Wednesday, August 29, 2012

Mengapa Ulama Berselisih Pendapat?

 
 
 
 
 
 
Demikian luasnya ilmu di dalam syari'at Islam, sehingga menguasai seluruh hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tidaklah pernah berlaku terhadap seorang pun dari umat ini. Tidak kepada para ulama, imam-imam mujtahid, tabi'in, tabi'ut tabi'in, dan para sahabat sekalipun.
 
Padahal mereka adalah orang-orang yang paling berilmu, faqih, dan bertaqwa, dan paling afdhal dalam Islam.
 
Kita temui di antara mereka setelah melalui ijtihad-ijtihad tertentu, adakalanya mereka memiliki pendapat atau fatwa yang berbeza-beza dalam satu-satu permasalahan tertentu. Pada satu sisi bersesuaian dengan nash, sebaliknya di sisi yang lain menyelisihi nash.
 
Banyak faktor yang menjadi penyebabnya. Sebahagian besar kesnya adalah kerana belum sampai hadis atau sunnah yang berkaitan dengannya. Sesiapa yang menyangka bahawa semua hadis yang sahih telah sampai kepada setiap imam atau atau ulama tertentu, sebenarnya ia telah terjatuh ke dalam kesalahan yang nyata.
 
Kerana kesan dari anggapan ini adalah menjatuhkan hukuman dan celaan di ketika mana ucapan dan pendapat mereka tersalah tanpa memandang sebab-sebabnya, sedangkan mereka tidak sengaja menyelisihi sunnah-sunnah Rasulullah.
 
Buku yang disusun oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) ini adalah sebuah risalah khusus yang menjelaskan kedudukan sebenar mengapa boleh berlaku perselisihan di kalangan para ulama dalam satu-satu isu tertentu. Antara sebab-sebab yang dikemukakan dan dihuraikan oleh beliau adalah seperti:
 
1, tidak sampai hadis kepada mereka.
 
2, pada penilaiannya hadis tersebut tidak sahih atau sebaliknya sedangkan yang benar adalah sebaliknya pula.
 
3, terlupa atau terlepas pandang terhadap dalil-dalil tertentu.
 
4, tersalah dalam memahami sesebuah dalil atau hadis.
 
Serta beberapa lagi yang lainnya.
 

Berbahagialah wahai Ahlus Sunnah!


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيْبًا، وَسَيَعُوْدُ كَمَا بَدَأَ غَرِيْبًا، فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاءِ.


"Islam awalnya asing dan kelak akan kembali menjadi asing sebagaimana awalnyta maka beruntunglah bagi al-Ghuraba' (orang-orang yang asing)." - Riwayat Muslim, no. 154.


Nabi menjawab ketika ditanya siapakah golongan yang asing itu, sabdanya:


الَّذِيْنَ يُصْلِحُوْنَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ مِنْ بَعْدِي مِنْ سُنَّتِي.


"Iaitu orang-orang yang memperbaiki sunnahku selepas peninggalanku sesudah dirosakkan oleh manusia." - Riwayat at-Tirmidzi, no. 2630, hasan sahih.


Yunus bin Ubaid pernah berkata:


"Seorang yang disampaikan kepadanya al-Sunnah kemudian menerimanya akhirnya menjadi orang yang asing. Namun lebih asing lagi adalah yang menyampaikannya." - Riwayat al-Lalika’i 1/64 dan Ibnu Baththah dalam al-Ibanah 1/185, no. 20.


Sabda Nabi dalam hadis yang lain:


فَإِنَّ مِنْ وَرَائِكُمْ أَيَاماً الصَّبْرِ فِيْهِنَّ مِثْلُ الْقَبْضِ عَلَى الْجَمْرِ لِلْعَامِلِ فِيْهِنَّ مِثْلُ أَجْرِ خَمْسِيْنَ رَجُلًا يَعْمَلُوْنَ مِثْلُ عَمَلِكُمْ. قِيْلَ: يَارَسُولَ اللهِ أَجْرُ خَمْسِيْنَ مِنَّا أَوْ مِنْهُمْ؟ قَالَ: بَلْ أَجْرُ خَمْسِيْنَ مِنْكُمْ.


