IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga. Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Wednesday, July 25, 2012
Tuesday, July 24, 2012
Wahyu Dalam Bukhari
Wahyu Dan Niat
Oleh
kerana wahyu bersumber daripada Allah swt dan Allah swt tidak memandang
manusia berdasarkan rupa paras tetapi kepada hati seseorang maka wahyu
hanya akan memberi faedah kepada orang yang mempunyai niat yang suci di
dalam pencariannya tentang kehidupan. Untuk
Nabi, baginda akan dianugerakan wahyu secara langsung daripada Allah
swt. Manakala mereka dikalangan umatnya yang mempunyai keikhlasan yang
tinggi terhadap agama Allah akan dipermudahkan mereka menerima hidayah
dan pengajaran dari sumber wahyu.
Bentuk wahyu yang diturunkan kepada Nabi saw
1- Salsalatul-Jaras –
Bunyi seperti bunyi loceng. Bagaimana hakikatnya tidak dijelaskan oleh
mana-mana riwayat hadis. Namun di kalangan ulama ada yang
mentafsirkannya sebagai bunyi malaikat atau bunyi sayap malaikat. Bentuk ini dikatakan bentuk yang paling sukar ditanggung oleh Rasulullah saw.
2- Tamathul-Malak –
Malaikat menyerupai manusia. Kebanyakan malaikat yang membawa wahyu
ialah Jibrail yang menyerupai seorang sahabat bernama Dahyah Al-Kalbi.
Ada kalanya menyerupai lelaki yang tidak dikenali. Ia dianggap sebagai
bentuk wahyu yang paling ringan.
3- Malaikat Jibrail
– Malaikat Jibrail datang dengan bentuknya yang asal. Diriwayatkan
ianya berlaku sebanyak 3 kali walaupun salah satu daripada riwayat
tersebut agak lemah periwayatannya.
4- Ru'yah Sadiqah –
Mimpi benar. Rasulullah saw melihat cahaya putih seumpama cahaya di
waktu subuh. Peristiwa ini berlaku sebelum turunnya Al-Quran. Wahyu ini
menyebabkan Rasulullah saw mula menyendiri, bertafakkur dan beribadat di
tempat yang sunyi, jauh daripada kesibukan manusia, di sebuah gua yang
dinamakan gua Hiraq.
5- Kalam Ilahi –
Allah swt bercakap terus dengan Rasulullah saw dalam peristiwa mi`raj
seumpama Allah swt bercakap dengan Nabi Musa as. (Al-Itqan)
6- Nafas Fi r-Rau`– Malaikat Jibrail (Ruhul Qudus) meniupkan sesuatu ke dalam hati Nabi saw berupa wahyu sebagaimana hadis menyebut bahawa
إنَّ رُوح القُدسِ نَفَثَ في رُوعي أنه لن تَمُوتَ نفس حتى تستكمل رِزْقها وأجَلَها (جامع الأصول)
أَنَّ جِبْرِيلَ عَلَيهِ السَّلاَمُ أَلْقَى فِي رَوْعِي أَنَّ أَحَدًا مِنْكُمْ لَنْ يَخْرُجَ مِنَ الدُّنْيَا حَتىَّ يَسْتَكْمِلَ َرِزْقَهُ (الحاكم)
(Al-Itqan)
Keenam-enam bentuk itu boleh dibahagikan hanya kepada dua bahagian.
- Wahyu Ilahi – samada Allah mencampakkan terus ke dalam hati Rasullah saw tentang sesuatu perkara yang dinamakan Wahyu Qalbi atau bercakap secara langsung dengan baginda Rasulullah saw yang dinamakan Kalam Ilahi.
- Wahyu Malaki
– wahyu melalui perantaraan malaikat. Lazimnya malaikat Jibrail.
Namun ada riwayat mengatakan malaikat Israfil menurunkan wahyu
ketika zaman fatarat iaitu zaman wahyu dihentikan daripada turun buat sementara waktu. Namun riwayat ini diperselisihkan oleh ulama hadis tentang keautoritiannya walaupun Ibn Hajar cenderung menerimanya.
