Pages

Friday, October 22, 2010

Aku hanya insan biasa ....
























"Hidup ini suatu perjalanan ..mendaki, mendatar atau menurun....apa yang kita harapkan ialah ia secara keseluruhannnya menghasilkan suatu pendakian, walaupun sekejap kita di puncak ,..adakalanya kita di lurah,..dalam menuju kepuncak tertinggi.."

Sahabat,

Suatu masa dulu aku menjumpai satu cliché dari sebuah buku yang berbunyi “Ordinary efforts produce ordinary results”. Benar, kata hatiku. Kemudian aku menjadikannya sebagai poster yang berbunyi, “Ordinary efforts produce ordinary results for ordinary people. I am an ordinary person”. Ianya sering kulihat sehingga aku mengambilnya sebagai panduan dalam hidup.

Dalam sesuatu usaha, apabila hasil yang kudapati tidak sebaik yang diharapkan, aku lihat kembali kepada usaha yang telah kulakukan. Seringkali aku dapati ianya bertepatan dengan apa yang tersirat dalam maksud tulisan di dinding itu.

Pengalaman hidup telah mengajarku bahawa untuk menjana kejayaan, manusia perlu membuat dua usaha

Pertamanya, dia mesti bersungguh-sungguh dalam merancang dan melaksana gerak kerja ,

dan keduanya, dia juga perlu meningkatkan hubungan dengan Allah agar Tuhan yang Maha Pengasihani itu mendatangkan pertolonganNya.


Sahabat,

Aku hanya manusia biasa yang terpaksa berusaha lebih bagi mendapatkan keputusan yang baik. Kemampuanku pula sentiasa terbatas. Semasa muda dan bertenaga, aku kekurangan ilmu. Bila umur telah meningkat, walaupun kebolehan bertambah, tenaga pula semakin berkurang.

Mungkin engkau juga seperti aku – manusia biasa – yang bercita-cita untuk menghasilkan kejayaan yang besar dan luar biasa.

Jika benar, aku ingin mengajakmu berhenti seketika memikirkan langkah-langkah ke hadapan agar kita sama-sama mendapat kejayaan di dunia yang fana ini dan di akhirat yang kekal abadi.

Marilah kita bersama-sama membina hubungan erat dengan Tuhan yang Maha Penyayang supaya kita disayangi dan menjadi manusia “ luar biasa” yang sentiasa diiringai bantuan Yang Maha Esa.

Ingatlah sahabatku, sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa yang boleh menyesatkan dia. Ingatlah kepada peristiwa Badar, dan banyak lagi perkara ajaib yang telah berlaku dalam sejarah. Ayat 249 dari surah al-baqarah yang melakarkan kisah Talut dan pengikutnya, mengingatkan kita,

“… Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang yang sabar”. (al-Baqarah:249)

Ya, kita perlu yakin kerana kita ada kabel yang besar. Sahabatku, kabel besar itu nun di atas sana…

[Perindu Qasih Berminat dengan ayat yang akhir ‘kabel besar nun di atas sana..’. Sungguh lah jauh kabel besar itu. Bukan kah lebih baik jika kita yakin bahawa yang mampu beri pertolongan itu adalah yang tersangat hampir? ]
http://arshadahmad.wordpress.com/2010/10/06/buatmu-sahabat-24-%E2%80%93-aku-hanya-insan-biasa/

No comments:

Post a Comment