Pages

Tuesday, May 3, 2011

Imam Syafie Ulama’ Haid Sahaja.... (!?)




Cercaan Dan Pembodohan

Amr Bin Ubaid berkata tentang As Syafi’i: “Sesungguhnya ilmu As Syafi’i dan Abu Hanifah semuanya tidak keluar dari seluar dalam wanita”. Betapa cetek ilmu mereka berdua sehinggakan luas bidang pengetahuan mereka tidak lebih besar dari pakaian dalam.. Bukan itu sahaja, ilmu yang mereka miliki itu cukuplah rendah dan sedikit manafaat nya sehinggakan ia disandarkan kepada pakaian yang paling dalam.

Namun Imam As Syatibi membantah perkataan ahli bid’ah tersebut dalam kitabnya Al I’tisam:

“Inilah bualan orang yang menyeleweng. Semoga Allah membinasakan mereka”.

Mereka menyangka bahawa ulama’ Ahlus Sunnah itu hanya mengerti hukum fiqh semata-mata tanpa mempedulikan masalah dunia dan disiplin ilmu yang lain. Mereka menyangka bahawa ulama’ Ahlus Sunnah itu hanya bisa mengajar di halaqah tanpa pernah terjun ke dalam badai da’wah dan mehnah.

Begitulah lidah mereka senantiasa bersambung. Nun sebelum itu mereka menuduh Rasulullah saw sebagai majnun, kemudian dikatakan juga sebagai pemecahbelah umat. Ketika di zaman Uthman maka mereka melontarkan tuduhan korupsi kan nepotisme kepada sang khalifah. Bila terbunuhnya sahabat dan menantu baginda itu maka mereka menyangka bahawa mereka telah meraih pahala.

Begitu juga mereka mengatakan bahawa Ali Bin Abi Talib sebagai kafir lantaran tidak menjalankan hukum Tuhan. Lalu mereka merencana untuk mengabiskan nyawanya. Usaha ini dikatakan sebagai da’wah kepada Allah. Inilah yang berlaku kepada Rasulullah dan sahabat-sahabag baginda.


Fiqh Waqi’ Dan Syiasah Islamiyah

Kemudian para ulama setiap zaman terus difitnah dan dicemarkan namanya. Terbaru para ahli bid’ah meneruskan lidah pendahulu mereka – menghina para ulama’ rabbani – dengan mengatakan bahawa para ulama’ Ahlus Sunnah hanyalah ulama’ kampung, yang sebok membaca kitab tanpa memahami fiqh waqi’ dan syiasah islamiyah.

Itulah yang sering kita dengar apabila ada ulama’ Ahlus Sunnah yang menegur para pemuka gerakan Islam maka para tokoh gerakan Islam akan berujar: “Kita menghormati pandangan mereka tetapi pandangan mereka itu tidak menetapi kondisi dan waqi’. Kerana mereka tidak turun ke lembah peperangan sementara mereka tetap di meja membaca kitab”.

Seperti kata Sayid Qutb yang menjadi idola para hizbiyyun dalam Fi Zilal:

“Sesungguhnya fiqh harakah berbeza sekali asasnya dengan fiqh auraq (ilmu yang ada di atas kertas)…. Sesungguhnya fiqh harakah mengambil iktibar dari waqi’ yang turun padanya nash-nash dan padanya dibuat hukum”.

Lihatlah bagaimana Sayid Qutub mencela ulama malah memperlekehkan ilmu Islam dengan memanggilnya fiqh auraq. Dia menganggap bahawa para ulama ahlus sunnah merupakan ulama yang kolot dan tidak peduli kepada untung nasib umat – hanya terperok di halaqah sambil mengajar dan berzikir kepada Allah!