Hikmah Bentuk Wahyu Yang Berbagai-bagai
- Menunjukkan wahyu bukan datang dari Muhammad saw tetapi dari sumber ghaib yang hanya boleh dilihat oleh orang biasa melalui penjelmaannya sahaja.
- Menyakinkan umat bahawa agama yang dibawa oleh Nabi saw adalah dari sumber yang benar.
- Menunjukkan Allah mengatur sesuatu mengikut fitrah manusia. Manusia perlu difokuskan untuk sesuatu perkara yang penting dengan memalingkannya daripada tertumpu kepada perkara yang lain. Keadaan wahyu yang seumpama itu menumpukan Rasul saw kepada apa yang dialaminya dan menumpukan umah kepada apa yang dialami oleh Rasulnya.
Beberapa Situasi Penerimaan Wahyu
- Keadaan Nabi saw
- Nabi berpeluh walupun di musim sejuk.
- Nabi lebih bersifat pemurah terutama di bulan Ramadhan.
- Nabi berkumat- kamit membaca Al-Quran bimbang ianya terlupa
- Keadaan Ahli Kitab
- Waraqah bin Naufal yang mengetahui sifat Nabi akhir zaman beriman dengan Nabi saw.
- Mereka mengetahui Nabi akhir zaman akan bangkit seperti hal Heraclius dan Dhughatir, teman Heraclius.
- Heraclius yang mengetahui sifat Nabi akhir zaman dan menunggu-nunggu kedatangannya namun akhirnya tidak beriman dengan Nabi saw.
- Dhughatir
yang mengetahui sifat Nabi akhir zaman dan menunggu-nunggu
kedatangannya akhirnya beriman dengan Nabi saw dan mati dibunuh oleh
rakyat yang fanatik kepada agama Kristian mereka.
- Keadaan Musyrikin
- Menolak apa yang di bawa oleh Muhammad saw tetapi mengakui sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh Nabi.
- Mengetahui masa depan cerah terhadap agama ini.
- Ada yang menolak, kemudian beriman seperti Abu Sufiyan dalam peristiwa pertemuan dengan Heraclius.
Ramadhan Bulan kumpul pahala, hindari dosa
RAMADAN dan sinarnya kembali bertandang menemui sekalian hamba kalangan umat Islam. Bulan setiap hamba diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.
Pada bulan ini setiap hela nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amalan diterima dan doa-doa diperkenankan.
Tatkala mengingatkan imbauan silam saat junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat amat girang serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun, terdetik persoalan di manakah kita dalam meneladani dan menghayati Rasulullah SAW di madrasah Ramadan yang penuh keberkatan ini?
Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)
Puasa ‘madrasah’ membentuk peribadi Muslim sejati
Matlamat puasa tidak lain adalah untuk merawat penyakit dan kecacatan yang menimpa diri seorang muslim. Puasa merupakan madrasah membentuk peribadi muslim yang bersifat ikhlas, sabar, melatih rohani dan jasmani.
Puasa mendidik dan membentuk muslim bersifat sabar dalam apa jua situasi dan keadaan. Sabar yang paling kuat adalah sabar dalam melawan kehendak nafsu ammarah dan sering mengajak tuannya ke lembah kejahatan dengan melakukan perkara-perkara haram dan menjauhkan dirinya daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT.
Seseorang yang berpuasa yang meneladani dan memahami anjuran Rasulullah ketika mendengar kata-kata keji dan kurang enak dilemparkan ke atasnya akan segera berkata, “sesungguhnya aku berpuasa”.
Sifat sabar yang dimiliki oleh setiap muslim menjadikan amalannya di atas paksi ikhlas kerana Allah SWT.
Allah menjadikan setiap pahala amalan kepada hamba-hambanya melainkan puasa kerana puasa dinisbahkan kepada-Nya dalam erti kata lain Allah SWT yang memberikan ganjaran pahalanya.
