Pages

▼

Tuesday, February 7, 2012

Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat?


Al-Hajjaj bin Yusuf as-Saqofi seorang gabenor Iraq yang dilantik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan pada zaman khilafah Bani Umayyah Kebiasaannya beliau digambarkan sebagai penguasa yang zalim dan kejam bahkan seolah-olah penguasa paling kejam di atas muka bumi Allah ini hinggakan apabila timbul sahaja kisah tentang penguasa atau pemerintah yang zalim lalu terlintaslah untuk mengaitkannya dengan Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqofi.


Walaupun pentadbirannya yang keras dan berdisiplin dikritik oleh banyak pihak, namun antara jasa-jasanya yang dikenang umat Islam adalah :-


• Mendaulatkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.

• Menambah baris dan tanda-tanda di dalam bacaan Al-Quran untuk memudahkan pembacaan umat Islam.

• Menyelamatkan umat Islam yang diserang oleh kerajaan Hindu di India dengan menghantar Muhammad ibn Qasim sehingga berjaya mengukuhkan kuasa Islam di sana.

• Mengukuhan pertahanan Islam di Turkestan dengan menghantar tentera pimpinan Qutaibah ibn Muslim sehingga menembusi sempadan negara China.

• Meluaskan empayar Islam di Eropah dengan menghantar tentera Islam pimpinan Musa ibn Nusair dan Tariq ibn Ziyad ke Sepanyol.


Hajaj dikatakan berjasa besar kepada Islam kerana memasukkan baris kepada Al-Quran.


Pada masa yang sama beliau dituduh membunuh sekian ramai orang Islam sesuka hatinya. Apakah maksud sebenar di sebalik cerita-cerita yang saling bercanggahan ini?


Inilah agenda pereka-pereka kisah yang terdapat dalam buku-buku sejarah Islam; mereka ingin menyatakan bahawa Quran yang ada pada hari ini adalah Quran yang diragui kesahihannya kerana baris-baris yang ada dalam Quran ini adalah hasil usaha seorang yang amat jahat, pembunuh yang tidak berperikemanusian yang bernama Hajjaj!!


Ini lah fitnah dahsyat musuh-musuh Islam yang ditelan bulat-bulat oleh kita orang Islam!


Video ini juga memaparkan kepalsuan dakwaan tersebut dan Hajjaj seorang yang baik berdasarkan hadits Shahih Bukhari











sumber : darul KAUTHAR

No comments:

Post a Comment