"Sesungguhnya di belakang kamu ada hari-hari dimana orang yang sabar ketika itu seperti memegang bara api. Mereka yang mengamalkan sunnah pada hari itu akan mendapatkan lima puluh kali dari kamu yang mengamalkan amalan (sunnah) tersebut. Para sahabat bertanya: Mendapatkan lima puluh kali dari kita atau dari mereka? Rasulullah menjawab: Bahkan lima puluh kali pahala kamu." - Hadis riwayat al-Hakim dan lainnya. Beliau menganggap hadis ini sebagai sahih dan disepakati oleh adz-Dzahabi.
 
~

Soal Jawab Agama Siri 10: Hukum tabur bunga di atas kubur

Bersama Ustaz Dr. Fadlan Mohd. Othman
 

Soalan: Apakah hukumnya menabur bunga dan mencurah air tahlil di kubur yang kita ziarahi?
Ahmad Syukri Naim Mohd. Tahir
Kampar, Perak.
Jawapan:
Berkenaan dengan menabur bunga, saya merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-65 yang bersidang pada 13 Oktober 2004. Mereka telah membincangkan Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan membawa bunga ketika menziarahi kubur adalah tidak digalakkan dari perspektif agama.

Oleh itu, dapatlah saya rumuskan bahawa amalan membawa bunga dan menabur bunga di kubur tidak menepati ajaran Islam dan tidak mempunyai dalil yang sahih daripada hadis-hadis Nabi SAW.

Begitu juga dengan amalan mencurah air tahlil di kubur yang kita ziarahi, amalan ini juga tidak mempunyai sandaran yang kukuh mahupun dalil yang sahih.

 Oleh itu adalah menjadi satu kewajaran bagi umat Islam untuk menghafal bacaan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya semasa menziarahi kubur.
Bacaan itu ialah, “”Assalaamu ‘alaikum ahlad diyaar minal mukminiina wal muslimin. Wa innaa insyaAllahu lalaahiquun. As’-alullaaha lanaa wa lakumul ‘’aafiah.” (Hadis riwayat al-Imam Muslim. No. 975).

Maksud bacaan ini ialah, “Sejahtera ke atas anda semua penghuni tempat tinggal di kalangan orang-orang mukmin dan muslim. Sesungguhnya dengan izin Allah, kami akan menyusuli. Saya memohon daripada Allah agar mengurniakan kepada kami dan anda semua kesejahteraan”.

Semoga Allah mengampuni semua orang yang beriman yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Amin.
Siaran akhbar Mingguan, Ahad 26 Ogos 2012

Tuesday, August 28, 2012

Soal Jawab Agama Siri 9: Ziarah Kubur Pada 1 Syawal


Bersama Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman

 Soalan:

ASSALAMUALAIKUM, yang berbahagia Ustaz Dr. Fadlan Mohd. Othman. Soalan saya adalah:
1. Adakah kita digalakkan menziarahi kubur pada 1 Syawal seperti yang telah dilakukan oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia dan seolah-olah menjadi budaya masyarakat Melayu?
Ahmad Syukri Naim Mohd. Tahir
Kampar, Perak.

Jawapan:
Berkenaan dengan menziarahi kubur pada 1 Syawal seperti yang dilakukan oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia dan juga serata dunia, maka jawapannya adalah seperti berikut. Asalnya hukum ziarah kubur adalah sunat. Rasulullah SAW telah bersabda,
“”Dahulu saya pernah melarang anda semua daripada menziarahi kubur. Sesungguhnya telah diizinkan kepada Muhammad untuk menziarahi kubur ibunya. Maka ziarahlah kubur kerana ia mengingatkan anda semua tentang akhirat” (Hadis Sahih riwayat al-Imam al-Tirmizi. No. 1054).

