Pages

Tuesday, May 31, 2011

Hadis Mutawatir : Setiap Yang Memabukkan Adalah Haram



HADIS MUTAWATIR SETIAP YANG MEMABUKKAN ADALAH HARAM


Rasulullah s.a.w. bersabda:

كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Setiap yang memabukkan adalah haram.

Hadis mutawatir ini diriwayatkan oleh ramai sahabat dengan beberapa lafaz. Dalam Sharh al-Muwatta`, al-Zarqani mengatakan hadis ini diriwayatkan dengan banyak jalan dan sanad dengan lafaz yang sama dan ma’na yang sama (walaupun berlainan lafaz) sehingga lebih daripada 30 orang sahabat. Kandungannya itu bermaksud tidak halal mengambil minuman yang memabukkan. (Sharh al-Zarqani, jil. 4, hal. 209)

Pertama: Hadis Abu Musa (al-Bukhari, Abu Dawud, Ibn Majah)

عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ فَسَأَلَهُ عَنْ أَشْرِبَةٍ تُصْنَعُ بِهَا فَقَالَ وَمَا هِيَ قَالَ الْبِتْعُ وَالْمِزْرُ فَقُلْتُ لِأَبِي بُرْدَةَ مَا الْبِتْعُ قَالَ نَبِيذُ الْعَسَلِ وَالْمِزْرُ نَبِيذُ الشَّعِيرِ فَقَالَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada Abu Musa bahawa Rasulullah s.a.w. mengutuskannya ke Yaman lalu beliau bertanya kepada baginda tentang minuman yang dibuat di sana. Beliau menjawab, bit’ dam mirz. Saya (Sa’id bin Abi Burdah) bertanya kepada Abu Burdah, apakah bit’ ? Beliau menjawab peraman madu dan mirz itu ialah peraman barli. Lantas beliau bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.” (al-Bukhari, 4343)

Kedua: Hadis ‘Aishah (Abu Dawud)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ وَمَا أَسْكَرَ مِنْهُ الْفَرْقُ فَمِلْءُ الْكَفِّ مِنْهُ حَرَام

Daripada ‘A`ishah katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram. Minum sebanyak farq yang menyebabkan mabuk maka sekadar tapak tangan juga haram.”

Farq ialah satu sukatan yang boleh mengisi sesuatu yang banyak. Sukatan ini menunjukkan kuantiti yang banyak. Maka difahami daripada hadis ini, kuantiti yang sedikit adalah haram sama seperti minum dengan kuantiti yang banyak.

Hadis ketiga: Hadis ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As (Abu Dawud)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَالْكُوبَةِ وَالْغُبَيْرَاءِ وَقَالَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bahawa Rasulullah s.a.w. daripada minum khamar (arak), judi dan ghubayra` dan baginda bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Ghubayra` ialah peraman air yang dibuat daripada jagung.

Keempat: Hadis Ibn ‘Umar (al-Nasa`i, Ibn Majah)

عَنْ بْنِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Tambahan dalam riwayat al-Nasa`i:

وَكُلُّ مُسْكِرٍ خَمْر

“Setiap yang memabukkan adalah khamar.”

Kelima: Hadis Ibn Mas’ud (Ibn Majah)

3379 - حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ عَنْ أَيُّوبَ بْنِ هَانِئٍ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Keenam: Hadis Mu’awiyah (Ibn Majah)

عَنْ يَعْلَى بْنِ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ عَلَى كُلِّ مُؤْمِنٍ

Daripada Ya‘la bin Shaddad bin Aws katanya saya mendengar Mu’awiyah berkata bahawa saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram ke atas setiap orang yang beriman.”

Ketujuh: Hadis Abu Hurayrah (al-Nasa`i, Ibn Majah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُنْبَذَ فِي النَّقِيرِ وَالْمُزَفَّتِ وَالدُّبَّاءِ وَالْحَنْتَمَةِ وَقَالَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Kelapan: Hadis ‘Ali (al-Daruqutni)

عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم كل مسكر حرام وما أسكر كثيره فقليله حرام وقال رسول الله صلى الله عليه و سلم لا أحل مسكرا

Daripada ‘Ali bin Abi Talib katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram. Apa yang banyaknya itu memabukkan maka sedikitnya juga haram. Dan baginda bersabda: “Aku tidak menghalalkan apa yang memabukkan.”

