Sunday, May 27, 2012

Tidak wajar bukan Melayu memimpin Tanah Melayu



Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
27th May 2012



Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Saya sebenarnya sudah malas untuk menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan Malaysia. Keluar sahaja artikel, saya terus diserang. Tetapi bila akhbar ini diserang sedemikian rupa oleh ultra kiasu, malas atau tidak, terpaksalah juga saya tampil, bukan membela, tetapi berkata benar.

Isu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri bukan hari ini dibangkitkan oleh parti ultra kiasu. Tetapi sejak dahulu lagi. Cuba saudara pembaca buat kajian kenyataan demi kenyataan parti anti Melayu dan anti Islam ini sejak dahulu lagi. Bermula daripada ucapan-ucapan mereka dalam kempen pilihan raya umum (PRU) 1969, sehingga berlangsungnya PRU 1969 pada 10 Mei, diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala Lumpur 12 Mei, seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas itu.

Saya tidak ingin mengungkap lagi apa yang telah berlaku. Biarkan sejarah berlalu. Tetapi provokasi mereka amat melampau. Saya menyeru kepada semua pembaca meluangkan masa membaca buku sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam pelbagai versi. Antaranya tulisan Goh Cheng Teik (1971), Leon Comber (1985), Tunku Abdul Rahman (2007) dan lain-lain lagi.

Kata-kata seperti “Melayu sudah jatuh”, “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”, “Ini negeri bukan Melayu punya”, “kita mahu halau orang Melayu” dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa yang sering diulang-ulang sesama mereka hari ini. Saya bukan mahu mengapikan. Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah.

Pada saya yang baik itu, baiklah. Perlu disokong. Namun, bila tiba bahagian mungkar, maka perlu ditolak.
Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa. Apabila kuasa telah diperolehi nanti, rasalah akibatnya. Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman, tetapi juga luaran, terutama pulau kecil di selatan tanahair yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita. Menunggu masa sahaja untuk bertindak. Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat.

Ultra kiasu anak beranak itu cuba mempertahankan pengerusinya dengan merujuk kepada perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan PM terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Namun, katanya, berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu.

Ya, saya tidak nafikan, tetapi jagalah adab-adab bila berbicara. Tidakkah kita tinggal di negara sebelah timur. Bila bercakap, berlapik kerana ini menyentuh sensitiviti orang lain.

Sama seperti isu perkataan ‘pendatang’. Perkataan ini amat sensitif. Kenapa tidak ada lagi orang Melayu yang bercakap menggunakan perkataan ini? Kerana ingin menjaga hati orang lain. Inilah adab-adab yang perlu kita belajar. Saya cadangkan parti ultra kiasu ini menganjurkan kursus kepada ahli-ahlinya. Kalaupun tidak ramai boleh berbahasa Melayu atau masih gagap, sekurang-kurangnya belajar menjaga sensitiviti kaum lain, terutama bangsa majoriti.

Isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana ini adalah tanahair tumpah darah mereka kerana setiap bangsa ada tempat tumpah darahnya. Apakah kita masih tidak sedar? Kecualilah kalau kita masih terpengaruh dengan pemimpin ultra kiasu Singapura yang sudah tua itu. Beliau pernah berkata: Mengikut sejarah katanya orang-oarng Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu. Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung Umno, Dato’ Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun. Dari itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia, dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka. Utra kiasu itu berkata lagi, beliau dapat menyusun-galur nenek moyangnya sehingga 100 tahun di Singapura. Beliau menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee Kuan Yew, 1965; Flether, 1969).

Saya yakin ramai ultra kiasu masih terpengaruh dengan kata-kata ultra kiasu tua itu. Saya tidak nampak Utusan bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita. Jika tidak benar, samanlah. Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala orang lain terus menyerang. Mereka juga harus bertindak seperti akhbar Rocket, Suara Keadilan dan Harakah.

Pemimpin ultra kiasu berkata, “Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka.” Persoalan saya, apakah Umno atau Barisan Nasional mendapat liputan yang baik di muka hadapan akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi, sebenarnya, mengata orang dia yang lebih.

Saya berpegang kepada prinsip, “kita tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi kita tidak akan menyerang, tanpa tentangan”.

Menurut ultra kiasu, Utusan sengaja mencipta “isu yang tidak wujud” demi kepentingan politik dan berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti “fitnah” bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika Umno tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.