Sebenarnya menziarahi kubur tidak mempunyai waktu-waktu khusus. Ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Sesetengah ulama mengatakan bahawa menziarahi kubur lebih afdal dilakukan pada hari Khamis atau Jumaat, akan tetapi tiada dalil sahih bagi pandangan ini.

Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa menziarahi kubur pada hari raya mempunyai dua keadaan. Keadaan pertama ialah jika tujuannya adalah untuk mengingatkan kepada hari Akhirat atau memperingati orang yang telah mati, maka hukumnya adalah dibenarkan. Dibenarkan secara umum untuk lelaki, manakala untuk wanita adalah tidak digalakkan mengikut Jumhur ulama.

Keadaan kedua ialah jika tujuannya adalah untuk menimbulkan dan memperbaharui kesedihan dan mengulangi ucapan takziah maka hukumnya adalah makruh dan tidak digalakkan. Ini adalah kerana hari raya merupakan hari kegembiraan dan keriangan, maka adalah tidak wajar ditimbulkan kesedihan pada hari itu.

Sewajarnya ziarah pada hari raya dilakukan kepada orang yang masih hidup manakala orang yang telah meninggal dunia, maka boleh sahaja di ziarahi pada hari-hari yang lain berdasarkan keumuman hadis yang menggalakkan umat Islam menziarahi kubur bagi tujuan mendapat peringatan tentang kematian dan hari Akhirat.

Pada masa yang sama, sebahagian ulama menekankan bahawa perbuatan menziarahi kubur pada hari raya tidak pernah dilakukan secara khusus dan berterusan oleh Rasulullah SAW mahupun para sahabatnya r.a. Oleh itu, adalah wajar untuk umat Islam mengikuti jejak langkah mereka dalam melakukan amalan ibadah kerana pastinya contoh amalan mereka adalah uswah hasanah yang diredai dan dirahmati oleh Allah Taala.
Wallaahua’lam.
Siaran akhbar Mingguan, Ahad 26 Ogos 2012

http://ilmuanmalaysia.com/2012/08/28/soal-jawab-agama-siri-9-ziarah-kubur-pada-1-syawal/

Hentikan Polemik Hudud – Siri 3 (Penutup)


