Pages

Thursday, July 1, 2010

Cinta sms

Ini adalah petikan sms yang telah dipanjangkan short term supaya lebih mudah difahami. Struktur ayat tidak di ubah.

Salam, saya nak tanya sesuatu, apa keburukan cinta sms?

Erm, saya ada satu kisah berkenaan cinta sms, saya cuma nak tanya pendapat awak…

Gadis ni tak pernah bercinta, nak kata bergaul dengan lelaki pun tak sangat, kira dia sangat menjaga diri..dia ada perasaan ingin bercinta tapi dalam masa yang sama dia belum bersedia.. 1 hari dia berkenalan dengan seorang lelaki dalam sms. Lelaki tu salah nombor. Disebabkan dalam sms je dia tak kisah sangat, dalam masa 2 bulan berkawan dalam sms lelaki tu terpikat dengan gadis tersebut sebab cara dan sikap gadis itu..Gadis tu ada juga perasaan suka tapi dalam masa yang sama dia belum bersedia hendak bercinta.

Sepanjang 2 bulan berkawan memang masing-masing tidak kenal wajah masing-masing jadi si gadis tak nak lah macam tu sebab dalam Islam sendiri wajah tu penting maka gadis tu pun send gambarnya pada lelaki tersebut bukan kerana niat lain tetapi kerana mahu si lelaki mengenalinya tapi yang sebaliknya berlaku lelaki tersebut tak memberi gambarnya..si gadis percaya pada lelaki tu jadi hampir setahun mereka bercinta dalam sms tanpa si gadis mengetahui wajah lelaki itu..

Si lelaki ada mengajak berjumpa tetapi si gadis tidak mahu kerana bimbang sebab si lelaki hanya mahu jumpa berdua tanpa ditemani sesiapa..macam2 syarat yang dikenakan si gadis untuk si lelaki, pada mulanya si lelaki banyak merayu untuk berjumpa tapi si gadis tak mahu sebab dalam Islam tidak elok lelaki dan perempuan berdua-duaan lagi-lagi baru kali pertama ingin berjumpa.

Pada mulanya si gadis tak kisah tak dapat melihat wajah si lelaki kerana bimbangkan dirinya tapi apabila dekat setahun perasaan ingin berjumpa lelaki tu makin membuak tapi lelaki tu pula tak mahu berjumpa si gadis..dia sedih tapi masih mahu meneruskan hubungan dengan lelaki tersebut, si gadis sangat percaya padanya sehinggakan hatinya tak terbuka pada mana-mana lelaki lain kerana lepas si gadis habis belajar mereka berjanji akan berkahwin.. si gadis tak kisah tak dapat berjumpa tapi sekurang-kurangnya dapatlah melihat wajah si lelaki…

Si gadis ada juga tanya pendapat kawan-kawannya dan kebanyakannya menyuruhya memutuskan hubungan tersebut tapi si gadis tak sampai hati..si gadis dan si lelaki sangat berbeza kerana pada permulaan kawan si lelaki pernah bagitahunya “tak pernah jumpa wanita seperti awak zaman sekarang”. Si lelaki terpikat dengan keperibadian si gadis tersebut..si gadis menjadi setia kerana itu cinta pertamanya, si gadis juga banyak membimbing si lelaki terutama dalam hal-hal agama.

Awak fahamkan kisah ni nanti awak bagilah pendapat ya.

Ni citer betul..

Saya Cuma nak tanya 1 soalan dari citer tu samada si gadis perlu memutuskan hubungan itu atau meneruskannya? Ini email saya<>

Saya malu nak kata itu diri saya tapi entahlah tiba2 saya rasa nak Tanya pendapat awak pulak sebagai lelaki..tima kasih banyak2, hujung bulan ni saya berhenti kerja.

INi adalah jawapan yang diberikan oleh zikri kepada gadis tersebut.

Assalamualaikum,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Ya Allah, kau kuatkan iman aku dalam menghadapi dunia ini dan jauhkan aku dari bisikan syaitan yang direjam.

Baiklah, saya telah terima dan baca dengan teliti cerita yang panjang lebar. Cerita tadi adalah cerita dari SMS yang awak kirim tanpa mengubah struktur dan makna ayat. Cerita yang ditulis dalam SMS tempoh hari terlalu disingkat-singkatkan perkataan sehingga tak berapa sesuaijika ditulis dengan menggunakan email.

Bismillah,

Pertama sekali, marilah kita lihat akan pesanan dan peringatan Allah dalam surah al-Isra’ ayat 32: Dan jangan kamu hampiri zina, kerana itulah suatu perbuatan yang buruk dan jalan yang keji.

Tidak dinafikan bahawa fitrah yang telah dijadikan Allah buat lelaki dan perempuan itu sifat sukakan jantina yang berlawanan dengannya. Dengan fitrah ini jugalah, lahirnya kita di muka bumi ini. Tetapi… bagaimana menyalurkan perasaan tadi agar ianya selari dengan kehendak Allah dan sesuai dengan tuntutan nabi?