Kesembilan: Hadis Ibn ‘Abbas (Ahmad, al-Daruqutni, Sharh Ma’ani al-Athar)

عَنْ قَيْسِ بْنِ حَبْتَرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ الْخَمْرَ وَالْمَيْسِرَ وَالْكُوبَةَ وَقَالَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. mengharamkan khamar, judi, gendang. Baginda bersabda lagi: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Kesepuluh: Hadis Jabir (Muslim, al-Nasa`i, Ibn Hibban)

عَنْ جَابِرٍ أَنَّ رَجُلًا قَدِمَ مِنْ جَيْشَانَ وَجَيْشَانُ مِنْ الْيَمَنِ فَسَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ شَرَابٍ يَشْرَبُونَهُ بِأَرْضِهِمْ مِنْ الذُّرَةِ يُقَالُ لَهُ الْمِزْرُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَ مُسْكِرٌ هُوَ قَالَ نَعَمْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ إِنَّ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عَهْدًا لِمَنْ يَشْرَبُ الْمُسْكِرَ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ طِينَةِ الْخَبَالِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا طِينَةُ الْخَبَالِ قَالَ عَرَقُ أَهْلِ النَّارِ أَوْ عُصَارَةُ أَهْلِ النَّارِ

Daripada Jabir katanya seorang lelaki telah datang dari Jayshan, ianya terletak di Yaman lalu dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang meinuman yang mereka minum di tempat mereka yang dibuat dari jagung yang dipanggil mirz. Baginda bertanya: “Adakah ia memabukkan? Orang itumenjawab: “Ya”. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram. Sesungguhnya Allah s.w.t. berjanji kepada orang yang meminum apa yang memabukkan untuk diberikan mereka minuman daripda tinah al-khabl. Mereka bertanya apakah itu tinah al-khabl ? Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Ia adalah peluh ahli neraka atau hampas ahli neraka.”

Kesebelas: Hadis ‘Umar (Sharh Ma’ani al-Athar)

عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : كل مسكر حرام

Daripada ‘Umar bin al-Khattab katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Kedua belas: Hadis Qays bin S’ad (Sharh Ma’ani al-Athar)

عن قيس بن سعد بن عبادة قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : كل مسكر حرام

Daripada Qays bin Sa’d katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Ketiga belas: Hadis Anas (Musnad Abi Ya’la, Musnad)

عن أنس بن مالك قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهى عن ما يصنع في الظروف والمزفتة وعن الدباء وقالكل مسكر حرام

Daripada Anas bin Malik katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. melarang dari minum yang diperam dalam bekas-bekas arak, bekas yang dilumur tar, labu kering dan baginda bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Keempat belas: Hadis Ummu Salamah (Ahmad)

عَنْ عَمَّارٍ الدُّهْنِيِّ عَنْ امْرَأَةٍ مِنْهُمْ أَنَّهَا سَأَلَتْ أُمَّ سَلَمَةَ عَنْ النَّبِيذِ فَقَالَتْ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ وَنَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْمُزَفَّتِ وَعَنْ الدُّبَّاءِ وَالْحَنْتَمِ

Daripada ‘Ammar al-Duhni daripada seorang wanita al-Duhni bahawa dia bertanya kepada Ummu Salam tentang nabidh (rendaman tamar setelah beberapa hari). Beliau menjawab: “Setiap yang memabukkan adalah haram. Rasulullah s.a.w. melarang daripada al-muzaffat (bekas yang dilumur tar), al-dubba` (bekas daripada labu kering) dan al-hantum (tempayan-tempayan hijau).


Muhammad Hanief Awang Yahaya,

www.darulkautsar.net

Kelima belas: Hadis Maymunah (Ahmad)

عَنْ مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الدُّبَّاءِ وَالنَّقِيرِ وَالْجَرِّ وَالْمُقَيَّرِ وَقَالَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada Maymunah katanya Rasulullah s.a.w. melarang daripada al-dubba` (bekas daripada labu kering), al-naqir (bekas yang dibuat dari pangkal kurma bagi mengisi minuman), al-jarr (tempayan) dan al-muqayyar (bekas yang dilumur tar) dan baginda bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Keenam belas: Hadis Mu’adh bin Jabal (Sunan al-Darimi)

عن أبي بردة بن أبي موسى عن أبيه قال بعثني رسول الله صلى الله عليه و سلم أنا ومعاذ بن جبل إلى اليمن فقال اشربوا ولا تشربوا مسكرا فإن كل مسكر حرام

Daripada Abu Burdah bin Abu Musa daripada ayahnya katanya: Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan saya dan Mu’adh bin Jabal ke Yaman dan bersabda: “minumlah tetapi janganlah minuman apa yang memabukkan kerana sesungguhnya setiap yang memabukkan adalah haram.”


Friday, May 27, 2011

Syiah Menjadi Aliran Terlarang di Saudi


Saudi (voa-islam) – Aliran Syiah mulai mendapat sikap tegas dari pemerintah Saudi. Tak ada kompromi untuk Syiah di sana. Bahkan, pemerintah Saudi sudah menyatakan bahawa Syiah terlarang di negerinya.


Syiah merupakan satu aliran yang mengkafirkan para sahabat Nabi SAW, seperti Abu Bakar dan Umar. Syiah juga mengkafirkan kaum muslimin di luar kelompoknya, khususnya Ahlussunnah wal Jama'ah, dan menghalalkan darah mereka. Maka wajarlah jika pemerintah Saudi mengambil sikap tegas ini.


