2, 2011

Pengalaman diliwat di asrama sekolah, seorang suami mengaku dirinya GAY !



“Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.

Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

“Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. “Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.

“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.

“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.

Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah. “Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.

“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.

Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.

“Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.

Sumber :GEnerasi Pejuang bangsa.

Tuesday, November 1, 2011

WAHHABI DAN KERUNTUHAN KERAJAAN ISLAM TURKI UTHMANIYAH



Menerusi salah satu risalah beliau yang berjudul Usah Terpesona Tajdid Segera Wahabi: Mula abad ke-18 Wahabi menentang ulil amri sehingga musnah kerajaan Islam Uhtmaniah (Berita Minggu, Ahad 20 Disember 2009, ms. 30), Muhammad Uthman El-Muhammady menulis:

Berbanding tajdid Ahli Sunnah kita boleh sebutkan tajdid segera Wahabi bermula dari abad ke-18 itu. Antara yang berlaku ialah tuduhan umat Islam melakukan kesyirikan dan bidaah, lalu atas nama mengembalikan sunnah dan memerangi bidaah, berlaku penentang terhadap ulil amri waktu itu iaitu kerajaan Uthmaniah Turki yang berabad mempertahankan Islam yang sedang dimusuhi Barat. Apabila ia dilemahkan dari dalam oleh usaha golongan itu atas nama menegakkan tauhid dan sunnah, akhirnya ia lemah dari dalam, apalagi golongan itu bermuafakat dengan British dan Perancis seperti tercatat dalam ‘Unwan al-Majdi, akhirnya jatuhlah khalifah itu dengan Kamal Attarturk memberi pukulan maut ke atasnya.

Sebenarnya isu yang dibangkitkan oleh Muhammad Uthmaniyah El-Muhammady di dalam kenyataannya di atas bukanlah satu isu yang baru. Malah isu ini juga pernah disuarakan oleh beliau sejak beberapa tahun yang lalu iaitu di dalam Mingguan Malaysia, 27 November, 2005
.

Bagi menjawab semula fitnah yang dilontarkan oleh beliau ini, ada baik kiranya kita meneliti sebuah risalah yang penulis nukil daripada buku berjudul Aliran Dakwah di Malaysia: Satu Titik Pertemuan karya saudara Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah (terbitan Karya Bestari Sdn Bhd, Selangor, 2007), ms. 336 di bawah ini:

Suatu tuduhan yang tidak pernah putus diperkatakan ialah bahawa, golongan Wahhabiah yang menjadi punca kejatuhan khilafah Turki Uthmani. Tuduhan palsu yang tidak berasaskan fakta sejarah ini perlu diperbetulkan, apalagi kerana ia turut dibangkitkan oleh Ustaz Muhd. Uhtman El-Muhammady. Menurutnya, fahaman Wahhabi itu sendiri berkembang luas sehingga menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah di Turki (Mingguan Malaysia, 27 Nov. 2005). Sesiapa yang meneliti sejarah Asia Barat secara saksama, nescaya akan mendapati bahawa kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyah tidak ada kaitan sama sekali dengan peranan Saudi-Wahhabi. Untuk memahami peranannya, elok ditinjau latar belakang tanah Hijaz (Makkah-Madinah) terlebih dahulu.

Dengan tamatnya era Khulafa’ al-Rasyidin (661M), maka lenyaplah juga kepentingan Hijaz (Makkah-Madinah) sebagai pusat pemerintahan dan tamadun Islam. Dengan kenaikan kerajaan Bani Umayyah (661-750M) yang berpusat di Syam atau Damsyik, timbul pemberontakan oleh ‘Abdullah bin Zubair di Hijaz pada zaman Abdul Malik bin Marwan (685-705M), dan juga pemberontakan Khawarij dan penduduk Hijaz pada zaman Marwan bin Muhammad (744-750M).

Pada zaman kerajaan Bani Abbasiah (750-1258M) yang berpusat di Baghdad, golongan Syiah Alawiyah menjadikan kota Hijaz sebagai pusat penentangan mereka terhadap kerajaan ini. Inilah era pertama sejarah golongan Alawiyah, iaitu era pemberontakan Syiah Alawiyah di Hijaz. Antara para pemberontak tersebut ialah:

1. Muhammad bin Abdullah (“al-Nafs al-Zakiyah”) bin al-Hassan bin al-Hussain bin Ali bin Abi Talib, yang melancarkan pemberontakannya pada zaman Khalifah Abu Ja’far al-Mansur pada tahun 145H/761M. Kerana tewas, saudaranya Ibrahim bin Abdullah meneruskan pemberontakannya di Basrah, Iraq.

2. Al-Hussain bin Ali bin al-Hassan bin Ali bin Abi Talib, yang dibaiat sebagai khalifah di Madinah oleh golongan Alawiyah, dan bangkit memberontak terhadap Khalifah al-Hadi pada tahun 169H.

3. Muhammad (al-Dibaj) bin Jaafar al-Sadiq, yang dilantik sebagai khalifah oleh golongan Alawiyah pada zaman Khalifah al-Makmun (813-833M). Walau pun tewas, tetapi Khalifah al-Makmun telah mengampunkannya.

4. Serangan golongan Qaramitah (Syiah Batiniyah) dari Bahrain terhadap pemerintah Bani Abbasiah di Makkah pada 929M. Mereka telah membunuh lebih kurang 30, 000 jamaah haji serta merampas Hajar Aswad lalu dibawa ke Bahrain, sebelum dipulangkan 22 tahun kemudian.

5. Penguasaan Bani al-Ukhairdhir (Syiah Zaidiyah) secara autonomi di Hijaz pada 335-350H, setelah memisahkan diri daripada Bani Abbasiah.

Demikianlah sejak pemberontakan “al-Nafs al-Zakiyah” hingga serangan puak Qaramitah, telah terjadi tidak kurang daripada tujuh puluh kali pemberontakan Alawiyah atau Syiah di Makkah. Selepas era pemberontakan Syiah Alawiyah, muncullah era kedua, iaitu era pemerintahan mereka sendiri di Hijaz yang disebut “Nizam al-Asyraf” atau sistem pemerintahan para Syarif, yang bermazhab Syiah yang bermula sejak tahun 928M hingga tahun 1924M. Bagaimanapun ia bukanlah mutlak (de facto) di bawah kuasa mereka, tetapi lebih banyak dipengaruhi oleh kerajaan-kerajaan luar yang lebih kuat. Para penguasa luar yang turut mencaturi zaman “Nizam al-Asyraf” ialah seperti berikut:

1. Penguasaan Mesir (Fatimiyah, Ayyubiyah, Mamluk).

2. Penguasaan Turki Uthmaniyah (1517-1803M).

3. Penguasaan Saudi-Wahhabi (1803-1813M) yang berpusat di Dar’iyah.

4. Penguasaan Muhammad Ali Pasya (1813-1841M) dari Mesir.

5. Penguasaan Turki Uthmaniyah (1841-1916M).

Tetapi mulai tahun 1916, Syarif Hussain bin Ali (1908-1924) lalu mengisytiharkan kemerdekaan Hijaz daripada penguasaan Turki, dengan membentuk sistem monarki (Nizam al-Mamlakah). Bagaimanapun dengan kebangkitan semula gerakan Saudi-Wahhabi, akhirnya pemerintahan Syarif Hussain jatuh pada tahun 1924, dan digantikan oleh kerajaan Saudi-Wahhabi 1925.


Sejauh manakah kebenaran dakwaan Ustaz Muhd. Uthman El-Muhammady bahawa fahaman Wahhabilah yang menjadi punca kejatuhan kerajaan Turki Uthmani? Sesiapa yang meneliti sejarah hubungan mereka secara saksama, nescaya akan mendapati bahawa, golongan Saudi-Wahhabi sentiasa menghormati serta setia kepada Khilafah Uthmaniyah, dan kejatuhan Khilafah Islam ini pula tidak ada kaitannya sama sekali dengan golongan Wahhabi.


Pertama-tama sekali tentang sikap politik Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, menurut Dr. Ajil Jasim al-Nasymi dalam tulisannya “Pemerintahan Khilafah dan Gerakan Wahhabiyah,” bahawa dalam kitab-kitabnya (Muhammad bin Abdul Wahab) tidak ada yang menegaskan permusuhannya terhadap pemerintahan khilafah. Tumpuan beliau hanya kepada usaha dakwah, nasihat, atau menentang kemungkaran-kemungkaran (syirik dan bid’ah).


Dari segi bukti sejarah misalnya, ketika Amir Saudi bin Abdul Aziz berjaya menguasai Makkah pada tahun 1803 dalam era “Nizam al-Asyraf”, dia mengutus surat kepada Sultan Salim III di Turki menyatakan pengakuannya sebagai sultan. Malah, ketika Amir Saudi digantikan oleh puteranya, Abdullah, dia juga mendukung khilafah Islam dengan menyatakan kesetiaannya kepada Sultan Uhtmani.