Puasa mengajar seorang muslim menjaga lidahnya dari berkata dusta, mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud,
Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah maka tidak ada ertinya di sisi Allah baginya berpuasa dari makan dan minum. (riwayat al-Imam al-Bukhari)
Hadis ini adalah peringatan kepada setiap diri agar meninggalkan perkataan dusta dan ghibah. Sabda baginda tidak ada ertinya di sisi Allah merupakan perumpamaan tertolaknya ibadah puasa yang bercampur dengan perkataan dusta.
Seorang muslim yang berpuasa sewajarnya membetulkan niat ikhlas kerana Allah SWT dalam menjalani ibadah puasa. Selain itu, menjaga diri daripada perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya kecacatan terhadap puasa yang dilakukan dengan mengikut garis panduan yang di ajar oleh baginda SAW.
Memelihara ikhlas adalah dengan cara mengarahkan hati hanya kepada Allah SWT dan hanya mengharapkan pahala dan keredaan dari-Nya. Manakala ittiba’ (pengajaran) dalam puasa pula adalah dengan mengetahui hukum-hukum puasa sehingga sah puasa yang dilakukan, mengecapi kenikmatan dan pahala, serta jauh dari dosa.
Bagaimana mungkin seorang muslim dapat merealisasikan ittiba’ iaitu meneladani Rasulullah SAW dalam puasa, sementara dia jahil terhadap puasa-puasa yang wajib sehingga membatalkan puasanya.
Puasa bukan hanya semata-semata menahan diri dari makan dan minum. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan palsu dan melakukannya, maka Allah SWT tidak mempedulikannya dalam meninggalkan makanan dan minumannya. (riwayat al-Bukhari)
Daripada hadis ini dapat difahami bahawa berpuasa bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum tetapi berpuasa adalah menjaga daripada berkata-berkata perkara yang sia-sia atau perkara keji.
Menyingkap Ramadan Rasulullah SAW
Ramadan merupakan nikmat kesempatan sangat berharga yang tiada galang gantinya. Setiap malamnya Allah SWT membebaskan 100,000 ribu orang dari mereka yang sudah tercatat sebagai penghuni neraka.
Pada malam terakhirnya Allah membebaskan mereka tanpa batas seperti malam-malam sebelumnya.
Dr. Aid al-Qarni dalam mengajak umat Islam meneladani peribadi Rasulullah dalam menyambut Ramadan berkata, “Renungilah bagaimana Rasulullah SAW seorang Nabi yang maksum menjadi ukuran kebenaran menyambut tamu agung ini”.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan ia banyak menyebut Allah. (al-Ahzab: 21).
Alangkah beruntung siapa yang setia mengikuti petunjuk Nabi Muhammad dan meneladani beliau dalam semua segi dari kehidupan ini. Dan alangkah besar kerugian orang yang selalu melafazkan sabdanya tetapi tidak mengikuti kandungan isinya.
Apabila Rasulullah SAW melihat hilal (anak bulan) petanda bahawa Ramadhan telah tiba, baginda SAW berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jadikanlah bulan ini bulan keamanan dan keimanan, serta kedamaian dan keislaman bagi kami. kerana ia adalah bulan kebaikan dan kebenaran. Tuhanku dan Tuhannya adalah satu, iaitu Engkau, ya Allah”.
Tambahan, menurut Aid al-Qarni hadis di atas dapat difahami seolah-olah Nabi berkata kepada hilal , “Wahai hilal, engkau adalah makhluk seperti juga aku, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah SWT. Engkau tidak dapat mendatangkan mudarat dan tidak juga manfaat, tidak dapat menghidupkan dan tidak pula mematikan, dan tidak dapat mendatangkan rezeki dan mengatur segala sesuatu. Sesungguhnya merupakan kesalahan yang amat besar sekiranya ada insan yang menyembahmu”.
