Pages

Monday, January 24, 2011

Syiah Imamiyah Mazhab Yang Diiktiraf Oleh Islam?

Petikan Sumber Berita Syiah Imamiyah---
Berikutan-" penindasant " - erhadap Syiah Malaysia
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia: Syiah Imamiyah adalah sebuah Mazhab

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berikutan penindasan terhadap Syiah di negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia, Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi telah mengadakan pertemuan bersama pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) Abdul Ghani Shamsudin setelah Solat Jumaat (14-01-2010).

Hujjatul Islam Wahidi menerangkan harapan pengikut mazhab Syiah Imamiyah di seluruh dunia daripada para ulama, pensyarah universiti dan cendiakawan ialah membendung tidakan yang membawa risiko perpecahan di kalangan umat Islam. Perpaduan antara Mazhab dalam Islam merupakan topik yang penting untuk diketengahkan kepada masyarakat umum hari ini.

Hujjatul Islam Wahidi berkata para ulama dan ahli Fiqh Syiah sudah memberikan penjelasan terhadap pendirian sebenar mazhab mereka dan tersebarnya fitnah-fitnah baru-baru ini disebabkan kurang informasi yang tepat serta kemunculan konspirasi yang ingin menghancurkan Islam.

Syaikh Abdul Ghani Shamsudin selaku pemimpin SHURA menerangkan memang sudah wujud perancangan musuh yang ingin memusnahkan Islam dari dalam adalah bertentangan dengan pandangan umat Islam di Malaysia. Beliau menambah, "Empat Mazhab iaitu Imamiyah, Zaidiyah, Ibadhiyah dan Zahiriyah sudah diakui secara rasmi oleh umat Islam dan tidak ada sesiapa pun berhak mengkafirkan mereka".

Abdul Ghani berkata satu pendekatan dialog harus dilaksanakan supaya dapat membetulkan tanggapan umat Islam di waktu mendatang. Kata beliau lagi, "Memperbaharui pandangan dan meluruskan pendapat yang tidak sahih adalah satu kewajipan dalam agama".

"Iran merupakan sebuah negara yang sudah berjaya dalam perkara ini, dan ulama Iran tidak seperti di Malaysia, mereka ada pengaruh dan kekuatan yang sepatutnya di tengah masyarakat. Matlamat penjajah tidak mampu menghancurkan negara ini. Walau bagaimanapun ulama Islam di Malaysia membela Iran demi kekuatan agama ini dan penganutnya".

Pertemuan ini juga turut membincangkan kerjasama antara rakyat Iran dan Malaysia untuk mengasaskan sebuah institusi yang membincangkan masalah Tauhid dan Pendekatan Antara Mazhab. Mereka berdua turut bertukar-tukar fikiran tenang Seminar Perpaduan Umat Islam yang akan dianjurkan di Tehran nanti. [abna.ir]






-----------
Persoalannya..

Benarkah apa yang diutarakan oleh Ustaz Abd Ghani Shamsuddin ini atau ianya satu pandangan seorang yang silau dengan "pertunjukan " tentang hebatnya Syiah di Iran selepas Revolusi (sehingga berjaya menubuhkan kerajaan
...yang sudah tentunya atas perancangan Amerika di belakangnya ). Seolahnya menutup mata dan tidak mahu melihat realiti dari apa yang sebenarnya berlaku serta dari buku-buku yang ditulis oleh ulamak Shi'ah Imamiah sendiri (yang mudah diperolehi selepas revolusi )...barangkali inilah contoh ulamak malaysia yang pengikut Syi"ah sifatkan sebagai "Mursyid "mereka di Malaysia....

credit to : al Ahkam .net

No comments:

Post a Comment