Pages

Saturday, July 17, 2010

Dijadikan seolah- olahnya sebuah kisah dongeng..


Isra dan Mikraj hanya kisah dongeng.......?


Assalamualaikum ...setelah Abu Talib dan Khadijah yang menjadi pelindung wafat kedudukan Rasulullah saw di Mekah semangkin terdesak dengan gangguan berterusan oleh pihak Kuraisy. Dalam kesedihan yang amat sangat, suatu malam pada tahun 621M ketika Rasulullah berada di rumah saudara sepupunya, Hindun Abu Talib, Baginda telah didatangi oleh Jibrail dengan diiringi Israfil lalu diISRAkan menaiki Buraq dari Masjidil-Haram ke Madinah, Bukit Tursina, Baitul-laham dan berakhir di Masjidil-Aqsa. Daripada Masjidil-Aqsa Rasulullah diMIKRAJkan ke langit dengan menaiki tangga yang diturunkan daripada Syurga ke Baitul-Makmur (betul-betul di atas Baitullah, Mekah), Sidratul-Muntaha, Mustawa, Sharirul-Aqlam, Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab bertemu dan berdailog dengan ALLAH swt.

Dalam MIKRAJ Rasulullah telah ditunjukan dengan berbagai peristiwa antaranya :

1. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

2. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

3. Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lyang bukan mahram.

Di Arsy, Allah swt telah memerintahkan umat Rasulullah untuk solat 50 kali sehari. Setelah berjumpa Nabi Musa, Rasulullah turun naik beberapa kali bertemu Allah swt untuk memohon mengurangkan jumlah solat sehingga berakhir dengan ketentuan solat 5 kali sehari. Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

Mungkinkah Isra dan Mikraj ini hanya kisah dongeng untuk sebahagian besar umat Islam. Kenapa tidak walaupun berbagai peringatan telah diberi tetapi umat Islam ramai yang tidak solat, tidak menutup rambut dan berzina sehingga berlaku kes buang bayi yang tidak terkawal tanpa rasa takut. Sedihnya apabila dengar komen seorang wanita “Saya belum bersedia pakai jilbab, insyallah saya akan pakai bila terbuka hati”.

Adakah Isra dan Mikraj hanya kisah dongeng untuk mereka ini?

Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Surah Al-Israa’: Ayat 1)

Moga tidak ada diantara kita semua yang menganggap hal ini sebagai dongeng.


No comments:

Post a Comment