Pages

Tuesday, February 15, 2011

MOHSEN NAMJOO CONCERT OFF

"sikap sensitif terhadap perkara-perkara yang berunsur mungkar oleh segolongan rakyat Malaysia (terutamanya Yb Zulkifli Nordin) telah mebuahkan pembatalan konsert penyanyi yang berasal dari iran - Mohsen Namjoo - yang dijadualkan di adakan pada
jumaat ini..."

KUALA LUMPUR, Feb 14 (Bernama) -- The concert by Iranian singer Mohsen Namjoo scheduled here for Friday is off.

Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said today the government would not allow the concert, scheduled to be held at the Kuala Lumpur Convention Centre, because it was not appropriate in terms of religion, culture and the country''s cosmopolitan nature.

The application to stage the concert from the organisers was rejected today at a meeting of the committee of the Central Agency for the Application for Filming and Performance by Foreign Artistes (Puspal), he said in a statement.

The singer has received much opposition from Malaysians because he is said to have ridiculed Islam in his songs.

In SEPANG, the Islamic Development Department (Jakim), confirming that the songs of Namjoo ridiculed the Quran, had called on the authorities to revoke the permit for the concert.

-- MORE

RAIS-CONCERT 2 (LAST) KUALA LUMPUR

Minister in the Prime Minister''s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said that following a report lodged by Kulim Bandar Baharu Member of Parliament Zulkifli Nordin, checks conducted by Jakim found that the songs by the singer ridiculed the Quran.

In June 2009, Namjoo was reportedly sentenced to five years'' jail by a court in Iran for ridiculing Islam and the Quran in his songs, but escaped the sentence because he was residing in Vienna.

-- BERNAMA

http://en.wikipedia.org/wiki/Mohsen_Namjoo


-------------------------------



13 February 2011

BATALKAN KONSERT NAMJOO

(Mohsen Namjoo kini dipercayai menetap di Vienna, Austria. Dihukum 5 tahun penjara oleh Mahkamah Iran kerana menghina Al Quran. Namun beliau menjadi pujaan dan menerima pujian dari media Barat dan penganut fahaman liberal dikalangan Muslim yang melabel beliau sebagai "Bob Dylan" umat Islam di Iran)

Salam 2 all.

Teman mendapat maklumat selepas zohor tadi bahawa penyanyi kontroversial Iran, Mohsen Najmoo akan mengadakan konsert yang dijadualkan pada hari Jumaat 15 Rabi'ul Awal 1432/ 18 Februari 2011 di Pusat Konvensyen KLCC. Teman lalu membuat beberapa pemeriksaan dan mendapati maklumat itu sahih.

Teman terkejut kerana penyanyi ini, yang dipercayai beragama Islam, telah disabitkan dengan kesalahan oleh Mahkamah di Iran pada 09.06.2009 kerana "menghina kemuliaan, memperlekeh Al Quran dan tidak menghormati kitab suci umat Islam ini" melalui lagunya. Beliau dihukum dengan hukuman penjara selama 5 tahun. Hukuman tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana Mohsen Najmoo dipercayai berada di Vienna, Austria. (Bagi yang berminat untuk mengetahui kes ini dan butir-butir lanjut mengenai Mohsen Najmoo, sila layari Google dibawah nama "Mohsen Najmoo").

Berdasarkan itu, teman mengambil tindakan membuat lapuran polis di IPD Dang Wangi petang tadi. Lapuran tersebut (dilampirkan dibawah) Dang Wangi Repot No. 005965/11 bertarikh 13.02.2011. Teman juga telah membuat kenyataan akhbar dan disebarkan selepas membuat lapuran tersebut.

Kalau mike tengok, memang Mohsen Najmoo ini sering mendapat liputan luas oleh media barat, malah diberi puji-pujian yang melambong oleh mereka. Media Barat melabel Mohsen Najmo sebagai "Bob Dylan: bagi umat Islam di Iran. Malah penganut fahaman liberal dikalangan umat Islam juga menyanjungi Najmoo ini. Sama saperti yang dibuat oleh mereka terhadap Salman Rushdie, penulis buku "Satanic Verses" yang difatwakan dengan hukuman bunuh oleh Ayatullah Khomeini.

Yang paling teman tidak faham ialah bagaimana permit dan kelulusan itu boleh diberi. Adakah para pegawai kementerian dan agensi yang terlibat terlepas pandang, atau mereka cuai dalam menjalankan tugas mereka. Mereka sepatutnya golongan profesional yang lebih mengetahui atau patut mengetahui isu saperti ini. Siapa dikalangan orang seni yang tidak tahu tentang Mohsen Najmoo yang penuh kontroversi ini! Teman mendesak supaya pihak kemnetrian dan agensi terbabit menjalankan siasatan dalaman dan jika ternyata ada pegawai yang cuai, tindakan tegas perlu diambil untuk mengelak perkara saperti ini terus berulang. Sudah pasti rakyat, khususnya umat Islam akan menyalahkan Kerajaan dan Menteri yang bertanggungjawab jika tiada tindakan tegas diambil!

