Saturday, July 6, 2013

Siapa Dr Mohamed Morsi?


Siapa Dr Mohamed Morsi?

MOHAMED Morsi Isa’ al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Morsi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Morsi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Morsi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Morsi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.
 

Tuesday, July 2, 2013

Bersama kita menjadi insan yang senantiasa bersyukur..

 
 
Subhanallah..perkongsian yang amat baik daripada DATUK SHARIFAH AINI (The Official Fan Page).. Bersama kita menjadi insan yang senantiasa bersyukur
AsSalam Keluarga FB yang diKasihi & diRahmati ALLAH.

2hb July: Selasa - Gambar saya bersama Aliff Omar Buah Hati Pengarang Jantung - Cuma ini saje lah Harta yang saya ada.

Alhamdulillah syukur Kehadrat ALLAH SWT…Hanya Dengan izin ALLAH SWT ….Hari ni saya saya berada disini menyambut hari jadi saya yang ke 60. Saya sangat Yakin dengan Ketentuan ALLAH …Saya sangat bertuah dikelilingi dengan Limpahan Kasih Sayang….saya tidak menoleh kebelakang dan Meratapi apa yang telah berlaku…diUmur yang begini saya Melalui Kehidupan yang Aman - Tenang & Sejahtera …saya Mara kehadapan untuk menerus kan Kehidupan tanpa Sekuman pun rasa Takut. Walau pun saya sudah menjadi Ibu Tunggal selama 18 tahun…Masya’ALLAH!

Semasa diusia muda…saya selalu bertanya kepada diri saya…dapat kah saya berada disini untuk menyambut hari jadi yang ke 10 - 20 – 30 – 40 – 50 dan sekarang 60? Kalau bukan dengan izin ALLAH ini tidak akan berlaku…Ye kita semua akan TUA…..Anda diluar sana yang sekarang Muda dan Cantik juga akan TUA jika ALLAH panjang kan umur anda… InShaa ALLAH.

Saya memberitahu Muslimah Tersohor Kesayangan saya Prof Dr Muhaya diSiaran Celik Hati……Kita semua telah melalui Pengebaraan Process warna2 Kehidupan…melalui masa Remaja….Masa Degil…Masa mencari Identiti….Banyak melaku kan Kesilapan….Apa Yang paling penting AKHIR KEHIDUPAN KITA bukan nya PERMULAAN. Kita semua belajar dari Kesilapan untuk menjadi yang Terbaik.

Kita Berubah Kerana ALLAH...Sedang kan anda diluar sana juga seperti saya pernah melalui zaman yang JAHIL…Zaman Kegilaan – Zaman yang serba Kekurangan dari segi Ilmu Agama…Saya perhati kan diFB ni Ramai yang Berhijab punya sikap yang suka Menghukum.

Ramai menjadi orang yang Takbur dan melihat orang penuh dengan Sifat Berburuk Sangka ….Tidak Berhemah & Tidak langsung menjaga Lidah dan Percakapan…Mengajak kawan2 FB bersubahat untuk Menghina & Mengumpat – Malu dan Aib kan orang…bagai kan dah jadi satu permainan - Jangan sekali-kali kita MENGHUKUM orang tidak kira siapa pun…itu bukan Urusan kita…Siapa kita untuk Menghukum orang dan MENILAI tentang Amalan - Pahala dan Dosa orang lain…..Soal Amalan ada lah Urusan kita dengan ALLAH. Yang penting ALLAH yang menjadi Saksi diatas setiap Perbuatan kita. Kita tidak minta Sanjungan dan Pujian Manusia...Kita semua mahukan Keredhaan ALLAH. Kita mahu kan Kasih Sayang ALLAH. Kita lakukan kerana ALLAH.

Kita Berhijrah kerana ALLAH…..Setiap Solat kita mohon kepada ALLAH diKurnia kan Hidayah…Setiap hari Solat Taubat & Rajin lah bagun untuk Solat Tahajud…Terus Beristiqomah…Setiap hari kita Bermuhasabah diri…saya pinjam kata2 Hikmah Prof Dr Muhaya ( Audit Diri )

Saya telah melalui satu perjalanan hidup yang jauh sebagai ANAK SENI selama 45 Tahun..…melalui Unak dan Duri…Jatuh bangun- Tersungkur dan terus bangun dan bangun untuk menerus kan satu Kehidupan.

