Pages

Friday, April 6, 2012

Hukum Memperindah Bacaan al-Quran ..

Sender details:
Name: fauziah daud

Assalamualaikum Ustaz,

Apakah yang dimaksudkan dengan memperindahkan bacaan Al-Quran?.Adakah melagukan bacaan Al-Quran seperti yang kita tonton dalam pertandingan tilawah Al-Quran itu bidaah dan jika benar bacaan bagaimanakah yang menepati sunnah?.Harap dapat bagi contoh qari sekali.

Terima kasih

Jawapan oleh Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman..

Wa'alaikum salam,

Pertamanya kita perlu tahu bahawa gaya bacaan Al-Quran dalam pertandingan tilawah hakikatnya adalah mengikut alunan muzik atau apa yang dinamakan sebagai 'Maqamaat'. Ia jelas bukan mengikut hukum tajwid yang telah diwarisi oleh Umat Islam daripada Salaf sejak turun-menurun sampai kepada kita hari ini. Sebaliknya bacaan 'Maqamaat' itu jelas bersifat berlebih-lebihan khasnya dalam meninggi suara secara melampau dan memanjangkan huruf madnya jauh melebihi 6 harakat.

Imam Bin Baz rahimahullah dalam fatwanya telah berkata 'Tidak boleh bagi seorang mukmin untuk membaca Al-Quran dengan mengikut alunan nyanyian muzik. Sebaliknya hendaklah dia membaca Al-Quran sebagaimana yang telah dibaca oleh generasi Salaf Al-Soleh daripada kalangan para Sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik. Maka hendaklah dia membacanya dengan tajwid dan secara khusyuk sehingga dapat memberi kesan kepada hati yang mendengarnya. Adapun membacanya mengikut gaya nyanyian maka itu tidak boleh." (Himpunan Fatwa Al-Allamah Bin Baz, 9/290).

Umumnya bacaan para imam masjid yang terkenal seperti Al-Sudais, Al-Ghamidi dan Al-Husary inilah yang boleh kita jadikan sebagai panduan dalam bacaan kita.

Wallahu a'lam.

Tamat Jawapan.

sumber:http://1aqidah.net/forum/20-soalan-dari-ruang-pertanyaan-1aqidahnet/425-hukum-memperindah-bacaan-al-quran.html#425

No comments:

Post a Comment