Pada saya, bukti sudah jelas di depan mata, apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra kiasu memegang kuasa. Terbelakah orang Melayu. Ada atau tidak, Melayu menjadi presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan berkaitan strategik dan keselamatam seperti perkhidmatan polis, tentera, pilot, imigresen dan sebagainya. Janganlah buat tidak tahu. Perancangan busuk ultra kiasu sudah termaktub dalam sejarah.

Lepas ini mungkin ada yang berkata dalam blog saya, ada yang terasa nak murtad apabila membaca pandangan saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya berkata benar. Jika ada yang mahu murtad disebabkan pandangan dan hak saya untuk bersuara, saya serahkan kepada Allah SWT. Tetapi saya tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan jahat orang lain.

Kenyataan balas pengerusi ultra kiasu dibuat semata-mata strategi untuk menarik orang Melayu menyertai mereka setelah Tunku Abdul Aziz keluar parti. Kepada orang Melayu berada dan yang menyertai parti ultra kiasu ini, insaflah. Banyak lagi parti lain yang matlamatnya lebih jelas daripada parti ini.

Pada saya, jika benarpun dari segi undang-undang, tidak perlu bercakap, kerana ia menyakitkan orang lain. Apakah mungkin Singapura berperdanamenterikan Melayu walaupun perlembagaan negara tersebut tidak menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana menteri? Apakah peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh panggang dari api.

Saya bukan membela Utusan atau membela Umno. Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh bersetuju. Tetapi itu bukan bermakna kita boleh biarkan sahaja mereka diserang. Yang baik, sokonglah, yang salah, saya tolak. Tetapi ultra kiasu ini tidak sedemikian, termasuk ultra kiasu Melayu, buat baik, salah, buat jahat, lagi salah. Semua jadi serba salah. Inikah ciri orang bertamadun?
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Jabatan, Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sumber : Mohd Nazem Suki

