Pages

Friday, December 24, 2010



GANYANG MALAYSIA SATU OPERASI MOSSAD ..!!??

Sejak lama dulu orang Melayu yang memang asal tinggal di Tanah Jawi (kemudian tukar nama Tanah Melayu kemudian tukar Malaya dan akhirnya sekarang ini Malaysia) menampakkan sifat kepimpinan yang tinggi. Orang Melayu juga sejak lama dulu menunjukkan sikap ketuanannya terhadap rantau Nusantara ini. Mereka menjadi tuan dan di hormati oleh sukukaum lain.

Sehingga hari ini jika orang Melayu pergi ke Sumatera (contohnya Medan) dan orang di Medan mengetahui identiti anda sebagai orang Melayu, biasanya mereka menghormati status Kemelayuan anda. Begitu juga Bandung. Namun pada masa ini kehormatan yang anda (orang Melayu) rasai mungkin sudah berbeza. Ini kerana telah ada rasa benci pada sekelompok penduduk di Indonesia terhadap Kemelayuan anda, atau lebih tepat lagi Ke Malaysia'an anda itu.

Sebagai orang Melayu Tok Wan sendiri merasa bangga. Bangga dengan cara kita berfikir dan bertindak. Kita (Melayu) berbeza dari bangsa lain di Nusantara maupun di dunia. Orang Acheh memihak kepada kita sejak dulu, begitu juga orang Bugis, Jawa dan banyak lagi suku-kaum di Nusantara ini.

Kehormatan yang semakin hilang ini di sebabkan media, terutama televisyen serta surat-khabar di Indonesia serta Singapura. Seperti kita semua maklum di Singapura terdapat ramai jutawan Indonesia yang menetap disana, sedangkan perusahaan mereka berada di Indonesia.

Terbaca sebuah tulisan dalam internet yang memaut hal-hal yang boleh memperkukuhkan kemormatan orang Malaysia terutamanya orang Melayu, di bawah ini di salin semula tulisan tersebut untuk anda semua baca. Ia menerangkan kenapa sebahagian rakyat Indonesia membenci Malaysia. Apa yang paling penting yang perlu kita ingat ialah CARA KITA BERFIKIR DAN BERTINDAK.

-----------------------------------------------------------------------

Ganyang Malaysia satu operasi MOSSAD

Be proud, stay airborne!!

Otak saya ligat dan tidak henti berfikir terutamanya semasa memandu berkenaan krisis Ganyang Malaysia yang sedang hangat dilaungkan Indonesia. Yang menyedihkan adalah sikap ˜ignorance" rakyat Malaysia sehingga ada yang masih sanggup untuk ke sana atas pelbagai urusan. ˜Kalau orang tak suka kepada kita, mengapa kita masih mahu bertandang ke rumahnya tapi, walau orang itu tidak suka pada kita, kalau mereka minta di beri makan, maka berilah, biarpun nanti, dengan tenaganya itu, akan dirompaknya kita kembali".

Dalam analisa pemikiran itu, tiba-tiba terlintas di benak fikiran saya bagaimana operasi Psy War yang dijalankan oleh intelligence tentera British MI6 dalam menjatuhkan Sukarno satu ketika dahulu adalah dengan memperalatkan media yang berpusat di Singapura. Mereka memulakan perang psikologi ini dengan menyiarkan berita di akhbar-akhbar Singapura yang Parti Komunis Indonesia telah mempengaruhi Sukarno dan akan membuat pembunuhan besar-besaran di Kota Jakarta.

Rakyat Indonesia yang sememangnya terkenal dengan sikap sembrono dan emosi melulu telah dimanipulasi dengan berita itu lalu bangkit menggulingkan Sukarno. Ianya dicetuskan oleh peristiwa G30 September 1965 iaitu pembunuhan 7 orang Jeneral Indonesia yang anti komunis.

Lalu Suharto muncul sebagai wira yang menyelamatkan bangsa Indonesia dari pengaruh komunis. 30 tahun kemudiannya, Suharto pula digulingkan dengan cara yang hina lantaran emosi melulu dan kurang wajar rakyatnya sendiri.

Pengajaran dari kisah itu, saya terfikir, adakah kempen Ganyang Malaysia sekarang ini adalah operasi Psy War MOSSAD yang berpusat di Singapura tanpa kita sedari ?. Bukankah media massa sekarang ini di kuasai oleh yahudi dan Discovery Channel itu sendiri adalah syarikat yahudi.

Tujuan Psy war MOSSAD dalam kempen Ganyang Malaysia ini adalah dengan memproksikan emosi dangkal dan sembrono rakyat Indonesia melalui manipulasi ke atas media sehingga menimbulkan peperangan antara dua Negara serumpun.