Saya tidak mudah Berputus Asa dan saya tidak pernah Takut dengan Ujian Hidup…Saya kuat kerana ALLAH Fitrah kan saya Kekuatan diri - saya dikelilingi dengan Keluarga yang sentiasa berada disamping saya……Kasih Sayang Anak – Anak - Sahabat-sahabat Karib - & Keluarga yang sangat Menyayangi saya. Peminat-Peminat yang sentiasa Mendoa kan Kesejahteraan saya diDunia & diAkhirat.

Setiap kali ALLAH memberi Dugaan & Musibah kepada saya…Saya cepat-cepat Mengangkat tangan mengucap kan Terima Kasih kepada ALLAH…Kerana ALLAH nampak saya dan terus Menguji saya…Saya menjalani Kehidupan dengan sikap Positif…..saya tidak hidup dalam Kekesalan dan menjadikan setiap Musibah sebagai IKTIBAR! Kita belajar dari setiap Kesilapan…Setiap kali medapat berita yang Mengembirakan saya akan cepat2 SUJUD SYUKUR…Mohon lah HIDAYAH setiap masa … Bayang kan jika kita tidak mendapat HIDAYAH ALLAH...Itu KERUGIAN PALING BESAR untuk kita.

Kita semua punya cerita hidup masing-masing….Definasi HIDAYAH sangat luas…jika ada yang Hati Kering tidak bolih membezakan antara Halal & Haram….Dosa & Pahala - Yang Benar & Yang Salah…Yang Baik & Yang Jahat …Teruskan lah Memohon Petunjuk & Hidayah dari ALLAH.

Ramai diluar sana yang merasakan WANITA BERUMUR tidak berhak kelihatan Anggun…..Kenapa ramai yang berburuk sangka dengan tuduhan Liar & Fitnah? Membiar kan diri anda untuk mendapat Dosa? Kenapa anda tidak pernah terfikir apa kah agak nya Amalan mereka……Ingat yang Baik-Baik…Tahu kah anda Bila anda Mengaji setiap hari dan Rajin Solat Tahajud….Itu antara rahasia ALLAH yang mengizin kan anda untuk kelihatan Muda dari umur anda. In Shaa ALLAH anda tidak akan Nyanyuk…Kalau dapat kan masa membaca AlQuraan setengah juzuk satu hari…kalau tidak pun 2 atau 3 muka sehari….Anda akan Khatam Quraan – dan teruskan Mengaji….AlQuraan juga akan membantu kita diAlam Kubur nanti.

Saya tidak pernah berkata saya orang yang ALIM…Banyak yang saya sedang Pelajari - Jaga lah Ibadah kita… Saya CINTA KAN ALLAH. Siapa yang tidak mahu kan tempat Terbaik diAkhirat nanti…Walau apa pun Amalan yang kita buat laku kan dengan Ikhlas dan hanya Kerana ALLAH. Zat itu ialah ALLAH

Saya pohon anda disini Doa kan Kesejahteraan saya diDunia & Akhirat kelak…semoga ALLAH sampai kan cita-cita saya untuk Meluaskan Rezeki yang dapat saya panjang kan sebanyak – banyak mungkin keJalan ALLAH. Saham Akhirat lebih penting Dunia tidak sampai kemana wahai Saudara-Saudar ku. Kita semua sedang menuju untuk pulang KERAHMATULLAH……Bila? apa yang pasti ini tetap mejadi Rahsia ALLAH!

Saya doakan agar ALLAH SWT Melimpahkan RAHMAT dan REDHANYA buat semua Sahabat- Sahabat dan Saudara -Saudaraku sekelian walau dimana anda berada diBumi ALLAH ini.…InShaaALLAH…….Ya ALLAH jadikan kami Hamba yang Taat kepada PerintahMU…….Ya ALLAH semoga kita semua menjadi jiran diJanntul Firdaus.

Salam santun Ukhuwah Fillah dari Kak Pah @ Ummie Sharifah.

Jazakumullah Khoir.

~Prof Dr Muhaya

Semoga yang terbaik untuk Mesir dan umat ini





Semoga yang terbaik untuk Mesir dan umat ini

Negara Mesir atau bumi Kinaanah adalah bumi istimewa yang telah menempatkan para anbiya dan pengorbanannya. Bumi ini juga merupakan bumi yang menempatkan firaun dan hasil kekejamannya.

Bumi ini kaya dengan generasi pewaris para nabi yang soleh dan bumi ini juga sarat dengan generasi pewaris genetik firaun yang sombong lagi zalim.

