Pages

Wednesday, July 13, 2011

Dr Chandra : Mala Petaka Besar, Jika Anwar Jadi PM !





AIDCNews – 14/07/11 – Kerana satu kenyataan Profesor Dr. Chandra Muzaffar keluar dalam The Star, bertajuk “Disaster if Anwar is PM” (Mala Petaka Besar, Jika Anwar Jadi PM), maka Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk menyamannya dan menuntut bayaran sebanyak 10 juta.


Anwar melalui peguamcaranya Tetuan S N Nair & Partners di dalam surat bertarikh 4 Mac 2008 menuntut supaya Dr Chandra menarik balik kata-katanya yang pernah diucapkan dalam satu forum Malaysia Decides 2008 yang dianjurkan oleh Star Publication Berhad, di Menara Star, Petaling Jaya pada 3 Mac 2008.

Namun, Dr Chandra yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional menerusi surat jawapannya bertarikh 5 Mac 2008, enggan menarik kata-katanya itu, kerana beliau mempunyai alasan tersendiri mengeluarkan kenyataan seperti itu.


Satu perkara menarik dalam kes saman ini, adalah Anwar mendedahkan siapakah dirinya yang sebenarnya dalam satu frasa writ samannya yang berbunyi, “Plaintif (Anwar) pada masa yang material merupakan penasihat kepada Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Plaintif juga merupakan antara lain, ‘Visiting Diplomat’ di Council of Foreign Relations (CFR), New York”


Dr Chandra, yang juga Presiden JUST (The International Movement for a Just World) dihubungi AIDC pada 30 Jun 2011, di Pejabat JUST, Petaling Jaya, untuk bertanyakan lebih lanjut tentang perkembangan kes samannya itu serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.


AIDC : Prof pernah disaman oleh Datuk Seri Anwar kerana kenyataan prof keluar dalam akhbar The Star, “Disaster if Anwar is PM”. Kenapa Anwar saman prof atas kenyataan itu ?


Dr. Chandra Muzaffar : Ini berlaku sebelum pilihan raya 2008. Saya bagi komen itu, bukan sesuatu yang dirancang (secara spontan saja)


Selepas kelima-lima penceramah dalam forum itu menyampaikan ucapan masing-masing, pengerusinya, Datuk Wong Chun Wai (The Star group chief editor) menjemput hadirin untuk mengemukakan soalan.


Kenyatan saya itu, sebenarnya (berasaskan) jawapan saya kepada soalan daripada salah seorang peserta yang mengemukakan soalan tentang ‘bagaimana dengan pendapat saya (jika) Anwar (dipilih) sebagai Perdana Menteri’.


Saya secara terus-terang menyatakan dalam bahasa Inggeris,“the huge unmitigated disaster”. Bermakna, satu malapetaka kepada negara sekiranya dia (Anwar) menjadi Perdana Menteri.


Saya kata, (sebabnya) cara dia berpolitik. Saya tak sebut tentang soal moral dia, peribadi dan sebagainya.


Tak ada sebut isu moral ?


Tak ada. Tapi masa itu pun benda-benda itu (isu moral) dah lama didedahkan. Dr Mahathir sudah mendedahkan perkara ini pada tahun 1998.


Sebelum itu pun, mengikut kawan-kawan tertentu Anwar, dikatakan memang dia terlibat dalam beberapa perkara itu.


Tetapi, yang saya sentuh dalam forum itu adalah dari segi politik tempatan dan politik antarabangsa.


Kerana, saya tahu hubungannya dengan golongan-golongan tertentu di Barat, seperti Paul Wolfowitz dan sebagainya.


Kita tahu siapa Paul Wolfowitz, perancang Perang Iraq. Salah seorang Ketua Neocon yang begitu pro-Israel. Dia (Wolfowitz) sendiri adalah Zionis.


Begitu juga hubungannya dengan badan yang dinamakan Foundation For the Future.


Siapa yang melancarkan Foundation For the Future pada tahun 2005? Yang melancarkannya ialah Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) pada masa itu.

Ini adalah badan yang ditubuh oleh State Department, Amerika Syarikat.


Matlamatnya jelas, dibuat satu badan kononnya untuk menegakkan demokrasi di Timur Tengah, tetapi, kita tahu apa matlamatnya, untuk meneruskan agenda AS iaitu agenda hegemoni, agenda menguasai.

AS gunakan insan ini, manusia ini (Anwar), sebagai alat.


Dilantik Anwar sebagai Presiden atau Pengerusi ?

Ya, Presiden atau Pengerusi. Dia (Anwar) bukan berasal dari Timur Tengah. Dia dari Asia Tenggara. Kenapa mereka boleh lantik dia sebagai Pengerusi? Soalan ini, kita harus tanya.

Kerana, dia adalah individu yang begitu rapat dengan mereka ini. Begitu rapat.