Isu utama yang diutarakan pada saya ialah Cinta SMS. Begitulah yang dihadapi remaja sekarang, kecanggihan dunia teknologi menyebabkan saluran untuk meluahkan cinta tidak lagi hanya di atas kertas, tetapi internet dan SMS telah mengambil tugas tersebut. Suka untuk diingatkan bahawa segala perhubungan perkataan, perbuatan, telefon yang tidak membawa apa-apa manfaat dan kepentingan eloklah ditinggalkan.

Gadis itu ada perasaan suka…

Ya, memang betul. Semua orang tidak kisah yang berkopiah atau bertudung litup memang ada perasaan suka menyukai, tetapi bagaimana menyalurkan perasaan suka itu selari dengan tuntutan Islam?

Dalam masa yang sama, dia belum bersedia untuk bercinta…

Ya, kalau belum bersedia untuk bernikah dan bercinta, lupakan sahaja. Kenapa terbawa-bawa hingga setahun? Bukankah itu maknanya dah terjerat dengan cinta? Ya, cinta itu buta, tetapi memang ia akan membawa derita kalau buta hati untuk menilai apakah pasangan yang akan dijadikan teman hidup boleh membawa kebahagiaan atau kecelakaan rumah tangga.

si gadis tak nak lah macam tu sebab dalam Islam sendiri wajah tu penting

Bagus si gadis, mula memikirkan asas cinta berdasar Islam. Rasulallah juga meletakkan 4 perkara yang menjadi pilihan manusia bila memilih pasangan hidup. Pertama, limaliha( hartanya), lijamaliha(cantiknya), keturunannya dan liddiniha( agamanya), pilihlah yang beragama, selesai. Begitulah maksud hadis yang difahami oleh saya ketika mengahadiri ceramah seorang ustaz di sebuah masjid. Pilihlah yang beragama. Itulah factor terpenting yang diletak oleh Nabi. Jadi, kenapa hanya menilai muka dulu baru agama. Sepatutnya yang menjadi nilaian yang pertama adalah agamanya, bukan muka atau hartanya. Ok, mari saya bawa anda menilai prestasi agamanya. Ini tidak bermaksud merendah-rendahkan orang lain atau orang yang kurang ilmu agama. Ingat, kurang Ilmu agama dan kurang akhlak agama adalah satu perkara yang terlalu jauh bezanya.

maka gadis tu pun send gambarnya pada lelaki tersebut bukan kerana niat lain tetapi kerana mahu si lelaki mengenalinya tapi yang sebaliknya berlaku lelaki tersebut tak memberi gambarnya..

Gadis telah memberi gambarnya, ada 2 kemungkinan, sama ada si lelaki yang kemaruk hendak tengok wajah si gadis tadi atau si gadis dengan rela hati menyerahkan gambarnya pada si lelaki tersebut. Pada nilaian saya, ini pasti sudah berlaku persetujuan antara si gadis dan lelaki tersebut.

Penipuan siri 1: sudah bersetuju serah gambar, tapi sebelah pihak tak memberi gambar pula.

Mungkin buat kali pertama ditipu, si gadis masih rela hati menyerahkah jiwa dan perasaannya buat si lelaki memandangkan ini cinta SMS pertama. Lainlah kalau berkali-kali ditipu, mungkin pada saya si gadis ini tak mahu melayan lagi jenis lelaki seperti ini. Mungkin kata gadis ini, saya masih menunggu gambar awak.Mungkin awak akan berikan gambar tersebut bulan depan… rupanya bukan 4 atau 6 bulan menunggu gambar, hamper 12 bulan menunggu gambar. Ini sudah melampau!!!, kata saya sendiri.

Rayu-merayu: pada mulanya si lelaki banyak merayu untuk berjumpa tapi si gadis tak mahu sebab dalam Islam tidak elok lelaki dan perempuan berdua-duaan

Nampaknya si gadis gagal dalam rayuan menuntut gambar,manakala si lelaki gagal dalam rayuan untuk bertemu. Memang gila, nak berjumpa berdua-duaan. Dahlah si gadis bukan main baik akhlaknya(pada pandangan si lelaki tadi), kemudian nak berjumpa berdua-duaan. Di mana tempatnya tak diketahui. Saya sendiri pun tak setuju, apa jadi kalau cuba diini-inikan, cuba itu-itukan, ai..ini sudah lebih. Ini baru kali pertama nak berjumpa. Apa lagi kalau kali kedua dan kali ketiga, mungkin tidak lagi berdua-duaan tetapi tempat yang bertiga-tigaan iaitu dengan satu lagi makhluk yang kuat juga merayu manusia, syaitan.

Penipuan siri 2: setahun perasaan ingin berjumpa lelaki tu makin membuak tapi lelaki tu pula tak mahu berjumpa si gadis..dia sedih tapi masih mahu meneruskan hubungan dengan lelaki tersebut, si gadis sangat percaya padanya

Astaghfirullah, begitulah perempuan. Sifatnya lemah, lembut, gemalai macam kucing dan arnab. Bezanya, perempuan dikurnia akal dan badan yang membolehkannya melahirkan zuriat yang memakmurkan alam ini.

