Pages

Saturday, February 19, 2011

Wawancara Dr Abd Basit: Krisis ASWJ dan Wahabi


Wawancara Utusan dengan Dr Abd Basit Abd rahman

Henti forum untuk tunjuk hebat



MEGA: Walaupun di Malaysia mengamalkan mazhab Imam Syafie, kita
diharuskan bertaklid kepada mana-mana mazhab. Dalam perbinca-
ngan wahhabi ini
, ia terletak dalam mazhab mana dan bolehkah ia
disimpulkan sebagai sesat?



DR. BASIT: Dalam membincangkan bab ini, kita perlu membezakan
antara fiqh dan akidah.

Dalam bab fiqh, golongan wahhabi pada asasnya berpegang kepada
mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal (Mazhab Hambali). Sebab itu, antara
negara yang menyebar luaskan kitab fahaman ini adalah Arab Saudi.
Antaranya ialah Al-Mughni karangan Ibnu Qudamah yang telah
ditahqiq (disemak dan dibetulkan kesilapannya cetak) secara ilmiah
oleh Dr. Abdul Muhsin Al-Turki (Setiausaha Agong Rabitah Alam
Islami).

Dan hampir semua kitab-kitab besar mazhab Hambali itu sudah pun
dicetak dan dibahagi secara percuma juga dijual.bukan hanya kitab fiqh,
termasuk juga bidang hadis seperti musnad imam ahmad yang telah
dicetak sebanyak 50 jilid

dalam negaranya sendiri, dustur (perlembagaan) negara ialah
al- kitab
dan As Sunnah. Pada asasnya, amalan mereka adalah
bersandarkan Mazhab Hambali ,namun dalam pengamalan, mereka
mengambil hukum berdasarkan dalil-dalil yang rajih (kuat dan terpilih)
.

Tarjih dibuat dalam menerima pandangan-pandangan, tujuannya untuk
memastikan pandangan mana yang paling kuat dalilnya atau paling
menepati
dari segi syarak (rajih)


Dari segi akidah pula, yang selalu disebut adalah mengikut mazhab
Salafus Soleh
. Cuma perbezaannya dalam masalah ini adalah antara
manhaj dan peribadi.


Manhaj salaf (tiga kurun terawal antaranya Imam Ahmad) secara
umum, mungkin pandangan ulama yang mutakhir wujud atau
terdapat perbezaan dalam menerima dan menghuraikan
pandangan golongan sala
f.

Bila ada kesilapan/kekeliruan, pegangan kita adalah bersandarkan
kepada ulama salaf yang terdahulu.


Semasa bermulanya dakwah/gerakan yang diasaskan oleh Muhammad
bin
Abdul Wahhab di Najdi itu keadaan masyarakatnya dipenuhi dengan
beberapa amalan khurafat.Oleh itu, boleh jadi pendekatan beliau itu
sesuai ketika itu.

Hari ini, keadaan sudah berubah, suasana dan keadaan aman,
masyarakat juga semakin berilmu, jadi pendekatan baru harus
digunakan secara berhikmah.


Untuk mengatakan wahhabi itu sesat atau tidak, elok kita rujuk
kepada kenyataan oleh pihak berkuasa agama di Malaysia.
http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_docman&
task=doc_download&gid=16&Itemid=63
http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=894


MEGA:
Berpandukan hadis bermaksud agama itu mudah, adakah
bersandarkan hadis ini mewajarkan kita memudahkan banyak hal
dalam agama termasuk bab berniat dan pengajian akidah?




DR. BASIT: Hadis itu bermaksud: Tiada seorang yang memberat-
berat kannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah,
dekatilah yang tepat dangembirakanlah mereka (riwayat al-Bukhari)


Memang agama Islam itu mudah. Tetapi yang salah itu adalah
mempermudahkan agama. Dalam bab fiqh misalnya, banyak
pandangan dalam kitab-kitab yang perlu diteliti atau dikaji semula.


Sebabnya, ada pandangan yang bersifat uruf (keadaan setempat/
semasa)
kerana ada pandangan lain yang lebih baik dan sesuai.
Contohnya dalam bab thaharah (bersuci),pembahagian air, sebab
adakalanya terlalu menekankan perkara tersebut kita boleh jadi was-
was.