Sekiranya, Malaysia dan Indonesia berperang, maka akan musnahlah dua Negara Islam di rantau Asia tenggara. Tidak perlu lagi untuk mereka datang membawa bala tentera ke rantau ini. Cukup dengan melaga-lagakan dua Negara melalui rakyatnya.

Taktik yang digunakan adalah seperti kronologi berikut:

1. Menggunakan media untuk cetuskan konflik atas masalah yang sedia ada. Beberapa masalah antara Malaysia dan Indonesia berada di paras stabil sehinggalah Discovery Channel menunjukkan tarian pendet.

2. Uja media Indonesia untuk mengapi-apikan lagi cetusan konflik tersebut lantaran MOSSAD memahami emosi dangkal dan kurang rasional rakyat Indonesia. Media Indonesia pula seperti rakyatnya juga, ingin melariskan jualan akhbar dan meningkatkan penonton siaran akan mendapat hasil yang lumayan dengan berita sensasi tersebut.


3. Kepimpinan yang lemah dan kurang tegas dalam kedua-dua Negara itu akan memburukkan hubungan mesra rakyat antara kedua Negara. Tentera Indonesia menjadi sukar dikawal sepertimana yang terjadi di era Sukarno dan mula bertindak menceroboh dengan menuduh tentera Malaysia yang menceroboh. (Telah terjadi di Ambalat)

Rondaan tentera Malaysia yang dikatakan menceroboh

4. Sikap pasif dan tak ambil tahu rakyat Malaysia akan memanaskan lagi emosi Indonesia. Mereka akan menuduh Malaysia sebagai Negara yang tidak ambil peduli tentang perasaan marah jirannya.

5. sekiranya dahulu, TNI (Tentera Nasional Indonesia) di dukung oleh Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Indonesia, tetapi sekarang, TNI mempunyai tentera rakyat yang berjumlah 1.5 juta orang di bumi Malaysia sebagai tenaga kerja dan buruh.

TNI - Angkatan Darat

6. Tenaga kerja Indonesia ini akan menjadi ˜diversion" atau tipu helah TNI dalam operasi ketenteraannya dengan menimbulkan kekacauan dan rusuhan dalam Negara. Ketika PDRM yang hanya berkuatan 75,000 sibuk menjaga dan mengembalikan keamanan dalam negeri, serangan darat, laut dan udara boleh dilancarkan dari dua penjuru Malaysia.

7. ATM yang hanya berkekuatan 150,000 dgn berpaksikan pada elemen infrantri yang hanya berkekuatan lebih kurang 35,000 dan di bantu oleh askar wataniah lebih kurang 20,000 tidak mampu mengawal sempadan Negara yang luas.

8. Malaysia tidak akan dikalahkan tetapi Negara itu akan mengalami kemusnahan yang teruk menyebabkan ekonominya jatuh dan keupayaannya untuk membantu Palestin dihentikan.

9. Indonesia juga akan mengalami kejatuhan ekonomi yang kritikal akibat belanja perang dan mengalami kekacauan dalam negeri lantaran kebuluran dan inflasi yang kronik.

Beribu tentera dan rakyat kedua Negara serumpun ini akan terkorban. Kedua-dua Negara ini akan menjadi lemah dari segi ekonomi dan ketenteraan lalu memudahkan Negara lain yang mempunyai impian untuk mengambik kesempatan.

Israel mempunyai alasan yang kukuh dan wajar untuk melakukan operasi Psy War seperti itu kerana bangsa yahudi sememangnya amat marah dengan Malaysia lantaran sikap rakyat Malaysia yang begitu anti yahudi sedangkan jarak antara mereka amat jauh dan tidak ada kena mengena dari segi politik, ekonomi, diplomatik dan sejarah bangsa.

Mereka juga mempertikaikan, kenapa rakyat Malaysia yang kononnya membela bangsa Palestin tetapi hanya menyepikan diri atas penindasan yang dilakukan Thailand dan Filifina ke atas orang islam, penaklukan US ke atas Afgahanistan dan Iraq serta penindasan di Rusia. Bangsa yahudi mendakwa bahawa Palestin itu sememangnya adalah tanah asal bangsa mereka dan ianya memang benar dan telah dibicarakan dalam al quran(???). Untuk meneruskan penguasaan mereka, Malaysia dan Indonesia perlu dilemahkan.

Itulah kesimpulan hasil imaginasi yang dapat saya analisakan. Bunyinya agak menakutkan tetapi ianya menguja semangat juang saya. Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dan berfikir dengan waras lagi rasional.

--------------------------------------

by -Tok Wan 2

No comments:

Post a Comment