Thursday, May 24, 2012

Kubur Hajah Siah bercahaya - Kisah benar





Kisah Benar – Kubur Hajjah Siah Bercahaya | 
Kisah ini adalah mengenai sebuah kubur yang dikatakan bercahaya di sebuah kampung Sungai Manik, Teluk Intan, Perak. Kubur yang dimaksudkan adalah kubur Hajjah Siah. Terdapat saksi yan menyaksikan tentang kejadian ini. Cerita ini juga telah menunjukkan salah satu bentuk kekuasaan Allah SWT. Sesungguhnya amalan tetap dihitung walaupun ia hanya sebesar zarah. Ikuti kisah di bawah ini.
Selepas berbuka puasa pada malam 1 Ramadan 2002, Tajuddin Ali, 31, berbual-bual dengan seorang rakannya bernama Ahlid di halaman rumahnya sambil menghembus asap rokok berkepul-kepul.Entah apa yang dibualkan mereka tapi mereka berdua rancak bercerita sementara menunggu masuknya waktu solat fardu Isyak.
Sedikit demi sedikit malam mula berlabuh, suasana jadi kelam. “Fuuuhh!” Tajuddin menghembus asap rokok melepas ketagihan sejak siang tadi. Matanya memandang kearah tanah perkuburan yang terletak di depan rumahnya di Parit 1C, Sungai Manik, Teluk Intan, Perak yang mula diselubungi malam.
Keadaan tanah perkuburan itu kelam, tiada apa yang kelihatan melainkan beberapa batang pokok kayu yang tinggi menjulang dan rendang nampak berbalam. Namun, dalam kegelapan malam tu tiba-tiba Tajuddin terlihat muncul satu cahaya aneh berwarna biru dari kawasan perkuburan.
Cahaya aneh berbentuk bulat seperti disuluh lampu limpah itu menjadi semakin besar dan menaik sehingga menjulang melebihi tiga meter. Cahaya itu tidak jauh dari mereka, lebih kurang 100 meter sahaja dari halaman rumahnya. Kawannya, Ahlid turut menyaksikan perkara yang sama, ternampak cahaya itu muncul dari batu nisan disalah sebuah kubur di situ.
Terkedu Tajuddin menyaksikan peristiwa itu sehingga sebahagian kawasan tanah perkuburan menjadi terang benderang seperti disuluh dengan lampu limpah. Hampir lima minit mereka berdua menyaksikan cahaya aneh itu bermula dari warna biru, berubah menjadi kekuningan, kemerahan kemudian beransur-ansur sirna.
Cahaya apakah itu?
Menggigil dan berpeluh Ahlid sehingga tidak dapat berkata apa-apa. Sebaik sahaja cahaya itu hilang mereka berdua berlari ke dalam rumah. “Kau nampak tak apa yang aku nampak tadi Lid?” soal Tajuddin.
“Ya, aku nampak Din,” beritahu Ahlid terketar-ketar.
“Ishhhk…! Pelik betullah cahaya apa tadi tu?” soal Tajuddin lagi.
“Entahlah Din, jangan-jangan hantu tak?” balas Ahlid.
“Ishhhk…! Merepeklah, bulan puasa mana ada hantu!” balas Tajuddin.
Akibat terlalu takut, malam itu Ahlid tidak berani hendak balik tidur ke rumahnya sebaliknya bermalam di rumah Tajuddin. Keesokan harinya hebohlah seluruh pekan Teluk Intan memperkatakan tentang kejadian kubur bercahaya di Sungai Manik.
Malam berikutnya, berduyun-duyunlah penduduk kampung berkumpul berhampiran tanah perkuburan Islam Parit 1C selepas berbuka puasa. Mereka tergiur ingin melihat cahaya apakah yang telah disaksikan Tajuddin dan Ahlid, semalam.
Masing-masing bersidai didepan tanah perkuburan Islam itu dengan harapan dapat melihat cahaya muncul dari kubur tersebut. Masing-masing tertunggu-tumggu bilakah cahaya itu bakal muncul!
Ada juga yang merasa ragu-ragu, kalau-kalau Tajuddin sengaja mahu memperdayakan orang-orang kampung dengan mereka-reka cerita berkenaan. Kira-kira pukul 8.00 malam,tiba-tiba muncullah cahaya aneh yang ditunggu-tunggu. Maka bertambah gemparlah seluruh penduduk Sungai Manik apabila menyaksikan peristiwa aneh itu.
Benarlah dakwaan Tajuddin dan Ahlid apabila sebahagian besar penduduk dapat menyaksikan sendiri cahaya yang terpancar, muncul dari celah-celah batu nisan seorang wanita tua bernama Hajah Siah Haji Tamin.
Malam tersebut, cahaya aneh muncul lebih kurang dua hingga lima minit dan menerangi hampir sebahagian tanah perkuburan Islam Parit 1C, Sungai Manik. Peristiwa pelik ini sangat menakjubkan dan tersebar dengan begitu cepat bukan sahaja ke seluruh pelosok negeri Perak tetapi seluruh Negara.
Sejak itulah juga kubur Hajah Siah menjadi tumpuan ramai. Pengunjung tidak kira dari Melaka, Pulau Pinang mahupun Johor turut datang semata-mata mahu menyaksikan cahaya yang didakwa terbit dari batu nisan di bahagian kepala milik arwah Hajah Siah.
Tapi… dalam keajaiban kejadian Allah ini terdapat pula yang cuba berniat jahat. Geram betul Tajuddin apabila ada pihak tertentu yang datang bertujuan cuba mendapatkan nombor ekor.
Orang luar yang tidak dikenali siap membawa pen dan kertas. Malah ada desas-desus menyatakan ada pihak ingin mencuri batu nisan tersebut! Tajuddin mengakui kejadian yang berlaku hampir lapan tahun lalu amat menakjubkan sepanjang hidupnya.