Pemerintah Saudi juga sudah mulai menutup masjid-masjid yang menjadi tempat berkumpulnya kaum Syi'ah di sana. Misalnya saja, Masjid Ismail di Khobar sudah dinyatakan tertutup untuk umum. Pemerintah Saudi memagarinya dengan tembok besar di depan masjid tersebut.


Aparat keamanan Saudi juga terus berjaga-jaga di depan masjid tersebut, dan sudah mengeluarkan larangan resmi kepada warga dari datang lagi ke tempat itu, dengan tujuan apapun.

Sikap tegas pemerintah Saudi ini banyak didukung oleh para ulamanya.

Misalnya Imam besar Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah, Syaikh Adil ibn Salim al-Kalbani menyatakan kafirnya para ulama madzhab Syiah.

Sikap Syi'ah terhadap Abu Bakar dan Umar : Mengkafirkan keduanya dan orang yang mencintai keduanya, mendoakan keburukan, mencaci, dan melaknat mereka.

"Masalah kafirnya orang-orang Syiah (pengikutnya) itu masih mungkin untuk didiskusikan. Tetapi, saya sendiri memandang para ulama mereka adalah orang-orang kafir tanpa pengecualian," demikian dikatakan al-Kalbani dalam sebuah acara bertema "fi as-shamim" yang dibesut oleh kanal BBC edisi bahasa Arab pada Senin (4/5) kemarin.


Al-Kalbani juga menyatakan, sebab itulah ulama-ulama Syiah tidak layak untuk menjadi anggota pada Lembaga Pembesar Ulama (Hay'ah Kubbar al-Ulama) yang menjadi pucuk tertinggi lembaga keagamaan di Saudi Arabia.


Sikap al-Kalbani dan beberapa ulama Saudi Arabia yang majoritinya menganut faham Salafi sangatlah berbeda dengan majoriti ulama al-Azhar di Mesir yang menganut aliran Sunni-moderat.

Beberapa ulama al-Azhar banyak yang menulis buku-buku yang mengkaji tentang Syiah di bawah tema besar Taqrib bayna al-Madzahib (Pendekatan Antar Madzhab), semisal Syaikh al-Baquri, Syaikh Mahmud Syaltut, Syaikh Rajab al-Banna, dan lain-lain.


Rektor al-Azhar sekarang, Prof. Dr. Ahmad at-Thayyib sendiri secara tegas menyatakan,

"kami (al-Azhar) membukakan jendela rumah kami untuk berbagai macam cakrawala pemikiran seluas-luasnya, tanpa harus terpengaruh dan mengikuti pemikiran-pemikiran tersebut secara taklidi."

Syiah mengalami perkembangan yang luas di beberapa negara Arab, di antaranya Iraq, Syiria, dan Lebanon. Bahkan di Indonesia, aliran ini pun sudah mengalami perkembangan yang cukup signifikan. (PurWD/syh-ind/era)
http://www.voa-islam.com/news/islamic-world/2009/09/08/1035/syiah-menjadi-aliran-terlarang-di-saudi/

Tuesday, May 24, 2011

Arti Tangisan KH. Irfan Zidny Dalam Seminar Syiah Tahun 1997





Air mata Professor KH. Irfan Zidny tak bisa dibendung lagi, ketika mulai membeberkan kesesatan aliran Syiah dalam seminar nasional tentang syiah, minggu lalu. Pangkal kepedihan KH Irfan berawal ketika ia melihat sederetan anak-anak muda mengenakkan seragam hitam-hitam dan mengumumkan secara terbuka ‘Saya adalah seorang Syi’i’


Bunyi penggalan kalimat diatas penulis ambil dari Harian Terbit, tertanggal 25 September 1997 M. Ucapan Kyai yang terkenal tegas tersebut diutarakan saat Seminar Nasional Tentang Syiah yang dilaksanakan di aula Mesjid Istiqlal, Jakarta, 21 September 1997. Acara seminar yang diselenggarakan Lembaga Penelitian dan Pengkajian Islam dan buletin Gema al-Irsyad tersebut dihadiri tidak kurang dari 1000 peserta seminar.

Para peserta pun tampak menahan haru, mereka tidak habis fikir Ulama yang terkenal pemberani tersebut meneteskan air mata saat seminar berlangsung.


Tampil dengan makalah berjudulBunga Rampai Ajaran Syiah”, KH. Irfan Zidny, Ulama sekaligus pakar Syariah ini tampak serius mengeluarkan hujjah-hujjahnya untuk menunjukkan kesesatan Syiah selama ini.


Mengutip pendapat Hujjatul Islam Al Ghazali, beliau menyinggung sebuah kalimat yang sangat menarik,

“Untuk mengetahui kesesatan aliran, sebelum lebih dahulu mengetahui tentang hakikat aliran tersebut, maka hal tersebut adalah tidak mungkin (muhal), bahkan hal demikian itu termasuk sikap yang ngawur dan sesat”

Kyai Irfan yang mengaku satu guru satu ilmu dengan Ayatullah(baca : Ayatusyaitan) Khomeini ini memang layak untuk menyatakan kepedihan hatinya di depan sekitar 1000 peserta seminar tersebut.