Mula-mula, lelaki yang nak bertemu, kemudian bila si gadis nak berjumpa, si lelaki pula tak nak berjumpa.Apa ke jadahnya lelaki seperti ini? Elok di hantar ke klinik psikiatrik dan diberi ubat-ubatan lazat di Hospital. Si gadis dah membuka ruang dan peluang untuk bertemu dan mungkin berunding berkenaan masa hadapan yang tidak lagi bergelumang dosa dan zina hati..tapi si lelaki masih tetap keras kepala. Kali ini si gadis telah bersedia menyerahkan masa dan tenaga untuk bertemu. Siap membuak-buak lagi. Fuh, romantic betul percintaan ini.

kerana lepas si gadis habis belajar mereka berjanji akan berkahwin.. si gadis tak kisah tak dapat berjumpa tapi sekurang-kurangnya dapatlah melihat wajah si lelaki…

Si gadis ini memang setia walau telah dikecewakan setelah ditipu 2 kali. Si lelaki ini memang beruntung, macam along Bukit Beruntung. Dahlah kuat menipu dan letak syarat tak munasabah nak berjumpa, pastu siap dapat persetujuan kahwin pulak bila si gadis dah abis belajar. Waduh-waduh. Untung-untung. Si gadis terus mengharap. Harap-mengharap. Tak lah dipastikan apakah harapannya menjadi kenyataan atau hanya memberi seksaan.

kebanyakannya menyuruhya memutuskan hubungan tersebut tapi si gadis tak sampai hati..si gadis dan si lelaki sangat berbeza kerana pada permulaan kawan si lelaki pernah bagitahunya “tak pernah jumpa wanita seperti awak zaman sekarang”.

Hanya minta pendapat kawan, cuba pergi Tanya mak ke, bapak ke, ustaz ke. Ok jugak. Tapi, saya agak pasti jawapannya tak ubah macam kebanyakan kawan awak putuskan, diorang putuskan, putuskan sahaja perhubungan. Apakan daya, si gadis tak mahu putus. Tak sampai hati.Si lelaki kata,” Tak pernah jumpa wanita seperti awak zaman sekarang.” Memang tak pernah jumpa pun! Tengok muka pun tak pernah!

Si lelaki terpikat dengan keperibadian si gadis tersebut..si gadis menjadi setia kerana itu cinta pertamanya, si gadis juga banyak membimbing si lelaki terutama dalam hal-hal agama.

Penipuan siri 3: Si lelaki terpikat dengan keperibadian si gadis tersebut. Betul ke terikat dengan SMS?Atau pun si gadis tadi memang pernah atau selalu berbual dengan telefon. Jadi, yang kena tipu kali ini bukan si gadis, tapi saya sendiri. Bagaimana untuk menilai peribadi dengan sms. Agaknya mungkin dengan mimpi maka menjelmalah wajah dan bentuk tubuh wanita tadi. Maka si lelaki dalam mimpi indahnya langsung terpikat dengan keperibadian si gadis itu. Atau pun, si lelaki tadi memang jenis kaki perempuan, pantang jumpa nombor telefon perempuan, terus dilayannya dan di ambil gambarnya. Kemudian entah apa terjadi dengan gambar perempuan tadi. Mungkin di cetak dan ditampal di dinding dan lebih teruk lagi di tampal di tandas. Si gadis tadi ada syer dosa terhadap apa sahaja yang berlaku setelah gambar diserah tanpa apa-apa bukti dan alasan yang kukuh.

Teringat saya dalam satu akhbar arus perdana. Sipeminta gambar akan menghubungi wanita-wanita pelayar internet setelah merakamkan aksi-aksi panas depan komputer menggunakan kamera komputer. Gambar tersebut dihantar kepada peminta gambar tersebut dengan menaruh harapan agar si peminta gambar tadi menghubungi wanita-wanita tadi kembali. Akhirnya, harapan tinggal kenangan. Gambar beraksi depan komputer dijual kepada pihak tertentu dengan harga tertentu dan disiarkan kepada media tertentu. Dahlah kena tipu, maruah tergadai.

gadis juga banyak membimbing si lelaki terutama dalam hal-hal agama

Belum lagi bernikah, si gadis dah banyak bimbing dalam hal-hal agama. Kalau dah nikah, bagaimana? Lagi berganda-ganda banyak yang perlu diajar. Tak tau nak digambarkan, bagaimanakah bentuk bimbingan yang diberikan. Lelaki tadi nampaknya macam tak terbimbing-bimbing pun. Sudahlah menipu, berjanji nak menikah tanpa mahu berjumpa secara halal bersama ahli keluarga. Inilah akibatnya apabila berpasangan tanpa ada panduan. Tinggalkan ajelah jika lelaki tadi tidak mahu berjumpa keluarga dan tidak mahu terus belajar membina keluarga yang penuh rahmat Allah taala.

Nak tahu nikah dengan selamat dan penuh rahmat?????

Hubungi saya di zicksi@yahoo.com

Satu Ummah!!, Mei 2009.

No comments:

Post a Comment