Bukan sahaja pada zaman “Nizam al-Asyraf”, malah ketika golongan Saudi-Wahhabi berkuasa penuh di Hijaz yang bermula pada tahun 1925 itu pun, mereka masih mengakui kekhilafahan Uthmaniyah. Contoh terbaik ialah tindakan Malik Abdul Aziz bin Abdul Rahman (1932-1953) yang telah mengutus surat kepada Sultan Abdul Hamid II (1876-1909), dengan mengakui kedaulatannya dan kesetiannya kepada khalifah Turki.


Jelaslah bahawa, golongan Saudi-Wahhabi bukannya memusuhi bahkan mengakui kedaulatan dan menunjukkan kesetiannya kepada khalifah Uthmaniyah. Sebenarnya mereka yang menentang khalifah Turki yang bermazhab sunni (hanafi) itu ialah, para pemerintah Asyraf (syarif-syarif) Makkah sendiri yang bermazhab Syiah. Contohnya ialah percubaan Syarif Ghalib yang memerintah Makkah bagi pihak Sultan Uthmaniyah yang merancang untuk membebaskan dirinya daripada penguasaan Istanbul. Tetapi sebelum sempat bertindak, ia dicabar oleh golongan Wahhabi yang kemudiannya berjaya menguasai Makkah sepanjang tahun 1803-1813. Malah, yang lebih penting lagi ialah tindakan Syarif Hussain yang sanggup berkerjasama dengan wakil British, T.E Lawrence, untuk melancarkan “Pemberontakan Arab” pada tahun 1916 menentang Sultan Abdul Hamid II di Turki.


Tidak cukup setakat itu, projek mega landasan keretapi oleh Sultan Abdul Hamid II di antara Damsyik dengan Makkah itu bukan sahaja telah disekat oleh Syarif Hussain bin Ali setakat di Madinah sahaja, malah landasan yang sudah berjaya dibangunkan di Madinah itupun kemudiannya diletupkan oleh pihak Inggeris dengan kerjasama Faisal bin Hussain bin Ali. Padahal, biaya untuk projek mega ini datangnya daripada sumbangan derma Dunia Islam, dan tujuan didirikan itupun adalah untuk mendaulatkan gagasan pan-Islamisme atau Penyatuan Dunia Islam.

Jika dari segi pertama sudah jelas bahawa, golongan Saudi-Wahhabi menunjukkan kesetiaan kepada khilafah Uthmaniyah, maka persoalannya bolehkah ia didakwa sebagai punca yang membawa kejatuhan khilafah ini? Jelasnya, adakah kejatuhan Turki Uthmani yang kemudiannya digantikan oleh kerajaan sekular pemimpin tokoh Yahudi Dunama yang bernama Mustafa Kemal pada tahun 1925 itu berlaku kerana golongan Saudi-Wahhabi?

Pada hakikatnya, sebab-sebab kejatuhan Turki Uthmani dapat disimpulkan kepada tiga faktor besar, iaitu:

1. Keruntuhan akhlak para pemerintah.

2. Gerakan Yahudi Freemason.

3. Kerajaan Kristian Eropah.

Di antara ketiga-tiga faktor besar ini, faktor utamalah yang paling dominan. Memang pada peringkat awalnya, khilafah Uthmaniyah dikuasai oleh sultan-sultan yang berwibawa besar dan mempunyai komitmen dengan manhaj al-Sunnah dalam perjalanan dakwah dan jihadnya. Tetapi pada peringkat kemudiannya, muncullah para penguasa yang menjauh daripada syariat Allah, terlalu menjaga hati rakyat bukan Islam tetapi zalim ke atas umat Islam. Mereka hidup mewah, berpoya-poya dan tenggelam dalam syahwat Kalau pun benar tuduhan bahawa, golongan Saudi-Wahhabi menentang khilafah Uthmaniyah dengan cara membebaskan Hijaz daripada penguasaan Uthmaniyah, maka golongan Saudi-Wahhabi bukanlah satu-satunya pihak yang berbuat demikian. Selain di Hijaz, di sana-sini timbul gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan seperti berikut:

1. Di Mesir – Gerakan Ali Bek al-Kabir, kemudian gerakan Muhammad Ali.

2. Palestin – Gerakan pemimpin penduduk tempatan Zahir Umar.

3. Di Lebanon – Gerakan Fakhrudin Ma’ni, kemudian gerakan orang-orang Syihabiyah.

4. Di Iraq – Gerakan raja-raja Pasya, puncaknya adalah Sulaiman Pasya (Abu Laila).

5. Di Yaman – Gerakan al-Zaidiyah.

6. Di Afrika – Gerakan Sanusiyah.

Dengan menyingkap tabir sejarah hubungan Saudi-Wahhabi dengan khilafah Turki Uthmaniyah serta faktor-faktor kejatuhan Khilafah Islam hendaknya tidaklah timbul lagi sebarang tuduhan bahawa, golongan Wahhabilah yang menjadi punca kejatuhan Khalifah Islam di Turki tersebut. hendaknya kita menjadi golongan ‘celik sejarah’ bukannya ‘buta sejarah’ sehingga timbul tuduhan yang melulu dan tidak berasaskan kepada fakta-fakta sejarah yang sebenar, sebaliknya berasaskan emosi semata-mata.

Oleh: Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(Nukilan semula dari lampiran buku "Siapakah Pengikut Imam Al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?" Dikarang oleh Mohd Hairi Bin Nonchi dan Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus, Jahabersa, ms. 311-321)
credit to :Blog "Salafiah Wahabiah"

10 Ajaran Sesat masih aktif



PUTRAJAYA: Sepuluh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai masih bergerak aktif di seluruh negara perlu dihapuskan segera kerana dikesan mengamalkan pelbagai amalan yang bercanggah ajaran Islam dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Amalan itu termasuk mengajar ilmu tasawuf dan tarekat bercorak kebatinan; memperkenalkan aliran pemikiran lama dan baru; mengamalkan wirid bercorak kebatinan dalam persilatan, amalan khurafat dan perbomohan.


Kumpulan berkenaan adalah Syiah; al-Arqam atau Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global Ikhwan Sdn Bhd; Islam Jamaah; Ajaran Azhar Wahab (Pengasas Al-Mansor Holding Sdn Bhd), Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah; Pemuda Kahfi, Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim; Qadiani/Ahmadiah; Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan ajaran Aurad Islamiah. Kumpulan itu adalah sebahagian daripada 95 pergerakan yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pegangan Al-Sunnah Wal-Jamaah sama ada oleh Muzakarah Jawatankuasa Majli Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri di seluruh negara dalam tempoh 20 tahun lalu.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustafa, berkata semua kumpulan itu perlu dihapuskan secepat mungkin oleh pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara.


“Kita memandang serius terhadap perkara ini kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam serta boleh menjejaskan keamanan di negara ini.


“Jadi, sepuluh kumpulan ini akan diberi keutamaan untuk dihapuskan bagi mengelakkan ia terus tersebar dalam negara,” katanya.

Othman berkata Jakim dan pihak berkuasa agama negeri juga sedang memantau cubaan sesetengah pihak yang cuba menyebarkan pelbagai ideologi baru seperti pluralisme dan fahaman berbentuk ekstremis dengan memperalatkan golongan pelajar dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi di Malaysia.


Katanya, fahaman seumpama itu bukan saja merosakkan akidah umat Islam, tetapi turut mengundang pelbagai masalah lain seperti rusuhan agama dan perang saudara.


“Namun, kita terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menangani masalah ini seperti ketidakseragaman undang-undang syariah di peringkat negeri dan salah faham umat Islam terhadap isu akidah termasuk ilmu tarekat dan tasawuf.


“Keadaan itu memaksa kita meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri melakukan kajian, sekali gus menyelaras keputusan berhubungan fatwa pengharaman sesuatu kumpulan ajaran sesat,” katanya.


Beliau berkata, Jakim turut menubuhkan unit penyelidikan untuk memantau dan mengenalpasti mereka yang cuba menyebarkan ajaran sesat dan tarikat yang menyeleweng menerusi blog, laman web sosial seperti Facebook dan twitter.


"Kita mengakui kumpulan ajaran sesat hari ini sentiasa memanipulasi teknologi baru untuk mengembangkan fahaman dan merekrut ahli baru,” katanya.

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my



Al-Qur’an Di Sisi Syiah Imamiah








Umat Islam telah bersepakat bahawa al-Qur’an yang Allah turunkan kepada Nabi kita Muhammad s.a.w terpelihara daripada sebarang perubahan sehinggalah hari akhirat. Al-Qur’an adalah Kalam Allah yakni Perkataan Allah yang Dia tuturkan dengan sendiri-Nya, bukan makhluk ciptaan-Nya, jadi amat mustahil ia akan berubah.

Dalilnya adalah firman Allah s.w.t dalam surah al-Hijr ayat ke-9 :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya” .

Al-Imam al-Tabari r.h dalam mentafsirkan ayat ini berkata :

وإنا للقرآن لحافظون من أن يزاد فيه باطل مَّا ليس منه، أو ينقص منه ما هو منه من أحكامه وحدوده وفرائضه
Maknanya : “dan sesungguhnya Kami memelihara al-Qur’an daripada ditambah dalamnya perkara batil yang bukan daripadanya atau dikurangkan apa yang ada dalamnya daripada hukum-hukum, had-had, dan kewajipan-kewajipan”. [Tafsir al-Tabari, 17/68].

