Pages

Tuesday, May 24, 2011

Beli Rumah Secara Tunai Dengan Dinar




SIAPA KATA MUSTAHIL BELI RUMAH SECARA TUNAI

Ramai orang beranggapan membeli rumah yg bernilai ratusan ribu adalah mustahil dapat dilakukan oleh kebanyakan orang secara tunai. Tak dinafikan ada yang betul-betul kaya mampu beli rumah secara tunai, namun bagaimana yg kurang kaya dan tak berapa kaya ni macam kita ni.. dah tentu tak mampu nak beli rumah secara tunai. Hari ini saya akan pecahkan kepercayaan sedemikian dalam minda anda yg tertanam sekian lama dan saya akan dedahkan rahsia macamana nak beli rumah (atau kereta idaman) secara CASH!!


Langkah pertama yang anda harus buat adalah simpan wang. Ye la tak simpan wang macamana nak beli rumah ye tak? Tapi berapa lama nak kena simpan wang baru dapat beli rumah cash..Dan andaikata kita dapat simpan RM200k dalam masa 20 tahun, rumah bernilai RM200k pada masa sekarang mungkin dah jadi RM300k atau RM400k…Ye betul, itulah yang akan berlaku jika anda menyimpan “kertas”. Apa yang saya maksudkan sebagai wang adalah dinar emas atau dirham perak, yakni wang yang terdapat perkataannya di dalam al quran dan juga hadis. Inilah wang yang sebenarnya, wang yang dipakai sejak ribuan tahun, bukannya seperti yang berada dalam dompet anda sekarang..


Ok, panjang cerita kalau nak cerita pasal sejarah wang kertas dan penipuannya ni, saya short cut straight to the point macamana nak beli rumah secara tunai. Yang pertama sekali anda perhatikan graf dibawah.

Rajah 1 : Graf harga emas sepanjang 15 tahun lepas


Graf di atas menunjukkan harga emas sebenar sepanjang 15 tahun lepas dalam nilai USD. Kalau kita perhatikan terdapat penurunan tak ketara pada tahun 1996 hingga 2001. Bermula 2002 ia mula meningkat secara perlahan dan terus melonjak hingga ke paras tertinggi pada tahun 2010. Kalau kita kaji kita akan dapat jawapan kepada kenaikan dan penurunan harga emas ni tapi saya tak nak cerita kat sini takut jadi terlampau panjang. Ok, nak senang cerita kita ambil purata harga harga emas sepanjang 15 tahun tersebut. Seperti yg ditunjukkan dalam graf kenaikan sejak 1996 – 2010 adalah 249.6% atau bersamaan 249.6/15 = 16.6% setahun. Menggunakan angka 16.6% ini kita akan buat sikit analisa. Lihat jadual di bawah.


Ok..saya mulakan dengan tahun 2010 (tahun teks ditulis), harga 1 dinar adalah antara RM550 hingga RM650, nak senang kira kita ambik purata harga emas pada tahun pertama adalah RM600. Pada tahun kedua ia mula meningkat kepada 16.6% (angka yg didapati drp analisa harga emas dunia sepanjang 15 tahun), maka harga 1 dinar bersamaan RM700. Pada tahun ketiga ia meningkat lagi 16.6% hinggalah 15 tahun akan datang harga 1 dinar bersamaan RM5151.


Kembali kepada persoalan kita, bagaimana nak beli rumah secara CASH? Saya bahagikan tempoh 15 tahun kepada 3 bahagian. Ini kerana saya akan pecahkan kepada 3 kaedah pelaburan. Pada 5 tahun pertama anda beli dan simpan 1 dinar sebulan. Pada 5 tahun kedua anda simpan setengah dinar sebulan dan 5 tahun terakhir anda beli dan simpan suku dinar sebulan. Kenapa saya pecahkan kepada 3 bahagian macam ni? Kerana saya beranggapan harga emas 5 tahun akan datang sudah terlalu tinggi untuk anda beli 1 dinar, maka beli ½ dinar pun memadai. Begitu juga pada 5 tahun terakhir, saya anggapkan kenaikan gaji anda tak sehebat kenaikan harga emas maka anda hanya mampu beli suku dinar jer sebulan. So logik kan??


Katalah 15 tahun dah berlalu, apa yang berlaku pada dinar-dinar tuan puan sekalian. Kalau tuan puan jumlahkan dinar anda pada 15 tahun akan datang maka jumlahnya adalah 105 keping atau nilaiannya dalam RM adalah RM162,287.00. Jangan lupa setiap satu dinar yang anda kumpulkan sejak 15 tahun lalu juga meningkat harganya 16.6%.

Jadi untuk 12 keping dinar yg anda kumpul pada tahun pertama, keuntungan yang anda perolehi dalam masa 15 tahun adalah RM17,928.00. Begitu juga dinar-dinar yang anda simpan pada tahun kedua dan seterusnya. Jadi dalam masa 15 tahun dinar anda telah membuat keuntungan sebanyak RM200,619.74. Maka berapa nilai RM anda ketika itu… jawapannya RM17,928.00 + RM200,619.4 = RM362,906.74.