Rasulullah tatkala menjelang bulan Ramadan lebih tekun melakukan amal kebaikan seperti memperbanyak tilawah al-Quran, bersedekah, mengeratkan silaturrahim sesama muslim dan mempertingkatkan ibadah-ibadah sunat.
Justeru, perlu ditegaskan di sini, apa yang paling penting dan mustahak pada bulan Ramadan ialah kita mencontohi sikap Baginda SAW.
Memperbanyak Tilawah
Puasa dan al-Quran mempunyai kaitan yang sangat dalam. Rasulullah SAW memperbanyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan.
Rasulullah mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan baginda terserlah pada bulan Ramadan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan al-Quran. Rasulullah lebih dermawan dan pemurah berbanding dengan angin yang ditiupkan.
Baginda SAW gemar mendengarkan al-Quran dan sering matanya berlinang ketika mendengarkan bacaan bait-bait ayat al-Quran.
Ibnu Mas’ud menceritakan bahawa, suatu hari Rasulullah memintaku membaca al-Quran untuk baginda, “Ibnu Mas’ud bacalah sesuatu dari al-Quran untukku”, lalu aku membaca surah al-Nisa’ hingga ayat 41, yang bermaksud, “Maka bagaimanakah apabila Kami datangkan seorang saksi dari tiap-tiap umat dan Kami datangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka atas mereka itu sebagai umatmu”. Aku melihat kedua mata baginda basah menitiskan air mata. (riwayat al-Bukhari).
Abdullah bin Amr pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Berapa kali aku harus menghatamkan al-Quran?” Rasulullah menjawab, “khatamkanlah al-Quran dalam satu bulan”. Abdullah bin Amr berkata, “aku mampu lebih cepat dari itu”. Jawab Rasulullah, “jika begitu lakukanlah setiap 20 hari”. Tambah Abdullah bin Amr, “Aku masih mampu untuk lebih cepat dari itu”. “Kalau begitu dalam 15 hari” lalu “10 hari”. Abdullah bin Amr berkata, “aku masih lebih cepat dari itu”, Rasulullah menjawab, “kalau begitu lima hari”, lalu Rasulullah tidak melanjutkan lagi. (riwayat al-Tirmidzi).
Sebahagian ulama memahami tindakan Rasulullah SAW ini, sehingga mereka meninggalkan segala urusan fatwa dan pengajian-pengajian di bulan Ramadan. Juga menjauhkan diri daripada orang ramai agar dapat mengkhusyukkan diri dalam beribadat kepada Allah dengan memanfaatkan bulan yang penuh berkah ini.
Mudarasah atau tadarus antara Nabi Muhammad SAW dan malaikat Jibril terjadi pada malam hari, kerana malam tidak terganggu oleh pekerjaan seharian.
Di malam hari, hati seseorang juga lebih tenang dan konsisten untuk melakukan ibadah-ibadah sunat
http://www.islamituindah.my/ramadhan-bulan-kumpul-pahala-hindari-dosa
Do'a berbuka puasa yang SHAHIH?
Sudahkah Anda Hafal Do'a berbuka puasa yang SHAHIH?
Yuk Hafalkan! ^__^
Barakallahufiikum...
__________________________ ____________________
Berikut adalah Artikel Copas dari: Muslimah.or.id.
Terdapat sebuah hadits shahih tentang doa berbuka puasa, yang diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَاللهُ
“Dzahabazh zhoma’u wabtallatil ‘uruqu wa tsabatal ajru insya Allah-ed.”
[Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan, semoga ada pahala yang ditetapkan, jika Allah menghendaki](Hadits shahih, Riwayat Abu Daud [2/306, no. 2357] dan selainnya; lihat Shahih al-Jami’: 4/209, no. 4678) [Syarah Hisnul Muslim, bab Dua’ ‘inda Ifthari ash-Shaim, hadits no. 176.]
