Pages

Saturday, January 28, 2012

Peringatan buat mereka yang bergelar isteri.


Ketahuilah wahai para isteri, sikapmu terhadap suamimu adalah penentu Syurga dan Nerakamu. Nabi s.a.w pernah bertanya kepada seorang wanita:

"Apakah engkau mempunyai suami?" Dia menjawab: "Ya". Rasulullah s.a.w kembali bertanya: "Bagaimana engkau memperlakukan dirinya?" Dia menjawab: "Aku tidak menolak permintaannya kecuali pada apa (perkara) yang tidak sanggup (aku) melaksanakannya." Rasulullah s.a.w bersabda: "Maka lihatlah di mana (kedudukan) dirimu darinya, kerana sesungguhnya suamimu adalah Syurgamu atau Nerakamu." - H/R Ahmad, an-Nasa'i dan al-Hakim. Disahihkan oleh Imam ad-Diyamthi, Imam al-Mundziri dan al-Hakim serta disepakati oleh Imam adz-Dzahabi.

Oleh itu taatilah mereka pada perkara yang makruf kerana Nabi s.a.w telah menjanjikan kepadamu bahawa:

"Apabila seorang wanita mendirikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kemaluannya dan MENTAATI SUAMINYA, nescaya dia akan masuk Syurga dari pinta mana sahaja yang dia suka." - H/R al-Bukhari dan Muslim.

Nabi s.a.w juga pernah besabda:

"Seandainya aku (dibenarkan untuk) seseorang sujud kepada yang lain, maka telah aku perintahkan wanita sujud kepada suaminya." H/R at-Tirmidzi.

Juga sabdanya:

"Ada tiga golongan yang solat mereka tidak melampaui telinga mereka: (pertama) hamba sahaya yang melarikan diri (dari tuannya) sehingga kembali, wanita yang menghabiskan malamnya dalam keadaan suaminya tidak redha kepadanya dan imam suatu kaum sementara mereka tidak menyukainya." - H/R at-Tirmidzi.

Dalam hadisnya yang lain:

"Mahukah aku beritahu kepada kamu semua tentang wanita-wanita kamu semua yang termasuk ahli Syurga? Iaitu yang penuh kasih sayang, ramai anak lagi kembali kepada suaminya, yang jika dizalimi dia mengatakan (kepada suaminya): Ini tanganku di tanganmu. Aku tidak dapat memejamkan mata hingga kamu redha (kepadaku)." - H/R ath-Thabrani.

(Zahra' Fajar Nina ditanya )- Kenapa hanya wanita yang diberi peringatan? bagaimana pula situasi wanita yang dizhalimi?

ana menjawab dari sisi ana seorang wanita: " ALLAH takkan menzhalimi wanita yang tidak menzhalimi dirinya sendiri/orang lain. ALLAH itu adil. jika wanita di zhalimi, mungkin saja dia menzhalimi hubungannya dengan ALLAH sedang dia sendiri tidak sedar." sungguh, islam memuliakan wanita.

hanya saja wanita tidak mengambil tahu dari sisi mana islam memuliakan wanita. ramai yang hanya melihat sisi wanita di'zalimi'. sungguh, itu semua hanyalah propaganda yahudi yang mencari-cari sisi buruk islam.

Jawapan Ringkas Mohd Hairi Nonchi :

1 - Wanita diberi peringatan antaranya ialah kerana sifat/cir-ciri semulajadi mereka itu sendiri:

a) Wanita amat mudah terpengaruh kepada perasaan dan emosi. Disebabkan ini, mereka ada ketikanya mudah untuk melakukan sesuatu perkara terlarang dalam agama disebabkan oleh dorongan perasaan dan emosi yang menjadi tapak mudah untuk syaitan mempengaruhi mereka.

b) Wanita menjadi objek kepada sumber fitnah kepada kaum lelaki, malah ia adalah fitnah terbesar sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. Yahudi menjadi bangsa terlaknat adalah disebabkan kaum wanita (hadith). Demikian juga, tidak sedikit kehancuran kepada kaum lelaki di zaman berakibatkan daripada 'tarikan' fitnah daripada kaum wanita juga.

2 - Orang yang melihat wanita sebagai kaum terzalimi dalam Islam, mereka sebenarnya ialah seorang yang jahil lagi buta mata hatinya di dalam memahami hikmah-hikmah syariat yang ditaklifkan ke atas kaum wanita. Sebagai contoh ialah perintah syariat agar kaum wanita mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Ini adalah bagi melindungi kaum wanita daripada fitnah kaum lelaki, di samping mengangkat mereka sebagai kaum yang terhormat di kaca mata masyarakat. Ini berbeza dengan kedudukan wanita sebelum kedatangan Islam yang digambarkan sebagai objek pemuasan nafsu lelaki semata, menjadi bahan dagangan dan hamba serta sebagainya.

Seorg suami itu berkata kpd isterinya...."wahai isteriku, selagi engkau tidak membelakangkan Allah dan RasulNya, maka aku redha atas dirimu. Kebaikanmu pdku mungkin ada keburukannya, dan keburukanmu pdku mungkin ada kebaikannya. Maka aku juga memohon keredhaanmu ke atas diriku",......tidak lama kemudian pergilah si suami selama2nya............Mudah2an Allah dan RasulNya juga redha ke atas pasangan tersebut-(Md Said A Rahman)


sumber :

Mohd Hairi Nonchi

No comments:

Post a Comment