Kyai Kharimastik lulusan Universitas Baghdad ini meneruskan rasa sedihnya akan banyaknya golongan muda yang banyak membaca buku-buku Syiah karena sangat sedikitnya para Ulama mengkaji masaalah Syiah.


Sebagai bukti, beliau merujuk atas apa yang terjadi di Surabaya tentang masalah mut’ah dan pendapat pemikir-pemikir muda yang membolehkannya.


Mereka tidak dapat lagi membedakan kasus Revolusi Iran 1979 dan aqidah Syiah. Padahal, lanjut beliau, faham Syiah bukan lahir tahun 1979 saja, namun doktrin Syiah telah memiliki sejarah panjang dari abad ke I Hijriah, menurut Ahlus Sunnah; atau bersamaan dengan lahirnya Islam itu sendiri, menurut Syiah.


Saat tahun itu, sudah banyak anak muda yang memakai seragam hitam Syiah, berdzikir Syiah, dan ibadah Shalat ala Syiah. Mereka memeluk Syiah semata-mata setelah membaca atau mendengarkan ceramah dari tokoh Syiah Indonesia, meski hanya beberapa hari dan bulan saja.


Apa yang dikatakan mantan Rektor Sekolah Tinggi Al Ziyadah tersebut, gaungnya masih terdengar sampai saat ini. Dari pengalaman penulis pribadi, banyak rakan-rakan muda yang tidak memiliki pemahaman Islam yang kuat, dan hanya ikut satu-dua kali “halaqoh”, dengan secepat kilat mereka telah terjebak di dalamnya.


Saat perdebatan tidak menemukan titik temu, mereka pun dengan lantang menyuarakan: “Kita buktikan di akhirat nanti, siapa yang benar.” Betapa yakinnya mereka atas keselamatan Syiah di yaumil akhir nanti.


Kesedihan Kyai Irfan bukanlah tanpa dasar dan pijakan. Beliau bukanlah orang baru dalam mengulik masalah Syiah. Bisa dikatakan beliau adalah saksi sejarah atas kesesatan Syiah selama ini.

Kyai Irfan lah yang pernah tinggal di Negara-negara dengan majoritinya Syiah. Beliau pula lah yang menjadi saksi hidup saat belajar “satu bangku” dengan ulama-ulama Syiah, tinggal bersama masyarakat syiah, bergaul dengan mereka, dan itu dijalaninya selama 18 tahun: sebuah angka yang bukan remeh.

Kendati memiliki rekam jejak bergumul dengan Syiah, beliau merasa bersyukur tidak tertarik untuk mengikuti ajaran Syiah.


Alhamdulillah saya tidak lantas menjadi penganut Syiah,” ujarnya.


Kyai Irfan sangat berharap akan munculnya ulama yang benar-benar mendalami Studi Aliran dan Aqidah Islam. Dirasat firaq wa Al-‘Aqidah Al Islamiyah.


Kini tantangan itu memang kian dperlukankan. Dengan serangkaian masalah banyaknya aliran sesat di negeri ini, masalah Syiah menjadi satu hal yang mendesak untuk dibahas.

Kini telah 13 tahun acara di Masjid Istiqlal itu terjadi. Peserta yang hadir kala itu masih ingat lantunan takbir membahana yang menyambut usulan peserta seminar tentang pelarangan ajaran Syiah di Indonesia.


Para pengisi acara seperti KH. Irfan Zidny. MA, KH. Moh. Dawam Anwar, KH. Thohir Abdullah Al Kaff, DR. Hidayat Nur Wahid, KH. Nabhan Husein, KH, Abdullah Muchtar, dan Syu’bah Asa, telah membeberkan fakta tentang kekeliruan akidah Syiah :

; Bermula dengan faham Syiah yang mengkafirkan sahabat Rasulullah SAW seperti Abu Bakar, Umar Bin Khaththab, Usman Bin Affan

; menolak hadits yang tidak diriwayatkan oleh Ahlul Bait

; memandang “Imam” itu ma‘sum (orang suci)

; hinggalah memutar balikan ayat-ayat Al Qur’an.

Sebagaimana dikutip dari laporan rangkaian makalah yang kemudian dijadikan buku tersebut, dalam Kitab Fashlul Kitab karangan Ulama Syiah Syeikh Hussein bin Muhammad Taqiy An Nuuri At-Thabarsi ada banyak ayat Al Qur’an diselewengkan keredaksiannya hingga seolah-olah Ayat tersebut mendukung pengkultusan terhadap Ali bin Abi Thalib RA.

