Tuesday, August 20, 2013

Apa yang tersirat dalam isu Mesir?





Apa yang tersirat dalam isu Mesir?

Iktibar buat Melayu Islam...

Statistik terbaru menunjukkan lebih 3,000 orang awam dibunuh di Mesir. Mereka dibunuh oleh tentera kerajaan yang dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS) kerana menuntut demokrasi ditegakkan.

Pertumpahan darah ini wajar dijadikan renungan supaya rakyat jangan mudah terpedaya dengan demokrasi yang dijaja oleh pihak berkepentingan. Renunglah yang tersirat daripada yang tersurat.

Mohammed Mursi dari Ikhwanul Muslimin yang memenangi pilihan raya pada Jun tahun lalu bukanlah pilihan AS. Maka kemenangan itu tidak akan bertahan lama dan Mursi dijatuhkan kononnya atas kehendak rakyat. Inilah akibatnya apabila membiarkan kuasa asing seperti AS menentukan hala tuju politik sesebuah negara. Malah agensi media Barat seperti sepakat menyiarkan angka korban yang jauh kecil daripada sebenarnya. Ini bertujuan menutup tindakan melampau tentera Mesir kerana AS ada penglibatannya. Tetapi statistik oleh Ikhwanul Muslimin menunjukkan lebih 3,000 orang berbanding agensi berita Barat tidak sampai 1,000 orang.

Mursi dipenjara dan hingga kini belum dibebaskan. Tentera mengambil tindakan drastik menggempur penyokong Mursi dengan peluru hidup. Di negara kita, polis hanya menggunakan meriam air. Tetapi digambarkan oleh puak tertentu sebagai tindakan “paling tidak berperikemanusiaan."

Dalam pilihan raya Jun tahun lalu, Mursi memenangi 52 peratus undi. Tetapi sebenarnya hanya mendapat sokongan satu perempat daripada 50 juta rakyat Mesir yang layak mengundi.

Bagi Mesir, jatuhnya diktator Hosni Mubarak bukanlah berakhir konflik politik yang membelenggu negara itu. Mubarak diibaratkan tayar lama yang sudah tidak diperlukan lagi. Tetapi tayar baharu mesti dari jenama yang sama.

Banyak pihak melihat kejatuhan Mubarak sebagai hasil kebangkitan rakyat. Secara tersurat rakyatlah yang menukar rejim Mubarak kepada pemimpin yang dipilih menerusi sistem yang demokratik. Tetapi yang tersiratnya, gerakan menjatuhkan Mubarak dipersiapkan oleh AS sejak 2008 lagi.

Kejatuhan Mubarak tidak ada kena mengena dengan kebangkitan rakyat yang dicanang-canangkan itu. Malah istilah Arab Spring itu sengaja dicipta supaya kelihatan keterlibatan rakyat di negara-negara Asia Barat menentukan masa depan mereka sendiri. Buktinya pada 2008 aktivis gerakan massa dari Mesir berhimpun di New York pada pelancaran Alliance of Youth Movement (AYM).

Sebenarnya banyak yang tidak tahu kewujudan AYM dan peranannya dalam menentukan agenda AS di Mesir. Ini adalah perkakas AS untuk menggerakkan rakyat untuk menjatuhkan Mubarak, sekutu AS yang sudah tidak diperlukan lagi. Tugas AYM bukan sahaja menjatuhkan Mubarak tetapi mana-mana pemimpin yang bertentangan dengan dasar AS.

Jaringan

Apa itu AYM? Ini sebuah organisasi yang melibatkan aktivis massa bergerak secara terancang dalam talian dan mencatatkan sejarah sebagai yang pertama pada abad ke-21. Jabatan Negara AS berganding dengan gergasi dalam media sosial seperti Facebook, Howcast, MTV, Google dan Youtube menggerakkan AYM dengan menggunakan generasi muda untuk mencetuskan gerakan massa.

Menerusi AYM strategis AS memberikan latihan kepada aktivis massa untuk menggunakan media sosial bagi meluaskan jaringan di peringkat antarabangsa. Malah AYM dan para aktivis diberi akses langsung dengan Jabatan Luar Negara AS.