Negara Mesir juga adalah 'abang sulung' kepada negara-negara Arab dan negara-negara umat Islam di dunia antarabangsa. Jatuh dan bangunnya Islam di bumi istimewa ini sangat mengesani kehangatan perjuangan dan semangat perubahan umat Islam sejagat.

Sejak kejatuhan regim zalim Hosni 'Ghaira Mubarak dan pemilihan Ir Dr Muhammad Mursi sebagai pemimpinnya, pihak musuh tidak pernah senang diri daripada berbuat pelbagai perancangan bersama demi untuk menjatuhkannya. Kedutaaan AS, Israel, puak sekularis, puak liberal, syiah, Qibti dan sebagainya tekun berkeringat bagi mencari titik noktah bersama.

Semoga Allah memberikan ketabahan kepada rakyat Mesir dalam mengharungi situasi sukar ini. Moga-moga Allah berikan kemenangan kepada Morsi dan pendokong kebenaran dalam melepasi pertembungan di antara hak dan yang bathil.

Doa kami bersama kalian....



Monday, July 1, 2013

8 agenda dalam protokol rahsia no 10

 

 


8 AGENDA DALAM PROTOKOL RAHSIA  NO.10
 
Di dalam protokol  .-a-u -i Nombor-10, ada dicatatkan mengenai 8 perkara (4S&4F)
...Apa itu protokol 4S & 4F -a-u-i ?

Mari kita check satu persatu..

1. Song = Lagu

Lagu-lagu yang menghiburkan. .Kini ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu2 Omputih yang panjang berjela-jela
Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah
tapi boleh mengingati lagu Lady Gaga yang panjangnya berdepa-depa
Berjaya sudah -a-u-i.. Hingga kita terfikir..
Bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?
pandainya muda mudi ni nyanyi lagu omputih..tapi kertas bahasa inggeris failed?

2. Sex = Seks

Lagi satu kegilaan remaja Dan yang tua. Sex di mana-mana..
Di kaca TV, dalam filem, dalam iklan&babak sex amat lumrah..
Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
Sehingga Ada orang menonton filem hanya kerana Ada adegan sex
Filem 18SX amat laris berbanding filem U
VCD lucah mudah didapati..Dan harganya amat murah..
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali..berjaya sungguh  a-u-i laknatullah..

3. Smoke = Merokok

Rokok..menjadi kegilaan para remaja
Sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok..
Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
Yang kononnya mau di gelar up to date..
Dulu yang merokok ini golongan sundal saja..ataupun penari Kabaret..
Tapi sekarang?? Apa sudah jadi muda mudiku?

4. Sport = Sukan

Pelbagai jenis sukan di tonjolkan Dan lelaki dengan
Perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan..
Hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga..
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
Sembahyang pun banyak yang miss...bukan yang bermain sahaja tak sembahyang..
Yang menonton pun tak sembahyang juga..
Kalau menonton di rumah..Akan lambat sembahyang sebab takut tak
Nampak macam mana masuk GOL..
-a-u-i gol lagi..sampai Ada ulamak kata..kerana sukan
sembahyang boleh tangguh..MasyaAllah...

5. Fun = Hiburan

Hiburan..di mana-mana Kita dapat hiburan yang melalaikan...
Kalau Kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
Termasuklah majalah mangga..yang menayangkan buah mangga artis perempuan..
Kalau Ada konsert..sanggup orang Islam bertandang hingga
Menghabiskan banyak Wang Dan bila ke konsert..
Pelbagai maksiat akan diselit masuk.. -a-u-i terhibur lagi..

6. Female = Wanita

Perempuan..Tawaran -a-u-i yang amat mengasyikkan...
Terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak Ada kena
Mengena dengan perempuan.. Kalau Kita ke kedai bateri kereta..
Dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi..
Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?
  -a-u-i bersorak lagi..

7. Fashion = Fesyen

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat..
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat?
Yang kekadang menampakkan pusat..
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah..
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan..
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
Bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu..
Kalau dah rambut diwarnakan.. . Sembahyang pun tak sah..
Malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air
Itu tak kira yang cukur bulu kening lagi..

  -a-u-i ketawa lagi..
Umat Islam sudah jadi macam -a-u-i..muahahaha..

8.Food = Makanan

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut..Dan seribu satu macam lagi..
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina...
Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan..
Tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .
Bila makanan datang dari Barat.. Adakah Kita yakin tentang
Halalnya? Contoh Kentucky ..rempahnya datang dari Amerika
Siapa nak pergi checK halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap..
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
-a-u-i. Tetapi berfikiran pun sama macam -a u i
Nauzubillah..