“Dan jika kalian ragu-ragu terhadap apa yang kami turunkan kepada Ali, buatlah satu surat saja yang semisal dengan Al Qur’an itu.” (Fashluul Kitab, h. 253)


“Dan jika kalian (tetap) dalam keraguan tentang Al Qur’an yang kami wahyukan kepada hamba kami, buatlah satu surat (saja) yang semisal dengan Al Qur’an itu.” (Al Baqarah: 23)


“….amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya jika mengingkari apa yang telah Allah turunkan kepada Ali karena dengki..” (Fashluul Kitab, h. 256: Al Kaafi, vol.1. h. 417)

“… dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui” (Al Baqarah: 102)


Kini Kyai Irfan telah lama pergi meninggalkan kita. Cita-cita beliau yang menjadi rumusan pasca seminar agar pemerintah melarang ajaran Syiah sampai kini belum juga membuahkan hasil. Syiah pun kala itu langsung dengan cepat mengkonter balik dengan menerbitkan buku kecil sebagai “pembelaan” terhadap seminar yang menguliti Syiah tahun 1997.

Entah siapa yang bisa menjawab air mata yang diteteskan oleh Kyai Irfan.

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepadakebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar,merekalah orang-orang yang beruntung. "(QS: Ali Imran: 104)

wallahua'lam. (pz)

23/05/2011

http://www.eramuslim.com/berita/tahukah-anda/arti-tangisan-kh-irfan-zidny-dalam-seminar-syiah-tahun-1997.htm

Kemana kita dengan dinar dan dirham


Imam Malik r.a. pernah berkata
" Apa yang menjadi pembaikan (Islah) kepada generasi pertama , akan menjadi pembaikan kepada generasi terakhir ".

Tugas individu muslim ialah kembali kepada pekara dasar. Menghidupkan syariat berdasarkan model salaf al Madinah yang pertama.

Yakni Khalifah, dengan setiap amir memerintah dengan syariah,

awqaf (waqaf) - sistem kebajikan sosial dalam masyarakat Islam,

zakat (diambil) oleh amil, menyegerakan pengagihannya kepada fakir miskin dan asnaf yang berhak
.

Dinar emas dan dirham perak, muamalat halal dari suq (pasar) yang tidak ada sewaan.

Cukai terhad dari kharaj dan jizya keatas ahlul zhimmah ketika mana Allah memberi kita kekuasan untuk memerintah dan meluaskan tanah pemerintahan dibawah Islam. Para sahabat r.anhum bermodelkan Rasulullah s.a.w dari pekara kecil hinggalah pekara besar.



Imam Malik berkata
" Ilmu adalah nur - cahaya yang Allah s.w.t letakkan mengikut kehendaknya, bukan kerana banyaknya riwayat ".



Menuntut ilmu bukan sekadar mendapat pengetahun, tetapi sebenarnya lebih dari itu. Rasullullah s.a.w telah merubah masyarakat di sebuah bandar, dan dari sana merubah seluruh Arab dan dunia. Mukjizat ini berterusan hingga sekarang.

Generasi awal Madinah adalah kumpulan teras, ditarbiyah, mendapat ilmu dan membina tamaddun dengan bimbingan Rasullullah s.a.w .

Generasi selepas itu belajar dari para sahabat, pengaliran ilmu tertumpu dan sangat jelas dari Madinah Al Munawwarah. Para sahabat meriwayatkan kepada tabiin dan seterusnya tabiin kepada tabiin at tabiin. Amalan salaf tiga generasi pertama ini merujuk kepada amal masyarakat Madinah.

Semua generasi ini memperkayakan lagi rekod amalan ini dengan isu isu baru yang timbul , dengan mengikut ilmu yangsangat jelas dari Al Quran dan Sunnah.



Yang paling penting untuk zaman sekarang, rekod amalan masyarakat Madinah termasuk amalan berurusniaga tanpa riba, yang memberikan kekuatan dan kekayaan kepada umat Islam sebelum ini, sangat - sangat diperlukan hari ini. Amal masyrakat Madinah generasi pertama sendiri adalah bukti sunnah seperti hadis mutawatir yang diriwayatkan dari sebahagian besar sahabat kepada generasi selepas mereka.


Kelemahan umat Islam ialah kerana membenarkan ideoloji - ideoloji asing, dari Yahudi dan Nasrani menyelinap masuk, mereka telah meninggalkan siasah dan muamalat Madinah


. Maka lahirlah evolusi demokrasi dan sistem kewangannya yang saling kait mengait antara satu sama lain. Mereka diperangkap dengan istilah politik dan ekonomi moden yang direkacipta Yahudi di institusi terkenal dunia. Maka umat jadi buta tentang khalifah, Amriah, waqaf, kharaj dan jizyah dalam siasah mengurus umat.

Mereka buta kepada muamalat Islam, tidak kenal, dinar dan dirham, qirad dan sebagainya. Mereka hanya kenal politik kepartian, demokrasi dan pilihanraya dalam ruang lingkup yang amat sempit. Hinggakan jawatankuasa masjid dan surau pun dipilih atas demokrasi.

Perbankan Yahudi diperkuatkan melalui perbankan Islam. Kemana kita ?

Dirham dan dirham adalah sebahagian dari tugas kita, tetapi bukan segala - galanya.

