Pages

Saturday, September 4, 2010

Bagaimana bolehjadi sampai begini.......

Promosi iklan "agama" 1 Malaysia menyambut Raya Syawal nanti..Video ini telah diupload oleh page rasmi TV3Malaysia di facebook sendiri dan kemudian link berkenaan telah dibuang akibat menerima banyak komen walupun pada awalnya ADMIN TV3 tersebut hanya buang komen yang mengkritik IKLAN berkenaan..

Kita tunggu adakah TV3 akan meminta maaf kepada seluruh muslim yang ada di Malaysia.. hal sebegini mana boleh buat main...siapa yang sebenarnya bertanggungjawab....

Berikut adalah sedikit ulasan oleh mereka yang suka mengkaji bab freemanson,iluminiti& sebagainya,yang sampaikan AJL lalu pun dibuatnya kupasan bagi setiap scene yg ada kaitan dgn elemen illuminati..kini dalam iklan raya umat Islam pula TV3 bawa untuk tatapan kita semua..Ntengok video then bacalah ulasan kat bawah ni..Pandai-pandai hangpa buat konklusi.........

Scene 1 -

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 -

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

SEE!! TULISAN JAWI TERBALIK!!


Scene 3 -

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


Scene 4 -

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.


Scene 5 -

Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 -

Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 -

Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Scene 8 -

Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism

2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.


Scene 9 -

Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.


Scene 10 -

Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin

2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah


Scene 11 -

Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab


Scene 12 -

Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).


CheguFadh:Aku taklah sampai tahap Yusrizan Usop tu punya fikiran nak kaitkan benda-benda macam tu,tapi yang bab krismas tu nampak sangatlah..Sedangkan mereka yang beragama Kristian pun tak mempunyai akidah Santa Claus wujud terbang sini sana bagi hadiah...Itu hanya simbolik mereka..Tapi ini berkaitan dengan sambutan perayaan UMAT ISLAM...Kita perlu tentang perkara ini dan mendesak AGAR TV3 bertaubat NASUHA...Di bulan puasa ni pun boleh buat ragam macam ni,macam manalah nak kata TV3 ni media utama rakyat..Kalau dah TV3 sendiri menyesatkan RAKYAT..

Pekerja,pembaca berita termasuk la si Farid Ridhuan semua orang Islam & melayu pula..

*Begitu dangkalkah ilmu tentang Islam mereka yang terlibat sehingga gambaran seperti ini dikatakan Islam ?...Or What actually happened.......(admin Darul Haris )
*Bila kesucian islam sebagai agama Langit sudah dicemari..maka itu bukan lagi islam.."janganlah kamu mencampurkan yang haq dengan yang batil.."..kena cari siapa yang bertanggung jawab ni...


2 comments:

  1. Kenapa Pulau Pinang dan ...yg dijadikan latar ?

    ReplyDelete
  2. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TV3tarikbalikiklanAidilfitri/Article
    TV3 tarik balik iklan Aidilfitri


    2010/09/06
    KUALA LUMPUR: TV3 menarik balik penyiaran iklan Aidilfitri yang disiarkan di stesen televisyen berkenaan selepas menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai.

    Sehubungan itu, pihak TV3 memohon maaf kepada penonton yang tersinggung dengan penyiaran iklan berkenaan.
    Tindakan ini diambil selepas mengambil kira maklum balas yang kami terima daripada penonton dan orang ramai. Kami menghargai maklum balas yang diterima itu.
    Dalam hal yang sama, beberapa langkah sedang dan akan diambil untuk mengelak perkara yang sama berulang, katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Iklan berkenaan yang pertama kali di siarkan pada 3 September lalu ditarik balik serta-merta selepas menerima pelbagai reaksi melalui emel dan SMS daripada penonton.

    Pihaknya turut berterima kasih kepada penonton yang sudi memberi maklum balas mengenai perkara berkenaan.

    ReplyDelete