-a-u-i makan Islam lagi..

Itulah rahsia protokol 4S & 4F -a-u-i  atau lebih dikenali dengan Protoko No.10.
Itu baru protokol nya..Umat Islam telah bercelaru..
Yang lain-lain.. entah macam-macam lagi ada..

Kita selalu kata..
“Yaaa aku cinta Malaysia ..aku cinta bangsaku..tapi aku lebih cintakan ALLAH
Tapi..

jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah..
Mana satu yang kita utamakan??

# SUKA SAYA MENUJUKAN HAL INI KPD ORANG YG MENYOKONG PARTI ISLAM DI MALAYSIA INI IAITU TOLONG JAWAB PERKARA KEEMPAT MENGENAI SUKAN: Islamikkah kita jika turut terperangkap dgn taksub kpd pasukan bola negeri masing2 sehingga bergaduh-gaduhan melibatkan nyawa? TEPUK ILMU DI KEPALA, TANYA IMAN DI DADA....
 


 

Saturday, June 29, 2013

Cara menolong Allah ialah...

 
 Soalan:
 (47:7.) Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
 
Jawapan :
  •  Cara menolong Allah ialah:

    1. berjihad fisabilillah
    Apabila seruan jihad dilaungkan yang menuntut kita agar berjihad pada jalan Allah, hendaklah kita bersegera membantu Allah pada jalan ini bagi memartabatkan agama Islam dari diperlekehkan oleh orang
    kafir.
    Bukan bermaksud Islam agama pengganas, tetapi jihad biarlah kerana mempertahankan agama Allah apabila tercabar dan dihina.

    2. menyebarkan ajaran Islam
    Orang-orang yang kafir selalu menghalangi manusia dari jalan Allah, maka inilah yang dituntut agar kita berusaha menolong Allah untuk menyebarkan ajaran Islam, mesej al-Quran dan jalan yang lurus kepada orang yang belum mengenali Islam atau di negara yang masih lagi penduduknya kafir.
    Menyebarkan ajaran Islam boleh jadi dengan seruan dakwah, penulisan, blog dan pengaruh media massa. Mungkin harta dan masa kita dihabiskan begitu sahaja pada pendapat diri kita sendiri, tetapi Allah telah janjikan sesuatu yang baik buat kita.

    3. bersedekah dan infak
    Orang kristian telah sanggup membiayai missionary mereka berbillion dolar setahun bagi tujuan menyebarkan kekufuran aqidah tiga mereka.
    Sedangkan umat Islam kedekut untuk membiayai dakwah para da'i dan ulama. Dengan ini, Allah meminta kita menolong untuk kita membantu mereka yang menguruskan hal dakwah islamiah agar dapat terus ikhtiar hidup (survive) di mana mereka pergi.
    Janganlah anggap kekayaan membawa ke kubur, melihat zakat sebagai satu hukuman zalim dan melihat sedekah sebagai satu yang merugikan harta. Telah Allah jelaskan bahawa darjat kita akan diangkatkan insya Allah.

    4. membantu sekolah agama dan tahfiz
    Orang kafir sanggup menyumbang berbillion setahun untuk sekolah mubaligh, kuil dan tokong mereka tetapi malangnya sikap itu tidak ada di dalam diri umat Islam.
    Malah ramai yang hafiz al-Quran terpaksa keluar bekerja dengan kelulusan akademik yang rendah yang sudah tentu kerjayanya dari pagi ke malam yang akan mengakibatkan para penghafal al-Quran terlupa hafazannya. Seharusnya kita membiayai mereka yang hafal 30 juzuk al-Quran, membiayai sekolah rendah agama, sekolah menengah agama dan sekolah tahfiz.
    Dengan membantu Allah pada jalan ini, nescaya darjat kita diangkat di sisiNya.

    5. membersihkan nama Allah yang telah tercemar dek kerana Yahudi dan Nasrani (kristian). Dan juga tidak berlaku syirik terhadap Allah.
    Sudah beribu tahun nama allah dicemari oleh Yahudi dan Nasrani. Sebagai contoh, Yahudi berkata Uzair anak Allah, Nasrani berkata Isa anak Allah. Mereka juga berkata sesuatu yang bukan milik Allah, tidak meletakkan nama Allah pada tempat yang betul malahan menyebarkan fitnah terhadap Allah.
    Inilah tugas kita untuk membantu Allah.

    link: http://ibnnajib.blogspot.com/2013/06/bagaimana-cara-menolong-allah.html
  -----------------------------------------------------------------------------
 

Bagaimana cara menolong Allah?