Sebenarnya pada pasca Mubarak, nama Mursi berada jauh di belakang. Malah tidak ada dalam senarai pengganti Mubarak kerana ada beberapa nama lain yang mempunyai hubungan dengan AS lebih ditonjolkan. Antaranya Mohamed El Baradei yang mempunyai jaringan antarabangsa yang kuat malah sekutu rapat AS. Tetapi siapakah El Baradei?

El Baradei adalah salah seorang ahli pemegang amanah International Crisis Group (ICG), sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh AS dan dibiayai oleh George Soros menerusi National Endowment for Democracy (NED). Tetapi dalam pilihan raya, El Baradei tidak mendapat sokongan dan terpaksa mengalah kepada Mursi. Orang begini dipergunakan oleh AS untuk menguasai Mesir dari jauh.

Kerana itu faktor AS memang tidak dapat dipinggirkan apabila berhujah tentang kemelut politik Mesir yang semakin tenat. Sebenarnya penglibatan rakyat untuk menjatuhkan Mubarak hanya kerja sia-sia kerana AS mempunyai perancangan siapa yang akan menggantikan Mubarak, bukannya ditentukan oleh rakyat Mesir.

Kerana itu pergolakan yang berlaku di Mesir malah beberapa negara Asia Barat bukan kebangkitan rakyat. Tetapi rakyat hanya digerakkan supaya bangkit oleh aktivis massa yang dipimpin oleh AS tetapi berselindung di sebalik kebangkitan rakyat menuntut demokrasi.

Lihat apakah tindakan luar biasa AS untuk membendung pembunuhan beramai-ramai di Mesir? Walaupun Presiden Barack Obama membayangkan akan menangguhkan latihan ketenteraan bersama Mesir tetapi AS terus menyalurkan dana kepada tentera. Dana ini yang digunakan untuk membunuh penyokong Mursi baru-baru ini.

Tentera mempunyai banyak pendekatan lain untuk menyuraikan demonstrasi penyokong-penyokong Mursi. Melancarkan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata adalah sama dengan serangan AS terhadap beberapa negara yang dianggap sarang pengganas.

Barangkali ada yang tertanya-tanya, apakah pentingnya Mesir kepada AS berbanding negara lain yang lebih kaya hasil buminya. Jawapannya Mesir memang sangat strategik baik dari segi geoekonomi maupun geopolitik. Selain mempunyai kedudukan yang strategik untuk memainkan peranan penting di dunia Arab, Mesir juga strategik bagi negara-negara di Afrika. Mesir merupakan jambatan yang baik dari sudut geografi, sosial, ekonomi, dan etnik.

Kerana itu Mesir sangat penting sebagai negara transit untuk menguasai Asia Barat dan Afrika. Cara AS menguasai Mesir adalah menguasai tenteranya dan memastikan Presiden Mesir dalam kalangan pemimpin tentera. Malangnya Mursi kerana beliau bukan pemimpin tentera tetapi teraju pergerakan Islam yang memberi ancaman kepada Barat.

Sumber.

P/S
-Begitu juga apa pentingnya Malaysia kepada AS dan Barat dirantau sebelah sini?.

-Kenapakah begitu banyak dana asing disalurkan kepada pihak tertentu melalui BERSiH yang bertujuan mencetuskan 'Arab Spring' bagi menjatuhkan kerajaan yang ada yang dipilih secara demokrasi?

-Kenapa begitu banyak dana asing masuk untuk membantu pembangkang dalam kempen pilihanraya pada PRU13 lepas?

-Kenapa suatu masa dulu AS menyambut kedatangan orang tertentu dengan 'Red Carpet' bila mengunjungi negara tersebut dan tidak kepada PM kita?

Jawapannya
Surah Al Baqarah 120 : “Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka.Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’.Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

Bersyukurlah...Kerana Allah masih menyayangi kita!