Periwayat hadits adalah Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma. Pada awal hadits terdapat redaksi, “Abdullah bin Umar berkata, ‘Jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berbuka puasa, beliau mengucapkan ….‘”
Yang dimaksud dengan إذا أفطر adalah setelah makan atau minum yang menandakan bahwa orang yang berpuasa tersebut telah “membatalkan” puasanya (berbuka puasa, pen) pada waktunya (waktu berbuka, pen). Oleh karena itu doa ini tidak dibaca sebelum makan atau minum saat berbuka. Sebelum makan tetap membaca basmalah, ucapan “bismillah” sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فَإِنْ نَسِىَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فِى أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
“Apabila salah seorang di antara kalian makan, maka hendaknya ia menyebut nama Allah Ta’ala. Jika ia lupa untuk menyebut nama Allah Ta’ala di awal, hendaklah ia mengucapkan: “Bismillaahi awwalahu wa aakhirohu (dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)”. (HR. Abu Daud no. 3767 dan At Tirmidzi no. 1858. At Tirmidzi mengatakan hadits tersebut hasan shahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits tersebut shahih)
Adapun ucapan وثبت الأجر maksudnya “telah hilanglah kelelahan dan telah diperolehlah pahala”, ini merupakan bentuk motivasi untuk beribadah. Maka, kelelahan menjadi hilang dan pergi, dan pahala berjumlah banyak telah ditetapkan bagi orang yang telah berpuasa tersebut.
bacaan Penuh :http://muslimah.or.id/ramadhan/doa-berbuka-puasa-yang-shahih.html/comment-page-1
Yuk Hafalkan! ^__^
Barakallahufiikum...
__________________________
Berikut adalah Artikel Copas dari: Muslimah.or.id.
Terdapat sebuah hadits shahih tentang doa berbuka puasa, yang diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَاللهُ
“Dzahabazh zhoma’u wabtallatil ‘uruqu wa tsabatal ajru insya Allah-ed.”
[Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan, semoga ada pahala yang ditetapkan, jika Allah menghendaki](Hadits shahih, Riwayat Abu Daud [2/306, no. 2357] dan selainnya; lihat Shahih al-Jami’: 4/209, no. 4678) [Syarah Hisnul Muslim, bab Dua’ ‘inda Ifthari ash-Shaim, hadits no. 176.]
Periwayat hadits adalah Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma. Pada awal hadits terdapat redaksi, “Abdullah bin Umar berkata, ‘Jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berbuka puasa, beliau mengucapkan ….‘”
Yang dimaksud dengan إذا أفطر adalah setelah makan atau minum yang menandakan bahwa orang yang berpuasa tersebut telah “membatalkan” puasanya (berbuka puasa, pen) pada waktunya (waktu berbuka, pen). Oleh karena itu doa ini tidak dibaca sebelum makan atau minum saat berbuka. Sebelum makan tetap membaca basmalah, ucapan “bismillah” sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فَإِنْ نَسِىَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فِى أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
“Apabila salah seorang di antara kalian makan, maka hendaknya ia menyebut nama Allah Ta’ala. Jika ia lupa untuk menyebut nama Allah Ta’ala di awal, hendaklah ia mengucapkan: “Bismillaahi awwalahu wa aakhirohu (dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)”. (HR. Abu Daud no. 3767 dan At Tirmidzi no. 1858. At Tirmidzi mengatakan hadits tersebut hasan shahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits tersebut shahih)
Adapun ucapan وثبت الأجر maksudnya “telah hilanglah kelelahan dan telah diperolehlah pahala”, ini merupakan bentuk motivasi untuk beribadah. Maka, kelelahan menjadi hilang dan pergi, dan pahala berjumlah banyak telah ditetapkan bagi orang yang telah berpuasa tersebut.
bacaan Penuh :http://muslimah.or.id/ramadhan/doa-berbuka-puasa-yang-shahih.html/comment-page-1
Perlukah kita berwuduk bila hendak angkat/pegang Kitab Al-Quran?
