IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga. Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Monday, August 2, 2010
Ramadan kau datang lagi,
Medan pertempuran jihad melawan nafsu,
Mujahadah lah...
Ramadan kau datang lagi
Sebagai rahmat kepada sekalian alam,
Redupnya pagi ramadan shahdunya malam yang hening,
Ramadan datang lagi,
Bersama roh sufi imarah rumah Mu bersama alunan ayat-ayat Mu
Tadarus dan terawih,
Ramadan datang lagi
Bersama taubat tulus insan berdosa,
Qiam sujud doa yang panjang,
Ramadan datang lagi bersama rindu yang qudus,
Insan-insan beriman pada malam seribu bulan,
Hadiah dari Ar-Rahim,
Ramadan karim,
Hadirkah aku? bersama rindu ini,
mengapai fajar Mu,
Menghiasi malam-malam penuh cinta dan rindu,
basah dengan hujan tangis..
Ramadan
Terimalah aku lagi dan taubat ku kerana
dosa-dosa ku mennggunung tinggi....
By:UMMU UMAIR..
No comments:
Post a Comment