Peliknya, cahaya tersebut biasanya muncul antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam dan jangka masa muncul antara dua hingga lima minit sahaja. Pada mulanya ramai yang pelik mengapa cahaya ini muncul pada waktu berkenaan. Tetapi selepas mendengar cerita sebenar barulah ramai yang merasa takjub dengan allahyarham Hajah Siah.
Sebenarnya pada waktu berkenaanlah, arwah Hajah Siah suka membaca al-Quran semasa hayatnya. Ceritanya lagi, Allahyarham Hajah siah yang berasal dari Parit 4A, Sunga Manik merupakan seorang yang warak dan alim ketika hidupnya. Arwah seorang yang memiliki budi pekerti yang baik dan gemar ‘bersahabat’ dengan al-Quran.
Untuk mendapatkan kepastian, Tajuddin membawa kami menemui dua anak arwah, Haji Muhammad Haji Othman, 69, dan anak bongsunya, Jamaliah Haji Othman, 67.
Sambil dihidangkan secawan kopi, kami bertanya apakah ibadah yang selalu diamalkan oleh arwah ketika hayatnya sehingga kuburnya mengeluarkan cahaya untuk dijadikan iktibar kepada pembaca?
Jamaliah tersenyum sambil memberitahu bahawa arwah ibunya meninggal dunia sebelum azan maghrib 8 Disember 2002 di Hospital Teluk Intan ketika berusia 80 tahun, beliau tidak mengamalkan apa-apa ibadah yang istimewa. Jamaliah juga tidak mahu terlalu memuji ibunya bimbang dianggap riak pula.
Pada Jamaliah, apa yang diamalkan arwah ibunya biasa saja seperti amalan umat Islam lain iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
Misalnya, semasa hayatnya, arwah Hajah Siah sentiasa menjaga solat lima waktu sehari semalam sebagaimana yang diperintahkan Allah kepada setiap hamba-Nya. Arwah ibunya juga sering kali bersolat sebaik masuk waktu tanpa melengah-lengahkan dengan hal-hal keduniaan.
“Misalnya, sebelum masuk waktu solat Maghrib lagi mak dah ambil air sembahyang, kemudian duduk menunggu di atas sejadah sambil membaca al-Quran. “Bila azan Isyak selesai, mak terus solat. Lepas solat sambung lagi mengaji al-Quran. Masa mak banyak dihabiskan dengan membaca al-Quran!
“Tengah malam mak selalu bangun buat solat Tahajud dan waktu pagi solat sunat Dhuha. Tiap-tiap hari itulah amalan mak!” cerita Jamaliah. Kami juga dimaklumkan Jamaliah, dalam setahun ibunya berkhatam al-Quran, lima hingga enam kali. Pada bulan puasa sahaja arwah ibunya khatam al-Quran sebanyak dua kali.
“Mak selalu amalkan baca surah Yasin, al-Waqiah dan surah al-Mulk. Tiga surah ini pasti mak baca pada tiap-tiap hari. Kira amalan wajib bagi mak!” tambah Jamaliah.
Amalan lain yang turut menjadi darah daging arwah Hajah Siah ialah berzikir. “Mak berzikir tak kira waktu pagi, petang atau siang. Malam pula saya tengok mak berzikir. Tasbih memang tak lekang dibilang dan dibawanya ke mana-mana.”
“Tengah berkebun pun mak bawa tasbih juga, kalau dia nak mencangkul dan menebas dia sangkutkan tasbih pada lehernya!” beritahu Haji Muhammad pula.
Zikir yang selalu diamalkan arwah ialah zikir harian yang selalu diamalkan Imam al-Ghazali. “Setiap kali berzikir arwah mak buat seribu kali setiap hari!” beritahu Jamaliah.
Selain berzikir apa lagi amalan yang paling disukai arwah Hajah Siah?
“Ishhhk! Amalan ini memang berat, susah orang nak buat. Tapi arwah mak suka sangat buat. Mak suka sangat bersedekah kepada anak-anak yatim dan kepada masjid. “Mak sedekah bukan sikit tapi banyak. Arwah mak pernah sedekah sampai RM1000 untuk bina masjid. Kalau bab sedekah arwah mak memang tak sayang duit, hairan saya.
“Arwah mak ada pesan pada kami, kalau orang datang minta sedekah jangan dihampakan. Beri biarpun sikit!” ujar Haji Muhammad pula.
Semasa hayatnya, arwah Hajah Siah selalu berpesan kepada Haji Muhammad dan Jamaliah supaya rajin-rajinlah membaca al-Quran. Itulah saja penolong ketika berada di alam kubur.
“Kata mak, kalau kita rajin baca al-Quran, nanti bila dah meninggal, dalam kubur akan bercahaya terang-benderang seperti disuluh lampu. Sebab itulah saya tak terkejut sangat bila orang heboh bercerita kubur mak saya bercahaya!” jelas Jamaliah pula.
Begitulah cerita daripada anak-anak arwah Hajah Siah yang kami temui di rumah mereka di Parit 4A, Sungai Manik, Teluk Intan.
Nota
Jika kita sudah mengetahui rahsia arwah Hajjah Siah, maka cubalah kita ikut dan amalkan apa yag beliau pernah amalkan semasa hayatnya. Membaca Quran + solat 5 waktu + amalan2 sunat adalah amalan biasa bagi kita manusia. Tetapi Membaca Quran setiap hari pagi dan malam serta mengamalkan ayat2 dan solat sunat malam amat payah untuk dilakukan kepada mereka yang masih leka harta dunia...