Hadith: Daripada ‘Abdullah bin Abi Bakr bahawa di dalam surat yang
Rasulullah saw tulis untuk ‘Amr bin Hazm ada tersebut, “tidak boleh
menyentuh Quran melainkan orang yang bersih”.
Diriwayatkan oleh
Malik dengan mursal. Nasa’i dan Ibnu Hibban riwayatkan dia (hadtih ni)
dengan maushul (sampai ke Nabi saw), tetapi itu ma’lul (cacat).
Hadith: “Seseorang yang berada dalam keadaan junub dan haid tidak boleh membaca sesuatu daripada Al-Quran”
- Riwayat Tirmidzi
Dalam hadith ini, terdapat perawi bernama Ismail bin Iyyas. Beliau
mengeluarkan hadith ini sewaktu beliau sudah lanjut usia. Pada saat ini,
beliau terkenal sebagai org yg pelupa. Senang kata, beliau ialah perawi
yg ditolak. Oleh itu, hadith ini hadith da’if dan harus ditolak.
Keterangan:
I. Di zaman Nabi saw, Quran belum terkumpul seperti keadaan sekarang;
jadi tiap-tiap lembar yang ada tertulis ayat Quran di atasnya, dinamakan
Quran.
~(An example for this is Muqoddam)
II. Hadith ini
tidak sah (da’if). Selain drpd itu, Rasulullah saw ada berkirim surat
kepada beberapa raja dan ketua kafir dengan menggunakan padanya ayat
atau ayat-ayat Quran, dan surat-surat itu dibawa oleh orang-orang yang
tak bisa jadi sepanjang-panjang jalan di dalam keadaan berwuduk.
~(Sahabat-sahabat yg Nabi saw biasa hantar utk kirim surat ialah antara
sahabat-sahabat yg susah nk jaga wuduk mereka, mksdnya mereka sng
terbuang angin and smthg like that yang membatalkan wuduk)
Penulis-penulis wahyu Rasulullah saw, apabila datang sahaja wahyu,
dengan lekas mereka tulis wahyu itu, dan berat sekali buat dianggap
bahwa semua mereka selamanya di dalam keadaan berwuduk.
~(Zaman Nabi
saw, bila Nabi saw baru dapat wahyu, baginda saw akan hebohkan atau
iklankan kpd para sahabat, and sahabat-sahabat yg ditugaskan menulis
wahyu, tulis immediately, tkd siapa pn yg pergi ambil wuduk terlebih
dahulu)
III. Adapun ayat 79 drpd al-Waqi’ah yang berbunyi: “La yamassuhu illal muthahharun”
Terjemahan:
1) Tidak menyentuh dia melainkan (makhluq) yang dibersihkan.
2) Tidak menyentuh dia melainkan hamba-hamba yang disucikan.
Tafsir: “dia” = bukan Quran, tetapi al-Lauhil Mahfuzh
“menyentuh” = bukan bereti memegang, tetapi mengetahui isinya.
“muthahharun” atau “yang dibersihkan/disucikan” = bukanlah orang-orang
yang berwuduk, tetapi Malaikat (Malaikat adalah makhluq yang dibersihkan
daripada dosa-dosa).
Tambah lagi, dalam Bahasa ‘Arab atau Istilah Islamiah, tidak dipakai kalimah “muthahharun” buat orang yang berwuduk.
