Pages

Thursday, September 23, 2010

FALSAFAH EID AL FITRI




Assalamualaikum, wr wbr.

Pada kesempatan ini izinkan saya menyampaikan sedikit tazkirah agama bertajuk : FALSAFAH EID AL-FITRY :

1. Kalau Ramadhan membawa makna panas yang membakar. Ia dapat diartikan bulan Ramadhan sebagai bulan pembakaran dosa. Sungguh banyak hadis Nabi SAW yang menyebut tentang fadhilat atau kelebihan puasa dan qiyam Ramadhan sebagai penghapus dosa. Malahan terdapat hadis yang menyebut begitu berakhir Ramadhan maka kita bagaikan bayi yang baru dilahirkan ibu yakni suci dari dosa. Tentu saja ini hanya untuk mereka yang melakukan puasa dan qiyam atas dorongan IMANAN (imannya kepada Allah) dan IHTISABAN ( semata-mata mengharap ganjaran pahala dari Allah).

2. Eid Al-Fitry terdiri dari dua perkataan. Eid maknanya kembali sedangkan Al-Fitry pula membawa makna fitrah atau suci. Jadi ungkapan Eid Al-Fitry membawa makna Kembali Kepada Kesucian. Atas sebab itulah kita selalu mendengan ucapan : Minal 'Aaidin Wal Faaizin ( semoga kita termasuk ke dalam golongan yang kembali dan semoga kita termasuk ke dalam golongan yang berjaya ). Jadi siapa yang kembali kepada fitrah semula jadi maka dia layak mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

3. Makna kembali kepada Fitrah yang paling utama adalah kembali kepada fitrah agama. Fitrah Agama pula ialah segala yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya. Dengan kata lain asal usul agama Islam ialah segala yang datang dari Allah dan Rasul-Nya iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Sebagai contoh : Fitrah aqidah ialah Tauhid bukan syirik ; Fitrah dalam ibadat ialah ikut Sunnah Rasulullah bukan bid'ah ; Fitrah dalam akhlak adalah adil bukan zalim, amanah bukan khianat, berkata benar bukan dusta dan lain-lain. Oleh itu, bereidulfitry dalam kontek AGAMA mestilah kembalikan ajaran agama Islam yang kita anuti kepada sumbernya yang asal iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. bukan hanya ikut-ikutan atau bertaklid secara membuta tuli dengan adat istiadat atau tradisi nenek moyang.

4. Syawwal maknanya irtafa'a ( up grade ) atau peningkatan. Maksudnya : Setelah umat Islam melalui latihan demi latihan dalam Madrasah Ramadhaniah ( Sekolah Ramadhan ) selama satu bulan dengan penuh disiplin. Siangnya berpuasa dan malamnya qiyam. Segala anggota dapat dikawal daripada melakukan maksiat maka sangatlah memungkinkan jika diri seseorang menjadi lebih baik dan akan meningkatlah syakhsiah (jadi dirinya) dalam bulan Syawwal. Itulah sebabnya setelah Ramadhan lalu disambut dengan Syawwal. Oleh itu, adalah sangat bercanggah jika jutsru memasuki Syawwal langsung merudum atau merosot agamanya.

5. Pengingkatan yang dimaksudkan dari perkataan Syawwal bukanlah terbatas kepada kwantiti amalan tetapi lebih kepada kontinyuiti atau kesinambungan amalan. Peningkatan dalam ibadat puasa maksudnya kita perlu meneruskan budaya itu pada bulan Syawwal walaupun hanya enam hari, bukanlah mesti lebih daripada 30 hari. Tahajuud tidak semestinya lebih daripada 23 rakaat atau 11 rakaat ; membaca Al-Quran tidak semestinya melebihi 30 juz setiap bulan. Maksudnya : Amalan yang baik yang kita biasakan dalam Ramadhan perlu diteruskan walaupun dalam jumlah yang sedikit. Rasul SAW bersabda : Sesungguhnya Allah sangat menyukai amalan yang berkekalan walaupun ia dilakukan sedikit sedikit.

Cukuplah setakat ini dulu Tazkirah singkat untuk dijadikan sebagai bahan renungan dalam bulan Syawwal. Semoga berguna untuk kita semua. Mohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan.

Ustaz Dr. Abdullah Yasin,

No 62 Jalan Pauh Kijang ,
Kg. Malaysia Raya - Sg. Besi - KL
+6012 205 6040

No comments:

Post a Comment