Oleh itu, Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan dalam akidah mereka :

وأَهل السُّنَة والجماعة : يُكفِّرون من أَنكر حرفا منه أَو زاد أَو نقص ، وعلى هذا فنحن نؤمن إيمانا جازما بأَنَّ كلَّ آية من آياتِ القرآن مُنزلةٌ من عِنْدِ اللهِ ، وقد نُقِلَتْ إِلينا بطريق التواتر القطعي .
Maksudnya : “dan Ahli Sunnah wal Jamaah mengkafirkan sesiapa yang mengingkari satu huruf daripadanya (yakni al-Qur’an) atau menambah padanya atau mengurang daripadanya kerana kita beriman dengan yakin bahawa setiap ayat daripada ayat-ayat al-Qur’an diturunkan daripada Allah dan diriwayatkan kepada kita dengan jalan mutawatir”. [al-Wajiz fi Aqidatis Salaf al-Soleh, 1/61].

Bahkan, terpeliharanya al-Qur’an adalah termasuk dhahruriat (perkara paling asas) dalam akidah Islam sekaliannya. Al-Qur’an diturunkan beransur-ansur dan ditulis semenjak zaman Nabi s.a.w dengan arahan dan kawalan baginda s.a.w kemudian dikumpul pada zaman Abu Bakar al-Siddiq r.a dalam mushaf dengan ijmak Sahabat. Pada Zaman Usman bin Affan Zun Nurain r.a, al-Qur’an dikumpul atas satu huruf.


AL-QUR’AN DI SISI SYIAH IMAMIAH

Syiah Imamiah mempunyai beberapa akidah yang ganjil lagi kufur berkenaan al-Qur’an :


Pertama : Wujudnya Kitab Setanding al-Qur’an

Syiah Imamiah percaya adanya Mushaf Fatimah yang merupakan wahyu Allah berupa Ilham diturunkan melalui Malikat kepada Fatimah binti Rasulillah s.a.w radiallahu’anha dan ditulis oleh Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Dalilnya :

عَنْ حَمَّادِ بْنِ عُثْمَانَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ ( عليه السلام ) يَقُولُ تَظْهَرُ الزَّنَادِقَةُ فِي سَنَةِ ثَمَانٍ وَ عِشْرِينَ وَ مِائَةٍ وَ ذَلِكَ أَنِّي نَظَرْتُ فِي مُصْحَفِ فَاطِمَةَ ( عليها السلام ) قَالَ قُلْتُ وَ مَا مُصْحَفُ فَاطِمَةَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَمَّا قَبَضَ نَبِيَّهُ ( صلى الله عليه وآله ) دَخَلَ عَلَى فَاطِمَةَ ( عليها السلام ) مِنْ وَفَاتِهِ مِنَ الْحُزْنِ مَا لَا يَعْلَمُهُ إِلَّا اللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّ فَأَرْسَلَ اللَّهُ إِلَيْهَا مَلَكاً يُسَلِّي غَمَّهَا وَ يُحَدِّثُهَا فَشَكَتْ ذَلِكَ إِلَى أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ ( عليه السلام ) فَقَالَ إِذَا أَحْسَسْتِ بِذَلِكِ وَ سَمِعْتِ الصَّوْتَ قُولِي لِي فَأَعْلَمَتْهُ بِذَلِكَ فَجَعَلَ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ ( عليه السلام ) يَكْتُبُ كُلَّ مَا سَمِعَ حَتَّى أَثْبَتَ مِنْ ذَلِكَ مُصْحَفاً قَالَ ثُمَّ قَالَ أَمَا إِنَّهُ لَيْسَ فِيهِ شَيْ‏ءٌ مِنَ الْحَلَالَ وَ الْحَرَامِ وَ لَكِنْ فِيهِ عِلْمُ مَا يَكُونُ .

Maksudnya : Daripada Hammad bin Usman katanya : Aku mendengar Abu Abdillah a.s berkata : “Akan muncul golongan Zindiq pada tahun 128 (Hijrah) kerana aku telah melihatnya dalam Mushaf Fatimah a.s”.

Aku (Hammad) berkata : Apakah itu Mushaf Fatimah?

Katanya : Sesungguhnya apabila Allah Taala mencabut nayawa Nabi-Nya s.a.w, maka Fatimah menjadi sedih yang amat sangat yang tidak diketahui kecuali Allah Azza wa Jalla maka Allah menghantar malaikat untuk menenangkan perasaannya dan berbual dengannya lalu dia mengadu kepada Amirul Mukminin a.s (Saidina Ali r.a) maka dia (Saidna Ali r.a) berkata : Jika kamu merasainya (kedatangan Malaikat) dan kamu dengar suaranya maka beritahulah kepadaku.

Maka (apabila datang malaikat) dia memberitahunya lalu Amirul Mukminin a.s menulis semua yang didengarnya sehingga menjadi sebuah mushaf . Kemudian katanya (Abu Abdillah) : “Tiada dalamnya berkenaan hukum halal dan haram tetapi terdapat ilmu berkenaan perkara yang akan terjadi.” [al-Kafi, 1/240].



Hadis ini terdapat dalam Kitab Usul al-Kafi iaitu sebuah kitab yang setaraf dengan Sahih al-Bukhari di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah. Berkata Abdul Husain Syarafuddin (seorang ‘alim Syiah) :

وأحسن ما جمع منها الكتب الأربعة التي هي مرجع الإمامية في أصولهم وفروعهم من الصدر الأول إلى هذا الزمان وهي الكافي والتهذيب والاستبصار ومن لا يحضره الفقيه، وهي متواترة ومضامينها مقطوع بصحتها والكافي أقدمها وأعظمها وأحسنها وأتقنها

Maksudnya : “dan sebaik-baik kitab yang dihimpun adalah empat buah kitab yang menjadi rujukan Imamiah dalam masalah usul dan furu’ mereka daripada generasi pertama sehingga zaman ini iaitulah : al-Kafi, al-Tahzib, al-Istibsar, dan Man la Yahduruhul Faqih; dan kesemuanya ini adalah mutawatir dan kandungannya diyakini sahih dan al-Kafi adalah yang paling utama dan paling besar dan paling baik dan paling elok”. [al-Murajaat, m.s 335, Murajaah no. (110), cet. Dar al-Sadiq Beirut].

Oleh itu, kewujudan Mushaf Fatimah adalah sesuatu yang pasti dalam ajaran Syiah.

Berkata Khomeini Laknatullahi ‘alaih :

نحن نفخر أن تكون منّا المناجات الشعبانية للأئمة، ودعاء عرفات. للحسين بن عليّ عليهما السلام والصحيفة السجادية زبور آل محمد، والصحيفة الفاطمية وهي الكتاب الملهم من قبل الله تعالى إلى الزهراء المرضية.
Maksudnya : “dan kita berbangga kerana mempunyai Munajat Syaaban bagi Imam-imam dan doa Arafat bagi al-Husain bin Ali a.s dan Sahifah Sajjadiah yang merupakan Zabur keluarga Muhammad dan Sahifah Fatimah iaitulah Kitab yang diilhamkan oleh Allah Taala kepada al-Zahra’ yang diredai”. [Wasiat al-Imam, m.s 11-12].


Maka, melalui Kitab ini walaupun menurut Syiah Imamiah ianya ghaib bersama al-Qaim al-Mahdi al-Muntazar, mereka menetapkan bagi Imam-imam mereka ilmu Ghaib.


Demikian Khomeini menyatakan berkenaan Kitab Nahjul Balaghah :

نهج البلاغة : هو مجموعة منتخبة من كلام أمير المؤمنين علي (ع) جمعها محمد بن الحسين الشريف الرضى المتوفى عام 406 هـ وقد اعتبر علماؤ الإسلام الكبار هذا الكتاب أنه أخ للقرآن وأنه ليس من كلام أفضل منه سوى كلام الله وكلام رسوله (ص)…
Maksudnya : “Nahjul Balaghah : Iaitulah himpunan terpilih daripada perkataan Amirul Mukminin Ali a.s yang dihimpun oleh Muhammad bin al-Husain al-Syarif al-Reda wafat pada tahun 406 H dan Ulama-ulama besar Islam (yakni Syiah) telah menanggap ianya sebagai Saudara al-Qur’an dan tiada perkataan yang lebih afdal daripadanya selain Kalam Allah dan Rasul-Nya s.a.w.” [al-Nidaa al-Akhir , Muassasah Imam al-Khomeini, Tehran-Iran].


Menurut Syiah al-Qur’an mempunyai tandingan bahkan saudara iaitu Nahjul Balaghah sedangkan Nahjul Balaghah hanyalah kata-kata Saidina Ali r.a yang tidak sahih daripadanya kerana penulis kitab ini tidak meriwayatkan secara bersanad sedangkan dia tidak hidup di zaman Saidina Ali r.a. [Lihat : Taammulat fi Nahjil Balaghah oleh Soleh al-Darwish].