Agustus 29, 2012
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
 

Negara Berkebajikan
Berkenaan isu Negara berkebajikan, saya tertarik dengan penjelasan YB Dzul dan juga penjelasan Ustaz Nasruddin Tantawi dalam satu diskusi (bukan debat), saya katakan bahawasanya kalau ciri-ciri negara berkebajikan adalah berteraskan akidah, keadilan, syariah secara menyeluruh yakni pemerintah menunaikan tanggungjawabnya dan rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap pemerintah, saya kira ini satu struktur yang sangat ideal untuk diketengahkan.
Namun masalahnya adalah apabila berlaku pertembungan dengan manifesto Pakatan Rakyat di mana DAP menegaskan bahawa negara berkebajikan yang mereka impikan adalah negara sekular, berlaku di situ kontradiksi antara negara berkebajikan yang menjadi manifesto PAS dan juga kehendak DAP itu sendiri.
Dalam keadaan yang seperti ini, saya kira sama ada Umno dalam Barisan Nasional yang mungkin juga ada pertembungan dengan MCA atau MIC dan sebagainya, mahupun PAS yang bertembung dengan DAP, mungkin akan mula membincangkan isu sekular, di mana ruang-ruang yang boleh diselitkan isu kemaslahatan dan sebagainya.
Walaubagaimanapun saya berpendapat daripada kita sibuk mencari dalil untuk menyatupadukan antara muslim dengan non-muslim, dalil yang lebih banyak mengarah kepada perpaduan umat Islam itu perlu didahulukan. Mengapa kita sesama Islam; sama ada Umno ataupun Pas tidak mencari dalil-dalil ini yang sangat banyak, membacanya dan menyeru kepada perpaduan. Perpaduan yang semestinya perlu ada asas.
Mungkin Pas pernah mengalami satu sejarah lampau dalam isu perpaduan dengan Umno dan sebagainya, yang masing-masing ada pendapat dan pandangan yang tersendiri. Saya kira di dalam isu ini, kalau sekiranya dengan Yahudi sekalipun Allah SWT berfirman di dalam Al Quran,
وإن جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله إنه هو السميع العليم
Maksudnya: “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (surah Al Anfal, 8: 61)
Sekiranya dengan Yahudi pun Allah memerintahkan sedemikian rupa, apatah lagi dengan sesama Muslim. Saya berpendapat tidak semestinya penyatuan ini dilakukan dengan pembubaran mana-mana parti, tetapi bekerjasama dan tolong bantu dalam hal-hal kebaikan (ma’ruf).
Apa yang saya perhatikan, sangat sukar untuk kita masing-masing duduk di satu pentas dan masing-masing saling mengakui kelemahan dan mencari penyelesaian bersama. Sebaliknya apabila mendapat pentas, masing-masing akan mula mencari kelemahan dan kekurangan pihak lawan untuk menjadikannya senjata bagi mendapatkan kemenangan politik. Wallaahua’lam.
ISA/OSA, korupsi, rasuah
Saya tertarik dengan ulasan tadi yang disebut sebagai qawaa’id al-fiqhiyyah. Ia berkaitan dengan pemerintahan, yakni kaedah “tindakan pemimpin ke atas urusan rakyatnya bergantung kepada kemaslahatan”.
Mana-mana pemimpin yang naik akan melihat isu seperti ini. Saya tidak menyokong (ISA), tetapi saya katakan mungkin bagi pemerintah yang memerintah sebelum ini, mereka melihat ISA itu sebagai satu kemaslahatan. Mungkin pemerintah yang sekarang melihat ISA itu satu masalah dan dia menghentikannya dan mendatangkan satu akta keselamatan yang seterusnya.
Ia timbul dengan pelbagai penilaian dan pelbagai kaedah melihat. Kalau dilihat pada maqasid syar’iyyah sendiri, ulama mentakrifkan maqasid syar’iyah sebagai “hikmah-hikmah yang menggambarkan tujuan pembuat syariat (Allah dan Rasul)”.
Maksudnya hukum hakam syariah ini sangat luas merangkumi dharuriyyat, hajiyyat, tahsiniyyat, manakala dharuriyat adalah keperluan-keperluan yang sangat diperlukan untuk menjaga agama, akal fikiran, jiwa, maruah dan juga dikaitkan dengan nasab keturunan. Lima perkara ini adalah perkara sangat diperlukan, sebab itu ia menuntut kepada tindakan tertentu.