Namun ucapan seperti ini telah dibantah oleh para ulama mu’tabar zaman ini. Syeikh Rabi’ Bin Hadi Al Madkhali, yang terkenal di zaman ini dalam ilmu jarah wa ta’dil sehinggakan muhaddith abad ini – Syeikh Albani – mengiktiraf beliau, berkata:

“orang yang ghuluw (ta’sub) dalam masalah politik memiliki pelecehan yang luar biasa terhadap ahli hadith dan tauhid. Pencemohan, pembodohan dan menuduh ahli hadith dan tauhid dengan hal-hal yang keji. Diantara sikap ghuluw mereka yang tidak pernah dikenal sebelumnya oleh para ulama Islam adalah pemujaan mereka kepada fiqh waqi’ dan dakwaan mereka bahawa merekalah ulama’ waqi’…. Boleh disimpulkan dari sikap ini bahawa para pendewa fiqh waqi’ ini menganggap politik dan ilmu waqi’ sebagai kewajiban fardu ain yang penting” (Ahlul Hadith Hum Thaifah Mansurah Najiyah)


Tetapi rupanya banyak umat manusia tertipu dengan kepetahan dan penampilan para hizbiyyun ini, sehingga umat merasakan bahawa jalan yang mereka bentuk dan serukan merupakan jalan kebenaran. Umat merasakan bahawa mereka adalah ulama’ yang memperjuangkan kebenaran. Ulama’ yang menegakkan hukum tuhan dan menjalani amar ma’ruf nahi mungkar. Ulama’ yang bersedia untuk berjihad dan berhujjah demi kebesaran Allah.


Siapa Yang Dikatakan Ulama’

Namun ulama’ Ahlus Sunnah telah memberi peringatan bahawa semua gambaran tadi tidak semestinya benar. Ibn Rajab berkata: “Banyak orang kebelakangan yang tertipu dalam hal ini. Mereka menyangka bahawa orang yang banyak bicara, banyak debatnya dan banyak dialognya dalam masalah agama, maka dia lebih alim dibandingkan orang yang tidak seperti itu. Sangkaan ini sebuah kejahilan yang nyata!”

Beliau berkata lagi:

“Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat, tidak juga dengan banyaknya bicara, tetapi ia adalah cahaya yang terpancar ke dalam hati, yang dengannya seorang hamba dapat memahami al haq dan memisahkan antara yang haq dan yang batil. Dan mengungkapkan hal tersebut dengan ibarat yang singkat tetapi memenuhi apa yang dimaksudkan” (Fadhlu Ilmi Salaf)

Maka ulamak itu bukanlah yang duduk dalam persatuan ulamak, begitu juga bukan yang diangkat menjadi mursyid dalam sebuah jamaah Islam, bukan juga yang memakai gelar cendiakawan atau tukang fatwa. Sebaliknya ulama itu adalah yang berbicara menggunakan Al Qur’an dan As Sunnah mengikut pemahaman sahabat semata-mata.


Sehinggakan Imam Syafi’e berkata tentang ilmu:

“Ilmu itu adalah Al Qur’an dan As Sunnah, sedangkan selainnya adalah bisikan was-was”.
Oleh itu dapat difahami bahawa orang yang alim itu hanyalah menggunakan hujjah dari Al Qur’an dan As Sunnah sahaja, tidak menggunakan aqalnya atau nafsunya dalam beragama. Namun kita dapat lihat bahawa para “ulama” hari ini banyak yang menggunakan aqal dan perasaan dalam menemukan hujjah. Acapkali juga kita lihat mereka menolak dalil yang jelas dari Al Qur’an dan As Sunnah semata-mata untuk menjaga dunia dan kenikmatan yang mereka miliki.


Syeikh Abdus Salam bin Barjas mengatakan:

“Orang yang layak untuk disebut sebagai orang alim jumlahnya sangat sedikit sekali dan tidak berlebihan kalau kita mengatakan jarang. Yang demikian itu kerana sifat-sifat orang alim majoritinya tidak akan terwujud pada diri orang-orang yang menisbahkan diri kepada ilmu pada masa ini. Bukan dinamakan alim bila sekedar fasih dalam berbicara atau pandai menulis, orang yang menyebarluaskan karya-karya atau orang yang men-tahqiq kitab-kitab yang masih dalam tulisan tangan. Kalau orang alim ditimbang dengan ini, maka cukup (terlalu banyak orang alim). Akan tetapi penggambaran seperti inilah yang banyak menancap di benak orang-orang yang tidak berilmu. Oleh karena itu banyak orang tertipu dengan kefasihan seseorang dan tertipu dengan kepandaian berkarya, padahal dia bukan ulama. Ini semua menjadikan orang-orang takjub. Orang alim hakiki adalah yang mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hukum Al Quran dan As Sunnah. Mengetahui ilmu ushul fiqih seperti nasikh dan mansukh, mutlak, muqayyad, mujmal, mufassar, dan juga orang-orang yang menggali ucapan-ucapan salaf terhadap apa yang mereka perselisihkan.(Wujubul Irtibath bi ‘Ulama)