Maulana Asri : 3 Kalimah Syahadah Sebab Utama Syiah Bukan Islam

Hanya Satu Kumpulan Sahaja Ahli Sunnah Wal Jamaah





Hanya Satu Kumpulan Sahaja Ahli Sunnah Wal Jamaah :

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., katanya: Rasulullah SAW. bersabda … "Dan
sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua (72) puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga (73) puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja”. Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Siapa dia golongan yang satu itu ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Golongan itu ialah golongan yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)


Daripada 73 jalan akidah dikalangan umat Muhammad hanya satu (1) puak yang layak memasukki syurga. Satu-satunya puak yang terselamat daripada seksa azab neraka ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu mereka yang mengikut sunnah Rasulullah SAW. dan jamaahnya iaitu para sahabat Baginda Yang Mulia.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya: “Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”..’ [Hadis Riwayat Ibnu Majah] .

Dalam hadis ini jelas bahawa golongan Syiah adalah salah satu kumpulan yang sesat di antara 73 golongan kerana Syiah menolak sahabat-sahabat Nabi SAW kecuali Saidina Ali k.wj dan Syiah mengatakan para imam mereka maksum, dan akan lahirlah nanti imam mereka yg sudah mati kononnya sebagai pembela umat islam. Cerita-cerita dongeng ini yang menyebabkan Syiah sesat lagi menyesatkan dan megamalkan hadis-hadis palsu dan menolak hadis-hadis riwayat Aisyah, Abu Bakar, Umar, Othman , Abu Hurairah dan lain-lain lagi.
~Abu Basyer

Monday, August 19, 2013

Gereja terbesar di Asia.. di Malaysia??

Gereja terbesar di Asia.. di Malaysia??
Tahukah anda bahawa gereja terbesar di Asia yang diberi nama 'Calvary Church' telah dibuka?? Tanpa menghiraukan bantahan orang ramai, pihak Kristian semakin berani bertindak dan mencabar negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Isu ini telah dikupas 2 tahun yang lalu oleh Prof. Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin dalam artikelnya yang bertajuk "APABILA UMAT, ULAMA' DAN UMARA' SEPAKAT UNTUK TIDUR"

********************************************

Rabu, 28 September 2011 - Adakah kita umat yang beragenda?

Sebagai perbandingan, Calvary Church setinggi 6 tingkat ini bakal (kini sudah siap dan telah beroperasi) menjadi kompleks gereja yang terbesar di Asia yang kini di dalam proses pembinaannya di Bukit Jalil.

Pada tahun 1972 dulunya, keahlian Calvary Church ini hanyalah seramai 120 orang tetapi kini telah menjangkau melebihi 7000+ ahli (hari ini mungkin lebih lagi daripada angka ini) di atas usaha gigih mereka.

Dengan motto ‘PREACH’ yang diimani dan dilaksanakan secara terancng, maka hasilnya semakin terserlah pada hari ini.

P-Preach the Gospel to ALL nations
R-Research and publish materials on church leadership and missiology
E-Encourage and train pastors, leaders and missionaries
A-Assist churches in developing their missions program
C-Conduct evangelistic rallies, missions and church growth conferences
H-Help coordinate relief projects for humanitarian needs globally

Sudah menjadi sunnah alam bahawa hasil dan kejayaan hanya akan datang dengan usaha dan pengorbanan. Maka perkembangan ini tidaklah begitu mengejutkan sangat.

Janganlah umat Islam menuding jari kepada mereka yang lain dengan berlakunya banyak kebocoran, keciciran dan kemurtadan di kalangan umat Islam tetapi tanyakanlah kepada diri kita sendiri tentang sumbangan kita kepada Islam yang diimani ini.

Toleransi agama bukan bererti bahawa semua agama itu sama taraf dan destinasinya (kesetaraan atau equality) sebagaimana yang diperjuangkan oleh pendokong pluraisme agama dan agenda kristianisasi global harus didepani dengan teliti secara bersama-sama.

Sikap mengkritik dan menyalak kepada orang luar tidak lain dan tidak bukan, hanyalah semakin melondehkan kelemahan diri umat Islam sendiri.

Para pemimpin samada dari BN & PR, para alim-ulama, pemimpin NGO dan umat Islam yang prihatin dengan harga aqidah umatnya mesti terus bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan agenda Islam terus diperjuangkan.

Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban
Blog: Peduli Ummah

* Dr Zainur Rashid juga merupakan Perunding Aman Palestin & Naib Presiden 1 I-Medik.

Sumber: http://www.ismaweb.net/v4/2011/09/apabila-umat-ulama’-dan-umara’-sepakat-untuk-tidur/

********************************************

Bahan bacaan lanjut:

Membongkar agenda Kristianisasi di Malaysia (Siri 1): https://www.facebook.com/photo.php?fbid=527141357323876

Membongkar agenda Kristianisasi di Malaysia (Siri 2): https://www.facebook.com/photo.php?fbid=527188140652531

Strategi Barat untuk membendung Islam: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=526936507344361

Demokrasi liberal: Strategi penjajahan baru Barat di dunia Islam: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=526940037344008
 

Zikir dan Amalan mengelak Fitnah Dajjal

Zikir bukan sahaja santapan rohani tetapi juga merupakan makanan untuk jasmani kita terutamanya diakhir zaman menghampiri Kiamat ini. Percaya atau tidak dengan berzikir boleh membuatkan kita hilang lapar, cuba banyakkan berzikir apabila berpuasa dan lihat kesannya. Dikatakan didalam sebuah hadits apabila Al-Masih Dajjal muncul ramai orang yang lemah iman mereka akan mengikuti dan menjadi pengikut Dajjal kerana Dajjal memegang kunci ekonomi dan rezeki. 
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.



Mereka yang menjadi pengikut Dajjal akan dilimpahi rezeki yg melimpah ruah sedangkan mereka yg tidak mahu mengikut Dajjal akan menjadi miskin dan kebuluran. Orang yang beriman dikenyangkan hanya dengan berzikir kepada Allah SWT. Bukankah Allah SWT yang menciptakan lapar & kenyang, bukannya disebabkan oleh makanan.
Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui Dajjal sebagai tuhan akan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kontang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“.
Rasulullah s.a.w. bersabda “Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Sesiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparannya”
Orang yang berzikir hidup disisi Allah SWT dan orang yg tidak berzikir seumpama orang yg mati disisi Allah SWT. Sedangkan haiwan dan tumbuhan serta makhluk lain juga sentiasa berzikir kepada Allah SWT, apabila mereka berhenti berzikir disitulah berakhirnya riwayat mereka. 
Semua Makhluk Berzikir dan Bertasbih.
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al- Israa Ayat 44)
Semut dan katak juga berzikir kepada Allah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?
Rasulullah s.a.w. bersabda “suara katak itu tasbih, memuji Allah“ (Riwayat An-Nasai)
Fitnah Dajjal amat hebat dan kita mungkin tewas dan tidak mampu melawan kehebatan fitnah ini. Kerana itu kita harus mempersiapkan diri dengan menguatkan keimanan dan keyakinan kita kepada Allah SWT agar kita tidak terkesan dengan fitnah Dajjal yang amat hebat ini. Hanya Allah SWT sahaja dapat memelihara kita dari fitnah dan ujian ini.
Untuk menyelamatkan kita dari fitnah ini Nabi SAW menggalakkan kita agar menghafal/membaca 10 ayat permulaan dan 10 ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi. Kita juga digalakkan untuk mengamalkan Zikir harian seperti yang disarankan oleh ulama.
Sebagai orang awam, zikir harian yang di’prescribe’kan oleh Ulama adalah :-
1.            Istighfar – Sebagai tanda kita kasihkan diri kita yg berdosa ini
2.            Selawat – Sebagai tanda kita kasihkan Nabi Muhammad SAW
3.            Tasbihat – Subhanallah Alhamdulillah Laailaha illallah Allahu Akbar sebagai tanda kita kasihkan Allah dan bersyukur diatas segala nikmatNya.
Setiap Zikir diatas dibaca 100 kali pagi dan petang insyaallah memadai buat kita agar kita tidak termasuk didalam orang yang lalai. Zikir menghidupkan hati kita, amalkan selama setahun dgn istiqamah dan lihat perubahan jiwa & rohani kita. Antara zikir lain termasuk membaca Al-Quran dan juga Doa Masnun iaitu Doa Harian.
Semoga Allah SWT menghindarkan kita dari fitnah Dajjal ini dan matikan kita sebagai orang yang beriman. Marilah kita amalkan Zikir Harian dan 10 ayat didalam Surah Kahfi serta doa didalam Tahiyyat Akhir sebelum salam yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW :-

Surat Tun Mahathir Kepada Tunku Abdul Rahman


Monday, 12 August 2013
Surat Tun Mahathir Kepada Tunku Abdul Rahman Tentang CINABENG MESTI BACA !

