Pages

Sunday, October 24, 2010

Taubat..

TAUBAT


TAUBAT ialah kembali taat kepada ALLAH SWT dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah. Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak.

Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya AlLLAH SWT suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan."(Surah Al-Baqarah ayat 222)

FirmanNya lagi bermaksud: “Dan Dialah ALLAH yang menerima taubat daripada hamba-Nya yang bertaubat serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan. Dan Dia Maha Mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.

(Surah as-Syura ayat 25)

FirmanNya lagi yang bermaksud: "Dan tidakkah mereka orang-orang munafik memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak pula mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah ayat 126).

Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada ALLAH s.w.t mahupun dosa sesama manusia. Jika dosa itu berkaitan dngan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit. Sekirannya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya. Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit. Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam, digariskan cara-cara memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t :

  1. Menyesal, menginsafi & berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukannya
  2. Beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t
  3. Beramal kebajikan
  4. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
  5. Berdoa memohon kesejahteraan hidup di dunia & hari Akhirat

Sebab-sebab Allah menerima taubat

  1. Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
  2. Supaya hamba-Nya bersih daripada dosa dan memperoleh kebahagian di syurga kelak
  3. Supaya seseorang itu melakukan kebaikan dan mencegah dari kejahatan
  4. Orang yang bertaubat akan benci akan dosa-dosa lampaunya
  5. Orang yang bertaubat tidak akan mengulangi dosa-dosa lampaunya
  6. Hanya Allah s.w.t sahaja yang berhak mengampuni dosa hamba-Nya.

Tujuan taubat

  1. Diri suci dari dosa terutama pada hari perhitungan di akhirat kelak
  2. Ibadat yang dilakukan diterima Allah s.w.t.
  3. Dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna
  4. Mendapat balasan yang baik pada hari akhirat
  5. Mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t.
  6. Jiwa dan perasaan tenang
by Muslim Thought

No comments:

Post a Comment