Kita umat Islam perlu berhati-hati. Ini kerana konsert tersebut dibuat selang beberapa hari kita menyambut Maulidur Rasul. Dan ianya bersamaan pula dengan sambutan Hari Valentine, perayaan yang membuka ruang kepada banyak gejala maksiat dan perzinaan berlaku, dan antara faktor penyumbang kepada kes-kes pembuangan bayi yang semakin meningkat akhir-akhir ini.

Ingatlah pesanan ALLAH dalam surah Al Baqarah: 120, "sesungguhnya Yahudi & Kristian tidak akan redho dengan kamu sampai bila-bila sehingga kamu mengikut cara kehidupan mereka. Katakanlah sesungguhnya petunjuk ALLAH itu adalah haq (benar). Namun jika kamu memilih untuk menurut cara kehidupan mereka, setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka tiadalah ALLAH sebagai pembantu dan penolong kamu".

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah, serta kekuatan iman dan istiqomah kepada umat Islam yang beriman.

Teman dengan ini mendesak Kerajaan supaya membatalkan permit konsert Mohsen Namjoo tersebut, dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pegawai atau kakitangan yang cuai dalam mengeluarkan permit tersebut.

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
-http://zul4kulim.blogspot.com/2011/02/batalkan-konsert-namjoo.html-



--------------------------------

14 February 2011

YES MINISTER!

Salam 2 all.

Alhamdulillah teman dimaklumkan tadi bahawa Kerajaan membuat keputusan membatalkan konsert Mohsen Namjoo yang dijadualkan pada hari Jumaat 15 Rabi'ul Awal 1432/ 18 Februari 2011 di Pusat Konvensyen KLCC. Teman difahamkan YB Menteri sendiri akan membuat pengumuman tersebut.

Sebenarnya teman tidak ada masalah dengan program-program kesenian. Tetapi untuk seorang penyanyi yang menghina Al Quran & Islam, bagi teman itu tidak boleh kita bertolak ansur. Teman tau akan ada puak yang akan mengkritik teman tetapi pada teman, sebagaimana yang selalu teman sebut, "aqidah didaulatkan, syariat dimartabatkan". Apa hal pun, Islam mesti didahulukan. Kita tidak mahu dalam suasana kita menyambut Maulidur Rasul esok dicemari dengan konsert golongan saperti Namjoo ini.


Kepada YB Datuk Seri Hishamuddin, YB Dato' Seri Jamil, YB Dato' Seri Rais, YBhg Datuk Sheikh Wan Mohamad (Ketua Pengarah JAKIM), Tuan KPD IPD Dang Wangi serta anggotanya , dan teman-teman wartawan yang membuat coverage (hujan ribut dan petir masa tu pun dema datang yop), teman ucapkan terima kasih atas tindakan segera dan berhemah yang diambil untuk menangani isu ini. Moga ALLAH menjadikan usaha ini sebagai suatu 'ibadah kita, dan memberi keampunan dan petunjukNya kepada kita semua.

Cuma teman berharap para pegawai yang diberikan tanggungjawab dalam hal ini, terutamanya Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem & Persembahan Artis Luar Negara (JK Puspal) agar lebih berhati-hati dan menjalankan penyelidikan dengan lebih menyeluruh sebelum memberi sesuatu kelulusan. Teman terkejut dahulu bagaimana artis gay yang terang-terang mengaku menjalani kehidupan homoseksual, Adam Lambert, boleh dibenarkan mengadakan konsert dalam negara ini.

Janganlah kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Teman tahu ramai pegawai dan kakitangan Kerajaan yang komited dan serius dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Janganlah kerana segelintir yang cuai dan gagal menjalankan tugas dan kerja mereka memberikan imej dan persepsi negatif kepada yang lain. Apatah lagi kepada para Menteri yang sudah tentu mengharapkan pegawai yang amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka, kerana kalau apa-apa berlaku, sudah pasti jari akan dituding kepada mereka, apatah lagi dalam keadaan diluar sana ada segelintir serigala politikus yang bersedia menerkam apa sahaja demi survival politik mereka. Just be careful yop!

Apa pun, teman ucapkan tahniah kepada YB Menteri-Menteri dan para pegawai (termasuk KP Jakim) yang terlibat, yang mengambil tindakan yang cepat dan tegas setelah mendapat maklumat yang sewajarnya.

Apa yang teman sendiri belajar daripada isu ini ialah, jika cara kita betul, fakta kita kemas, maklumat kita jelas; jangan risau pak Menteri dan para pegawai yang berkenaan akan bersedia mengambil tindakan yang pantas dan tegas.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
11 Rabi'ul Awal 1432

*Nota: gambar teman selepas membuat lapuran polis di IPD Dang Wangi semalam.

- http://zul4kulim.blogspot.com/2011/02/yes-minister.html

1 comment:

  1. Teman juga mengucapkan tahniah kepada YB Zulatas kejayaan ini ( insyaAllah inui antara permulaannya ..) hasil usaha yang mantap dan berkesan ...

    ReplyDelete