-Saya begitu sedih kerana sebahagian daripada rakyat kita, tidak sedar tentang betapa bahayanya individu sedemikian rupa -

Sekiranya dia menjadi Perdana Menteri, kerana hanya dia pandai berpidato, ‘demagogue’, dapat menguasai rakyat, sudah tentu akan menimbulkan bahaya kerana dia akan menyusun dasar-dasar yang tidak diketahui umum.

Yang saya maksudkan, sudah tentu ada agenda tersirat dan dia mungkin akan dapat mencapai matlamatnya.


Itulah sebabnya saya menganggap dia sebagai malapetaka.

Dia menganggap kenyataan saya itu sebagai satu tuduhan yang liar, berniat jahat. Kononnya saya nak menjatuhkan imej atau kedudukannya.


Sehari dua, selepas kenyataan itu, dia saman saya.

Saya tidak tarik balik kenyataan saya. Saya kata, saya mengeluarkan kenyataan itu atas kepentingan awam, untuk rakyat.

Supaya mereka (rakyat) tahu siapa dia ini.


Prof ada peguam sendiri untuk kendali kes ini ?

Ada.

Bermakna, Prof berpegang pada kata-kata Prof bahawa dia adalah satu malapetaka kepada Malaysia ?

Memang.


Surat saman Anwar kepada Prof, menyatakan dia adalah ahli Council on Foreign Relations (CFR). Kenapa Anwar boleh memasuki badan seperti ini, sedangkan CFR juga turut dibenci oleh rakyat Amerika Syarikat sendiri?


Keanggotaannya dalam CFR, setahu saya, memang majoritinya warganegara Amerika termasuk bekas Presiden mereka dan individu-individu berpengaruh di AS.

Namun, ada juga anggota CFR dari luar negara.

Anggota dari luar negara, maksudnya, mereka yang benar-benar dipercayai oleh golongan yang berpengaruh di AS.


Memang tepat pendapat saudara. Mengikut pengkaji-pengkaji tertentu, CFR adalah antara badan yang paling berpengaruh di Amerika Syarikat. Lebih berpengaruh daripada kongres, senat dan badan-badan lain di AS.

Kerana badan ini, CFR, terlibat merancang dasar-dasar yang mempengaruhi arah aliran dasar kerajaan AS. Saya rasa, ada individu-individu khusus yang merancang.


Sudah tentu dalam konteks Asia Barat dan juga di negara-negara Islam, dasar CFR ini lebih memihak kepada Israel. Lebih memihak kepada kepentingan Zionis. Perkara ini jelas, tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.


Ada setengah pihak mengatakan, CFR adalah antara tiga badan yang paling berpengaruh di dunia pada masa ini.

Pertama, disebut sebagai Financial Commision. Dan satu lagi adalah The Bilderberg Institute. Dan ketiga adalah CFR. Tiga badan ini yang begitu berpengaruh.


Sekiranya, seseorang seperti Anwar boleh diterima keanggotaannya dalam CFR, bukan kerana dia itu pakar dalam bidang hubungan antarabangsa, yang pernah menulis banyak buku-buku dan sebagainya, tetapi dia dipilih sepertimana juga Pengerusi Foundation For the Future, kerana dia begitu rapat dengan pihak-pihak tertentu yang ingin menguasai dunia.

Yang dimaksudkan adalah golongan Zionis. Anwar begitu rapat dengan mereka.


Tun Dr. Mahathir sendiri salah seorang tokoh yang terkemuka di Malaysia dan di dunia, tetapi tidak pula terlibat dalam CFR ?

Oh, tidak..tidak. Dr Mahathir tidak terlibat.

Dan kalau diperhatikan, tokoh-tokoh terkemuka di negara-negara Islam juga tidak terlibat?

Kalau kita tengok golongan-golongan yang menguasai AS, kita harus bezakan antara kuasa sebenar dengan kuasa formal.

Kuasa formal itu adalah Presiden, Kongres, Senat. Tetapi yang sebenar-benarnya menguasai AS adalah ahli politik, budaya atau beberapa kumpulan-kumpulan dan lobi-lobi tertentu (yang dipanggil kuasa sebenar).


Bagi mereka, orang seperti Dr. Mahathir, walaupun dari segi kehandalannya yang begitu intelek, orang yang benar-benar adil, dan mereka (kuasa formal) akan mengiktiraf Dr Mahathir dan peranannya.

Namun, bagi golongan-golongan tertentu (kuasa sebenar), mereka menganggap Dr. Mahathir sebagai seteru mereka.


Apa sebabnya? Sebabnya, kerana Dr. Mahathir mengkritik mereka. Dr Mahathir selalu mengkritik penguasaan AS yang cuba meneruskan agendanya di Asia Barat (menguasai politik), menguasai Iraq, Lebanon, dan sebagainya.

Dr. Mahathir mengkritik semasa beliau menjadi Perdana Menteri, hingga selepas menjadi Perdana Menteri, pun masih masih kritik.


Nada Dr Mahathir sama, konsisten?

Nada yang sama. Konsisten.