Bagaimana cara menolong Allah? Sesetengah dari kita akan mula tertanya, kenapa Allah mahu hambaNya menolongnya? Ini lanjutan dari firman Allah di dalam ayat berikut:
يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَ يُثَبِّتْ أَقْدامَكُمْ
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (surah Muhammad ayat 7)
Di sudut tafsir al-Quran, maksud ayat ini ialah:
يا أيها الذين صدقوا الله ورسوله ، إن تنصروا الله ينصركم بنصركم رسوله محمدا - صلى الله عليه وسلم - على أعدائه من أهل الكفر به وجهادكم إياهم معه لتكون كلمته العليا ينصركم عليهم ، ويظفركم بهم ، فإنه ناصر دينه وأولياءه
1. Ath Thobari mengatakan bahawa maknanya “wahai orang yang membenarkan Allah dan para rasulNya, jika kamu menolong Allah nescaya Allah menolong kalian dengan pertolongan kalian terhada apa yang dibawakan rasulullah shallallahu alaihi wasallam iaitu mengatasi golongan kuffar, berjihad di jalan-Nya agar kalimat-Nya tinggi terhadap musuh-musuh-Nya. Maka makna pertolongan Allah kepada hamba-Nya adalah bantuan-Nya kepadanya sedangkan makna pertolongan hamba-Nya kepada Allah adalah jihad orang itu dijalan-Nya untuk meninggikan kalimat-Nya.” (Tafsir At Thobari juz XVII hal 651)
وقال قطرب : إن تنصروا نبي الله ينصركم الله ، والمعنى واحد
2.  al Qurthubi mengatakan bahawa maknanya adalah orang yang menolong agama dan nabi-Nya. (al Jami’ li Ahkamil Qur’an juz XII hal 386)
 
