Pages

Friday, May 6, 2011

Mengapa Allah perintah kita bersujud ..?






Setiap yang Allah suruh kita lakukan itu adalah untuk kebaikan kita sendiri. Ini yang kita yakini sebagai seorang yang beriman. Contohnya ketika solat; kenapa salah satu rukun solat itu ialah bersujud.Pada hakikatnya Allah sahaja tahu kenapa .Tapi Dia SwT mendedahkan kepada mereka yang mahu mengkaji sebahagian hikmah-hikmahnya kenapa kita disuruh bersujud.Dan sebagai orang islam, kita menghadapi setiap perintah itu dengan kata-kata : "kami dengar dan kami patuh " walaupun kita tidak faham sebab-sebab maupun hikmah disebalik sesuatu perintah Allah itu; tetapi kita tetap yakin bahawa apabila sesuatu itu dari Allah (kita kena pastikan yang ianya benar-benar dari Allah bukan sekadar 'cakap-cakap" yang sukar dipastikan kebenarannya ) maka ianya mesti untuk kebaikan.





Berkenaan sujud ketika solat, antara hikmah yang dapat kita fahami(berdasarkan kajian sains semasa ) ialah :

a.) Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).

b.) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan:
a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh(prolapsed uterus/fallen band womb)
c) Melegakan sakit hernia.
d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan(high parts of the lungs)
f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN (limpa)
g) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
h) Meringankan bahagian PELVIS.
i) Memberi dorongan untuk mudah tidur
j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut,punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
m) Mengurangkan kegemukkan (obesity).
n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).
o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
p) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima tekanan darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti
APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTEIOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.

WALLAHUALAM..

credit to :togisahaja.com/

No comments:

Post a Comment