Tetapi umat Islam kini dipenjara dengan wang kertas dan mereka tidak tahu bagaimana hendak keluar. Sampai - sampaikan ilmu sesama kita....


Sumber : Ust Rafidi http://www.dirham2dinar.com



Beli Rumah Secara Tunai Dengan Dinar




SIAPA KATA MUSTAHIL BELI RUMAH SECARA TUNAI

Ramai orang beranggapan membeli rumah yg bernilai ratusan ribu adalah mustahil dapat dilakukan oleh kebanyakan orang secara tunai. Tak dinafikan ada yang betul-betul kaya mampu beli rumah secara tunai, namun bagaimana yg kurang kaya dan tak berapa kaya ni macam kita ni.. dah tentu tak mampu nak beli rumah secara tunai. Hari ini saya akan pecahkan kepercayaan sedemikian dalam minda anda yg tertanam sekian lama dan saya akan dedahkan rahsia macamana nak beli rumah (atau kereta idaman) secara CASH!!


Langkah pertama yang anda harus buat adalah simpan wang. Ye la tak simpan wang macamana nak beli rumah ye tak? Tapi berapa lama nak kena simpan wang baru dapat beli rumah cash..Dan andaikata kita dapat simpan RM200k dalam masa 20 tahun, rumah bernilai RM200k pada masa sekarang mungkin dah jadi RM300k atau RM400k…Ye betul, itulah yang akan berlaku jika anda menyimpan “kertas”. Apa yang saya maksudkan sebagai wang adalah dinar emas atau dirham perak, yakni wang yang terdapat perkataannya di dalam al quran dan juga hadis. Inilah wang yang sebenarnya, wang yang dipakai sejak ribuan tahun, bukannya seperti yang berada dalam dompet anda sekarang..


Ok, panjang cerita kalau nak cerita pasal sejarah wang kertas dan penipuannya ni, saya short cut straight to the point macamana nak beli rumah secara tunai. Yang pertama sekali anda perhatikan graf dibawah.

Rajah 1 : Graf harga emas sepanjang 15 tahun lepas


Graf di atas menunjukkan harga emas sebenar sepanjang 15 tahun lepas dalam nilai USD. Kalau kita perhatikan terdapat penurunan tak ketara pada tahun 1996 hingga 2001. Bermula 2002 ia mula meningkat secara perlahan dan terus melonjak hingga ke paras tertinggi pada tahun 2010. Kalau kita kaji kita akan dapat jawapan kepada kenaikan dan penurunan harga emas ni tapi saya tak nak cerita kat sini takut jadi terlampau panjang. Ok, nak senang cerita kita ambil purata harga harga emas sepanjang 15 tahun tersebut. Seperti yg ditunjukkan dalam graf kenaikan sejak 1996 – 2010 adalah 249.6% atau bersamaan 249.6/15 = 16.6% setahun. Menggunakan angka 16.6% ini kita akan buat sikit analisa. Lihat jadual di bawah.


Ok..saya mulakan dengan tahun 2010 (tahun teks ditulis), harga 1 dinar adalah antara RM550 hingga RM650, nak senang kira kita ambik purata harga emas pada tahun pertama adalah RM600. Pada tahun kedua ia mula meningkat kepada 16.6% (angka yg didapati drp analisa harga emas dunia sepanjang 15 tahun), maka harga 1 dinar bersamaan RM700. Pada tahun ketiga ia meningkat lagi 16.6% hinggalah 15 tahun akan datang harga 1 dinar bersamaan RM5151.


Kembali kepada persoalan kita, bagaimana nak beli rumah secara CASH? Saya bahagikan tempoh 15 tahun kepada 3 bahagian. Ini kerana saya akan pecahkan kepada 3 kaedah pelaburan. Pada 5 tahun pertama anda beli dan simpan 1 dinar sebulan. Pada 5 tahun kedua anda simpan setengah dinar sebulan dan 5 tahun terakhir anda beli dan simpan suku dinar sebulan. Kenapa saya pecahkan kepada 3 bahagian macam ni? Kerana saya beranggapan harga emas 5 tahun akan datang sudah terlalu tinggi untuk anda beli 1 dinar, maka beli ½ dinar pun memadai. Begitu juga pada 5 tahun terakhir, saya anggapkan kenaikan gaji anda tak sehebat kenaikan harga emas maka anda hanya mampu beli suku dinar jer sebulan. So logik kan??


Katalah 15 tahun dah berlalu, apa yang berlaku pada dinar-dinar tuan puan sekalian. Kalau tuan puan jumlahkan dinar anda pada 15 tahun akan datang maka jumlahnya adalah 105 keping atau nilaiannya dalam RM adalah RM162,287.00. Jangan lupa setiap satu dinar yang anda kumpulkan sejak 15 tahun lalu juga meningkat harganya 16.6%.