Nah, anda boleh nampak sekarang?? Dengan membuat pelaburan dinar bernilai serendah RM600 sebulan (sekarang) atau maksimum RM1198 (15 tahun akan datang), maka pada masa tersebut anda mampu membeli sebuah rumah banglo CASH.. bernilai lebih suku juta. Mungkin anda berkata “ahh..suku juta 15 tahun akan datang mana sama dengan suku juta sekarang..” yer betul. Harga rumah meningkat tiap tahun, tapi andai kata kita ambik worst case scenario dimana harga rumah telah meningkat 100%, anda masih lagi mampu membeli rumah berharga lebih RM150k nilaian sekarang. Dapat anda bayangkan rumah bernilai berharga sedemikian pada masa sekarang? Ok sekarang mari kita buat perbandingan jika anda membeli rumah berharga RM150k pada masa sekarang melalui skim yang “Islamic” (kununnya).

Merujuk kepada Loan Payment Calculator.xls kita akan dapati seperti berikut;

Jumlah pinjaman =RM150,000

Interest rate / riba = 6% setahun

Tempoh pinjaman = 30 tahun

Bayaran bulanan = RM900

Total Interest / riba = RM173,757

Total Dibayar = RM323,757

* Tidak termasuk kos guaman, pendahuluan & lain-lain fee

Daripada fakta tersebut mari kita buat sedikit perbandingan


Daripada jadual simple di atas, apa yang anda fikirkan. Ya, sudah tentulah membeli rumah secara pelaburan dinar adalah jauh lebih menguntungkan. Dan anda bertanya lagi…dalam masa 15 tahun tu nak duduk kat mana? Kena menyewa jugak..ok, sekarang kita kira berapa kos untuk menyewa dalam tempoh 15 tahun. Katalah saya bahagikan juga jumlah sewa kepada 3 peringkat. Saya ambil kos untuk menyewa pada 5 tahun pertama adalah RM300, 5 tahun kedua sebanyak RM600 dan RM1200 pada 5 tahun terakhir. Maka jumlah sewa anda selama 15 tahun adalah RM126,000. Sekarang kita tolak kos ini dari simpanan dinar kita, maka hasil bersih = RM352,906 – RM126,000 =RM226,906. Masih satu jumlah yang masih tinggi bukan?

Kemudian anda bertanya lagi (amboi banyak betul persoalannya)…” mana dapat sewa RM300 kat KL sekarang ni.” Maka jawapan saya kalau gaji anda RM1000 sebulan saya nasihatkan anda balik kampong je, tak payah duk KL. Jika gaji anda RM3000 ke atas saya rasa anda tak bermasalah nak bayar sewa RM500 – RM600 sebulan, malah mungkin anda mampu simpan 2 dinar sebulan… Kalau gaji anda kurang RM2000 saya pun tak fikir bank akan luluskan permohonan anda nak beli rumah bernilai RM150,000 betul tak?


Ok, ada apa2 soalan anda yang belum terjawab. Kalau dah, izinkan saya balik kepada graf harga emas kat atas tadi. Perkiraan kita sebentar tadi adalah berdasarkan fakta sebenar pergerakan emas dunia selama 15 tahun yang lepas. Kalau anda perhatikan 5 tahun terakhir adalah tempoh harga emas melonjak dan melompat-lompat kegirangan. Oleh yang demikian secara peribadi saya katakan harga emas akan datang jauh lebih tinggi dan tinggi dan terus meninggi hingga ke tahap infinity.. jika dipuratakan selama 15 tahun akan datang mungkin lebih dari 16.6% kenaikan setahun, boleh jadi 20%, boleh jadi 25%, mungkin juga boleh jadi 40%. Untuk lebih jelas kita tengok satu lagi analisa.


Kat bawah ni saya tunjuk satu lagi contoh pergerakan harga emas dunia.

Rajah 2 : Graf harga emas sepanjang 5 tahun lepas


Kalau kita analisa graf di atas harga emas mengunjur pada 183.05% selama 5 tahun atau 183.05/5 = 36.6% setahun. Woww…tinggi tu. Cuba bagitau saya apa jenis pelaburan yang dapat bagi keuntungan sehingga 36.6% setahun..yillek maa..nehi hey…takdak!! Kecuali emas…Jadi bayangkan jika trend ini berterusan 15 tahun akan datang rumah jenis apa yang mampu anda beli?? Saya biarkan anda buat pengiraan sendiri…Satu lagi contoh mudah, Dinar Kelantan pada awal pelancarannya pada bulan puasa tahun 2006 adalah pada RM332.25 sedinar, tapi pada hari ini (10.10.10) harga 1 dinar adalah …


Rajah 3 : Harga Dinar Kelantan pada 10.10.2010

Jadi semakin awal anda mengumpul emas, semakin bertambah peluang anda untuk membeli rumah idaman anda..betul tak??