Menolong bukan bererti Allah lemah
 
Menolong yang dimaksudkan ialah menolong agamanya, makna pertolongan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya adalah menolong manhaj dan dakwah-Nya. Meneguhkan kedudukanmu ialah meneguhkan iman, taqwa, darjat dan kedudukan di sisi Allah. Allah mampu sahaja meranapkan gereja, berhala dan menghancurkan kezaliman serta maksiat dengan bala bencanaNya sebagaimana yang pernah Allah berikan kepada umat terdahulu. Kaedah meminta tolong ini kerana Allah cuba bersikap berlembut sesuai dengan sifatnya yang Latif itu. Firman Allah:
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa (Surah al-Hajj ayat 40)
Untuk huraian lebih jelas lagi, lihat petikan hadis berikut:
حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ مَيْمُونٍ حَدَّثَنَا بَهْزٌ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَا ابْنَ آدَمَ مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ عَبْدِي فُلَانًا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَطْعَمْتُكَ فَلَمْ تُطْعِمْنِي قَالَ يَا رَبِّ وَكَيْفَ أُطْعِمُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّهُ اسْتَطْعَمَكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تُطْعِمْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ أَطْعَمْتَهُ لَوَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَسْقَيْتُكَ فَلَمْ تَسْقِنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَسْقِيكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ اسْتَسْقَاكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تَسْقِهِ أَمَا إِنَّكَ لَوْ سَقَيْتَهُ وَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي
Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Hatim bin Maimun; Telah menceritakan kepada kami Bahz; Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Abu Rafi' dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Hai anak Adam! Aku sakit, mengapa kamu tidak menjenguk-Ku?" Jawab anak Adam; "Wahai Rabbku, bagaimana mengunjungi Engkau, padahal Engkau Tuhan semesta alam?" Allah Ta'ala berfirman: "Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si Fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia kamu akan mendapati-Ku di sisinya?" "Hai, anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?" Jawab anak Adam; "Wahai Rabbku, Bagaimana mungkin aku memberi engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?" Allah Ta'ala berfirman: "Apakah kamu tidak tahu, bahawa hamba-Ku si Fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?" "Hai, anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?" Jawab anak Adam; "Wahai Tuhanku, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum, padahal Engkau Tuhan semesta alam?" Allah Ta'ala menjawab: "Hamba-Ku si Fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah, seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.' (Hadis Riwayat Muslim, turut diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam sahihnya, Imam Bukhari di dalam Kitab Adabul Mufrad, Thabarani dalam Kitab Makarim al-akhlak dan Imam Baihaqi di dalam kitab Al-asma wa-as-sifat)
Maka, di sini dapatlah kita jelaskan dengan pemahaman kita seperti berikut. Cara menolong Allah ialah:
1. berjihad fisabilillah
Apabila seruan jihad dilaungkan yang menuntut kita agar berjihad pada jalan Allah, hendaklah kita bersegera membantu Allah pada jalan ini bagi memartabatkan agama Islam dari diperlekehkan oleh orang kafir.
Bukan bermaksud Islam agama pengganas, tetapi jihad biarlah kerana mempertahankan agama Allah apabila tercabar dan dihina.
2. menyebarkan ajaran Islam
Orang-orang yang kafir selalu menghalangi manusia dari jalan Allah, maka inilah yang dituntut agar kita berusaha menolong Allah untuk menyebarkan ajaran Islam, mesej al-Quran dan jalan yang lurus kepada orang yang belum mengenali Islam atau di negara yang masih lagi penduduknya kafir.
Menyebarkan ajaran Islam boleh jadi dengan seruan dakwah, penulisan, blog dan pengaruh media massa. Mungkin harta dan masa kita dihabiskan begitu sahaja pada pendapat diri kita sendiri, tetapi Allah telah janjikan sesuatu yang baik buat kita.
3. bersedekah dan infak
Orang kristian telah sanggup membiayai missionary mereka berbillion dolar setahun bagi tujuan menyebarkan kekufuran aqidah tiga mereka.
Sedangkan umat Islam kedekut untuk membiayai dakwah para da'i dan ulama. Dengan ini, Allah meminta kita menolong untuk kita membantu mereka yang menguruskan hal dakwah islamiah agar dapat terus ikhtiar hidup (survive) di mana mereka pergi.
Janganlah anggap kekayaan membawa ke kubur, melihat zakat sebagai satu hukuman zalim dan melihat sedekah sebagai satu yang merugikan harta. Telah Allah jelaskan bahawa darjat kita akan diangkatkan insya Allah.
4. membantu sekolah agama dan tahfiz
Orang kafir sanggup menyumbang berbillion setahun untuk sekolah mubaligh, kuil dan tokong mereka tetapi malangnya sikap itu tidak ada di dalam diri umat Islam.
Malah ramai yang hafiz al-Quran terpaksa keluar bekerja dengan kelulusan akademik yang rendah yang sudah tentu kerjayanya dari pagi ke malam yang akan mengakibatkan para penghafal al-Quran terlupa hafazannya. Seharusnya kita membiayai mereka yang hafal 30 juzuk al-Quran, membiayai sekolah rendah agama, sekolah menengah agama dan sekolah tahfiz.
Dengan membantu Allah pada jalan ini, nescaya darjat kita diangkat di sisiNya.
5. membersihkan nama Allah yang telah tercemar dek kerana Yahudi dan Nasrani (kristian). Dan juga tidak berlaku syirik terhadap Allah.
Sudah beribu tahun nama allah dicemari oleh Yahudi dan Nasrani. Sebagai contoh, Yahudi berkata Uzair anak Allah, Nasrani berkata Isa anak Allah. Mereka juga berkata sesuatu yang bukan milik Allah, tidak meletakkan nama Allah pada tempat yang betul malahan menyebarkan fitnah terhadap Allah.
Inilah tugas kita untuk membantu Allah.
dan pada ayat ke-8 surah Muhammad pula, Allah berfirman:
وَ الَّذينَ كَفَرُوا فَتَعْساً لَهُمْ وَ أَضَلَّ أَعْمالَهُمْ
Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah membinasakan amal-amal mereka

wallahu a'lam
 


Agar Negara Kita selamat dan bebas dari fahaman sesat syiah

 
 
Ayuh kita bongkar ahli politik yang berfahaman dan condong kepada Syiah supaya Negara kita selamat dan bebas daripada fahaman sesat Syiah.


MENGULAS KENYATAAN JAMIL KHIR.