sumber:http://kongsibersamanora.blogspot.com/2012/05/kubur-hajah-siha-bercahaya-kisah-benar.html

Wednesday, May 23, 2012

Bahaya Bid'ah

IMAM ASY-SYAFI'I :

Hadis-hadis Palsu Yang Popular di Bulan Rejab


  • "Sesungguhnya di Syurga ada sungai yang dinamakan ‘Rejab’ airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu, barangsiapa yang puasa satu hari pada bulan Rejab maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari air sungai itu.”(Periwayat majhul(periwayat tidak dikenali).Imam adz-Dzahaby berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya, Muhammad al-Mughirah tentang keutamaan bulan Rejab. Mansyur bin Yazid adalah rawi yang tidak dikenal dan khabar (hadits) ini adalah bathil.” (Lihat Mizaanul I’tidal (IV/ 189)

  • "Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan."(Periwayat matruk(periwayat suka berdusta).(Kata Imam an-Nasa’i: “Furaat bin as-Saa’ib Matrukul hadits.”)

  • "Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku."(hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria).Kata Syaikh ash-Shaghani (wafat th. 650 H): Hadits ini maudhu(palsu)

  • "Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah."(Periwayat matruk.Imam an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits.” Sedangkan kata Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai pendusta.”)

  • "Keutamaan bulan Rajab atas bulan-bulan lainnya seperti keutamaan al-Qur’an atas semua perkataan, keutamaan bulan Sya’ban seperti keutamaanku atas para Nabi, dan keutamaan bulan Ramadhan seperti keutamaan Allah atas semua hamba.”(Kata al Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany: “Hadits ini palsu.”)

  • "Barangsiapa solat Maghrib di malam pertama bulan Rajab, kemudian solat sesudahnya dua puluh raka’at, setiap raka’at membaca al-Fatihah dan al-Ikhlash serta salam sepuluh kali. Kalian tahu ganjarannya? Sesungguhnya Jibril mengajarkan kepadaku demikian.” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui, dan berkata: ‘Allah akan pelihara dirinya, hartanya, keluarga dan anaknya serta diselamatkan dari azab kubur dan ia akan melewati as-Shirath seperti kilat tanpa dihisab, dan tidak diseksa."(Kata Ibnul Jauzi: “Hadits ini palsu dan kebanyakan rawi-rawinya adalah majhul (tidak dikenali)

  • "Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir."(Periwayat matruk.Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.)

  • "Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga."(Periwayat matruk.Dalam Kitab Al-Laaly.Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu.)

  • Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rajab dan solat empat raka’at, di raka’at pertama baca ‘ayat Kursiy’ seratus kali dan di raka’at kedua baca ‘surat al-Ikhlas’ seratus kali, maka dia tidak mati hingga melihat tempatnya di Syurga atau diperlihatkan kepadanya (sebelum dia mati)”(Kata Ibnul Jauzy: “Hadits ini palsu, dan rawi-rawinya majhul serta seorang perawi yang bernama ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah perawi matruk menurut para Ahli Hadits.”)


Apakah yg sepatutnya di lakukan?


"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"(Riwayat Ahmad)


1 .Bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
2.Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

3.Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).

4 .Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)

5. Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)

6 .Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
7.Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (Mazhab Hanbali- Al-Jaziry)


“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari,Muslim)


Wallahualam..
~Zaid Abdullah

Tiada Amalan Khusus di Bulan Rajab






Biografi Ibnu Hajar:
Ibnu Hajar Al-‘Asqalani atau nama sebenarnya Syihabuddin Abul Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali Al-Kinani Al-‘Asqalani Asy-Syafi’i.

Beliau terkenal dengan kitab Syarahnya kepada Sahih Al-Bukhari yang berjudul Fathul Bari. Beliau berasal dari ‘Asqalan Palestin, lahir dan wafat di Qaherah.

Beliau sangat terkedepan dalam ilmu hadis dan banyak mendengarnya. Beliau menjalankan rehlah dan melazimi Syeikhnya Al-Hafiz Abul Fadhl Al-‘Iraqi.

Beliau melakukan rehlah ke Yaman, Hijaz dan selain keduanya untuk mendengarkan syuyukh sehingga beliau menjadi seorang yang terkenal.

Lahir pada 773 Hijrah bersamaan 1372 Masihi dan wafat pada 852 Hijrah bersamaan 1448 Masihi. (Al-Mausu’ah Al-‘Arabiah Al-‘Aliyah)

Biografi Al-Harawi:
Al-Harawi atau nama sebenarnya Abdullah bin Muhammad bin Ali Al-Anshari Al-Harawi. Kuniah beliau Abu Ismail.

Beliau seorang syeikh di Khurasan pada zamannya. Beliau termasuk dari kalangan Kibar Ulama dalam mazhab Hanbali berketurunan Abu Ayub Al-Anshari.