Batu 6, Titi Gajah,Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku.

Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha. Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul.

Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

sumber

Komen MMI sebagai orang muda kita harus baca dan tahu apa yang pernah berlaku satu ketika dulu supaya kelak kita tidak jadi bangsa yang lupa asal usul.Percayalah sudah ada dikalangan kita yang sudah pun terlupa mereka MELAYU.
 

Sunday, August 18, 2013

Ya Allah, Kami Redha, Kami Sabar....

 

 


Assalamualaikum w.b.t
Sahabat,
Kita semua pernah melalui saat, apa yang kita harapkan, tidak ditemui. Ketika kita sudah berkeyakinan kita akan mencapai sesuatu, tiba-tiba ia pergi begitu sahaja.
Kadang-kala kita sudah berusaha, tanda-tanda positifnya ada terzahir (atau boleh jadi kita tidak nampak tanda-tanda negatifnya), tetapi apabila keputusannya keluar, ia sesuatu yang diluar jangkauan kita.
Kita terdiam, terpaku, terduduk, sedih, kecewa. Persoalan KENAPA KENAPA dan KENAPA akan terus hadir dan hadir.

Sahabat,
Pagi ini aku membuka Syarah Tsalasatul Usul. Ulama' kontemporari yang sungguh aku kagumi, Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin memberikan komentar yang sangat indah berkaitan bab qadar. Ia menyejukkan jiwa-jiwa yang sedang kecewa, ia mengembalikan hati-hati yang lupa untuk kembali kepada Allah yang Esa. Seandainya Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah dan Shaikh al-Uthaimin rahimahullah masih hidup, akan aku kucup dahi mereka.
وللإيمان بالقدر ثمرات جليلة منها:
Iman kepada al-Qadar menghasilkan buah-buahan (kesan) yang sangat indah . Antaranya ialah:
الأولى: الاعتماد على الله تعالى، عند فعل الأسباب بحيث لا يعتمد على السبب نفسه لأن كل شيء بقدر الله تعالى.
Pertama: Pergantungan secara penuh kepada Allah Ta'ala apabila seseorang melakukan sesuatu sebab (untuk mencapai sesuatu). Seseorang insan itu tidak akan dapat bergantung kepada sebab itu sendiri kerana setiap perkara itu berlaku hanya dengan ketetapan Allah.
الثانية: أن لا يعجب المرء بنفسه عند حصول مراده، لأن حصوله نعمة من الله تعالى ، بما قدره من أسباب الخير، والنجاح ، وأعجابه بنفسه ينسيه شكر هذه النعمة.
Kedua: Seseorang itu tidak akan takjub kepada dirinya sendiri apabila dia memperolehi apa yang dia kehendaki. Ini kerana kejayaan dia memperolehi hal tersebut merupakan nikmat daripada Allah Ta'ala. Dia telah mentaqdirkan sebab-sebab yang membawa kepada kebaikan dan kejayaan. Takjubnya seseorang kepada dirinya sendiri membuatkan dia lupa untuk bersyukur ke atas nikmat ini.
الثالثة: الطمأنينة ، والراحة النفسية بما يجرى عليه من أقدار الله تعالى فلا يقلق بفوات محبوب، أو حصول مكروه، لأن ذلك بقدر الله الذي له ملك السماوات والأرض، وهو كائن لا محالة
Ketiga: Ketenangan dan hati yang selesa dengan apa yang berlaku ke atas dirinya yang merupakan taqdir-taqdir Allah. Dia tidak akan berduka dengan hilangnya sesuatu yang dicintai, atau memperolehi sesuatu yang tidak disukai. Ini kerana semua itu berlaku kerana taqdir Allah yang Memiliki langit dan bumi, Dia lah Pencipta sesuatu tanpa keraguan lagi.
وفي ذلك يقول الله تعالى: } ما اصاب من مصيبة في الأرض ولا في أنفسكم إلا في كتاب من قبل أن نبرأها إن ذلك على الله يسير * لكيلا تاسوا على ما فتكم ولا تفرحوا بما ءاتاكم والله لا يحب كل مختال فخور { {سورة الحديد، الآيتين : 22-23}