Tukang Khatib Dipanggil Ulama’

Benarlah perkataan para sahabat dan kaum Salaf bahawa zaman kita ini yang banyak adalah para pencerita, tukang bicara dan tukang penglipurlara. Sehinggakan mereka ini dinobatkan sebagai ulama’. Siapa lagi yang akan manusia jadikan ulama’ walhal umat saat ini banyak yang tidak memiliki ilmu. Maka sudah selayaknya manusia yang punya kelebihan sedikit dijulang dan dijubahkan.

Rasulullah saw. Bersabda:

“Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang rama”. (Riwayat Ibnu Majah)

Orang yang kecil, yang tidak mengerti agama tetapi punya sedikit kepandaian lalu diangkat menjadi ustaz, tuan guru, mursyid, tukang fatwa dan ulama’ jamaah. Namun ibarat jauh panggang dari api, jalan yang mereka tempuh tidaklah menuju kepada jalan Ilahi kerana menyelisihi sunnah al Mustafa.


Ibn Mas’ud juga berkata:

“Sesungguhnya kalian berada pada zaman, dimana ulama’ kalian banyak dan para khatibnya (penceramah) sedikit dan akan datang pula kepada kalian suatu zaman, dimana ulama’nya sedikit dan para khatibnya banyak. Orang yang terpuji adalah orang yang banyak ilmunya dan sedikit bicaranya. Dan sebaliknya, orang yang tercela adalah orang yang kurang ilmunya dan banyak bicaranya”. (Fadlu ‘Ilmis Salaf ‘ala ‘Ilmil Khalaf)

Mujahid berkata:

Para ulama telah pergi, tidak tersisa kecuali orang yang pandai berkata-kata”. (Kitab Al Ilmu oleh Al Khaitsamah).
Oleh itu nyatalah kepada kita saat ini bagaimana para pemuka hizbiyyun, sama ada yang bergelar mantan mufti, atau mantan profesor, atau yang dikalungkan gelar mursyid atau apa saja, mereka tidak bisa beragrumentasi secara ilmiyah tatkala mereka bertembung dengan hujjah para penuntut ilmu dari kaum Salafi.


Siapakah Mereka Sebenarnya?

Seandainya mereka benar ulama’, maka tanyakan kepada dunia:

“Siapa mereka? Kitab mereka yang mana yang dibaca dan diajarkan kepada para penuntut ilmu di setiap belahan dunia? Dan apakah mereka ini diiktiraf oleh dunia Ahlus Sunnah sebagai ulama?” Atau hanya di negeri kecil kita ini sahaja mereka terkenal, itu pun terkenal kerana mereka betah dan pandai berkata-kata!

Jika mereka ulama’ Rabbani, mengapakah di Pendang masih banyak kedai-kedai menggantungkan khurafat walhal disanalah Almarhum Ustaz Fadhil Norr bertempat. Jika mereka ulama’ Rabbani mengapakah mereka bergulat dengan Syiah sehingga ada pemimpin mereka terbang ke Iran dan menjulang kerajaan Syiah yang sesat itu. (http://www.youtube.com/watch?v=ccjPARZ5ynw).

Begitu juga jika benar mereka mengikut hukum Islam mengapa mereka menelantarkan Hukum Islam terhadap Ahlul Zimmah iaitu antaranya dilarang mengenakan pakaian yang dipakai oleh umat Islam?

Nyata mereka hanya menurut nafsu dalam menegakkan agama. Walhan ulama ahlus sunnah telah menerangkan tentang larangan menentang penguasa dan memecahbelahkan jamaah kaum muslimin.

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

lolucon sang agamawan

Label: , , ,

No comments:

Post a Comment