Berbeza dengan kawan kita ini. Apabila dia terlibat dengan demonstrasi menentang Fortila di Malaysia, dia mengkritik Israel, Zionis.

Namun beberapa minggu selepas itu, dia terus ke AS untuk memohon maaf kepada mereka (Israel dan Zionis).


Dia terus memohon maaf dan katanya, bukan itu yang dimaksudkannya, dia buat interview dengan CNN.

Apa maknanya semua ini ?

Sepatutnya, jika kita memperjuangkan sesuatu, kita sepatutnya berpegang teguh dengan apa yang kita perjuangkan, tidak payah kita memohon maaf kepada mana-mana pihak, jika kita yakin kita berpihak kepada kebenaran.

Itulah yang saya nampak dia ini. Semuanya kerana politik.


Maksudnya, dia sendiri tidak konsisten dengan pegangannya. Boleh berubah-ubah?

Sepertimana juga dalam soal-soal tempatan. Kita tahu pendiriannya.

Misalnya, pendiriannya dalam soal bahasa.

Yang menggunakan istilah Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan adalah Almarhum Tunku Abdul Rahman, Kerana beliau tahu, seandainya mahu menyatupadukan masyarakat Malaysia, lebih baik menggunakan istilah Bahasa Malaysia supaya kaum-kaum bukan Melayu, mereka lebih mudah menerima Bahasa Malaysia itu sebagai Bahasa Kebangsaan, terutamanya dalam konteks Sabah dan Sarawak.

Indonesia, bahasa kebangsaannya adalah bahasa Melayu, tetapi pejuang-pejuang kemerdekaan Indonesia, dengan sengaja menggunakan istilah bahasa Indonesia untuk menyatukan semua suku kaum di negara itu.

Pada hemat saya, itu bagus dari segi perpaduan.


Tetapi, yang tukar penggunaan istilah bahasa adalah Anwar Ibrahim. Dia tukar, dari Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu.

Kalau kita tengok politik dia sekarang, nampaknya dia lebih memperjuangkan kepentingan golongan Cina, India dan sebagainya.

Itulah yang saya maksudkan, dia tidak konsisten.


Berubah-ubah mengikut keadaan ?

Berubah-ubah untuk kepentingannya. Sebab itu, majalah The Economic label dia sebagai chameleon.

Chameleon ini adalah sejenis binatang yang boleh berubah warnanya mengikut persekitarannya.

Jadi, memang politik dia macam itu.


Sebab itu, Dr. Mahathir pernah berkata suatu masa dahulu, dia (Anwar) ini adalah manusia yang boleh diterima oleh Yahudi. Mereka (Yahudi) menganggap dia sebagai hero mereka. Pada masa yang sama, dia juga boleh diterima oleh Arab. Kedua-duanya boleh terima.

Cara dia main politik. Yang penting baginya adalah kepentingannya, tidak ada yang lain.


Kes saman Anwar ke atas prof masih belum selesai sampai sekarang ?

Masih tidak selesai. Sudah 3 tahun. Saya pun kecewa kerana kes ini mengambil masa yang begitu lama. Saya juga nampak, Anwar sengaja melambat-lambatkan kes ini.


Termasuk kes Prof ?

Ya, memang, termasuk kes saya.

Pihak saya dah ready. Apa yang disebut sebagai pengurusan kes, mengambil masa yang lama.


Adakah Anwar saman Prof bertujuan untuk menyusahkan, menakut-nakutkan atau mahu tunjukkan kepada orang ramai bahawa dia boleh menutup mulut Prof ?

Ya untuk tutup mulut. Kalau anda lambat-lambatkan kes, benda-benda tertentu, mungkin kita tak boleh bincang. Itu salah satu daripada matlamatnya.

Sebagaimana juga kes-kes lain, dia tunggu masa untuk jadi Perdana Menteri. Bila jadi Perdana Menteri, semua kes ini akan diselesaikan.


Termasuk juga saman kepada Tun Dr. Mahathir, walaupun dia tahu mahkamah telah memutuskannya bersalah dalam kes liwat I, rakyat juga tahu penglibatannya dengan Amerika, dia tetap saman jika sentuh dua perkara itu ?

Pada pendapat saya, walaupun dia terlibat dalam sesuatu benda, dia mahu memberi gambaran kepada masyarakat ramai bahawa dia adalah manusia bersih. Dia mahu gambarkan dia tidak seperti mana orang yang menuduhnya.

Bukan soal tentang kecenderungan homoseksualnya, dia beri gambaran tidak terlibat; begitu juga kes video seks.

Kalau kita ini sebagai manusia yang waras, macam mana benda ini boleh berlaku, sekiranya, kita tidak terlibat.

Saya dimaklumkan, masa dia beri ceramah di kawasan-kawasan desa, macam-macam alasan dia beri. Anwar ini ada caranya yang tersendiri.

Sumber :anwaraidc.com


artikel berkaitan :Use Parliament Not Revolution To Bring Reforms

No comments:

Post a Comment