Dalam bab akidah, kita kena lihat realiti. Waqi' (keadaan) umat
Islam di negara kita amnya lebih kepada mendengar, pasang telinga
daripada mengaji kitab.

Bila hanya mendengar, maka pengajiannya juga harus dibuat secara
mudah dengan menyebut masaalah, nas dan dalil yang lebih senang
difahami. Ia tidak masuk perbahasan falsafah.

Bagi pelajar yang mengkhusus dalam bab akidah tidak ada masalah
untuk menjurus perbahasan bab mantiq dan falsafah. Semua ini
dalah cabang ilmu sekali gus menjadikan ilmu-ilmu yang
menajamkan minda
dalam bab perbahasan dan kaedah untuk
memahami uslub kitab Turath (peninggalan ulamak silam )


MEGA: Apakah jalan penyelesaian dalam 'krisis' ASWJ dan
wahhabi
yang jelas merugikan masyarakat ini?


DR. BASIT: Untuk menyelesaikannya memang sukar, sudah lama
khilaf itu berlaku, masing-masing mendakwa dialah yang benar.

Untuk mencari titik persamaan kita mesti kembali kepada kurun-
kurun terawal
sebelum negara Islam diserang fahaman
muktazilah
. (Muktazilah adalah golongan yang menggunakan
akal lebih daripada dalil).


Penafsiran agama ini sepatutnya dikembalikan kepada
asal i
aitu dengan rujukan utama al-Quran dan hadis kemudian
pandangan para sahabat dan tabi'in sebagaimana hadis di atas tadi
.

Dalam hal ini, saya teringat kata-kata Imam Malek yang masyhur
iaitu:
"ORANG YANG TERKEMUDIAN DARIPADA UMAT INI SEKALI-
KALI TIDAK AKAN DAPAT DIPERBAIKI, KECUALI DENGAN
CARA YANG TELAH
DIGUNAKAN UNTUK MEMPERBAIKI
ORANG PADA ZAMANPERMULAANNYA"
.


Bila merujuk pandangan mutakhir yang sudah ada
perbahasan falsafah
, perpecahan sudah berlaku. Bukan
kita nak kata ulama mutakhir tidak boleh diterima tetapi asas
perbincangan
mestilah kepada ulama terdahulu.
Pandangan mutaakhirin diterima sebagai sokongan.


MEGA: Dalam agama diharuskan perbezaan pendapat. Tetapi
apakah garis panduanyang perlu dipatuhi dalam bab ini?


DR. BASIT: Salah satu tanda kebesaran Allah ialah mencipt
diciptakan dengan keunikannya menunjukkan tanda kebesaran Allah.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa perbezaan ini boleh berlaku sejak
dari zaman sahabat sehinggalah
ke hari ini.

Al-Imam ash-Shaatibi di dalam kitabnya al-I'tisom 2/191
menyebut:

"Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman
sahabat hingga ke hari ini berlaku
pada masalah-masalah ijtihadiah.
Pertama kali ia berlaku pada zaman khulafah ar-Raasyidin dan
sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman
para taabiin dan
mereka tidak saling mencela di antara satu
sama lain."
Pertama kali ia berlaku pada zaman khulafah ar-
Raasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan
sehingga zaman para taabiin, dan mereka tidak saling mencela
di antara satu sama lain."

Antara garis panduan dalam berbeza pendapat adalah
meletakkan niat yang baik .

Berbincang untuk mencari kebenaran. Sebab itu kata ulama,
sebelum berbincang hendaklah
kita kosongkan dahulu
pemikira
n, bukan datang dengan resolusi yang sudah tersedia.


Kedua, tumpukan kepada isu. Kalau isunya tahlil, hendaklah
dibincangkan secara terperinci adakah ia tidak boleh,
bercanggah
atau dibolehkan dalam Islam dengan dalil dan
sandaran
Bold

Ketiga, bukan semua yang khilaf itu boleh dijadikan
dalil
. Ijtihad adalah bagi perkara yang tidak ada dalil, tetapi
bagi khilaf yang ada dalil kuat, maka kita kena wajib kembali
kepada dali
l.