~(Zaman Rasulullah saw, para sahabat atau Nabi Muhammad saw sendiri,
tak pernah gunakan term “muthahharun” bagi gelarkan diri sudah berwuduk)
IV. Nasa’i ada riwayatkan sabda Rasulullah saw: “Aku tidak diperintah berwuduk melainkan apabila hendak solat”.
~(Bukalah al-Quran, Allah hanya perintah kita utk ambil wuduk bila
hendak dirikan solat sahaja. Cnth: “Izhaa qumtum ilas solah faghsiluu
wujuuhakum……”
Hence, bila lelaki terkeluar air mani atau perempuan
terdatang haid, tk perlu hendak mandi hadas that time, unless that
person wanna pray- tp nk mandi hadas that time juga tak salah, seperti
utk kebersihan mungkin)
V. Ringkasnya, tidak ada alasan yang dapat diterima tentang wajib wuduk untuk memegang atau menyentuh Quran.
~(Tiada dalil/hujjah daripada Quran atau Hadith atau Ijma’ Ulama yang
jadi sbb kita harus berwuduk bila hendak pegang/angkat/baca Quran)
- Selain daripada penerangan saya sendiri, semua yang di atas juga
dipetik daripada Kitab Bulughul Maram yang sudah diterjemahkan oleh A.
Hassan.
…
Dalam dunia ini, berapa ramai Muslimah yg
pndi ngaji? Dalam semua yg pndi ngaji itu, berapa yg amalkan ngaji
hari-hari? Dlm semua yg amalkan ngaji hari-hari itu, berapa yg akn
terdtg haid? Makin jauhlah Quran daripada Muslimah. —
~Ghuraba' Fi Zamani
Monday, July 23, 2012
Kaedah Usul Fiqh dalam darurat
Ushul
Fiqh berasal dari dua perkataan iaitu Ushul yang bermaksud "asal,
sumber, asas, akar, kaedah atau dalil", dan Fiqh yang bermaksud
"memahami suatu perkara". Ushul Fiqh secara istilahnya ialah satu ilmu
yang mengkaji dalil-dalil al-fiqh yang umum dan cara mengeluarkan hukum
darinya.
Firman Allah swt.(mertinya)
"Dan tidak ada sebab bagi kamu,
(yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan
binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya,
padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang
diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya? Dan
sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu
mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia
lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mela mpaui batas."(Al-An'aam 6:119)
Imam Qurtubi berpendapat: Darurat biasanya berkaitan dengan paksaan
oleh golongan zalim agar kita melakukan sesuatu. Ia juga berkaitan
dengan kelaparan di saat kebuluran.
Imam Fakhrul Razi pula berpendapat:
Darurat mempunyai dua sebab, pertama, kebuluran yang bersangatan tanpa
mendapati sebarang makanan yang halal dan kedua, dipaksa untuk melakukan
sesuatu.
Imam Ibn Arabi pula berkata: Darurat ialah keadaan dipaksa
untuk melakukan sesuatu, suasana kebuluran ataupun kefakiran tanpa
memiliki sesuatu.
Ulama Maliki berkata: Darurat ialah takutkan
kehancuran ataupun kematian secara pasti (qathii) ataupun berdasarkan
andaian yang kuat (zanni). Hukum darurat wujud apabila seseorang
mengkhuatiri kehancuran akan menimpa ke atas dirinya berdasarkan andaian
yang kukuh, walaupun tidak dapat dipastikan secara seratus peratus.
Kaedah Usul Fiqh dalam darurat :
1. Keadaan darurat mengharuskan yang haram :
الضرورات تبيح المحظورات
Imam Syafie ( Al Umm) menyatakan setiap pekara yang dihalalkan daripada
pekara yang diharamkan berlaku dalam satu – satu makna, tidak menjadi
halal kecuali dalam ruang lingkup makna tersebut secara khusus sahaja.
Apabila makna tersebut hilang , maka kembali semula hukum haram.
Misalnya memakan bangkai yang diharamkan memakannya adalah dihalalkan
apabila seseorang berada dalam darurah, tetapi setelah keadaan darurah
tersebut hilang kembali semula hukum asal haram memakan bangkai.
2. Kemudaratan hendaklah dihilangkan :
الضرويزال
Dalam sebuah hadis riwayat Ubadah bin Samit ra. Katanya Rasulullah saw bersabda :
لاضررولاضرار
Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan orang lain
Ibn Qayyim berkata , hikmah syarak mewajibkan dihapuskan kemudaratan dari orang – orang mukallaf sedaya mungkin.