Ini merupakan keganjilan pertama dalam akidah Syiah dan membuktikan mereka menjadikan perkataan Imam mereka sebagai sumber pembentukan ajaran Syiah kerana(bagi mereka ) Imam adalah maksum (terpelihara daripada dosa).


Berkata Khomeini :

وأن جميع أوامر الأئمة - عليهم السّلام - وتعاليمهم واجبة الإتباع - بناءاً على مذهب الشِّيعة - سواءٌ في حياة الأئمة - عليهم السّلام - أو بعد مماتهم.

Maksudnya : “dan sesungguhnya semua perintah para Imam a.s dan ajaran mereka wajib diikuti berdasarkan mazhab Syiah sama ada sewaktu mereka hidup atau selepas kematian mereka”. [al-Hukumah al-Islamiah, m.s 142].

Menurut Ahli Sunnah wal Jamaah, meletakkan apa-apa perkataan manusia setaraf dengan Allah dan Rasul-Nya maka ianya adalah syirik. Bahkan perkataan Sahabat juga jika bertentangan dengan nas sarih al-Qur’an dan al-Hadis tidak menjadi hujah di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah. Namun, Ahli Sunnah wal Jamaah menerima perkataan Sahabat tanpa memilih bulu kerana perkataan mereka itu ghalib zhan bersumber daripada Nabi s.a.w.


Kedua : Berlakunya Tahrif dalam Al-Qur’an

Ini adalah satu akidah yang sangat pahit diterima oleh pengikut Syiah sekarang. Akidah bahawa al-Qur’an yang wujud sekarang berlakunya perubahan dan boleh berlaku padanya perubahan. Ulama Syiah terikini cuba menyembunyikan hakikat ini dan menulis beberapa risalah menyatakan bahawa al-Qur’an yang ada kini adalah sebenar-benarnya al-Qur’an dan tiada perubahan. Namun, segala-galanya hanyalah Taqiyah yakni bermuka-muka daripada mereka sahaja.


Riwayat Tahrif al-Qur’an Mutawatir dan Sahih di Sisi Syiah Imamiah:

Menurut Syiah Rafidah, riwayat para Imam mereka menyatakan al-Qur’an telah diubah dan dikurangkan adalah mutawatir dan sahih sehingga seorang ulama mereka bernama al-Nuri al-Tabrasi mengarang sebuah kitab yang sama kufurnya dengan kitab al-Hallaj dan Ibn Arabi bahkan mungkin lebih lagi diberi nama “Faslul Khitab fi Isbat Tahrif Kitab Rabbil Arbab” yang bermaksud “Kata Putus (Muktamad) Dalam Menetapkan Perubahan Kitab Tuhan Sekalian Pemilik”.


Berkata Syeikh mereka yang dinamakan al-Mufid :

أقول: إن الأخبار قد جاءت مستفيضة عن أئمة الهدى من آل محمد (ص)، باختلاف القرآن وما أحدثه بعض الظالمين فيه من الحذف والنقصان
Maksudnya : “Aku berkata : Sesungguhnya khabar-khabar telah datang secara mustafid daripada imam-imam huda daripada keluarga Muhammad s.a.w akan berbezanya al-Qur’an dan perkara-perkara baharu yang dilakukan golongan zalim padanya (al-Qur’an) daripada membuang dan mengurang..” [Awail al-Maqalat, 81]


Berkata pula Ali bin Ibrahim al-Qummi dalam mukadimah tafsirnya yang merupakan tafsir muktamad di sisi Syiah Rafidah :

فالقرآن منه ناسخ، ومنه منسوخ، ومنه محكم، ومنه متشابه، ومنه عام، ومنه خاص، ومنه تقديم، ومنه تأخير، ومنه منقطع، ومنه معطوف، ومنه حرف مكان حرف، ومنه على خلاف ما انزل الله
Maksudnya : “Maka al-Qur’an ada antaranya nasikh dan ada mansukh, ada yang muhkam dan ada mutasyabih, ada yang ‘am dan ada yang khas, ada yang didahulukan dan ada yang dikemudiankan, ada yang terputus dan ada yang ma’tuf, ada yang hurufnya tertukar dan ada yang tidak sama dengan yang Allah turunkan”. [Tafsir al-Qummi, juz 1, Muassasah Imam al-Kazim, m/s 5].


Berkata pentahkik kitab ini, Tayyib al-Musawi yang mereka gelar Hujjatul Islam :

مراده رحمه الله منه الآيات التي حذفت منها الفاظ على الظاهر كالآيات التي نزلت في امير المؤمنين عليه السلام مثل قوله تعالى ياايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك (في علي عليه السلام) وسيأتى تفصيل القول في ذلك عند محله
Maksudnya : “Kehendaknya (yakni al-Qummi) rahimahullah terdapat daripada al-Qur’an ayat-ayat yang dibuang lafaznya secara zahir seperti ayat-ayat yang diturunkan berkenaan Amirul Mukminin a.s (yakni Saidina Ali r.a) seperti firman Allah Taala : ياايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك (في علي عليه السلام) dan akan datang perinciannya pada tempatnya”. [Ibid, 5].


Lihat bagaimana mereka menambah kalimah “Fi Ali” sedangkan ayat ini (al-Maidah ayat 67) adalah :

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : “Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir”.


Maksud ayat ini Allah s.w.t memerintah supaya Rasulullah s.a.w menyampaikan al-Qur’an tetapi Syiah menambah kalimah Ali sehingga bermaksud Nabi s.a.w diutus hanyalah sekadar untuk memberitahu Ali adalah Imam.

Demikian juga dalam ayat Ali Imran ayat 110 :

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
Maksudnya : “kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..”


Syiah mengubah ayat ini dengan membaca كنتم خير أئمة اخرجت للناس (Kamu adalah sebaik-baik para imam dikeluarkan kepada manusia) dan mereka menyatakan ini adalah riwayat daripada Abu Abdillah Jaafar al-Sadiq r.h. [Tafsir al-Ayashi, 1/195].


Perkara ini juga diriwayatkan terdapat dalam Tafsir al-Burhan [1/309] sebagaimana yang terdapat dalam nota kaki Tafsir Ayashi[1] tersebut.


Dalam Tafsir al-Safi yang dikarang oleh al-Faidh al-Kashani wafat tahun 1901 H juga menyatakan berkenaan Tahrif al-Qur’an dalam mukaddimahnya yang keenam :

عن أبي عبدالله عليه السلام قال : إن رسول الله صلى الله عليه وآله قال لعلي عليه السلام يا علي إن القرآن خلف فراشي في الصحف والحرير والقراطيس فخذوه واجمعوه ولا تضيعوه كما ضيعت اليهود التوراة فانطلق علي عليه السلام فجمعه في ثوب أصفر ثم ختم عليه في بيته وقال : لا أرتدي حتى أجمعه . قال : كان الرجل ليأتيه فيخرج إليه بغير رداء حتى جمعه .
Maksudnya : “Daripada Abu Abdillah a.s katanya : Sesungguhnya Rasulullah sallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam berkata kepada Ali a.s : Wahai Ali, sesungguhnya al-Qur’an terdapat di belakang hamparanku dalam suhuf, sutera, dan kertas, ambillah dan himpunkan dan jangan hilangkan seperti Yahudi menghilangkan Taurat. Maka Ali a.s menghimpunkannya dalam kain kuning dan disimpan dalam rumahnya lalu berkata : Aku tidak akan memakai baju sehingga aku menghimpunnya. Kata Abu Abdillah : Adalah orang datang menziarahinya lalu dia (Ali r.a) keluar kepadanya tanpa berbaju”. [al-Safi, 1/40].


Kemudian dia datangkan pula riwayat yang lain :

وفي الكافي عن محمد بن سليمان عن بعض أصحابه عن أبي الحسن عليه السلام قال : قلت له : جعلت فداك إنا نسمع الآيات في القرآن ليس هي عندنا كما نسمعها ولا نحسن أن نقرأها كما بلغنا عنكم فهل نأثم فقال لا اقرأوا كما تعلمتم فسيجيئكم من يعلمكم .
Maksudnya : “dan dalam al-Kafi daripada Muhammad bin Sulaiman daripada sebahagian ashabnya daripada Abul Hasan a.s katanya : Aku berkata kepadanya : Aku jadikan diriku penebus dirimu, sesungguhnya kami mendengar ayat-ayat dalam al-Qur’an yang tidak sama ada dengan kami dan kami tidak mendengar atau membacanya seperti yang kami dapati daripada kamu, adakah kami berdosa? Lau berkata Abul Hasan : Tidak, bacalah seperti yang kamu belajar maka akan datang nanti orang yang akan mengajar kamu”. [Ibid].


Riwayat ini jelas dinyatakan dalam al-Kafi iaitu kitab hadis Syiah yang paling muktabar. Kemudian dia mendatangkan riwayat-riwayat yang banyak daripada kitab-kitab muktabar Syiah seperti al-Ihtijaj, Tafsir al-Ayashi, dan lainnya menunjukkan terdapat perubahan dalam al-Qur’an.