Beliau seorang yang sangat mahir di dalam ilmu bahasa, seorang hafiz di dalam hadis, dan arif dalam ilmu tarikh dan nasab (keturunan). Beliau menampakkan sunnah dan berdakwah kepadanya.

Lahir pada 396 Hijrah bersamaan 1006 Masihi dan wafat pada 481 Hijrah bersamaan 1089 Masihi. (Al-A’lam Liz-Zarkali)

________________________
p/s: semoga Allah memberi kepada kita kelapangan untuk mempelajari al-Quran dan as-Sunnah.

Semoga kita termsak dalam  golongan "Barangsiapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." (HR al-Bukhari)


~Quran-Sunnah.net

----------------------------------------------------------
 Bismillah..

Imam Abu Syamah rahimahullah dalam kitab Al-Ba’its berkata bahawa Abu Bakar As-Siddiq radhiallahu’anhu mengingkari keluarganya yang berpuasa di bulan Rajab. Bahkan Umar bin Khattab radhiallahu’anhu memukul tangan orang-orang yang berpuasa di bulan Rajab seraya berkata: “Ini adalah bulan yang dibesar-besarkan oleh orang-orang jahiliah.”

Riwayat dari Abu Bakar As-Siddiq disebutkan secara lengkap oleh At-Thurthusi rahimahullah dalam kitabnya sebagai berikut:

Diriwayatkan dari Abu Bakar As-Siddiq, bahawa dia pernah masuk menemui isterinya dalam keadaan melakukan persiapan menyambut bulan Rajab. Maka beliau radhiallahu ’anhu berkata: “Apa ini?” Dia menjawab: “Bulan Rajab, kita akan berpuasa padanya.” Abu Bakar radhiallahu’anhu berkata: “Adakah engkau akan menjadikan bulan Rajab sebagai bulan Ramadhan?!”

Adapun tentang Umar bin Khattab, diriwayatkan pula oleh Al-Faqihi dalam kitab Makkah dengan sanadnya sampai kepada Harasyah Ibnu Hurr, dia berkata: “Aku melihat Umar bin Khattab radhiallahu’anhu memukul tangan-tangan manusia pada bulan Rajab, hingga mereka hendak mengambil makanan lalu berkata: “Makanlah! Sesungguhnya bulan
Rajab diagungkan oleh orang-orang Jahiliah.”

Imam Nawawi rahimahullah berkata: “Tidak sabit riwayat tentang puasa pada bulan Rajab. Tidak ada perintah dan tidak pula ada larangan….”

Diriwayatkan oleh Abu Muhammad Ibnu Abi Yazid berkata: “Ibnu ‘Abbas radhiallahu’anhuma tidak suka puasa pada bulan Rajab secara keseluruhan kerana beliau bimbang orang-orang jahil akan mengganggap ianya suatu perintah yang disyariatkan.” (Tabyin Al-‘Ujab, Karya Ibnu Hajar Al-'Asqalani, ms. 65-66)


http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5671%3Atidak-ada-satupun-hadis-yang-sahih-tentang-kelebihan-rejab&catid=58%3Amaulana-mohd-asri-yusoff

Tuesday, May 22, 2012

Bid`ah-bid`ah Dalam Bulan Rejab.








Bulan Rejab ialah salah satu bulan daripada bulan-bulan haram yang disebut oleh Allah Ta`ala dalam firmanNya:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْراً فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu dalam bulan yang empat itu

[ At-Taubah:36 ]

Bulan-bulan haram adalah: Muharam,Rejab,Zulkaedah,Zulhijjah.

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رضي الله عنه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا , مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ , ثَلاثٌ مُتَوَالِيَاتٌ : ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ , وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Daripada Abi Bakrah radiallahu`anhu daripada Nabi Sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Satu tahun terdiri dua belas bulan,daripadanya ada empat bulan haram,tiga bulan berturut-turut, Zukaedah,Zulhijjah dan Muharam,sedangkan Rejab Mudhar pula terletak antara Jumada akhir dan Sya`aban.

[ HR Bukhari no:4662, Muslim no:1679 ]

Kenapa Dinamakan Bulan-bulan ini sebagai bulan haram?

1) Diharamkan peperangan pada bulan ini kecuali jika jelas diserang musuh atau berlanjutnya peperangan dari bulan sebelumnya.

