Pages

Monday, November 15, 2010

Hukum Memindahkan Korban




Fadhilatul Imam Al-Faqih Samahatus Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin rahimahullah pernah ditanya:


“Wahai Fadhilatus Syeikh, apa hukum membahagikan daging akikah dan mengeluarkannya keluar daerah, perlu diketahui bahawa penduduk daerah tersebut tidak memerlukan kepada daging akikah tersebut?”


Beliau menjawab:

“Dengan kesempatan adanya pertanyaan seperti ini, saya ingin menjelaskan kepada saudara-saudaraku yang hadir dan yang mendengar, bahawasanya bukanlah yang dimaksud dari menyembelih ‘nusuk’ (sembelihan ibadah - pent) baik untuk akikah atau udhiah (haiwan korban) adalah dagingnya atau memanfaatkan dagingnya. Masalah ini nombor dua, yang dimaksud dengan hal tersebut adalah seseorang tadi bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Ta’ala dengan sembelihannya, ini yang paling penting, adapun dagingnya, Allah Ta’ala telah berfirman:

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Al-Hajj: 37)


Bila kita telah mengetahui hal ini, maka sangat jelas bagi kita kekeliruan orang-orang yang menyerahkan (mengirim wang supaya disembelihkan korban) atas nama mereka di tempat lain atau menyembelih haiwan akikah anak-anaknya di tempat lain, sebab bila mereka melakukan hal itu, maka terluput dari mereka perkara-perkara penting dari penyembelihan tersebut, bahkan luput dari mereka perkara terpenting dari nasikah (sembelihan) ini iaitu bertaqarrub kepada Allah Ta’ala dengan sembelihan.


Kamu sendiri tidak tahu orang yang menangani penyembelihannya, boleh jadi yang menanganinya adalah orang yang tidak solat, maka haiwan tersebut menjadi tidak halal, terkadang yang menanganinya adalah orang yang tidak baca basmalah, haiwan itu juga tidak halal, mungkin juga dia mempermainkannya dengan membeli haiwan yang tidak diterima (tidak memenuhi syarat haiwan korban atau akikah).


Maka termasuk kesalahan besar adalah mengeluarkan wang untuk membeli haiwan korban atau akikah di tempat lain.


Kita katakan: Sembelihlah haiwan-haiwan tersebut dengan tanganmu sendiri apabila engkau mampu atau dengan wakilmu, saksikan penyembelihannya supaya engkau merasa sedang bertaqarrub kepada Allah Ta’ala dengannya. Serta agar engkau dapat memakan sebahagian dagingnya kerana dianjurkan untuk memakannya.

Allah Ta’ala berfirman:

لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (Al-Hajj: 28)



Banyak para ulama yang mewajibkan seseorang untuk memakan setiap haiwan nasikah yang dia sembelih sebagai rasa taqarrub kepada Allah ta’ala, seperti Al-Hadyu, akikah dan yang lainnya, apakah mungkin dia memakan sebahagiannya dalam keadaan (disembelih) di tempat yang jauh? tentu tidak mungkin.


Bila engkau hendak memberi kemanfaatan kepada saudara-saudaramu di tempat yang jauh kirimkan sahaja wang, pakaian, makanan kepada mereka, namun bila engkau hendak memindahkan salah satu dari syiar-syiar Islam ke daerah lain, maka tidak syak lagi perkara ini adalah termasuk kebodohan.


Ya, saya yakin orang-orang yang berbuat seperti itu tidak menginginkan kecuali kebaikan, namun tidak setiap orang yang menginginkan kebaikan diberi taufik untuknya.


Bukankah engkau tahu bahawa Rasulullah salallahu’alaihi wassallam pernah mengutus dua orang lelaki untuk suatu keperluan, lalu datang waktu solat dalam keadaan mereka berdua tidak menjumpai air, kedua-duanya pun bertayammum lalu solat, kemudian dua orang tersebut (setelah itu) menjumpai air, yang satu berwuduk dan mengulangi solatnya, sementara yang satu lagi tidak mengulangi solatnya. Rasulullah salallahu’alaihi wassallam berkata kepada orang yang tidak mengulangi (solatnya): “Engkau sesuai dengan Sunnah.”



