IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Wednesday, May 16, 2012
APAKAH ITU QARIN ?
Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia.
Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang
dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w.
sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim.
Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya
membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak
baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk
menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk
mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan
hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah
kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih
kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan
menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya
dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak
berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Ibnu Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap
kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa
malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya
aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat
kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat
Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu
malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata:
"Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya:
"Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata:
"Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah."
Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku
bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada
syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan
ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga
Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)
Di dalam hadis
lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu
pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam.
Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap
kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang
mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang
kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang
megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus,
"Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir,
makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan
yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama
dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan
"kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan
ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya
umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat
nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.
Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas
kesesatan atau kederhakaan manusia.
#Cuba Bayangkan sejenak
tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan
perbuatan Dosa dan Kejahatan.Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas
dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.
*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.
JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !
No comments:
Post a Comment