2) Pengharaman melakukan maksiat dan perkara-perkara yang diharamkan syariat lebih dahsyat berbanding bulan-bulan lain, sebab itulah Allah melarang melakukan maksiat pada bulan-bulan ini sebagaimana FirmanNya:

فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Maka janganlah kamu menzalimi diri kamu dalam bulan yang empat itu

[ At-Taubah:36 ]

Melakukan maksiat dan dosa adalah terlarang pada bila-bila masa namun melakukannya pada keempat-empat bulan haram ini lebih dahsyat dan kuat pengharamannya dan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan haram adalah lebih berbanding pada bulan-bulan yang lain.

Kata Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahullah:

سمّي رجبٌ رجباً؛ لأنه كان يرجب، أي يُعظَّم، يُقال: رَجَبَ فلانٌ مولاه، أي عظَّمه

Dinamakan Rejab sebagai Rejab kerana ianya dihormati,iaitulah diagungkan, dikatakan; Fulan menghormari tuannya,iaitulah mengagungkannya.

[ Al-Lathoif Al-Ma`arif 1/117 ]

Orang-orang Arab Jahiliyyah sangat mengagungkan bulan Rejab,khususnya kabilah Mudhar sebab itulah disebutkan dalam Hadith " Rejab Mudhar" .

Kata Ibnul Athir :

أضاف رجباً إلى مضر؛ لأنهم كانوا يُعظِّمونه خلاف غيرهم، فكأنهم اختصُّوا به

Disandarkan Rejab kepada Mudhar,kerana dahulu mereka sangat mengagungkannya tidak seperti kabilah yang lain,maka seakan-akan mereka mengkhususkan bulan ini pada mereka.

[ An-Nihayah fi Gharibil Hadith Wal Athar 2/197 ]


Bid`ah-Bid`ah pada bulan Rejab:

Tidak syak lagi bulan Rejab termasuk antara bulan-bulan yang dimuliakan oleh Allah Ta`ala sebagaimana disebut dalam kitabNya dan melarang manusia daripada melakukan kezaliman di dalam bulan ini,namun bukanlah bermaksud untuk melakukan atau mereka cipta ibadah-ibadah tertentu dan mengkhusukan pada bulan ini dengan ibadah tertentu yang tidak ada pada bulan lain,kerana ianya tidak tsabit daripada Nabi sallallahu`alaihiwasallam tentang melakukan ibadah khusus dalam bulan ini.Para Ulama` telah menetapkan bahawa mengkhususkan ibadah pada waktu-waktu tertentu yang tidak dikhususkan oleh Syari`at maka ianya tidak boleh dilakukan kerana tidak ada kelebihan pada ibadah atau waktu tertentu melainkan apa yang telah ditunjukkan oleh Syari`at.

Sabda Nabi sallallahu`alaihiwasallam:

من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Sesiapa yang mereka cipta sesuatu dalam urusan kami( syariat Islam) ini apa yang tiada dasarnya maka ianya tertolak.

[ HR Bukhari ]


Antara bid`ah-bid`ah yang sering dilakukan pada bulan Rejab:


1) Menyembelih haiwan sembelihan atau dinamakan ( Al-`Atirah ).

Dahulunya kaum Jahiliyyah menyembelih sembelihan yang dinamakan "Al-`Atirah" apabila datang Islam,Islam membatalkan dan menghapuskan amalan tersebut.

Sabda Nabi sallallahu`alaihiwasallam:

لَا عَتِيرَةَ فِي الْإِسْلَامِ

Tidak ada `Atirah dalam Islam.

[ HR Ahmad no:7135, isnadnya shahih juga asalnya seperti didalam As-Shahihain ]

Berkata Abu `Ubaidah:

العتيرة هي الرجبية ذبيحة كانوا يذبحونها في الجاهلية في رجب يتقربون بها لأصنامهم

Al-`Atirah adalah sembelihan yang dilakukan untuk mengagungkan atau memuliakan bulan Rejab,dahulu mereka menyembelihnya pada zaman Jahiliyyah pada bulan Rejab bertujuan untuk mendekatkan diri mereka dengannya terhadap berhala-berhala mereka.

[ Fathul Bari Syarh Shahih Al-Bukhari,Ibn Hajar Al-`Asqalani 9/598 ]

Berkata Ibnu Rejab Al-Hanbali:

ويشبه الذبح في رجب اتخاذه موسمًا وعيدًا كأكل الحلوى ونحوها

Menyerupai penyembelihan pada bulan Rejab adalah menjadikan ianya sebagai musim dan perayaan tertentu seperti memakan halwa(manisan) dan yang sepertinya.

