Pages

Wednesday, December 15, 2010


Mengenali Jamaah Islamiah Tulen

by Mariah Al-Haris , December 16, 2010

Dalam Dunia serba kompleks dan penuh penipuan dan pembohongan inii, sekurang-kurangnya kita perlu ada panduan asas atau logik yang benar (Kiraan kasar atau congak ) yang dapat membantu kita agar tidak mudah tertipu dan terpedaya dengan " bungkusan yang indah tapi di dalamnya berisi najis" atau sebaliknya " hitam-hitam si buah manggis.,di luar hitam di dalam puteh dan manis".

Dalam dunia pada hari ini terdapat banyak persatuan, jemaah, harakah, parti politik, dan badan badan NGO yang menggunakan nama Islam. Tetapi adakah mereka ini benar benar jemaah Islamiah tulen?

Contohnya tiba2 anda didatangi seseorang yang menawarkan kelas pengajian agama di rumah atau sebuah badan di Malaysia yang menggelar diri mereka Sisters In Islam (SIS) badan yang mengaku memperjuangkan hak hak wanita Muslim.

Sebenarnya kita boleh kenal tanda-tanda sesebuah badan atau jemaah itu jemaah Islamiah atau tidak melalui ciri ciri yang ada pada mereka.

Terdapat tand-tanda sesebuah badan atau jemaah itu bukan badan atau jemaah Islamiah, walaupun namanya jemaah Islamiah.

Di antaranya:

*Pemimpin dan pengikut nya tidak menitik beratkan soal ibadah. Contoh nya apabila kurang mengambil berat tentang solat ahli-ahli sama ada lahir mahu pun batin, waktunya mahupun disiplin solat jemaahnya.

*Ahli dan pemimpin nya kurang berakhlak.

*Terlalu kurang mempersoalkan tentang kesalahan dan dosa ahli dan pemimpin jemaah sendiri (muhasabah diri) tetapi banyak mempersoalkan kelemahan, kesalahan dan dosa pihak lain. Dan tidak menegur dan memperbetulkan apabila ada ahli atau pemimpin melakukan kesalahan.

*Pemimpin nya tidak di taati pengikut dan boleh di tukar ganti melalui undian.

*Dalam jemaah ada jemaah kecil, berpuak puak atau team team.

*Kurang perhubungan, tidak ada kasih sayang, tidak ada sefahaman, tidak ada bertolong tolongan dan tidak berkhidmah dalam tidak tanduk baik bersama ahli jemaah atau kepada umat Islam di luar.

*Tidak ada prorgam saperti program tarbiah khusus untuk ahli nya kecuali program-program berbentuk umum.

*Tidak ada khidmat masyarakat kecuali ceramah umum.

*Ahli nya tidak menyumbang dan tidak dapat bergantung kepada jemaah dalam segala aspek. Sebalik nya jemaah bergantung kepada sumbangan ahli.

*Tidak beroperasi dengan sendiri dan berdikari.

*Bersekutu dengan orang kafir, menagih dan mengharapkan bantuan dari mereka.

*Selalu sahaja berlaku krisis dalaman.

Mudah2an dengan garis panduan ini kita dapat mengenal dengan siapa patut kita hampiri dan dengan siapa atau kumpulan yang mana patut kita jauhi.

sumber :Tok Wan

No comments:

Post a Comment