Friday, March 28, 2014

Kassim Ahmad menolak hadis..


Sama ada Kassim Ahmad hanya meragui sebahagian daripada hadith, meragui proses pengumpulan hadith atau menolak hadith sepenuhnya bukanlah isu pokok, malah ia satu hujah batil untuk membela beliau.

Sebahagian daripada skeptisisme Kassim Ahmad tentang hadith bersangkut-paut perkara teras dalam akidah dan ibadah, termasuk kedudukan Rasulullah saw dalam syahadah serta peranan hadith sebagai sumber syariat. Kassim Ahmad juga menolak konsep aurat, peranan Ulama serta tafsiran nas Al Quran melalui manhaj Sunnah. Skeptisisme ini disebarkan kepada orang awam.

Walaupun pemikiran jenis Kassim Ahmad ini tidak sepopular dahulu, ia sebenarnya telah membenihkan spin-off seperti aliran Islam liberal di Malaysia. Asas ajaran sebegini termasuklah penolakan manhaj para Sahabat r.a. (yang dianggap projek 'Arabisasi' atau primitif). Tidak hairanlah NGO utama Islam liberal di Malaysia sedang galak memprotes tindakan terhadap Kassim Ahmad dengan bantuan media seperti Malaysian Insider & Malaysiakini. Kassim Ahmad ikon mereka.

Tindakan terhadap Kassim Ahmad adalah perlu sebagai usaha praktikal cegah-mungkar setelah hampir berdozen fatwa dikeluarkan beserta hujah, wacana dan debat sejak 1980-an. Ada khilaf dalam agama yang diuruskan dengan hujah. Kes Kassim Ahmad walau bagaimanapun bukan melibatkan persoalan khilaf hukum. Bukan juga berkaitan persoalan ranting dalam agama. Aliran Kassim Ahmad merosakkan pemikiran masyarakat tentang kedudukan Sunnah dalam agama serta sikap orang awam terhadap Rasulullah saw sebagai model ikutan, penentu hukum serta penjelas Al Quran.

Maka ideologi seperti Kassim Ahmad selayaknya disekat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan hujah 
dan kuasa.

~ Ahmad Farami

------------------------------------------------------------------

 

Friday, March 28, 2014

KASSIM AHMAD: THE DANGER OF THE 2P APPROACH

By Dr Chandra Muzaffar

 2p: punishment and prohibition

It is a pity that religious authorities in Malaysia are once again adopting a punitive approach in dealing with the well-known Malaysian writer, Kassim Ahmad. He was charged in the Syariah High Court in Putrajaya yesterday (27 March 2014) with “disparaging Islam” and “failure to abide by the religious authorities’ instructions” at a seminar in the city in the middle of February this year. The paper Kassim presented at the seminar is allegedly the basis for the charges against him.

It will be recalled that in the eighties and nineties the religious authorities had also used the law and fatwas (religious opinions) against Kassim.

It would have been much better if bodies such as JAWI (the Islamic Department of the Federal Territory) and JAKIM (the Department of Islamic Development, Malaysia) had chosen to discuss what they deem to be Kassim’s “deviant” views with him in a rational manner. After all, Kassim had agreed on 22 February 2014 to meet with officials from JAKIM for a discussion.

It is discussion and dialogue --- not punishment and prohibition --- which should be the guiding principle of our religious bureaucrats. The 2P approach associated with the religious bureaucracy in Malaysia and certain other countries has inhibited the growth of a more dynamic and progressive understanding of Islam. It runs counter to the true character of Islam as a faith that cherishes thought and reflection. Indeed, reflection upon nature, social realities and the human physiology itself is encouraged in Islam as one of the conduits through which one strengthens faith in God.

It is thinking and reflection that Kassim is committed to. I recognise this even though I do not agree with some of his writings and pronouncements. Some of the issues involved may be fundamental to the faith; others may not be at the core of Islam. Those that are not, should be viewed as differences in interpretation which are part and parcel of any belief-system. Differences of this sort, according to a saying of the Prophet (Hadith), are a divine blessing.

Acceptance of differences is a vital pre-requisite for the intellectual development of the Ummah (Muslim world). Religious bureaucrats who are unwilling to accept differences in viewpoints often see themselves as the sole arbiters of the truth. Anyone who seeks to establish a monopoly over the truth is a danger to society!

Dr. Chandra Muzaffar,
Chairman, Board of Trustees, Yayasan 1Malaysia.
Petaling Jaya.
28 March 2014.   

Yayasan 1Malaysia welcomes feedback. 

Thursday, March 27, 2014

Laluan Terowong Rahsia

 

 just to know...