Jadi untuk 12 keping dinar yg anda kumpul pada tahun pertama, keuntungan yang anda perolehi dalam masa 15 tahun adalah RM17,928.00. Begitu juga dinar-dinar yang anda simpan pada tahun kedua dan seterusnya. Jadi dalam masa 15 tahun dinar anda telah membuat keuntungan sebanyak RM200,619.74. Maka berapa nilai RM anda ketika itu… jawapannya RM17,928.00 + RM200,619.4 = RM362,906.74.


Nah, anda boleh nampak sekarang?? Dengan membuat pelaburan dinar bernilai serendah RM600 sebulan (sekarang) atau maksimum RM1198 (15 tahun akan datang), maka pada masa tersebut anda mampu membeli sebuah rumah banglo CASH.. bernilai lebih suku juta. Mungkin anda berkata “ahh..suku juta 15 tahun akan datang mana sama dengan suku juta sekarang..” yer betul. Harga rumah meningkat tiap tahun, tapi andai kata kita ambik worst case scenario dimana harga rumah telah meningkat 100%, anda masih lagi mampu membeli rumah berharga lebih RM150k nilaian sekarang. Dapat anda bayangkan rumah bernilai berharga sedemikian pada masa sekarang? Ok sekarang mari kita buat perbandingan jika anda membeli rumah berharga RM150k pada masa sekarang melalui skim yang “Islamic” (kununnya).

Merujuk kepada Loan Payment Calculator.xls kita akan dapati seperti berikut;

Jumlah pinjaman =RM150,000

Interest rate / riba = 6% setahun

Tempoh pinjaman = 30 tahun

Bayaran bulanan = RM900

Total Interest / riba = RM173,757

Total Dibayar = RM323,757

* Tidak termasuk kos guaman, pendahuluan & lain-lain fee

Daripada fakta tersebut mari kita buat sedikit perbandingan


Daripada jadual simple di atas, apa yang anda fikirkan. Ya, sudah tentulah membeli rumah secara pelaburan dinar adalah jauh lebih menguntungkan. Dan anda bertanya lagi…dalam masa 15 tahun tu nak duduk kat mana? Kena menyewa jugak..ok, sekarang kita kira berapa kos untuk menyewa dalam tempoh 15 tahun. Katalah saya bahagikan juga jumlah sewa kepada 3 peringkat. Saya ambil kos untuk menyewa pada 5 tahun pertama adalah RM300, 5 tahun kedua sebanyak RM600 dan RM1200 pada 5 tahun terakhir. Maka jumlah sewa anda selama 15 tahun adalah RM126,000. Sekarang kita tolak kos ini dari simpanan dinar kita, maka hasil bersih = RM352,906 – RM126,000 =RM226,906. Masih satu jumlah yang masih tinggi bukan?

Kemudian anda bertanya lagi (amboi banyak betul persoalannya)…” mana dapat sewa RM300 kat KL sekarang ni.” Maka jawapan saya kalau gaji anda RM1000 sebulan saya nasihatkan anda balik kampong je, tak payah duk KL. Jika gaji anda RM3000 ke atas saya rasa anda tak bermasalah nak bayar sewa RM500 – RM600 sebulan, malah mungkin anda mampu simpan 2 dinar sebulan… Kalau gaji anda kurang RM2000 saya pun tak fikir bank akan luluskan permohonan anda nak beli rumah bernilai RM150,000 betul tak?


Ok, ada apa2 soalan anda yang belum terjawab. Kalau dah, izinkan saya balik kepada graf harga emas kat atas tadi. Perkiraan kita sebentar tadi adalah berdasarkan fakta sebenar pergerakan emas dunia selama 15 tahun yang lepas. Kalau anda perhatikan 5 tahun terakhir adalah tempoh harga emas melonjak dan melompat-lompat kegirangan. Oleh yang demikian secara peribadi saya katakan harga emas akan datang jauh lebih tinggi dan tinggi dan terus meninggi hingga ke tahap infinity.. jika dipuratakan selama 15 tahun akan datang mungkin lebih dari 16.6% kenaikan setahun, boleh jadi 20%, boleh jadi 25%, mungkin juga boleh jadi 40%. Untuk lebih jelas kita tengok satu lagi analisa.


Kat bawah ni saya tunjuk satu lagi contoh pergerakan harga emas dunia.

Rajah 2 : Graf harga emas sepanjang 5 tahun lepas


Kalau kita analisa graf di atas harga emas mengunjur pada 183.05% selama 5 tahun atau 183.05/5 = 36.6% setahun. Woww…tinggi tu. Cuba bagitau saya apa jenis pelaburan yang dapat bagi keuntungan sehingga 36.6% setahun..yillek maa..nehi hey…takdak!! Kecuali emas…Jadi bayangkan jika trend ini berterusan 15 tahun akan datang rumah jenis apa yang mampu anda beli?? Saya biarkan anda buat pengiraan sendiri…Satu lagi contoh mudah, Dinar Kelantan pada awal pelancarannya pada bulan puasa tahun 2006 adalah pada RM332.25 sedinar, tapi pada hari ini (10.10.10) harga 1 dinar adalah …


Rajah 3 : Harga Dinar Kelantan pada 10.10.2010

Jadi semakin awal anda mengumpul emas, semakin bertambah peluang anda untuk membeli rumah idaman anda..betul tak??