Kemudian berkata al-Kashani :

أقول : المستفاد من جميع هذه الأخبار وغيرها من الروايات من طريق أهل البيت عليهم السلام إن القرآن الذي بين أظهرنا ليس بتمامه كما انزل على محمد صلى الله عليه وآله وسلم بل منه ما هو خلاف ما أنز الله ومنه ما هو مغير ومحرف وإنه قد حذف عنه أشياء كثيرة منها اسم علي عليه السلام في كثير من المواضع ومنها غير ذلك وأنه ليس أيضا على الترتيب المرضي عند الله وعند رسوله صلى الله عليه وآله وسلم .
Maksudnya : “Aku berkata : Faedah yang didapati daripada khabar-khabar ini dan selainnya daripada riwayat-riwayat Ahli Bait alaihimus salam bahawa al-Qur’an yang berada dengan kita hari ini bukanlah keseluruhannya seperti yang diturun kepada Muhammad s.a.w bahkan terdapat daripadanya menyalahi apa yang diturunkan dan ada yang diubah dan telah dibuang banyak daripadanya antaranya nama Ali a.s dalam banyak tempat dan selainnya. Demikian juga ia tidak mengikut susunan yang diredai Allah dan Rasulullah s.a.w”. [al-Safi, juz 1/49]


Tafsir ini dicetak di Iran dan diberi mukaddimah oleh Abbas al-Tarjuman[2] di Tehran bertarikh 22 Jamadil Akhir 1415 H. Ditahkik dan ditashih al-A’lami yang bertaraf al-Allamah di sisi mereka dan dia langsung tidak membantah riwayat-riwayat ini. Dalam mukadimahnya, Abbas Tarjuman menyatakan bahawa Tafsir al-Safi adalah kitab penting dan menjadi rujukan semua Syiah selepas al-Kashani dan diakui juga al-Tabtabai yang terkenal dengan tafsir al-Mizan selaku tafsir Syiah yang paling terkini menjadikan Tafsir al-Safi rujukan utamanya.

Seorang lagi Alim Syiah bernama Nikmatullah al-Jazairi[3] menyatakan :

إن تسليم تواترها { القراءات السبع } عن الوحي الآلهي وكون الكل قد نزل به الروح الأمين يفضي إلى طرح الأخبار المستفيضة بل المتواترة الدالة بصريحها على وقوع التحريف في القرآن كلاما ومادة وإعرابا ، مع أن أصحابنا رضوان الله عليهم قد أطبقوا على صحتها والتصديق بها.
Maksudnya : “Sesungguhnya menerima bahawa Qiraat yang tujuh merupakan wahyu Ilahi dan dibawa turun oleh Jibril membawa kepada penolakan kahabar-khabar yang mustafid bahkan mutawatir yang menunjukkan dengan jelas berlakunya tahrif dalam al-Qur’an secara kalam, madda, dan i’rab, bersamaan juga para ashab kita (ulama Syiah) ridwanullah ‘alaihim telah menerima kesahihannya (yakni riwayat tahrif al-Qur’an) dan membenarkannya”. [al-Anwar al-Nukmaniah, 2/357, cet. Muassasah al-A'lami, Beirut].

Kmeudian Nikmatullah al-Jazairi menyatakan pula :

نعم قد خالف فيها المرتضى والصدوق والشيخ الطبرسي وحكموا بأن ما بين دفتي المصحف هو القرآن المنزل لا غير ولم يقع فيه تحريف ولا تبديل…
Maksudnya : “Ya, memang telah menyalahi pendapat ini al-Murtada, al-Saduq, dan Syeikh al-Tabrasi serta menghukum bahawa apa yang terdapat dalam mushaf (hari ini) adalah al-Qur’an yang diturunkan tidak lainnya dan tidak berlaku padanya tahrif atau tabdil..” [Ibid, 2/ 357-358]

Lima baris setelah itu dia menyatakan :

والظاهر أن هذا القول إنما صدر منهم لأجل مصالح كثيرة منها سد باب الطعن عليها
Maksudnya : “dan yang zahir bahawa pendapat ini (menafikan tahrif) lahir kerana terdapat kepentingan yang banyak antaranya menutup ruang daripada dicela..” [Ibid, 2/358]


Dengan jelas lagi terang bahawa pendapat sebahagian mutaakhirin Syiah mengatakan al-Qur’an tidak diubah hanyalah Taqiyah sahaja yakni bermuka-muka. Nikmatullah al-Jazairi membuktikan bahawa mereka ini hanya bertaqiyah dengan mendatangkan riwayat-riwayat dalam kitab-kitab mereka ini yang jelas menyatakan adanya tahrif. [Ibid, 2/358].


Berkata al-Baqir al-Majlisi :

موثق ، وفي بعض النسخ عن هشام بن سالم موضع هارون بن سالم، فالخبر صحيح. ولا يخفي أن هذا الخبر وكثير من الأخبار الصحيحة صريحة في نقص القرآن وتغييره وعندي أن الأخبار في هذا الباب متواترة معنى ، وطرح جميعها يوجب رفع الاعتماد عن الأخبار رأسا ، بل ظني أن الأخبار في هذا الباب لايقصر عن أخبار الامامة فكيف يثبتونها بالخبر ؟
Maksudnya : “(hadis ini) disiqahkan, dalam sebahagian naskhah daripada Hisyam bin Salim pada tempat Harun bin Salim, maka khabar ini sahih. Dan tidak tersembunyi bahawa khabar ini dan banyak khabar-khabar yang sahih lagi jelas menyatakan terdapat kekurangan dalam al-Qur’an dan perubahan dan pada saya bahawa khabar-khabar dalam bab ini (Tahrif) mutawatir maknawi dan menolaknya kesemua khabar ini menyebabkan kita tidak boleh lagi berpegang dengan khabar-khabar (Syiah) sama sekali bahkan pada sangkaanku khabar-khabar dalam bab ini tidak kurang banyaknya dengan khabar berkenaan imamah maka bagaimana mereka boleh menerapkannya dengan khabar? (yakni jika menolak khabar Tahrif ini wajib juga membatalkan akidah berkenaan imam maksum yang 12)”. [Miratul Uqul, 12/525]


Berkata Adnan al-Bahrani yang berstatus al-Allamah al-Hujjah di sisi Syiah :

الأخبار التي لا تحصى كثيره وقد تجاوزت حد التواتر ولا في نقلها كثير فائده بعد شيوع القول بالتحريف والتغيير بين الفريقين وكونه من المسلمات عند الصحابة والتابعين بل واجماع الفرقة المحقة وكونه من ضروريات مذهبهم وبه تضافرت أخبارهم
Maksudnya : “Khabar-khabar yang tidak terhitung banyaknya telah melepasi had mutawatir sehingga meriwayatkannya tidak lagi memberi faedah selepas meluasnya pendapat Tahrif al-Qur’an dan perubahan padanya di sisi kedua-dud pihak dan keadaannya diterima di sisi sahabat dan tabiin bahkan ijmak pihak yang benar (Syiah) dan perkara ini termasuk perkara asas mazhab mereka dan dengan itu banyaknya riwayat”. [Masyariq al-Syumus al-Durriah, 126, Maktabah al-Adnaniah, Bahrain].


Daripada dua kenyataan tokoh Syiah ini, kita dapati bahawa walaupun hadis-hadis berkenaan tahrif di sisi Syiah ada yang daif tetapi khabar berkenaan perkara ini adalah banyak mencapai tahap mutawatir dan kepercayaan bahawa al-Qur’an telah diubah menjadi perkara asasi mazhab Rafidah. Kenyataan ini membatalkan semua dakwaan Risalah Salamah al-Qur’an min al-Tahrif yang cuba menafikan akidah Syiah berkenaan Tahrif beralasan hadis-hadis berkenaan ini adalah Ahad dan daif serta tidak terdapat dalam kitab muktabar. Jika kita lihat di atas, semua sumber yang kami nukilkan adalah riwayat muktabar dan kitab rujukan utama Syiah dalam semua akidah mereka.


Adanan al-Bahrani dalam kenyataannya di atas bergerak lebih jauh lagi apabila mendakwa Ahli Sunnah wal Jamaah juga percaya dengan akidah Tahrif bahkan menisbahkannya kepada Sahabat dan Tabiin.

Antara Imam besar Syiah yang percaya akidah ini juga adalah al-Kulaini sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Kashani :

واما اعتقاد مشايخنا « ره » في ذلك فالظاهر من ثقة الاسلام محمد بن يعقوب الكليني طاب ثراه أنه كان يعتقد التحريف والنقصان في القرآن لأنه كان روى روايات في هذا المعنى في كتابه الكافي ولم يتعرض لقدح فيها مع أنه ذكر في أول الكتاب أنه كان يثق بما رواه فيه وكذلك استاذه علي بن إبراهيم القمي ( ره ) فان تفسيره مملوّ منه وله غلو فيه ، وكذلك الشيخ أحمد بن أبي طالب الطبرسي رضي الله عنه فانه أيضا نسج على منوالهما في كتاب الاحتجاج .

