Pages

Wednesday, October 27, 2010

CINTA.....

Kecintaan hakiki ialah apabila seseorang itu mencintai Allah dan yang paling tinggi apabila kita juga merasakan dicintai Allah.
Ketika ada permasalahan, Allah beri jalan keluar, ketika ada hajat Allah sampaikan hajat kita, ketika ada kesusahan, Allah datangkan orang membantu kita.Orang yang telah merasakan bahawa Allah bersamanya akan menjadi orang yang berani menghadapi apa sahaja cabaran di dalam hidup.

Tajuk perbincangan kami malam ini mengenai “Cinta”, satu tajuk yang sesuai untuk anak-anak muda yang merupakan sasaran pada malam ini.

Setiap satu babak akan selangi dengan tayangan klip video dan nasyid ataupun nyayian nasihat dari artis jemputan.

Dato’ Bandar Shah Alam, beserta dengan Dr. Halimah, exco kerajaan Negeri Selangor turut hadir malam ini menyaksikan persembahan kami.

Fida banyak membahaskan mengenai pengalamannya mengenai “Cinta”dan saya membahaskan dari sudut Islam.


Kesimpulan yang dibuat ialah, kecintaan hakiki ialah apabila seseorang itu mencintai Allah dan yang paling tinggi apabila kita juga merasakan dicintai Allah.


Waktu bila?


Ketika ada permasalahan, Allah beri jalan keluar, ketika ada hajat Allah sampaikan hajat kita, ketika ada kesusahan, Allah datangkan orang membantu kita.


Orang yang telah merasakan bahawa Allah bersamanya akan menjadi orang yang berani menghadapi apa sahaja cabaran di dalam hidup.

Sumpah pendekar tidak takutkan mati, sumpah orang mukmin tidak takutkan hidup. Berani untuk hidup lebih hebat dari berani untuk mati.


Allah berfirman di dalam al-Quran.

Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka (di dalam hidup mereka), dan tidak (pula) mereka bersedih hati". (Surah al-Baqarah ayat 38)


Secara peribadi, majlis malam ini sangat bagus. Satu program agama dengan acuan multimedia, ia mendekatkan anak muda yang merasa berat untuk ke masjid.

InsyaAllah, MBSA akan menganjurkan ceramah Multimedia ini pada setiap bulan di ruangan terbuka di Shah Alam ini. Semoga usaha ini dapat diikuti oleh PBT( pihak berkuasa tempatan) tempat-tempat lain

Sumber : http://www.ustazamin.com/2010/10/diari-247-ulang-tahun-kesepuluh-mbsa.html

No comments:

Post a Comment