Timbul pulak persoalan, kenapa harga emas terus meningkat?? Ingin saya bagitahu anda bahawa

harga emas tak pernah meningkat, tapi stabil sejak ribuan tahun dahulu. Apa yang sebenarnya berlaku adalah duit kertas terus menyusut nilainya dari tahun ke tahun dan akan terus menyusut lagi dan lagi dan lagi hingga wang kertas langsung tak bernilai. Biar saya buktikan.. Pada zaman nabi Muhammad saw harga seekor kambing adalah 1 dinar (4.25gram emas 916). Selepas 1400 tahun 1 dinar masih lagi mampu mengekalkan kuasa belinya kerana RM600 sekarang masih boleh membeli seekor kambing yang banyak dagingnya.

Berbeza dengan wang kertas, pada 20 tahun dulu rata-rata mak bapak bagi 20sen 30sen belanja anak-anak pergi sekolah. Kalau zaman sekarang rata-rata mak bapak bagi RM2, RM3 kepada anak-anak, kerana 30 sen tak mampu nak beli seketul kuih pun.

Itu baru 20 tahun, agak-agak berapa harga seketul kuih 1400 tahun akan datang… Kemana nilainya pergi?? Jawapannya nilainya telah menyusut..Kenapa menyusut?? Jawapannya… anda kena cari sendiri jawapannya, berlambak artikel & video dalam internet yang menceritakan perihal wang kertas. Matawang USD hingga kini telah menyusut 94% sejak kali pertama ia dikeluarkan. Jadi secara peribadi sebenarnya saya tak jangkakan ia mengambil masa sehingga 15 tahun untuk menyusut kepada 100%..Faham maksud saya?? Kalau faham bagus, kalau tak faham tanya kepada yang faham.


Ok last question…apakah ada kemungkinan harga emas akan jatuh merudum pada masa akan datang?? Saya katakana pada anda ia takkan jadi sebegitu. Ini kerana semakin maju dunia permintaan terhadap emas makin bertambah. Setiap telefon bimbit dalam poket kita terdapat emas bernilai sekitar USD0.50. setiap chip computer terdapat emas di dalamnya, malah tahukah anda untuk telefon bimbit sahaja sebanyak 40,000 kg emas dibuang begitu sahaja setiap tahun kerana kos untuk kitar semula adalah terlalu tinggi…Maka saya katakan harga emas takkan jatuh bahkan akan terus melonjak hingga ke tahap seguni USD tak mampu membeli sedinar emas…


Ok..kita dah pergi 15 tahun ke belakang, kita dahpun pergi 15 tahun akan datang, sekarang mari kita pergi setelah kita betul-betul “pergi” tak kembali. Saya ingin memetik beberapa hadis dan ayat Al-Quran dan biarlah tuan puan yang menentukan sahih ke tak sahih hadis ni, betul ke tak betul hadis ni dan tuan puan pikirlah sendiri sebab saya ni orang jahil tak pandai sangat nak ulas pasal agama.

Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :,

Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Allah SWT dan Rasulullah SAW mengistiharkan perang ke atas orang mengambil riba, membayar riba, penulis riba dan saksi kepada perjanjian riba. Ibadah mereka tidak diterima dan mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya.


Maksudnya: “..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Quran: al-Baqarah:279

“…Riba itu mempunyai 73 jenis; sedangkan yang paling ringan adalah seperti seseorang yang bersetubuh dengan ibunya…” (HR Ibnu Majah dan Al-Hakim)

“…Satu dirham (RM16) yang diperoleh seseorang dari hasil riba lebih besar dosanya 36 kali daripada perbuatan zina dalam Islam…” (HR al-Baihaqi)

Jabir r.a. meriwayatkan: “..Rasulullah melaknat pemakan riba, pemberi riba, penulis dan kedua saksinya… Mereka itu adalah sama…”; (HR Muslim)

Saya rasa cukuplah setakat itu sahaja, apa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri. Moga artikel ini dapat memberi sedikit cetusan dalam minda kita bahawa tak mustahil untuk membeli rumah (ataupun kereta) secara tunai, dan seterusnya menjauhi riba yang amat besar dosanya (tapi tak pernah nampak atau dinampakkan).

Bacaan lanjutan..

http://muslimvillage.wordpress.com/penjajahan/

http://saudagardirham.com/berita-emas-lain/22-jgn-simpan-duit-kertas

http://www.youtube.com/watch?v=CdqKESd3zBA

http://www.youtube.com/watch?v=SA5S1xc3JPc

http://www.youtube.com/watch?v=13CUf1KeRj4

by kHuzai Isnin, Mac 7
http://tempahdisini.blogspot.com/2011/03/beli-rumah-secara-tunai-dengan-dinar.html