Allah Ta'ala berfirman: Tidaklah sesuatu musibah menimpa bumi dan diri mu melainkan ia tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya itu amatlah mudah untuk Allah. Supaya kami tidak terlalu berduka di atas apa yang hilang daripada mu dan tidak terlalu gembira atas apa yang Ia berikan kepada kamu. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan meninggi diri. [al-Hadid : 22-23]
و يقول النبي صلى الله عليه وسلم: "عجباً لأمر المؤمن إن أمره كله خير، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن إن اصابته سراء شكر فكان خيراً له، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيراً له"  )رواه مسلم ، كتاب الزهد والرقائق باب: المؤمن أمره كله خير(
Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: Ajaib sungguh urusan orang beriman. Sesungguhnya urusannya semuanya baik. Ini tidak berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika kesenangan datang kepadanya, dia bersyukur, itu baik untuk nya. Jika kesusahan menimpanya, dia sabar, itu jua baik untuk nya. [Sahih Muslim, Kitab az-Zuhud dan ar-Raqaiq, Bab Orang Beriman Urusannya Semua Baik ]
Sahabat,
renunglah hadis di bawah.
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، أَنَّ أَبَا سَلَمَةَ حَدَّثَهَا ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ :
Ummu Salamah r.a menceritakan bahawa Abu Salamah r.a menceritakan kepadanya bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصَابُ بِمُصِيبَةٍ ، فَيَفْزَعُ إِلَى مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ مِنْ قَوْلِهِ
Tidaklah seorang Islam ditimpa musibah, lalu dia terus melakukan apa yang Allah suruh iaitu dengan mengucapkan:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ عِنْدَكَ احْتَسَبْتُ مُصِيبَتِي فَأْجُرْنِي فِيهَا وَعُضْنِي مِنْهَا
"Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Nya kita kembali. Ya Allah, kepada Mu aku serahkan musibah yang menimpa ku, berilah aku ganjaran untuk nya, dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripadanya"
إِلَّا آجَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهَا وَعَاضَهُ خَيْرًا مِنْهَا
melainkan Allah akan memberi ganjaran kepadanya dan menggantikan dengan lebih baik daripada itu.
، قَالَتْ : فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ ، ذَكَرْتُ الَّذِي حَدَّثَنِي عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقُلْتُ : إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ عِنْدَكَ احْتَسَبْتُ مُصِيبَتِي هَذِهِ فَأْجُرْنِي عَلَيْهَا ،
Ummu Salamah r.a berkata: Apabila Abu Salamah meninggal dunia, aku teringat kepada apa yang dia ceritakan kepada ku daripada Rasulullah s.a.w, lalu aku terus membaca: "Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Nya kita kembali. Ya Allah, kepada Mu aku serahkan musibah yang menimpa ku, berilah aku ganjaran untuk nya"
فَإِذَا أَرَدْتُ أَنْ أَقُولَ : وَعِضْنِي خَيْرًا مِنْهَا ، قُلْتُ فِي نَفْسِي : أُعَاضُ خَيْرًا مِنْ أَبِي سَلَمَةَ ، ثُمَّ قُلْتُهَا ، فَعَاضَنِي اللَّهُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَآجَرَنِي فِي مُصِيبَتِي .
Apabila aku ingin membaca: Gantikan aku yang lebih baik daripadanya, aku berbisik kepada diri ku: Adakah ada pengganti yang lebih baik daripada Abu Salamah. Tetapi aku terus membacanya, lalu Allah s.w.t memberikan ganti Muhammad s.a.w kepada ku, dan memberi pahala untuk musibah yang menimpa diri ku. [Sunan Ibnu Majah : 1587]

________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services