 

Laluan Terowong Rahsia Di Putrajaya Terbongkar? 

 


1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

2. Susah hendak percaya? tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.


3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.

4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu “Keluar” atau “Kecemasan”, untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.

5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.

6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.

7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta “basement”, paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.

8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.

9. Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya.

10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan.

11.Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit.

12.Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.

13.Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.

14.Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat.

15.Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan.

16.Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.

17.Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya.

18.Beliau mencabar saya satu perkara…”Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.

19.Memang hebat Putrajaya…visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.

20.Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.

21.Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya.

22.Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orangramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad.

23.Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.

24.Kepada pembaca…tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan.

25.Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda…ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya.

26.Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar.

27.Kebangkitan akan bermula dari sini… ~isupanaz/militaryofmalaysia

Slogan ‘Freedom’ IIIuminati Senjata Baru Tumbangkan Kerajaan

 



Slogan-slogan itu diciptai oleh pemilik bank antarabangsa sebagai senjata politik untuk mencapai matlamat New World Order (NWO).
“Apabila mereka berakidah ‘Humanisme’, mereka kata, Tuhan tidak ada, yang penting ‘demokrasi’. Sistem yang berteraskan atas sistem bank ribawi, bursa saham menyerupai ‘kasino global’. Ia seakan-akan menjadi enjin untuk pembangunan negara. Enjin ini boleh jadi sakit, boleh meletup seperti yang sedang berlaku sekarang di Eropah dan di Amerika. Cuma kali ini mungkin natijahnya akan melahirkan pentadbir ekonomi dunia yang centralised“.
“Jadi, demokrasi yang berakar umbi kepada sistem bank ribawi ini membolehkan negara besar yang kaya menindas negara miskin melalui sistem bank ribawi. Contoh yang ketara ialah pertubuhan IMF. Pemiliknya seperti George Soros mencari peluang untuk memainkan sistem kewangan negara yang tidak mengawal sistem kewangannya dengan baik.
Sistem bank ribawi ini akan membawa kewujudan jurang perbezaan yang semakin besar antara kelas kaya dan kelas yang tidak berada. Orang kaya bertambah kaya dan orang miskin semakin miskin. Inilah punca masalah yang sebenar yang perlu dibetulkan bukan menukar pemerintah. Yang lebih dahsyat lagi ialah penyusunan semula dalam rancangan ‘NWO’ Zionis. Mereka ingin menghapuskan kelas pertengahan!
“Supaya ada tiga golongan kelas sahaja seperti dalam negara Komunis iaitu ‘Pemerintah’(Banksters), ‘pekerja’ dan ‘tentera’. Itulah maksud sebenar Orde Baru Dunia. Nama ringkasnya NWO yang ditulis dalam rancangan ‘Protokol’ mereka pada tahun 1776 di Bavaria, Germany.
Ikutilah wawancara AIDC bersama Dr Sulaiman Noordin, 22 November untuk memahami persoalan ini.


Teruskan mermbaca di..sini

Wednesday, March 26, 2014

Pasca UPR ke 2: Ancaman Lagi Besar Sedang Mendatang

UPR-sesiMalaysie

Sesi Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Mazlan Muhammad, wakil tetap Malaysia di PBB di Geneva
Bersedialah kita semua. Dari sesi Final Adoption UPR di Geneva petang semalam ianya jelas yang amat ketara – bahawa Malaysia dan umat Islam di Tanah Air ini menjadi SASARAN yang sedang diSERANG bertubi-tubi oleh musuh-musuh Islam.

Apabila sesi dibuka untuk NGO-NGO bersuara, beraturlah satu demi satu mereka mula menghentam Malaysia dengan isu-isu yang mereka semua sepakati dan ulangi berkali-kali (semacam sudah tidak ada modal lain).

Hampir kesemua mereka asyik menekan dan mengulangi:
1. Beri kebebasan untuk orang Melayu MURTAD
2. Benarkan seks songsang LGBTIQ
3. Tuntutan untuk orang Kristian guna kalimah Allah
4. Persoal kenapa SUNNI sahaja dibenarkan dan kenapa halang Syiah
5. Hampir setiap NGO luar ini senada hentam NGO-NGO Islam yang berkempen bantah tuntutan melampau COMANGO.
6. Dan tidak kurang juga mereka menCAMPURI urusan kehakiman serta mempolitikkan medan PBB untuk tuntut bebaskan Anwar dan Karpal Singh yang telah dijatuhi hukuman baru-baru ini. Apakah ketelusan yang mereka laungkan?