Ketika Negara Ahlus Sunnah mempunyai kuasa, mereka tidak menggunakan kuasa itu sebetulnya, sebaliknya Syiah apabila mempunyai kuasa, mereka akan menggunakan kuasa mereka tersebut dengan baik, tersusun dan penuh konspirasi . Oleh kerana itulah kita dapat melihat banyaknya Negara yang dipimpin dan dikuasai oleh Ahlus Sunnah dengan mudah dikuasai dan diratah Syiah seperti Negara Bahrain dan Lubnan kerana undang-undang yang mereka peruntukkan ke atas Syiah kelihatan begitu mesra Syiah atau memang tiada undang-undang langsung sehingga akhirnya menyebabkan Negara tersebut hancur binasa dan tampuk kekuasaan hampir jatuh ke tangan mereka (Syiah).

Walhal berbeza apa yang berlaku di Negara-negara Syiah. Sekiranya mereka mempunyai kuasa, mereka akan peruntukkan undang-undang diktator bagi menyekat dan menindas penganut Ahlus Sunnah wal Jamaah sehingga ke akar umbi. Persoalannya sekarang, adakah hal ini turut berlaku di bumi Malaysia yang majoriti besar penganut dan pemimpinnya merupakan Ahlus Sunnah?

“Jamil Khir, pintu masuk Syiah ke Malaysia?” Mungkin inilah tajuk yang sesuai berdasarkan kenyataan Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung pengamalan Syiah di Malaysia. Saya kutip beberapa kenyataannya menurut akhbar malaysiakini pada 9 mac, 2011, sila rujuk http://www.malaysiakini.com/news/158136:

1) “Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya”.
"Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta yang diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini”.

= Pengikut ajaran Syiah TAK BOLEH sebarkan fahaman Syiah tapi BOLEH AMALKANNYA”. Lawak apakah ini Datuk Seri? Lumrah sesuatu fahaman dan ideologi pasti akan menyebarkannya kepada masyarakat di atas nama kebenaran dan kesedaran, untuk pengetahuan Datuk Seri juga, disebabkan kenyataan tidak berilmu seperti inilah telah menyebabkan puak Syiah Melayu semakin melebarkan sayap mereka ke seluruh Negara. Lihatlah pula apa kenyataan di blog-blog dan website Syiah Melayu:
Negara Kita Serlamat
“Laman ini khusus untuk Syiah Imamiyyah sahaja. Web ini bukan berniat untuk menyebar Syiah dan anda (Ahlus Sunnah) dilarang melawat lama ini. Jika anda berkeras, maka saya tidak akan bertanggungjawab atas pencerobohan akidah anda.”

Kami yakin, Datuk Seri turut tergelak bersama kami membaca kenyataan di website dan blog Syiah Melayu bukan? Tetapi malangnya ianya diambil berdasarkan kenyataan Datuk Seri sendiri. Kami ingin bertanya kepada Datuk Seri, sekiranya puak Syiah dibenarkan mengamalkan fahaman Syiah tetapi tidak boleh menyebarkannya, lalu bagaimana pula mereka (Syiah) ingin beramal sedangkan tidak ada yang mengikuti fahaman mereka? Sudah tentulah mereka perlu menyebarkannya untuk mempunyai orang untuk beramal! Harap ini difahami.

2) Kenyataan Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebenarnya turut MELANGGAR Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia iaitu:

Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut : “Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa HANYA Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk DIAMALKAN di Malaysia.” DIMANSUHKAN.

Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya MENGIKUT AJARAN ISLAM yang BERASASKAN PEGANGAN Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak. Sila rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia

3) “Jamil Khir berkata, walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini”.

"Oleh sebab itu mereka (pengikut Syiah) tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) yang mahu tahu mengapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA. (Nasharudin menafikan bahawa beliau ada bertanya soalan ini, sila rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/158203)

“Sekalipun Syiah itu sesat, tetapi TAK SEMUA ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah”.

= Jika benarlah kenyataan seperti ini, maka sudah tentu kebanyakan ajaran sesat di Malaysia seperti ajaran al-Arqam tidak semuanya bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah. Tetapi menapa selama ini tidak pernah ada mana-mana Pemimpin mengatakan seperti Datuk Seri: “bukan semua ajaran itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah”? Saya yakin, kenyataan Datuk Seri ini bermotif menjaga hati rakan baik Malaysia iaitu Iran yang terkenal keSyiahannya dan hipokrit yang amat.

Nasihat kami kepada Peimimpin-pemimpin Negara agar kembali membuat pengkajian dan penelitian yang serius berkenaan fahaman Syiah atau lebih tepat Agama Syiah, tambahan pula kata-kata, fatwa dan nasihat para Mufti dan Ulama’ itu lebih tepat dan sangat wajar diterima kerana mereka lebih alim dan arif dalam persoalan ini.