[ Lathoif Al-Ma`arif 1/118 ]


2) Meyakini dan beritiqad bahawasanya malam dua puluh tujuh Rejab adalah malam berlakunya Israk dan Mikraj,atau menyambutnya sebagai perayaan.

Tidak ada nas serta dalil yang khusus menjelaskan tarikh berlakunya Israk dan Mikraj,bahkan telah berlaku perselisihan yang besar di kalangan para Ulama` Islam dan ahli sejarah dalam menentukan tarikh berlakunya Israk Mikraj.Maka adalah mustahil jika ditetapkan malam tertentu berlakunya Israk Mikraj tanpa ianya mempunyai dalil yang jelas daripada nas.

Jika benar ada ibadah khusus dan perayaan tertentu yang digalakkan oleh Syariat untuk melakukannya tentulah Nabi sallallahu`alaihiwasallam sudah menjelaskannya,juga tentulah para sahabat serta Salafussoleh sudah menyambutnya,namun tidak ada satu riwayat pun yang menyebutkan hal tersebut, bahkan Nabi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

لا تَتَّخِذُوا شَهْرًا عِيدًا ، وَلا تَتَّخِذُوا يَوْمًا عِيدًا

Janganlah kamu menjadikan bulan tertentu sebagai perayaan,dan janganlah kamu jadikan hari tertentu sebagai perayaan.

[ Diriwayatkan secara mursal dalam Musannaf Abdul Razak no:7639, perawinya kesemuanya tsiqah,hadith ini boleh berhujjah dengannya-insyaAllah- ]

3) Solat Raghaib

Mereka-cipta solat yang dilakukan pada malam jumaat awal bulan Rejab yang dinamakan dengan solat Raghaib,kemudian mereka membuat hadith-hadith palsu menjelaskan tentang kelebihannya.

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

Begitulah juga hadith-hadith berkenaan solat Raghaib yang dilakukan pada malam jumaat pertama pada bulan Rejab,kesemuanya adalah dusta yang direka cipta atas nama Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam......

Misalnya hadith:

لا تغفلوا عن أول جمعة من رجب ,فإنها ليلة تسميها الملائكة الرغائب....

Janganlah kamu lalai daripada awal jumaat daripada bulan Rejab,kerana padanya terdapat satu malam yang dinamakan oleh malaikat sebagai Raghaib.


Hadith ini adalah palsu,madar( sebabnya) dalam perawinya ada pendusta dan pemalsu hadith iaitulah Ibnu Jahdham beliau ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdham,seorang syeikh Sufi di Mekah.Hal ini sebagaimana diulas oleh Ibnul Jauzi yang menyebut bahawasnya di dalamnya terdapat perawi-perawi yang majhul.

[ Al-Manarul Munif m/s:76 , rujuk juga Al-Laali Al-Masnu`ah 2/30 ]


4) Mengkhususkan puasa pada bulan Rejab.

Telah tsabit bahawasanya `Umar bin Al-Khattab radiallahu`anhu pernah memukul tangan seorang lelaki yang berpuasa (disebabkan memuliakan) bulan Rejab sehinggakan beliau `Umar menarik tangannya menuju kepada makanan (agar dia berbuka),kemudian `Umar berkata: " Apa Rejab?, sesungguhnya bulan Rejab ini hanya diagungkan oleh kaum jahiliyyah,apabila Islam datang maka ianya ditinggalkan

[ Musannaf Ibnu Abi Syaibah 2/345, Ibnu Wadhaah dalam Kitab Al-Bida` ]


Begitu jugalah mengkhususkan amalan-amalan lain seperti sedekah,Umrah dan selainnya dengan keyakinan bahawa ada ganjaran khusus disebabkan bulan Rejab maka kesemuanya adalah terbina di atas bid`ah dan sangka-sangkaan dalam agama.Sebagaimana yang kita ketahui menyintai Nabi sallallahu`alaihiwasallam adalah dengan mengikuti sunnahnya bukan dengan mereka-reka amalan atau perayaan tertentu yang tidak ada dalil dan hujjahnya,maka seharusnya umat Islam berwaspada dengan setiap bid`ah dalam agama dan mencukupkan diri hanya dengan Sunnah-sunnah Nabi sallahu`aihiwasallam berdasarkan dalil-dalil yang shahih.




Wallahu`alam,

ditulis oleh:

Abul Hussein

Universiti Islam Madinah An-Nabawiyyah

29 Jumadil Akhir 1432 H/1 Jun 2011M