Timbul pulak persoalan, kenapa harga emas terus meningkat?? Ingin saya bagitahu anda bahawa

harga emas tak pernah meningkat, tapi stabil sejak ribuan tahun dahulu. Apa yang sebenarnya berlaku adalah duit kertas terus menyusut nilainya dari tahun ke tahun dan akan terus menyusut lagi dan lagi dan lagi hingga wang kertas langsung tak bernilai. Biar saya buktikan.. Pada zaman nabi Muhammad saw harga seekor kambing adalah 1 dinar (4.25gram emas 916). Selepas 1400 tahun 1 dinar masih lagi mampu mengekalkan kuasa belinya kerana RM600 sekarang masih boleh membeli seekor kambing yang banyak dagingnya.

Berbeza dengan wang kertas, pada 20 tahun dulu rata-rata mak bapak bagi 20sen 30sen belanja anak-anak pergi sekolah. Kalau zaman sekarang rata-rata mak bapak bagi RM2, RM3 kepada anak-anak, kerana 30 sen tak mampu nak beli seketul kuih pun.

Itu baru 20 tahun, agak-agak berapa harga seketul kuih 1400 tahun akan datang… Kemana nilainya pergi?? Jawapannya nilainya telah menyusut..Kenapa menyusut?? Jawapannya… anda kena cari sendiri jawapannya, berlambak artikel & video dalam internet yang menceritakan perihal wang kertas. Matawang USD hingga kini telah menyusut 94% sejak kali pertama ia dikeluarkan. Jadi secara peribadi sebenarnya saya tak jangkakan ia mengambil masa sehingga 15 tahun untuk menyusut kepada 100%..Faham maksud saya?? Kalau faham bagus, kalau tak faham tanya kepada yang faham.


Ok last question…apakah ada kemungkinan harga emas akan jatuh merudum pada masa akan datang?? Saya katakana pada anda ia takkan jadi sebegitu. Ini kerana semakin maju dunia permintaan terhadap emas makin bertambah. Setiap telefon bimbit dalam poket kita terdapat emas bernilai sekitar USD0.50. setiap chip computer terdapat emas di dalamnya, malah tahukah anda untuk telefon bimbit sahaja sebanyak 40,000 kg emas dibuang begitu sahaja setiap tahun kerana kos untuk kitar semula adalah terlalu tinggi…Maka saya katakan harga emas takkan jatuh bahkan akan terus melonjak hingga ke tahap seguni USD tak mampu membeli sedinar emas…


Ok..kita dah pergi 15 tahun ke belakang, kita dahpun pergi 15 tahun akan datang, sekarang mari kita pergi setelah kita betul-betul “pergi” tak kembali. Saya ingin memetik beberapa hadis dan ayat Al-Quran dan biarlah tuan puan yang menentukan sahih ke tak sahih hadis ni, betul ke tak betul hadis ni dan tuan puan pikirlah sendiri sebab saya ni orang jahil tak pandai sangat nak ulas pasal agama.

Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :,

Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Allah SWT dan Rasulullah SAW mengistiharkan perang ke atas orang mengambil riba, membayar riba, penulis riba dan saksi kepada perjanjian riba. Ibadah mereka tidak diterima dan mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya.


Maksudnya: “..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Quran: al-Baqarah:279

“…Riba itu mempunyai 73 jenis; sedangkan yang paling ringan adalah seperti seseorang yang bersetubuh dengan ibunya…” (HR Ibnu Majah dan Al-Hakim)

“…Satu dirham (RM16) yang diperoleh seseorang dari hasil riba lebih besar dosanya 36 kali daripada perbuatan zina dalam Islam…” (HR al-Baihaqi)

Jabir r.a. meriwayatkan: “..Rasulullah melaknat pemakan riba, pemberi riba, penulis dan kedua saksinya… Mereka itu adalah sama…”; (HR Muslim)

Saya rasa cukuplah setakat itu sahaja, apa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri. Moga artikel ini dapat memberi sedikit cetusan dalam minda kita bahawa tak mustahil untuk membeli rumah (ataupun kereta) secara tunai, dan seterusnya menjauhi riba yang amat besar dosanya (tapi tak pernah nampak atau dinampakkan).

Bacaan lanjutan..

http://muslimvillage.wordpress.com/penjajahan/

http://saudagardirham.com/berita-emas-lain/22-jgn-simpan-duit-kertas

http://www.youtube.com/watch?v=CdqKESd3zBA

http://www.youtube.com/watch?v=SA5S1xc3JPc

http://www.youtube.com/watch?v=13CUf1KeRj4

by kHuzai Isnin, Mac 7
http://tempahdisini.blogspot.com/2011/03/beli-rumah-secara-tunai-dengan-dinar.html

No comments:

Post a Comment