UPR-sesiNGO

Dapat dilihat betapa banyaknya NGO-NGO luar negara yang sibuk mencampuri hal ehwal Tanah Air kita

Kenapa Malaysia diASAK dan diTEKAN begitu sekali? Dalam sesi-sesi negara lain tidak banyak NGO yang bersuara – dan selalu masih ada masa lebih hinggakan sesi negara-negara lain selesai awal. Apabila giliran Malaysia, terdapat 11 NGO luar yang cuba mencampuri urusan Tanah Air kita hinggakan masa diberi tidak cukup dan terpaksa pengerusi sidang menghentikan. Yang menariknya ketika itu terdapat seorang ahli politik Malaysia yang sibuk mengatur NGO-NGO barat ini.

Sesi Malaysia boleh dikatakan sesi yang paling panjang (selain China). Ada 2-3 negara lain yang melebihi masa sesi Malaysia tetapi ianya kerana wakil kerajaan mereka sendiri yang bercakap terlalu lama.
Selain Malaysia, hanya negara China sahaja yang benar-benar turut menjadi sasaran negara barat dan NGO-NGO mereka kerana dilihat China sebagai suatu kuasa besar yang bakal mengugat barat dalam masa yang terdekat. Wakil kerajaan China dengan berani dan lantang menghentam NGO-NGO ini yang tidak memahami dan mengikuti undang-undang China.

Maka kita semestinya sedar bahawa ada AGENDA BESAR dari anasir-anasir luar dengan DANA yang begitu besar. Mereka semua sepakat. NGO-NGO luar dan mendapat upah ini mempunyai matlamat yang jelas mahu menyekat umat Islam dari HAK ASASI ORANG ISLAM atas nama Hak Asasi Manusia.

Bagi kita umat Islam berSIAPlah. Ancaman ini pasti tiba. Selamatkan aqidah anak cucu kita.
Patut baca juga di sini … persamaan NGO-NGO utama di belakang COMANGO dan BERSIH adalah sama – Musuh-musuh Islam, Mereka Bersatu
*****************
~

BONGKAR !!! Tragedi MH370 permainan Dajjal? Saksikan kronologi...

BONGKAR !!! Tragedi MH370 permainan Dajjal? Saksikan kronologi...

Kronologi:
1. China membeli sistem kawalan pesawat tanpa pemandu - DRONE dari Pejuang Taliban yang dirampas di Afghanistan milik Amerika.
2. 8 saintis China datang berunding dengan Taliban dan menyimpan kargo seberat 20 tan di kedutaan China di Kuala Lumpur.
3. China dalam melepasi kawalan dan kecurigaan melebelkan kargo sebagai "Buah Manggis" dan menggunakan pesawat MAS sebagai transportasi utama untuk dibawa ke Beijing, China.
4. Kargo telah dikenalpasti oleh agen US dan Israel maka bermulalah operasi sulit dengan Amerika menggunakan pesawat AWAC untuk memintas pesawat MH370 dan menerbangkannya secara kawalan jauh ke Maldives untuk mengisi minyak dan seterusnya ke Diego Garcia untuk keluarkan kargo dan kotak hitam.
5. MH370 diterbangkan semula dan dihempaskan di Lautan Hindi Selantan.
6. Setelah hampir 3 minggu, Australia umumkan terjumpa gambaran setelit MH370 yang juga belum disahkan.
7. Malaysia, MAS, penumpang/anak kapal jadi mangsa dan pilot/co-pilot jadi kambing hitam.

Note:
1. Masa yang panjang buat searching di Laut China Selatan
2. China sungguh2 menolong demi kargo
3. Last minit baru US masuk tolong sungguh2
4. All the sudden Australia tolong
5. Freescale staff ke China for newly built chips
6. Urgyur saintis expert in Aeroplane Engine

Addendum:
1. Worldwide Israel Embassy tutup kedai dgn alasan takda duit
2. After 9-11, all newly plane ada function remote fly from control center to curb hijack and terrorist. 


Sumber fb.

-------------------------------
artikel berkaitan

 http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140318/lu_01/MH370-terlibat-komplot-rahsia

Russia pelik apabila pesawat Malaysia Airlines dialihkan tentera...

 

 

BONGKAR !!! Russia pelik apabila pesawat Malaysia Airlines dialihkan tentera...



Russia “Hairan” Bagaimana Pesawat Malaysia Airlines “Ditangkap” Oleh Tentera Laut Amerika
  Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi
Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"
 
Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.

Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi...

Tuan2 Boleh baca..nak percaya timbang2 sendiri..

Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi. Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.....

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:

Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. 


Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.

Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).



Khalifah Ukhrawi Duniawi