Maksudnya : “Adapun Iktikad para Masyaeikh kita dalam masalah ini (Tahrif al-Qur’an) adalah jelas sekali. Daripada Kepercayaan Islam Muhammad bin Yaakub al-Kulaini bahawa dia berkeyakinan dengan tahrif dan kekurangan al-Qur’an kerana dia meriwayatkan riwayat yang banyak berkenaan perkara ini dalam kitabnya al-Kafi dan tidak pula dia mengkritiknya sedangkan dia juga menyatakan di awal kitabnya bahawa dia percaya dengan apa yang dia riwayatkan dalamnya. Demikian juga gurunya Ali bin Ibrahim al-Qummi, tafsirnya banyak memuatkan hal ini dan dia sangat melampau dalam mempercayainya, demikian juga Syeikh Ahmad bin Abu Talib al-Tabrasi dia turut menulis perkara yang sama dalam kitab al-Ihtijaj”. [al-Safi. 1/52].

Jelas dalam kenyataan al-Kashani ini menolak dakwaan penulis Salamah al-Qur’an bahawa tidak semestinya al-Kulaini meriwayatkan sesuatu perkara dia mempercayainya. Mereka cuba bertaqiah dengan menyembunyikan kenyataan al-Kulaini dalam Mukadimah kitabnya bahawa setiap riwayat yang dia nyatakan dalam kitabnya al-Kafi, dia beriman dengannya. Demikian juga dakwaan bahawa akidah Tahrif ini adalah pendapat syaz dalam mazhab Rafidi, ini kerana ianya terdapat dalam al-Kafi dan al-Ihtijaj dan kedua-dua kitab ini merupakan antara sumber utama Syiah selain Man la Yahduruhu al-Faqih dan Bihar al-Anwar bukan syaz.



Penolakan Akidah Tahrif daripada Syiah adalah Taqiyah Sahaja:

Sebahagian ulama terkemudian Syiah menolak dakwaan tahrif ini tetapi mereka menolaknya sebagai taqiyah sahaja. Buktinya perkataan Nikmatullah al-Jazairi :

نعم قد خالف فيها المرتضى والصدوق والشيخ الطبرسي وحكموا بأن ما بين دفتي المصحف هو القرآن المنزل لا غير ولم يقع فيه تحريف ولا تبديل…
Maksudnya : “Ya, memang telah menyalahi pendapat ini al-Murtada, al-Saduq, dan Syeikh al-Tabrasi serta menghukum bahawa apa yang terdapat dalam mushaf (hari ini) adalah al-Qur’an yang diturunkan tidak lainnya dan tidak berlaku padanya tahrif atau tabdil..” [al-Anwar al-Nukmaniah, 2/ 357-358]

Kemudian Nikmatullah berkata :

والظاهر أن هذا القول إنما صدر منهم لأجل مصالح كثيرة منها سد باب الطعن عليها
Maksudnya : “dan yang zahir bahawa pendapat ini (menafikan tahrif) lahir kerana terdapat kepentingan yang banyak antaranya menutup ruang daripada dicela..” [Ibid, 2/358]


Syiah Rafidah adalah al-Batiniah

Walaupun mereka menetapkan tiada Tahrif pada lafaz, tetapi mereka ini masih juga percaya bahawa Sahabat telah mengubah al-Qur’an melalui tafsirannya. Menurut Syiah tafsiran ini bukanlah tafsiran biasa tetapi yang dibawa Jibril a.s dan dinamakan al-Qur’an juga. Lihat perkataan al-Khuie :

أن وجود مصحف لامير المؤمنين - عليه السلام - يغاير القرآن الموجود في ترتيب السور مما لا ينبغي الشك فيه ، وتسالم العلماء الاعلام على وجوده أغنانا عن التكلف لاثباته ، كما أن اشتمال قرآنه - عليه السلام - على زيادات ليست في القرآن الموجود ، وإن كان صحيحا إلا أنه لا دلالة في ذلك على أن هذه الزيادات كانت من القرآن ، وقد أسقطت منه بالتحريف ، بل الصحيح أن تلك الزيادات كانت تفسيرا بعنوان التأويل ، وما يؤول إليه الكلام ، أو بعنوان التنزيل من الله شرحا للمراد .
Maksudnya : “Sesungguhnya kewujudan Mushaf Amirul Mukminin (Saidina Ali r.a) yang berbeza dengan al-Qur’an yang ada sekarang dari segi susunan surah sesuatu yang tidak sepatutnya diragui dan penerimaan Ulama (Syiah) yang besar akan kewujudannya mencukupkan kita daripada bersusuah payah mengisbatkannya. Demikian juga al-Qur’an beliau (Ali r.a) mengandungi tambahan-tambahan yang tiada dalam al-Qur’an yang ada sekarang, tetapi ini tidak menunjukkan bahawa tambahan ini daripada al-Qur’an dan telah dibuang secara tahrif tetapi yang sahihnya tambahan-tambahan ini adalah tafsir dengan makna takwil yang dirujuk makan kalam padanya atau suatu penurunan daripada Allah sebagai penerang kepada maksud”. [al-Bayan, 223].


Malang sungguh nasib al-Khuie, dia cuba menafikan Syiah mengatakan bahawa al-Qur’an yang wujud hari ini diubah tetapi membawa kepada pendedahan rahsia yang lebih besar iaitu menurut al-Khuie wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w itu ada dua jenis, pertama dinamakan al-Qur’an yang diperintah untuk disampaikan kedua adalah wahyu yang berupa tafsiran kepada al-Qur’an tadi. Perkataan al-Khuie ini adalah jelas perkataan al-Batiniah al-Ismailiah dan pengaruh Sufi Wihdatul Wujud. Lihat perkataan Khuie berikut :

وحاصل ما تقدم : أن وجود الزيادات في مصحف علي عليه السلام وإن كان صحيحا ، إلا أن هذه الزيادات ليست من القرآن ، ومما أمر رسول الله صلى الله عليه واله وسلم بتبليغه إلى الامة
Maksudnya : “Hasil penjelasan terdahulu bahawa kewujudan tambahan-tambahan dalam Mushaf Ali a.s jika sahih sekalipun tetapi tambahan ini bukanlah daripada al-Qur’an itu sendiri dan bukan daripada wahyu yang diperintah kepada Rasulullah s.a.w untuk menyampaikannya kepada umat”. [al-Bayan, 225].


Jelas daripada kalam al-Khuie ini dia mempercayai al-Qur’an ada makna batin yang telah disembunyikan oleh sahabat secara khianat.


Hakikat yang Terakhir dan Terpahit :

Walaupun ulama Syiah mutaakhirin berusaha bersungguh-sungguh menafikan berlakunya tahrif al-Qur’an namun hakikatnya mereka beriman secara diam kewujudan tahrif. Buktinya adalah segala ulama Syiah yang mengakui wujudnya tahrif seperti al-Qummi, al-Majlisi, al-Kulaini, al-Tabrasi, al-Nuri al-Tabrasi, al-Bahrani dan lain-lainnya masih diiktiraf sebagai Imam dan Marji’ yang menjadi rujukan Syiah dan mereka juga yang meriwayatkan akidah-akidah kufur Syiah yang lain sedangkan sebagai seorang muslim, mereka ini hendaklah dikafirkan dan dikeluarkan daripada Islam kerana melakukan kufur akbar. Kitab-kita mereka perlu dibakar dan dibuang bukan terus disebarkan secara percuma di internet dan boleh dimuat turun secara percuma.


Namun, jika kita-kitab ini dibakar, di manakah lagi Syiah akan mendapat rujukan mereka? Semua akidah mereka akan hangus bersama kitab tersebut menunjukkan bahawa sumber-sumber akidah Tahrif di sisi Syiah adalah muktamad. Demikian juga jika para maraji’ Syiah ini mereka kafirkan, terpaksalah mereka mengaku bahawa mazhab mereka tidak lain tidak bukan daripada kaum kafir kerana semua mereka yang mengisbatkan Tahrif ini orang yang sama meriwayatkan akidah-akidah Rafidah yang lain. Wallahua’lam.


KESIMPULAN :

“Syiah Rafidah yang wujud dengan nama Imamiah di Iran hari ini adalah sebenarnya Syiah Ghulah dan mereka mengingkari perkara daruriat Syariah Islamiah iaitu al-Qur’an. Oleh itu, mereka adalah kafir asli yang sama sekali tidak termasuk dalam kaum muslimin”.

[1] Al-Ayashi ini kedudukannya di sisi Syiah adalah al-Muhaddis al-Jalil (Ahli Hadis yang Mulia) ditahkik oleh Hashim al-Rasuli al-Mahallati seorang muhaqqiq Syiah Iran. Dia langsung tidak mengkritik riwayat yang jelas kufur ini.

[2] Abbas Tarjuman daripada keluarga Tarjuman, seorang alim Syiah berasal daripada Iraq lalu berhijrah ke Iran dan menetap di Tehran sehingga kewafatannya pada 10 Januari 2008 lihat : http://www.iraker.dk/index.php?option=com_content&task=view&id=5935&Itemid=1

[3]Martabatnya di sisi Syiah adalah Raisul Ulama (Ketua Para Ulama) wafat 1112 H.