Maka pemimpin akan melihat menerusi kaca mata yang luas. Soal isu ketirisan, korupsi, rasuah, dan sebagainya, pada pandangan saya, saya bersetuju bahawasanya perkara seperti ini adalah haram di sisi syariat. Kita tidak pernah bersetuju dan tidak pernah menyokong hal seperti ini. Cuma untuk menjadikan ia sebagai satu dalil dan menjadikan good governance dengan mengambil contoh negara-negara barat pada hari ini, kita perlu lihat bahawasanya Allah SWT Maha Adil.
Allah SWT menguji mereka dengan menjadikan mereka lebih dan berjaya pada isu bersifat fizikal. Mereka berjaya membentuk masyarakat yang terbuka dalam mengkritik dan dikritik, dan membentuk masyarakat yang bersifat terbuka. Namun pada masa yang sama mereka menghadapi masalah keruntuhan akhlak dan keruntuhan akidah di mana isu ini lebih besar.
Bahkan Nabi SAW sendiri memuji kaum Rum. Nabi SAW bersabda,
تَقُومُ السَّاعَةُ وَالرُّومُ أَكْثَرُ النَّاسِ
Ertinya: “Berlakunya kiamat dan bangsa Rom adalah yang paling banyak jumlahnya.” (riwayat Imam Muslim)
Antara sifat-sifat yang mana Nabi memuji kaum Rom ini adalah mereka tidak boleh berdiam diri dengan kezaliman pemerintah. Maksudnya mereka bertindak atas setiap kezaliman. Walaubagaimanapun itu tidak bererti bahawasanya kita boleh bertindak melebihi batas-batas syariat kerana sebagai Muslim kita mempunyai batas, akhlak, dan etika yang perlu kita praktikkan.
Kita juga tidak boleh menjadikan isu ini untuk menafikan kebaikan-kebaikan yang sedia ada. Isu ini perlu diselesaikan secara bersama kerana ia bukan berasal dari satu polisi. Ia adalah sikap golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab.
Saya yakin bahawasanya sangat tidak adil untuk mengatakan isu seperti ini hanya wujud di dalam Umno sahaja. Perkara seperti ini membabitkan cinta dunia, takut kepada mati, menjadi hamba kepada wang ringgit dan seumpamanya, dan orang yang seperti ini ada di dalam mana-mana kelompok, parti politik dan sebagainya, sebab Allah SWT dan Nabi SAW menceritakan tentang insan secara keseluruhan tanpa mengklasifikasikannya hanya di dalam kelompok tertentu. Sabda Nabi SAW,
تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَعَبْدُ الدِّرْهَمِ
Ertinya: “Binasalah hamba dinar dan hamba dirham..” (riwayat Al-Bukhari no. 2887)
Jadi saya sendiri secara prinsipnya bersepakat untuk bersama-sama membantu dalam memastikan gejala-gejala seperti ini tidak ada lagi di dalam negara kita sama ada dari pihak kerajaan ataupun dari orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan juga dari mana-mana parti politik yang lain secara keseluruhannya.
Kita inginkan hal yang seperti ini ditanggalkan dalam urusan negara begitu juga dalam hal yang berkaitan dengan politik semasa.
Politik mengurus perselisihan & Konvensyen hudud Umno-Pas
Saya suka untuk mengambil terjemahan politik dalam kitab-kitab di mana para ahli ilmu mentakrifkan politik sebagai;
تدبير الشيء والقيام عليه بما يُصلحه
Ertinya: “Mentadbir sesuatu dan bangkit mempertahankannya dengan sesuatu yang dapat memperbaiki keadaan.”
Maksudnya politik ini merupakan satu tadbir urus untuk memperbaiki keadaan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Jadi untuk mengehadkan sesuatu program atau konvensyen kepada Umno atau Pas sahaja, itu sangat tidak relevan sebab ia akan terus menerus menjadi polemik.
Oleh kerana itu kita perlu membukanya kepada perbincangan, bermula dengan pihak-pihak atasan. Pihak-pihak atasan ini bermula daripada penguatkuasa, peguam syar’i, pakar-pakar perlembagaan, diterajui oleh Raja-raja, juga disertai oleh ahli-ahli politik dari pelbagai parti, NGO dan seterusnya. Kelompok-kelompok inilah yang akan berbincang secara telus dan terbuka tanpa ada prejudis, sebab ini semua adalah untuk kepentingan umat Islam.
Kita sendiri mengiktiraf Islam sebagai Ad-Deen yang bersifat universal. Jadi apabila berlaku pertembungan antara dua parti ini, walaupun ianya bersifat checks and balances, kita berharap pertembungan-pertembungan ini memberi kesan positif kepada perpaduan umat Islam. Kita tidak mahu pertembungan-pertembungan ini terus menerus menjadi punca kepada perbalahan dan perpecahan Umat Islam. Wallahua’lam.
Sumber: Program Bual Bicara Let’s Talk, MOBTV.