-------------------------------------------------------
Ust Rafidi Hashim Babi
Hukumnya HARAM - harus dlm darurat - kena usaha keluar dari darurat.
Wang kertas palsu HARAM - harus dlm darurat (penggunaan belum meluas) -
kena usaha keluar dari darurat - Aktivis dinar dan dirham.
Ust Rafidi Hashim Pendokong
Bank Islam - Wang Kertas Halal - Bank Islam Alternertif riba - Darurat
tak ada - hukum wang kertas = Emas - Dinar memudaratkan.
~Ust Rafidi Hashim, Dinar dan Dirham
http://www.facebook.com/groups/dinardandirham/397495616980133/?ref=notif¬if_t=group_activity
Firman Allah swt.(mertinya)
"Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya? Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mela mpaui batas."(Al-An'aam 6:119)
Imam Qurtubi berpendapat: Darurat biasanya berkaitan dengan paksaan oleh golongan zalim agar kita melakukan sesuatu. Ia juga berkaitan dengan kelaparan di saat kebuluran.
Kaedah Usul Fiqh dalam darurat :
1. Keadaan darurat mengharuskan yang haram :
الضرورات تبيح المحظورات
Imam Syafie ( Al Umm) menyatakan setiap pekara yang dihalalkan daripada pekara yang diharamkan berlaku dalam satu – satu makna, tidak menjadi halal kecuali dalam ruang lingkup makna tersebut secara khusus sahaja. Apabila makna tersebut hilang , maka kembali semula hukum haram. Misalnya memakan bangkai yang diharamkan memakannya adalah dihalalkan apabila seseorang berada dalam darurah, tetapi setelah keadaan darurah tersebut hilang kembali semula hukum asal haram memakan bangkai.
2. Kemudaratan hendaklah dihilangkan :
الضرويزال
Dalam sebuah hadis riwayat Ubadah bin Samit ra. Katanya Rasulullah saw bersabda :
لاضررولاضرار
Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan orang lain
Ibn Qayyim berkata , hikmah syarak mewajibkan dihapuskan kemudaratan dari orang – orang mukallaf sedaya mungkin.
Ust Rafidi Hashim Babi
Hukumnya HARAM - harus dlm darurat - kena usaha keluar dari darurat.
Wang kertas palsu HARAM - harus dlm darurat (penggunaan belum meluas) -
kena usaha keluar dari darurat - Aktivis dinar dan dirham.
Ust Rafidi Hashim Pendokong
Bank Islam - Wang Kertas Halal - Bank Islam Alternertif riba - Darurat
tak ada - hukum wang kertas = Emas - Dinar memudaratkan.
~Ust Rafidi Hashim, Dinar dan Dirham
http://www.facebook.com/groups/dinardandirham/397495616980133/?ref=notif¬if_t=group_activity
Tabiat Makan
Memang mudah melakar impian, tetapi mungkin sukar untuk menterjemahkannya mengikut hakikat. Namun, biar apapun kemungkinan yang bakal berlaku, kita sebagai umat Islam perlu sedaya upaya menguatkan semangat agar apa yang dicitakan tercapai. Sejajar dengan itu, seharusnya amalan pemakanan seharian kita perlu diubah agar dapat meningkatkan taraf kesihatan dengan pemakanan yang sihat berteraskan faham halalan tayyiban.
1. Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya
= cermat, tertib, tidak boros.
2. Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan
= boros, tidak berapa peka, kurang teliti.
3. Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)
= sabar, tidak suka marah.
4. Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)
=suka marah, tidak dapat mengawal diri.
5. 80% penyakit berpunca daripada makan.
6. Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)
7. Nabi kunyah 40 kali ketika makan.
8. Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.
9. Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.
10. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.
11. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.
12. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.
13. Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.
14. Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.
15. Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.
16. Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.
17. Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
credit to :http://feryco.com/tabiat-makan
Subscribe to:
Posts (Atom)