Oleh :Muhammad Asrie Bin Sobrie

Monday, 20 April 2009
Sumber:Institut Al Qayyim

Monday, October 31, 2011






Peristiwa Tahkim: Versi Syiah Vs Versi Sunni


Telah tersebar luas peristiwa yang berlaku antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Saidina Muawiyah bin Abi Sufian radiallahuanhuma selepas selesai perang Siffin, pihak Saidina Muawiyah r.a menuntut perdamaian dengan tentera Syam (pihak Saidina Muawiyah r.a) mengangkat Mushaf al-Quran di hujung tombak tanda memohon perdamaian.


Peperangan Siffin adalah peperangan kedua yang berlaku antara para Sahabat Nabi s.a.w ridwanullahi alaihim ajmain selepas peperangan Jamal di antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Saidina Talhah r.a, al-Zubair r, dan Ummul Mukminin Aisyah r.a. Semuanya hasil tipu muslihat kaum kafir Yahudi melalui Abdullah bin Saba’.

Abdullah bin Saba’, pengasas ajaran Syiah telah menyebar fitnah dan mempergunakan kaum muslimin yang masih baharu memeluk Islam daripada Mesir, Iraq, dan Farsi (Iran) untuk bangkit menentang Khalifah Usman bin Affan r.a sehingga terbunuhnya Khalifah Usman r.a secara zalim dan teraniaya.


Kematian Usman r.a yang tragis ini menimbulkan kemarahan Sahabat r.a dan bangkit untuk menuntut bela terhadap Usman r.a, namun keadaan yang rumit berlaku kerana[ pembunuh-pembunh Usman r.a telah melantik diri mereka sebagai pendokong (cepat-cepat menggabungkan diri dengan pemerintah baru-iaitu Saidina Ali )malah menjadi sebahagian dari pemerinth seperti al-Asytar] yang telah dijadikan oleh para pemberontak sebagai panglima perang Khalifah yang baharu, Saidina Ali bin Abu Talib r.a.


Atas pertimbangan ini, Saidina Ali r.a berpandangan perkara yang pertama perlu dilakukan adalah mengukuhkan pemerintahan beliau dan para Sahabat hendaklah membaiat beliau terlebih dahulu untuk memperkukuh kedudukan kaum muslimin dan melemahkan kedudukan para pemberontak Usman r.a.


Namun, terdapat sahabat yang berpandangan sebaliknya, iaitu hendaklah dilaksanakan Qisas dahulu terhadap pembunuh Usman r.a baharulah mereka akan membaiat Saidina Ali r.a.

Antara mereka yang berkeras dengan pedirian ini adalah Saidina Muawiyah r.a berpegang dengan firman Allah Taala:

وَمَنْ قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِفْ فِي الْقَتْلِ إِنَّهُ كَانَ مَنْصُورًا
Maksudnya: “dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).” [al-Israa: 33].


Saidina Muawiyah r.a berpandangan, menurut hukum Syarak beliau mempunyai kekuasaan penuh untuk menuntut qisas terhadap pembunuh Usman r.a kerana beliau adalah wali (waris) Usman r.a yang paling utama. [al-Bidayah wa al-Nihayah, 8/23].


Saidina Muawiyah r.a bukanlah memerangi Saidina Ali r.a kerana ingin merebut jawatan Khalifah daripada Saidina Ali r.a sebagaimana kata beliau:

مَا قَاتَلْت عَلِيًّا إلاَّ فِي أَمْرِ عُثْمَانَ.
Maksudnya: “Aku tidak memerangi Ali kecuali kerana urusan Usman” [Musannaf Ibn Abi Syaibah, hadis no. 31193, cet Darul Qiblah].


Abu Muslim al-Khaulani r.h datang kepada Saidina Muawiyah r.a bersama dengan beberapa orang lagi bertanya kepada beliau: “Adakah tuan mencabar Ali atau tuan ini setaraf dengannya?” Jawab Saidina Muawiyah r.a:

“Tidak, demi Allah sesungguhnya aku mengetahui bahawa Ali itu lebih utama daripada aku dan dia lebih berhak menjadi Khalifah berbanding aku, tetapi bukankah kamu mengetahui bahawa Usman dibunuh secara zalim, sedang aku adalah sepupu beliau, maka aku menunutut darah Usman (pelaksanaan Qisas), maka pergilah kamu kepada beliau (Ali r.a) dan beritahu kepadanya: beri kepadaku pembunuh-pembunuh Usman maka aku akan menyerah kepadanya (berbaiat)”. [Siyar A’lam al-Nubala’, 3/140]

Maka jelas sekali bahawa Saidina Muawiyah r.a bukanlah berperang atas dasar hawa nafsu bahkan beliau tersalah dalam ijtihad beliau, maka baginya satu pahala, adapun Saidina Ali r.a beliau melakukan yang terbaik dan beliau lebih benar dalam ijtihad beliau, maka bagi beliau dua pahala-insya-Allah-. [al-Hiqbah min al-Tarikh, Usman al-Khumayyis, 187].


Riwayat Peristiwa Tahkim:

Telah masyhur dalam kitab-kitab sejarah riwayat peristiwa Tahkim iaitu perdamaian antara Saidian Ali r.a dan Saidina Muawiyah r.a. Semua riwayat ini kembali kepada Kitab Tarikh al-Tabari r.h sebagai berikut:

“Ali r.a telah mengutuskan 400 orang lelaki diketuai oleh Syuraih bin Hani al-Harisi, bersama mereka juga Ibn Abbas r.a selaku Imam solat dan pemutus kata urusan mereka, termasuk juga bersama mereka Abu Musa al-Asy’ari.

Muawiyah juga mengutus 400 orang daripada penduduk Syam sehingga mereka bertemu di Daumatul Jandal, Azrah. Muawiyah apabila dia mengutuskan utusan kepada Amru bin al-As r.a maka utusannya adalah rahsia antara Abdullah bin al-As, adapun Saidina Ali apabila mengutus apa-apa pesanan kepada Ibn Abbas r.a terpaksa didedahkan kepada pengikutnya kerana mereka suka berwasangka. Hal ini menimbulkan ketidak selesaan kepada Ibn Abbas kerana menunjukkan pasukan Ali r.a kurang setia sedangkan pasukan Muawiyah sangat patuh kepada ketua mereka.

Turut menyaksikan perhimpunan mereka itu (selaku pemerhati) adalah Abdullah bin Umar, Abdullah bin al-Zubair, Abdul Rahman bin al-Haris al-Makhzumi, Abdul Rahman bin Abdu Yaghus al-Zuhri, Abu Jahm bin Huzaifah al-Adwi, dan al-Mughirah bin Syu’bah al-Saqafi. Umar bin Saad bin al-Waqqas telah berjumpa dengan bapanya Saad bin al-Waqqas r.a yang menjauhkan diri daripada fitnah dan memujuk ayahnya supaya menyertai perhimpunan tersebut dengan harapan mereka akan melantik beliau sebagai Khalifah kerana Saad bin al-Waqqas adalah salah seorang Ahli Syura yang dilantik Saidina Umar r.a. Namun, Saad tetap bertegas untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut atas dasar menjauhi fitnah.

Kemudian dua orang hakam itu (Amru bin al-As dan Abu Musa al-Asy’ari) bertemu dan Amru cuba memujuk Abu Musa untuk menyokong Muawiyah r.a dengan memberikan tawaran jawatan namun Abu Musa al-Asy’ari menolak tawaran tersebut dan memarahi Amru bin al-As.

Abu Musa al-Asyari pula mencadangkan untuk melantik Abdullah bin Umar r.a namun Amru mencadangkan nama anaknya sendiri Abdullah bin Amru r.a tetapi ditolak juga oleh Abu Musa al-Asyari.

Ali r.a juga memberi pesanan kepada Amru bin al-As r.a melalui Syuraih bin Hani, memujuk Amru bin al-As supaya memihak kepada beliau dan meninggalkan Muawiyah r.a namun Amru bin al-As enggan mendengar dan menolak.

Kemudian setelah Amru enggan menurut cadangan Abu Musa al-Asy’ari melantik Ibn Umar sebagai Khalifah dan Abu Musa enggan menerima cadangan Amru melantuk Abdullah Ibn Amru sebagai Khalifah, mereka bersetuju untuk memecat kedua-dua Khalifah Ali r.a dan Muawiyah r.a serta menyerahkan perlantikan Khalifah yang baharu kepada Syura kaum muslimin.

Namun, ketika pengumuman persetujuan dibuat, Amru bin al-As r.a menyuruh Abu Musa berucap dahulu dan Abu Musa mengisytiharkan pemecatan Ali dan Muawiyah dan mengembalikan hak perlantikan Khalifah kepada kaum muslimin. Ibn Abbas r.a pada mulanya melarang Abu Musa bercakap dahulu kerana bimbang akan berlaku tipu helah daripada Amru namun Abu Musa tetap percaya kepada Amru.