 http://ustazfathulbari.wordpress.com

Doa ketika keluar rumah









Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ: “بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ” قَالَ: « يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ. فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِى
َ

“Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca (zikir): Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

(Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya),

maka malaikat akan berkata kepadanya: “(sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah Ta’ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)”, sehingga setan-setanpun tidak bisa mendekatinya, dan setan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana (mungkin) kamu bisa (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala)?”

[HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822), dinyatakan shahih oleh imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan syaikh al-Albani.].
 

Kabar Gembira bagi yang Bertakwa...



Takwa merupakan wasiat Allah kepada orang-orang terdahulu, saat ini dan akan datang. (QS. An-Nisa': 131). Takwa sekaligus wasiat Rasulullah SAW kepada para sahabat dan umatnya, melalui sabdanya, "Hendaknya kalian bertakwa kepada Allah.” (HR. Ibnu Majah).

Takwa yang berarti menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, lebih jauh merupakan derajat keimanan tertinggi. Ia adalah kata agung yang mencakup semua sisi kebajikan. Ia menjadi penghalang antara kita dengan amarah dan azab Allah SWT.

Jalan menuju ketakwaan antara lain dilakukan dengan selalu merasa diawasi oleh Allah SWT dalam setiap kegiatan dan keadaan; menjalankan semua perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya; meninggalkan hal-hal yang meragukan (syubhat); memelihara sikap jujur dalam ucapan dan perbuatan; serta mewujudkan niat ihlas dalam semua amal ibadah.

Takwa bukan hanya bekal keselamatan kehidupan akhirat. Namun ia merupakan modal utama kehidupan dunia yang memberikan manfaat dan berkah di dunia maupun di akhirat. Sehingga ia harus nyata dalam segala gerak kehidupan dan bukan hanya tampak saat berada di tempat-tempat suci dan bulan Ramadhan.

Alqur'an dan As-sunah menjamin lima kabar gembira bagi orang-orang yang bertakwa:

❤ Pertama, orang yang bertakwa akan senantiasa mendapatkan solusi terbaik dalam menghadapi masalah/persoalan.

Allah SWT berfirman, "Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan jalan keluar baginya." (QS. At-Thalaq: 2). Hal tersebut karena orang yang bertakwa memiliki sifat sabar dan tawakal melebihi sifat normal manusia lainnya oleh sebab ketakwaannya. Kisah Ya'qub AS membuktikan fenomena tersebut.

❤ Kedua, orang yang bertakwa senantiasa merasa dilapangkan rezekinya. Allah SWT berfirman, "Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak di duga-duga." (QS. At-Thalaq: 3). Mendapatkan rezeki yang berkah dan dari arah yang tidak diduga merupakan buah ketakwaan, sedangkan rezeki yang diduga perkiraannya dari jalan sebab-akibat merupakan kelaziman bagi semua manusia. Kisah Maryam AS yang mendapat jamuan dari langit merupakan fenomena yang membuktikan teori dimaksud.

❤ Ketiga, orang yang bertakwa senantiasa diterima amal perbuatannya di sisi Allah. Allah SWT berfirman, "(Habil) berkata: "Sungguh, Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa." (QS. Al-Maidah: 27). Kisah Qabil dan Habil membuktikan penolakan dan penerimaan amal perbuatan di sisi Allah SWT karena yang satu tidak didasari oleh ketakwaan sedang yang lain (diterima) dilandasi oleh ketakwaan. Ketakwaan dengan demikian merupakan jaminan diterimanya amal perbuatan.

❤ Keempat, orang yang bertakwa dan mewariskan ketakwaannya menjamin keturunannya dari segala bahaya dan api neraka, (QS. An Nisaa': 9). Takwa merupakan wasiat terbaik yang jika dipegangi oleh sanak keturunan akan mengantarkan mereka selamat dunia-akhirat, sebagaimana wasiat takwa Ya'qub kepada anak-anaknya.

❤ Kelima, orang yang bertakwa senantiasa diberikan tambahan petunjuk serta diampuni dosa dan kesalahannya oleh Allah. Allah SWT berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, jika kalian bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan petunjuk kepadamu dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu serta mengampuni dosa-dosamu." (QS. Al Anfal: 29).

Berbahagialah orang-orang yang menghiasi perilakunya dengan sifat-sifat takwa sebab kendati terasa berat, namun Allah SWT akan menjamin lima kabar gembira baginya dan Allah adalah Dzat yang tidak akan mengingkari janji-janji-Nya.

Wallahua'lam.