Seperti dalam surah al-Hasyr ayat 7.

Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada peribadi
tokoh
tanpa dalil
atau khilaf yang tidak muktabar.
Sebabnya, dalam Islam tidak ada pemujaan kepada
tokoh.



MEGA: Barangkali, pokok permasalahan ini adalah kerana
kita tidak didedahkan dengan amalan pelbagai mazhab.
Mungkin kah sudah tiba masanya, kita lebih terbuka terhadap
perbezaan mazhab?



DR. BASIT: Memang sistem pengajian kita di kolej dan universiti
perlu diperluaskan
. Ia perlu mendedahkan pelajar kepada
perbahasan dalam empat mazhab yang muktabar.


Kalau kita lihat sejarah , ulamak besar dalam mazhab pun diperingkat
awal sudah berlaku perpecahan. Imam Abu Hanifah misalnya
berpecah dengan pengikut setianya iaitu Imam Abu Yusuf dan
Muhamad Ibnu al-Hasan.

Imam Syafie pun berbeza pandangan dengan sahabatnya al-Muzani.
Tetapi ia tidaklah menimbulkan tuduhan yang Muzani derhaka
kepada gurunya.




Dalam kajian tesis Ph.D, saya mengkaji tokoh bernama Abu Said
al-Istakhri r.h
yang meninggal dunia pada tahun 328H. Beliau
mendapat gelaran ashabul wujuh iaitu ulama Syafie yang ada
pandangan sendiri.


Daripada 240 masalah yang dikumpul 150 daripadanya menyalahi
pandangan mazhab Syafie. Selepas dibuat perbandingan terdapat
beberapa pandangan beliau yang lebih hampir kepada al-sunnah (dalil).

Ulama kontemporari, Dr. Yusuf Qaradawi dan Dr. Wahbah
Zuhaily
juga berbeza pandangan dalam bab fiqh tetapi mereka
masih berpandu kan ulama terdahulu. Apabila tarjih (pilih)
mereka memilih pandangan yang kuat sesuai dengan masa
berdasarkan dalil atau maqasid.



MEGA: Kita juga disuruh berlaku adil dalam menghukum.
Namun dalam suasana perbezaan pandangan yang berlaku kini,
wajarkah dilabel sesuatu pihak itu sesat?



DR. BASIT: Kita tak boleh paksa orang ikut kita, jadi kena
kembali kepada ayat Allah
yang menyuruh berlaku adil.
Jangan sesekali hukum secara borong orang ini sesat, bidaah
atau sebagainya.

Sepatutnya, kita menyebut kebaikan mereka dan senaraikan di mana
perbezaan kita dengan mereka. Sebabnya majoriti umat yang ada
hari ini berada dalam keadaan
tidak mendalami ilmu agama bahkan
ada yang langsung tidak menghiraukan agama.

Jadi, tumpukan sepenuh tenaga dan usaha untuk mengembalikan
merekake landasan
yang lurus.

Kepakaran dan tenaga yang ada jangan dihabiskan
dengan forum atau seminar untuk menunjukkan kekuatan ilmu
dan menyesatkan orang lain.

Kita kena terima hakikat bukan mudah hendak menyatukan
manusia. Negara yang ramai ulama bermazhab Hanbali pun
bukan semuanya bersatu dalam mazhab itu
.

Deminian juga yang menjadi satu mazhab sebagai asas
perundangan
, rakyatnya berpegang dengan pelbagai
mazhab Islam. Oleh itu, tumpuan kepada titik persamaan,
berlapang dada (al-tasamuh) dalam perkara khilaf.

Amat rugi apabila para pendakwah yang kita nampak
mereka ikhlas berjuang menyebarkan ajaran Islam telah
disempitkan ruang dakwah mereka
dengan tuduhan/
tohmahan
(jumud, taasub, pemecahbelah
dan lain-lain)


Yang penting masing-masing berpegang kepada dua
tunggak utama
iaitu al-Quran dan hadis.


Ingatlah firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 59 ,ertinya :

"Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah

dan Taatlah kamu kepada Rasul, dan ulul amri dari kalangan kamu..

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam

sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya

kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu

benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian

adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."


No comments:

Post a Comment