IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Wednesday, May 23, 2012
Hadis-hadis Palsu Yang Popular di Bulan Rejab
"Sesungguhnya di Syurga ada sungai yang dinamakan ‘Rejab’ airnya lebih
putih dari susu dan lebih manis dari madu, barangsiapa yang puasa satu
hari pada bulan Rejab maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari
air sungai itu.”(Periwayat majhul(periwayat tidak dikenali).Imam
adz-Dzahaby berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya,
Muhammad al-Mughirah tentang keutamaan bulan Rejab. Mansyur bin Yazid
adalah rawi yang tidak dikenal dan khabar (hadits) ini adalah bathil.”
(Lihat Mizaanul I’tidal (IV/ 189)
"Barang siapa yg
berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa
sebulan."(Periwayat matruk(periwayat suka berdusta).(Kata Imam
an-Nasa’i: “Furaat bin as-Saa’ib Matrukul hadits.”)
"Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan
ummatku."(hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim
al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95,
cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria).Kata Syaikh
ash-Shaghani (wafat th. 650 H): Hadits ini maudhu(palsu)
"Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya
ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan
Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan
barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka
baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg
berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg
mudah."(Periwayat matruk.Imam an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits.”
Sedangkan kata Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai pendusta.”)
"Keutamaan bulan Rajab atas bulan-bulan lainnya seperti keutamaan
al-Qur’an atas semua perkataan, keutamaan bulan Sya’ban seperti
keutamaanku atas para Nabi, dan keutamaan bulan Ramadhan seperti
keutamaan Allah atas semua hamba.”(Kata al Hafizh Ibnu Hajar
al-‘Asqalany: “Hadits ini palsu.”)
"Barangsiapa solat
Maghrib di malam pertama bulan Rajab, kemudian solat sesudahnya dua
puluh raka’at, setiap raka’at membaca al-Fatihah dan al-Ikhlash serta
salam sepuluh kali. Kalian tahu ganjarannya? Sesungguhnya Jibril
mengajarkan kepadaku demikian.” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang
lebih mengetahui, dan berkata: ‘Allah akan pelihara dirinya, hartanya,
keluarga dan anaknya serta diselamatkan dari azab kubur dan ia akan
melewati as-Shirath seperti kilat tanpa dihisab, dan tidak
diseksa."(Kata Ibnul Jauzi: “Hadits ini palsu dan kebanyakan
rawi-rawinya adalah majhul (tidak dikenali)
"Barang siapa
yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya
mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari
Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan
Tahlil dan Takbir."(Periwayat matruk.Dalam sanadnya ada rawi yg bernama
Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.)
"Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan
solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan
kepadanya dari buah-buahan Syurga."(Periwayat matruk.Dalam Kitab
Al-Laaly.Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu.)
Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rajab dan solat empat raka’at, di
raka’at pertama baca ‘ayat Kursiy’ seratus kali dan di raka’at kedua
baca ‘surat al-Ikhlas’ seratus kali, maka dia tidak mati hingga melihat
tempatnya di Syurga atau diperlihatkan kepadanya (sebelum dia
mati)”(Kata Ibnul Jauzy: “Hadits ini palsu, dan rawi-rawinya majhul
serta seorang perawi yang bernama ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah perawi
matruk menurut para Ahli Hadits.”)
Apakah yg sepatutnya di lakukan?
"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana
kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata
: Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram,
maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan
terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"(Riwayat Ahmad)
1 .Bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
2.Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
3.Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
4 .Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)
5. Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
6 .Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
7.Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan
yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa
(Mazhab Hanbali- Al-Jaziry)
“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari,Muslim)
No comments:
Post a Comment