Pages

Saturday, November 6, 2010

"SALAFI....." apa perlunya label-melabel...selesaikan dlm suasana persaudaraan...


Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara...maka buat Islahlah antara saudara-saudara kamu itu...
"Apa perlunya ada label melabel yang seolah-olahnya sudah menjadi
satu fenomena di kalangan umat Islam termasuklah mereka yang menasabkan diri mereka sebagai bermanhaj salaf...ianya cuma membangkitkandan memburukkan lagi "pemikiran Hizbiyyah" (minal lazina farraqu deenahum wa ka nu syiya'an kullu hizbin bima ladaihim farihuun )sedang kan Allah swt memerintahkan (an aqimu ad deena wala tatafarraquufihi )dan melarang berpecahbelah (wa'tasimu bihablillahi jamii'an wala tafarraqu )..kena sabar(wala tanaza'u fatafsyalu watazhaba riihukum fasbiru )..tolong menolong ke arak kebaktian dan taqwa dan jangan sebaliknya(wata'awanu 'alal birri wat taqwa wala ta'awanu alal ismi wal 'udwan ) dan menyuruh agar menaggapi satu samalain seumpama saudara (wa ku nu 'ibadallahi ikhwana )Jangan mengambil di kalangan manusia sebagai tuhan12 beserta Allah (wala nattakhiza ba'dhuna ba'dhan arbaaban min du nillah)...jangan mempersendakan satu samalain, memanggil dengan panggilan2 buruk (wala yaskhor qaumun 'an qaumin...)... jadi ke mana telah kita campakkan ayat2 Allah itu..?"


Manhaj Salaf...


Manhaj Salaf bukanlah "madzhab" (seperti madzhab fiqh) di mana seseorang itu mesti berpegang kepada pendapat-pendapat tertentu, sehinggakan jika seseorang tidak mengikut sesuatu pendapat tersebut, maka beliau telah "lari" dari manhaj Salaf ataupun "dipertikaikan" manhajnya ataupun "bukan lagi Salafi" ataupun "masybuhat".

Manhaj Salaf adalah manhaj ilmu. Manhaj yang berlandaskan ilmu dan adab.

Dan hak ilmu adalah untuk disampaikan. Dan kewajipan orang yang berilmu adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan ilmunya.



Ia bukanlah manhaj yang menghukum atau mencari-cari kesalahan orang lain.
Ia bukan juga manhaj yang menyisihkan diri dan menyelisihi orang lain.
Ia seharusnya manhaj yang menyatukan umat Muhammad shallAllahu 'alaihi wa sallam di bawah panji-panji La ilaha illAllah, Muhammad Rasulullah

[Sebagaimana yang dikata oleh ] Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:

"Ahlus Sunnah paling mengetahui haq (kebenaran) dan paling (bersikap) rahmah terhadap makhluk."


[ini pula sedikit tambahan penjelasan dari Ibn Shamsud-Deen dalam hal ini.........]
(Mohamed Farhan Mohamed Samsudin :)

.. Seringkali saya pesan kpd diri sy dn teman2, jgn jadikan manhaj salaf ibarat "madzhab fiqh". Manhaj salaf itu adalah manhaj ilmu, yakni cara kita menerima, memahami dan mengamalkan ilmu agama. Kalau khilaf dlm masalah fiqh itu dikatakan bertentangan dgn manhaj salaf, ini satu kenyataan yg karut. 4 imam mazhab pun khilaf, malah antara ibnu umar, ibnu mas'ud dan ibnu 'abbas pun ada khilaf, di mana ibnu umar biasanya mengambil pendekatan yg syadid manakala ibnu abbas ambil pendekatan yg ringan.
Malah, dlm pendekatan/kaedah fiqh pun 4 imam mazhab dan ulama lain khilaf, spt apakah diterima kaedah "istihsan", "masalih mursalah", "urf" sbg hujjah.

Imam Malik menerima kaedah istihsan sbg hujjah, yakni amal ahli madinah itu diterima sbg hujjah. Namun, Imam Syafie menolaknya atas alasan amal ahli madinah tdk dpt dijadikan hujjah krn para sahabah telah tersebar ke negara2 lain.


Hujjah yg digunakan Imam Syafie utk menolak Istihsan digunakan pula oleh Imam Ibn Hazm utk menolak Qiyas. Krn menurut beliau, segala ilmu agama pasti ada sandarannya drpd amal sahabah sehingga tdk perlu kpd Qiyas.

Manakala Imam Abu Hanifah amat bergantung kpd Qiyas krn kuatnya kekhuatiran penerimaan hadith dhaif/maudhu' dari kaum Syiah dan Khawarij yg meluas di Iraq. Makanya, beliau lebih rela berijtihad/qiyas berdasarkan hadith2 sahih yg beliau terima.

Manakala Imam Malik lebih cenderung berbalik kpd hadith dan kurang cenderung kpd qiyas.

Jadi permasalahan ini amat luas perbincangannya.

Wallahu a'lam
---------------------------------------

Pelbagai Jenis "Salafi"

Dalam perbincangan dengan Akh Faisal Ayub tentang bagaimana sebahagian masyarakat mudah menepis pandangan Dr Asri (mantan Mufti Perlis) hanya kerana beliau dilabel"Wahhabi", saya turut mengongsi pengalaman bagaimana saya sendiri menjadi mangsa stereotype Wahhabi hanya kerana saya menisbahkan diri kepada manhaj Salaf.