Orang yang mengulangi solatnya menghendaki dengannya kebaikan, maka genaplah niatnya dengan keinginan tadi, dia diberi pahala atas tindakan yang dia lakukan dengan ijtihadnya, namun dia menyelisihi Sunnah.

Oleh kerana itulah kalau ada orang yang mengulangi solat setelah dia mendengar bahawa yang sunnah adalah tidak mengulanginya, maka dia tidak dapat pahala, sedang orang tadi dapat pahala kerana dia tidak tahu bahawa (sebenarnya) yang sunnah adalah tidak mengulangi (solat).


Walhasil, tidak setiap yang orang yang menginginkan kebaikan diberi taufik untuknya. Saya beri tahu engkau dan saya berharap engkau memberi tahu orang-orang yang sampai kepadanya beritamu, bahawa tidakan ini adalah tidak benar.


Ya…. anggaplah, kalau permasalahannya adalah engkau akikah atau menyelamatkan orang-orang dari kelaparan, sementara mereka itu adalah Muslimin. Engkau hendaklah mengirimkan wang akikah (kepada mereka),

kami katakan:


“Mungkin tindakan tersebut lebih afdal sebab menyelamatkan kaum Muslimin dari kebinasaan adalah wajib, namun engkau jangan mengirimkan wang dengan keyakinan bahawa wang itu untuk akikah”.

( Lihat: Liqoat babil maftuh 2/58-59 pada liqo ke 23 cet. Darul Bashirah Iskadariyah – Mesir tanpa tahun)



Pada Rujukan yang sama 2/85-87, liqo ke 24, beliau juga ditanya:

”Wahai Fadhilatus Syeikh, apakah yang paling afdal di zaman sekarang ini menyerahkan haiwan korban ke negara-negara miskin atau pun disembelih di sini?”


Beliau Menjawab:

Semoga Allah memberkati engkau atas pertanyaan ini, ini adalah pertanyaan penting iaitu menyerahkan wang harga haiwan korban ke negara-negara miskin untuk di sembelih di sana, sebahagian orang melakukan perkara ini, lebih dari itu, bahkan membuat iklan di surat khabar atau selain surat kabar, menganjurkan orang untuk mengirim wang haiwan korrban ke negara lain. Tindakan ini pada umumnya terjadi kerana kebodohan tentang maksud maksud syariat dan kebodoahn tentang hukum-hukum syar’i.


Yang dimaksudkan dengan korban ada beberapa perkara (berikut):

1. Maksud pertama dengan korban adalah bertaqarrub kepada Allah ta’ala dengan menyembelih, sebab menyembelih adalah termasuk ibadah yang besar, bahkan digandingkan oleh Allah Ta’ala dengan solat

(dalam firman-Nya)

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah.” (Al-Kautsar: 2)


Allah Ta’ala juga berfirman:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, nusukku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’ám: 162)


Menurut pendapat yang mengatakan bahawa ‘Nusuk’ dalam ayat ini adalah sembelihan.

Menyembelih itu sendiri adalah ibadah, tidak mungkin – selamanya – engkau meraih (ibadah ini) bila engkau mengirim wang ke negara lain dan disembelih atas namamu –

Allah Ta’ala berfirman:

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi Ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.”(Al –Hajj: 37)


2. “Bila sesorang mengirimkannya ke negara lain, maka akan luput darinya penyebutan nama Allah atas sembelihannya:

Allah Ta’ala berfirman:


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ

“Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka…” (Al-Hajj: 34)


Allah jadikan penyebutan nama Allah, sebagai illah (alasan) penyembelihan yang disyariatkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Zikir ini akan luput darinya apabila dia tidak berada di sana. Ada kemungkinan yang menyembelihnya tidak menyebut nama Allah atasnya atau orang yang tidak solat atau orang itu tidak tahu sunnah penyembelihan.


3. Bila dia kirimkan ke luar maka luput darinya (anjuran) makan dari dagingnya.

Allah Ta’ala berfirman:

لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ



“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.”


Perintah makan dari daging sembelihan adalah wajib menurut pendapat banyak ulama. Bila engkau kirimkan keluar (negara), maka luput dari engkau usaha untuk menunaikan perintah ini, sama ada itu dikatakan wajib mahupun mustahab (sunnah).


