Pages

Tuesday, October 19, 2010

MURAQABAH Terhadap Allah


Sahabat yang dirahmati Allah,

Untuk menjadi Mukmin sejati, perlu kepada pengorbanan dan usaha-usaha yang berterusan, iaitu berkorban dan berusha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Muraqabah terhadap Allah s.w.t adalah sifat jiwa seorang Mukmin.

Ketika malaikat Jibril a.s. pada suatu kesempatan mengunjungi baginda Rasulullah s.a.w. , baginda menanyakan hal mengenai Islam, Iman dan Ihsan .Muraqabah adalah suatu jalan yang sangat berkaitan dengan Ihsan—ketika kita beribadah kepada Allah , seakan-akan kita melihat Dia. Walaupun kita tidak mampu melihat Dia; Dia pasti melihat kita. Ini adalah bentuk tarbiyah untuk menjadi Ihsan.

Seorang Mukmin yang bermuraqabah terhadap Allah akan sentiasa merasai dan yakin sepenuh hati bahawa Allah s.w.t mengawasi segala perjalanan hidupnya, perasaannya, bisikan hatinya samaada dia berseorangan atau bersama orang lain. Mukmin sejati yakin peristiwa di Padang Mahsyar tempat di hisap dengan seadil-adilnya segala amalan dan perbuatannya ketika di dunia ini. Perasaan takut, malu dan gementar untuk berhadapan di Mahkamah Allah s.w.t nanti membuatkan hati dan jiwanya sentiasa muraqabah terhadap Allah s.w.t.

Ingatlah ketika di sana nanti lidah menjadi kelu, giliran anggota lain yang akan berkata-kata mengeluarkan pengakuan dan saksi bagi semua perbuatan si tuan badan. Mata, telinga, tangan dan kaki , bumi yang dipijak, hari dan masa yang bejalan serta lainnya akan mengaku perbuatan itu dan ini. Ketika itu manusia akan terperangkap dengan perbuatan dosa kerana anggota badan sendiri tidak menyebelahinya. Terbongkarlah rahsianya!

Di tambah pula akan di tayangkan 'video clip' atau cctv Allah s.w.t. yang merakamkan 24 jam tidak berhenti-henti semua perbuatannya semasa di dunia.Ia tidak boleh berbohong dan berdalih. Semua ini akan menyingkap kekejiannya. Memalukan dan membawa segunung penyesalan kepadanya.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: "Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya:" Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"

Para sahabat menjawab:" Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya." Bumi akan berkata: 'Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Sahabat yang dimuliakan,

Orang yang muraqabah berperibadi tenang walau pun mendapat nikmat, pujian, atau menghadapi kesusahan, tohmahan dan seumpamanya. Dia merasa bimbang sekiranya kehilangan redha dan pertolongan dari Allah s.w.t.


Nabi s.a.w pernah berpesan yang bermaksud :

"Seorang Mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam Mukmin."

Maknanya , ketika dalam hati sesaorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan melakukan kesalahan. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai pengawasan Allah s.w.t. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah s.w.t melihat serta mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.


Hati orang Mukmin dan hati yang dapat muraqabah bersedia menerima tarbiyyah dan peringatan, kerana segala peringatan akan memandu seluruh anggata kita melakukan ketaatan.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermenfaat." (Surah al-A'laa, ayat 9).

Dengan saling memberi peringatan ini juga akan melahirkan perasaan takut untuk melakukan kesalahan terhadap Allah s.w.t seperti firmanNya yang bermaksud :

"Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran." (Surah al- A'laa, ayat 10).


Latihan paling utama ke arah mendidik hati yang hadir ialah menerusi ibadat solat. Apabila di dalam solat sesaorang itu merasai Allah s.w.t mengawasinya, maka ketika di luar solat atau di mana jua berada hatinya akan tetap muraqabah.


Nabi s.a.w di waktu malam banyak menghabiskan masa untuk bersolat tahajud, bermunajat, berdoa dan memohon ampun kehadrat Allah a.w.t. Contoh peribadi mulia ini semestinya menjadi pedoman dan amalan setiap para da'i untuk merapatkan hubungan dengan Allah s.w.t, mencari tenaga baru untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah.



Sayyidina Umar al- Khattab r.a berkata,

"Hisablah dirimu sebelum di hisab pada hari kiamat"

Setiap Mukmin perlu sentiasa muhasabah diri demi kebahagiaan masa hadapan.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang di usahakannya untuk hari esok (hari kiamat), dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan" (Surah ai- Hasyr ayat 18).


Kecemerlangan hidup manusia sebagai hamba Allah s.w.t adalah terletak kepada ketaatan pada perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, mematuhi tanpa soal Kitab Allah s.w.t dan sunnah NabiNya.


Nabi s.a.w bersabda maksudnya :

"Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah kematiannya, sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah s.w.t"

(Hadis Riwayat Imam at- Turmudzi)


Imam Mubarakfuri berkata :

"Orang yang lemah adalah bersambong dengan lemahnya ketaatan kepada Allah s.w.t dan selalu ikut hawa nafsunya tidak pernah minta ampun kepada Allah s.w.t bahkan selalu berangan-angan bahawa Allah s.w.t mengampunkan doas-dosanya"


Panjang angan-angan atau berangan-angan adalah satu sifat peribadi yang tidak di sukai oleh Nabi s.a.w, mereka-mereka yang memiliki sifat ini sebenarnya malas berusha, mengikut hawa nafsu dan terpengaruh dengan pujukan syaitan laknatullah.Setiap barang yang berharga perlu di bayar dengan harga yang mahal, kejayaan untuk mendapat sekeping ijazah perlu di sertakan dengan usaha yang gigih dan berterusan, begitu juga SYURGA ALLAH S.W.T, untuk memilikinya perlu pengorbanan, jihad yang berterusan, mujahadah,muraqabah dan muhasabah.Di dalam Syurga yang penoh nikmat dan rahmat hanya layak di duduki oleh mereka-mereka yang memiliki hati yang salim, hati yang bersih, hati yang ikhlas dan hati yang bebas daripada syrik kepada Allah s.w.t.


Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita menjauhkan diri kita daripada amalan dan perbuatan yang mendatangkan murka Allah s.w.t dan kita berusaha untuk beramal ibadah, amal soleh dan sentiasa memperbaruhi iman kita dan sentiasa bermuraqabah terhadp Allah s.w.t. Ingtlah! Sifat Allah s.w.t. Maha Melihat dan Maha Mendengar dan Dia sentiasa melihat dan memerhatikan diri kita dari tutur kata, perbuatan hinggakan niat-niat dihati yang tersembunyi semuanya dapat dilihat dan di dengar oleh Allah s.w.t.

Adakah kita tidak takut dan malu kepada Allah s.w.t sedangkan terlalu banyak nikmat dan rezeki yang telah Allah s.w.t kurnikan kepada kita? Adakah kita masih tidak mahu menjadi hamba-Nya yang bersyukur?


Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk sentiasa berdo'a kepada Allah s.w.t maksudnya :

" Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan do'a yang tidak di kabulkan"

(Hadis Riwayat Muslim)

by Abu Basyer October 19, 2010


1 comment:

  1. apa maksud "berangan-angan bahawa Allah s.w.t mengampunkan doas-dosanya"?..

    ReplyDelete