Pelbagai jenis salah-tanggapan yang perlu dihadapi. Namun, yang paling berat adalah tanggapan bahawa pengganas seperti Al-Qaeda dan JI adalah Wahhabi/Salafi (mungkin kerana ada di kalangan mereka yang mengaku demikian), lantas disamakan semua Salafi/Wahhabi seperti mereka (Al-Qaeda dan JI).

Ingin saya sarankan agar dibaca beberapa tulisan Ustaz Muhammad Haniff Hassan di laman Multiply beliau, di mana beliau pernah mengulas tentang pelbagai jenis "Salafi".


Berikut ini, saya adaptasikan dari apa yang beliau senaraikan berserta beberapa tambahan dari diri saya sendiri, berdasarkan pengamatan dan pemahaman diri saya yang kerdil ini:

1) Salafi-Jihadi: inilah militan-militan Islam seperti Al-Qaeda dan JI, juga kumpulan-kumpulan "Salafi" yang militan seperti di Somalia dan Algeria.

Adakalanya digelarkan juga ataupun terkait dengan "Salafi-Takfiri" yang mengkafirkan Muslimin lain yang tidak sependapat dengan mereka.


Antara dasar pegangan golongan ini adalah pemisahan "Tauhid al-Hakimiyyah" sebagai satu kategori dalam memahami Tauhid, yang menyebabkan mereka mengkafirkan ramai pemimpin Muslim.

2) Salafi-Takfiri: seperti penjelasan di atas.

3) Salafi-Ikhwani: istilah ini pertama kali saya dengar dari seorang akh di Malaysia. Mereka mengaku bermanhaj Salaf, namun kuat juga menyokong gerakan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna rahimahullah.


Ada yang menisbahkan Dr Asri kepada "Salafi-Ikhwani". Akan tetapi, saya secara peribadi tidak berani mengatakan sedemikian. Ini adalah kerana mengagumi gerakan Ikhwanul Muslimin dan perjuangannya tidak bererti menjadikan seseorang "bermanhaj Ikhwani" kerana ia perlu pada perincian.


Ada pula istilah "Salafi-Qutbi". Yakni mereka yang kuat terpengaruh dengan fahaman Sayyid Qutb. [Cendekiawan Barat, Karen Armstrong, ditukil di dalam buku "The Wahhabi Myth" sebagai berkata bahawa adalah kesilapan besar untuk menyifatkan pengganas Muslim sebagai Wahhabi. Beliau mengatakan adalah lebih wajar menyifatkan pengganas Muslim sebagai Qutbi kerana kuatnya pengaruh dari fahaman Sayyid Qutb. Wallahu a'lam.]


Pada pandangan saya, "Salafi-Qutbi" tergolong bersama "Salafi-Ikhwani", malah lebih condong kepada "Salafi-Jihadi". [Memang pelik kerana Sayyid Qutb tidak pernah dikenali sebagai seorang yang bermanhaj Salaf.]

4) Salafi-Saudi: mereka yang menisbahkan diri sebagai "Salafi" (atau bermanhaj Salaf) dan banyak merujuk kepada ulama-ulama Saudi.

5) Salafi-Jordani: mereka yang menisbahkan diri sebagai "Salafi" (atau bermanhaj Salaf) dan banyak merujuk kepada "Masyayikh Jordan" (yakni, murid-murid Syeikh al-Albani), seperti Syeikh Ali Hasan al-Halabi, Syeikh Salim 'Ied al-Hilali dan Syeikh Muhammad Musa Nasr hafizhahummullah.


Kadangkala mereka digelar "Albaniyyun" kerana "terikut" dengan manhaj/"madzhab" Syeikh al-Albani, walaupun murid-murid Syeikh al-Albani tidak pernah menisbahkan diri mereka sebagai "Albaniyyun".

Pernah dalam menukil kata-kata/fatwa Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah, Syeikh al-Albani rahimahullah berkata, "Akan tetapi, kami bukan Albaniyyun." Dan murid-muridnya pula menjawab, "Dan kami juga bukan Albaniyyun."
6) Salafi-Madkhali: mereka yang menisbahkan diri sebagai "Salafi" (atau bermanhaj Salaf) tetapi hakikatnya "mengidolakan" Syeikh Rabi' bin Hadi al-Madkhali hafizhahullah, sering merujuk kepada beliau dan beberapa syuyukh lain, terutama sekali dalam menghukum orang lain sebagai "bukan Salafi", "terkeluar dari manhaj", mempertikaikan manhaj orang lain.


Adapun Dr Tariq Ramadan pernah menghuraikan sendiri Salafi/Wahhabi sebagai:


a) Salafi: merujuk kepada mereka yang berfahaman tradisional, juga turut reformis seperti Syeikh Rasyid Ridha.

b) Wahhabi: merujuk kepada ulama-ulama Saudi seperti Syeikh Bin Baz dan Syeikh Utsaimin, juga Syeikh al-Albani.

c) Salafabi: merujuk kepada "gabungan" antara Salafi dan Wahhabi yang menghasilkan satu golongan sendiri yang mengambil haluan militan, yakni merujuk kepada Osama bin Laden, al-Qaeda dan kuncu-kuncunya.

Wallahu a'lam
Sumbr :http://fikrahibnshamsuddeen.blogspot.com/
-------------------------------
*"seharusnya label2 ini tidak dipaksakan kepada mana2 pehak..sehingga timbulnya persangkaan sesama sendiri...sehingga hancurnya penyatuan dan kekuatan ummat.
Imam2 Mazhab dulupun datang dari pelbagai latar belakang dan dengan guru yang berbeza
tapi semua itu tidak menyebabkan mereka berpecah belah, , ..."

No comments:

Post a Comment