4. Bila engkau kirimkan ke luar, maka akan menjadi samar (tidak kelihatan) syiar besar yang Allah Ta’ala jadikan di negeri-negeri muslimin sebagai ganti dari syiar besar yang Allah jadikan di Mekah.


Syiar yang di Mekah adalah menyembelih al-Hadyu, sementara di negeri-negeri muslimin adalah Udhiyah, Allah Ta’ala menjadikan syiar-syiar ini; menyembelih al-Hadyu di Mekah dan menyembelih Udhiyah di negeri-negeri lain, agar syiar-syiar ini ditegakkan di seluruh negerî-negeri Islam.

Oleh sebab itulah, Allah Ta’ala jadikan untuk orang yang hendak berkorban sesuatu dari kekhususan ihram seperti: tidak memotong rambut misalnya.” (yakni dari 1 Zulhijjah hingga dia menyembelih korbannya. - pent).


5. Kemungkinan syiar ini akan mati (nantinya) pada (generasi) putera-puteri kita, sebab bila engkau sembelih di rumah, maka seluruh keluarga akan merasakan berkorban, mereka merasa di atas ketaatan, namun bila engkau mengirimkan wang, maka siapa yang memberitahu mereka dengannya? Syiar ini pun luput.


Kami katakana: “Termasuk kesalahan yang jelas, dikirimkannya wang harga korban keluar negeri untuk disembelih di sana, sebab kemashlahatan-kemashlahatan tadi dan mungkin hal-hal lain akan luput dengan tindakan tersebut.”



6. Orang-orang (sekarang) memandang permasalahan korban hanya dengan pandangan alatan sajhaa iaitu memberi makan orang yang lapar, ini juga kemudharatan.


Allah Ta’ala berfirman:

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.”


Bila engkau ingin beribadah kepada Allah Ta’ala dengan korban dan memberi kemanfaatan kepada saudara-saudaramu muslimin, maka hendaklah engkau berkorban di negerimu dan kirimkan wang, makanan dan pakaian ke negeri-negeri lainnya, apa yang menghalangi engkau berbuat seperti ini?

Saya mengharapkan sekalian -Barakallahu fiikum- menjelaskan kepada orang-orang supaya mereka tidak mengirimkan wang harga korban mereka ke negara-negara lain. Namun mereka menyembelih di rumah-rumah mereka.


Tidak bertentangan dengan hal ini, Rasulullah salallahu’alaihi wassallam mewakilkan Ali bin Abi Talib untuk menyembelih Hadyu baginda atau baginda mengirimkan Hadyunya dari Madinah ke Mekah kerana pengirimannya dari Madinah ke Mekah adalah kemestian sebab tidak boleh menyembelih hadyu kecuali di Mekah, kalau disembelih di Madinah maka tidak lagi disebut Hadyu.


Adapun pewakilan Ali bin Abi Talib maka Rasulullah salallahu’alaihi wassallam mewakilkannya kepada Ali kerana beliau sibuk dengan urusan orang-orang, keperluan yang (membuat beliau) fokus untuk mereka. Walau demikian beliau memerintahkan agar mengambil sepotong daging dari masing-masing onta tersebut, dimasak di dalam periuk, lalu baginda memakan dagingnya dan meminum buahnya, baginda tidak membiarkan tanpa mengambilnya.


Maka yang kami harapkan -Barakallahu fiikum- semangat kamu dalam mengamalkan sunnah pada syiar yang dijadikan Allah Ta’ala sebagai gandingan solat ini, dengan tindakan ini engkau tidak terhalang untuk memberi kemanfaatan kepada saudara-saudaramu.


Kirimkan wangmu kepada mereka, bantu mereka dengan gambaran yang engkau anggap sesuai dengan syarat hal tersebut tidak atas nama satu syiar dari syiar-syiar Allah.


Sampai di sini selesai pertemuan kita, kita memohon kepada Allah agar menerima amal kita dan kamu semua sekalian, sehingga bertemu pada pertemuan akan datang. Insya-Allah.


(Lihat: Liqoat babil maftuh 2/85-87, liqo ke 24 cet. Darul Bashirah Iskadariyah – Mesir tanpa tahun, diterjemahkan Oleh Al-Ustaz Muhammad Afifuddin As-Sidawy)

Sumber: http://ulamasunnah.wordpress.com/2008/02/04/hukum-memindahkan-kurban/

No comments:

Post a Comment