Kemudian Amru bangun berucap dan mengisytiharkan pemecatan Saidina Ali r.a dan dia membaiat Saidina Muawiyah r.a sebagai Khalifah. Keadaan ini menimbulkan huru hara dan Abu Musa al-Asy’ari r.a telah melaknat Amru bin al-As r.a dengan memanggil beliau sebagai pengkhianat dan anjing. Syuraih kemudiannya telah memukul Amru dengan cemeti dan dia menyatakan bahawa alangkah baiknya jika dia membunuh sahaja Amru bin al-As r.a.

Kemudian kedua-dua pihak kembali kepada ketua masing-masing, Ahli Kufah kepada Ali r.a kecuali Abu Musa yang melarikan diri kerana malu dan Ahli Syam kembali kepada Muawiyah dan membaiat beliau sebagai Khalifah. Hasil peristiwa ini, Ahli Syam berqunut dalam solat mereka dan melaknat Saidina Ali r.a dan Ahli Kufah manakala Ahli Kufah pula berqunut melaknat Muawiyah r.a dan Ahli Syam.” [Tarikh al-Tabari, juz 5, Bab Berita Perhimpunan Keduanya (Ali dan Muawiyah)]."

Demikianlah ringkasan riwayat-riwayat yang disebut dalam Tarikh Tabari dan dinaqal para sejarawan selepas beliau. Namun, Imam al-Tabari r.h selaku seorang Ahli Tafsir bahkan Imam al-Mufassirin dan seorang Ahli Hadis tidaklah meriwayatkan kisah ini begitu sahaja, bahkan beliau telah mendatangkan sanadnya sekali.

Kesemua kisah ini bersumber daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya al-Kufi, seorang yang banyak meriwayatkan kisah-kisah dan riwayat-riwayat sejarah.

Maka dengan mudah kita dapat menilai kisah yang menjadi sandaran kaum Syiah mencela dan melaknat Saidina Amru bin al-As r.a bahkan Abu Musa al-Asy’ari r.a ini. Abu Mikhnaf adalah seorang yang tidak dipercayai pada riwayatnya.

Imam Yahya bin Main r.h berkata: “Tidak Siqah”, Abu Hatim r.h berkata berkenaan Abu Mikhnaf ini: “Matrukul Hadis (ditinggalkan riwayatnya)”, dan Imam al-Daruqatni r.h berkata: “Seorang pembawa berita yang daif (lemah)”. [Siyar A’lam al-Nubalaa, 7/302].


Al-Zarkali r.h dalam kitabnya, al-A’lam menyatakan bahawa Abu Mukhnif ini adalah seorang Syiah Imamiah. Hal ini dashihkan oleh Aqabazrak al-Tehrani dalam kitabya, al-Zariah fi Wasail al-Syiah yang merupakan Mukjam kepada senarai kitab-kitab Syiah. [al-A’lam, 5/245, al-Zariah, 1/333-337].


Telah sabit dalam kaedah Ilmu Hadis, tidak diterima riwayat Ahli Bidaah yang menyeru kepada bidaahnya, dan dalam riwayat ini jelas sekali menyeru kepada pencelaan terhadap Sahabat bahkan menyeru kepada melaknat Muawiyah r.a, Amru bin al-As r.a dan ramainya Sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang mulia. [Qawaid al-Tahdis, 191-192].


Syeikh Yahya bin Ibrahim al-Yahya hafizahullah telah menghimpunkan semua riwayat berkenaan peristiwa Tahkim daripada Abu Mikhnaf dan riwayat lain yang seumpama dengan cerita Abu Mikhnaf ini namun kesemua riwayat yang seumpama ini adalah daif yang tidak dapat dijadikan hujah sama sekali. [Marwiyyat Abi Mikhnaf, Fasal Keempat: al-Tahkim dan Keluarnya Khawarij, 377 dan selepasnya, Darul Riyad].

Syeikh Usman al-Khumayyis hafizahullah berkata:

“Kisah ini adalah palsu dan dusta, jaguh periwayatnya adalah Abu Mikhnaf yang telah kami sebutkan berkali-kali (kedaifan dan keplasuan riwayatnya)..” [al-Hiqbah min al-Tarikh, 191].

Kisah Tahkim yang Sahih:

Kisah yang sahih berkenaan peristiwa Tahkim ini adalah sebagaimana yang dikeluarkan Imam al-Bukhari secaa ringkas dalam Tarikh Kabir [5/398] dan Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq [46/175], al-Daruqatni sebagimana yang dinyatakan Abu Bakar Ibn al-Arabi r.h dalam al-Awasim [m.s 143-144] sebagai berikut:

“Setelah Muawiyah r.a (yakni setelah Muawiyah r.a menjadi Khalifah) memecat Amru bin al-As r.a daripada jawatan gabenor Mesir, Amru bin al-As r.a telah membina fustat (khemah tempat tinggal) beliau berdekatan dengan fustat Muawiyah r.a dan selalu duduk di khemahnya itu, lalu Muawiyah r.a telah mengutusku kepadanya dan berkata: ‘Pergilah kamu kepadanya dan beritahu kepadanya telah sampai kepadaku sesuatu yang aku tidak suka berkenaannya, tanya kepadanya berkenaan peristiwa ketika dia berkumpul dengan Abu Musa al-Asy’ari (Tahkim) bagaimana mereka lakukan?’.

Maka aku pergi kepadanya dan berkata: ‘Ceritakanlah kepadaku bagaimana sebenarnya yang berlaku pada hari kamu berjumpa dengan Abu Musa al-Asy’ari?’.

Kata beliau: ‘Manusia telah bercerita dengan pelbagai cerita tetapi apa yang mereka ceritakan itu bukanlah yang sebenarnya demi Allah, tetapi apabila aku telah bertemu dengan Abu Musa aku berkata kepada beliau: Apakah pendapat kamu berkenaan perkara ini?

Kata Abu Musa: Aku lihat perkara ini (pertlingkahan) berlaku antara kaum yang telah diredai Rasulullah s.a.w ketika baginda wafat.

Kataku: Bagaimana pendapat kamu mengenai aku dan Muawiyah?

Kata Abu Musa: Jika dia (Ali r.a) meminta bantuan kamu berdua maka kamu berdua perlu menolongnya namun jika dia tidak meminta bantuan kamu maka demikianlah urusan Allah pada kamu berdua”.

Demikianlah yang berlaku sebenarnya, iaitu peristiwa Tahkim ini berakhir dengan tiada keputusan muktamad kecuali Sadina Ali r.a terus kekal sebagai Khalifah dan Saidina Muawiyah r.a terus kekal sebagai Gabenor Syam.

Telah kita nyatakan sebelum ini bahawa pertelingkahan antara Ali dan Muawiyah radiallahuanhuma adalah berkenaan pelaksanaan Qisas terhadap pembunuh-pembunuh Usman r.a bukan masalah jawatan Khalifah, maka adalah amat pelik jika Tahkim ini berlangsung di luar tajuk, maka riwayat Abu Mikhnaf yang lalu telah maklum kebatilannya walaupun tidak meneliti kepada sanadnya sekalipun.


Demikian juga kisah yang sahih bahawa Muawiyah r.a memujuk Abu Musa al-Asy’ari r.a berbaiat kepada beliau seperti mana Amru bin al-As r.a berbaiat bukanlah bermakna baiat sebagai Khalifah tetapi usaha Muawiyah r.a memujuk Abu Musa untuk menyokong usaha beliau menuntut darah Usman r.a kerana ini lah baiat Ahli Syam kepada Muawiyah r.a iaitu tidak akan membaiat Ali r.a sehingga Ali r.a melaksanakan Qisas terhadap para pembunuh Usman r.a bukan melantik Muawiyah r.a sebagai Khalifah. [Asrul Khilafah al-Rasyidah, Dr. Akram Diya’ al-Umari, 474-475]

.

Hasil:

Hasil daripada penjelasan berkenaan peritiwa ini, menunjukkan bahawa:

•Amru bin al-As r.a adalah Sahabat yang mulia dan beliau bukanlah seorang penipu atau pengkhianat.

•Peperangan Siffin berlaku atas ijtihad para Sahabat dan janganlah kita mencemarkan lidah dengan darah yang Allah Taala telah biarkan ianya mengalir.

•Abu Musa al-Asy’ari bukanlah seorang bodoh atau kurang cerdik seperti tuduhan kaum Syiah bahkan beliau seorang faqih dan sangat bijak dalam menjaga perpaduan kaum muslimin,

•Peristiwa Tahkim menunjukkan keikhlasan pihak Ali r.a yang diwakili oleh Abu Musa r.a dan pihak Muawiyah r.a yang diwakili Amru r.a untuk mencari perdamaian walaupun tidak membawa hasil yang diharapkan

.•Amru bin al-As r.a bukanlah seorang yang memecah belahkan umat bahkan beliau berusaha mencari perdamaian dengan Ali r.a yang terserlah melalui perbincangan beliau dengan Abu Musa r.a seperti dalam riwayat tahkim yang sahih.

•Kaum Syiah adalah Dajjal dan perosak sebenar sejarah Islam, merekalah yang berhak dilaknat -Laknat Allah atas Syiah terutama al-Rafidah-.

Oleh: Muhammad Asrie Bin Sobri


Sumber : Institut al Qayyim

Saturday, 16 May 2009