Jangan disebabkan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang akrab dengan Iran menyebabkan Malaysia begitu berlunak dengan mereka tanpa batasan. Mungkin juga, Malaysia mengadakan hubungan yang baik dengan Iran atas dasar persahabatan, ekonomi dan lain-lain, tetapi jangan dilupa bahawa Iran mengadakan hubungan baik dengan Malaysia termasuk Negara Sunni yang lainnya bukan hanya kerana perdagangan dan sebagainya tetapi sebaliknya mereka mempunyai agenda yang paling utama, yang paling besar iaitu mensyiahkan Negara tersebut! Mengapa pula tidak benar? Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap Negara-negara Sunni yang menjalinkan hubungan dengan Iran, pasti akan wujudnya di situ Syiah dan pertelingkahan pasti akan berlaku.

Contohilah Morocco, sekalipun tidak semaju Malaysia, mereka masih bertegas mempertahankan Ahli Sunnah dan bertindak keras ke atas Iran sehingga MEMUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK, sila rujuk: http://syiahmalaysia.blogspot.com/2010/11/maghribi-memutuskan-hubungan-diplomatik.html Bukan Morocco sahaja, bahkan Negara bukan Islam seperti Senegal dan Gambia juga turut mengikut jejak Morocco yang sama selepas mengesyaki Iran menyeludup masuk senjata kepada pihak pemberontak bagi menumbangkan Kerajaan yang sedia ada. Jalan penyelesaian mereka ialah memutuskan hubungan diplomatic dengan Iran. Sila rujuk: http://syiahmalaysia.blogspot.com/2011/05/gambia-memutuskan-hubungan-diplomati.html dan http://syiahmalaysia.blogspot.com/2011/05/senegal-memutuskan-hubungan-diplomatik.html.

Adakah Datuk Seri yakin Iran tidak akan melakukan hal yang sama terhadap Malaysia dengan menyebarkan doktrin Syiahnya dan apabila mendapat pengaruh yang kuat, mereka akan menyeludup masuk pula senjata-senjata bagi menjatuhkan anda sendiri! Kepada pihak UMNO juga, pantau juga orang-orang seperti ini, jangan hanya menemplak dan menuding kepada pihak pembangkang yang kononnya menternak Syiah, walhal 2x5 sahaja. Semoga Allah pelihara bumi Malaysia dari fahaman ganas Syiah!. Ayuh Sepakat Tolak Syiah!!!

Friday, June 28, 2013

Untuk menjadi makmum kepada orang yang sedang bersolat sendirian,

assalamualaikum ustaz...sy masih tertanya2..td sy nk folow imam solat-solo-...jd saya tepuk bahu imam tesebut..baru nk angkat tkbir imam tsebut buat isyarat kibas dibahu..jadinya xjd nk solat bsama..apa maknanya ustat..wallahualam
 
 

  • Syeikh Mohd Ramzi Al-Ghuraba wa a'laikumsalam. 
    (1).Untuk menjadi makmum kepada orang yang sedang bersolat sendirian, hanya berdiri disebelahnya (kanan) dan bertakbiratul ihram.
     (2). Sunnah dalam kedudukan seorang imam dan seorang makmum ialah: makmum berada di sebelah kanan imam dalam satu saf, tanpa ke belakang.
    Ini berdasarkan kepada hadis masyhur tentang solat malam Rasulullah SAW bersama Ibn Abbas, baginda mengalihkan Ibn Abbas daripada kirinya ke sebelah kanannya.

    Imam Bukhari meletakkan hadis Ibn Abbas ini di bawah tajuk:
    باب: يقوم عن يمين الإمام بحذائه سواءً إذا كانا اثنين

    Ertinya: Bab Apabila Mereka (jemaah) Terdiri Daripada Dua Orang, Maka Makmum Berdiri Di Sebelah Kanan Imam Sebaris Dengannya, Dalam Kedudukan Sama.

    Kata Ibn Rajab, "Maksudnya ialah seorang makmum berdiri di sebelah kanan imam, sebaris dengannya tidak terkedepan dan tidak terkebalakang". (3).Jikam makmum dua orang, kedudukannya menurut jumhur ialah kedua-dua makmum membuat saf di belakang imam.

    Manakala perbuatan menepuk bahu untuk melantik orang itu menjadi imam.Wallahu A'lam.
.