Pages

Monday, May 7, 2012

Kajian buku- Mengungkap Hakikat Syi'ah..

Bukan suatu yang asing bagi kalangan orang berilmu terhadap kisah permusuhan sejak beratus tahun di antara kelompok ahli sunnah wal-jama'ah dengan Syi'ah Rafidhah. Bahkan di antara kelompok muslim dengan kafir Syi'ah Rafidhah! Kelompok Syi'ah adalah kelompok yang begitu keras permusuhannya terhadap Islam dan umatnya, jauh lebih dahsyat dari kaum Nashara dan Yahudi. Apatah lagi sejarah kemunculan Syi'ah itu sendiri saling tidak jauh dari pengaruh kaum Yahudi.
Sejak beratus tahun kelompok Syi'ah saling membunuh dan melakukan pelbagai bentuk konspirasi terhadap umat Islam. Sebagaimana yang berlaku dalam peristiwa terbunuhnya 'Umar, kemudian 'Utsman, kemudian 'Ali, dan kemudian Al-Husain. Kemudian terhadap pembunuhan jutaan manusia umat Islam di Bagdhad pada era 600 hijrah juga adalah angkara mereka yang berkomplot dengan kaum Tartar.
Pada zaman ini, sejarah sekali lagi berulang. Tetapi ramai kalangan kita yang tidak sedar. Syi'ah Rafidhah berkomplot dengan tentera kuffar Amerika memerangi Afghanistan, kemudian Iraq (bersama-sama menjatuhkan Saddam), dan yang terkini di Syiria mereka menindas para rakyat ahli sunnah. Manakala kisah di Iraq dan Iran, habis masjid-masjid ahli sunnah dibinasakan oleh mereka. Masyarakat sunni disiksa dan dibunuh dengan daksyat lagi menyayat hati. Lebih dahsyat dan kejam dari ketika pemerintahan Saddam Husain. Laa hwlaa walaa Quwwata illaa billaah...
Maka, ini adalah sebuah buku yang mengajak anda untuk mengenal lebih dekat tentang siapa sebenarnya Syi'ah. Apa latar belakangnya? Apa asas kerangka mazhab Syi'ah, siapa sebenarnya Syi'ah, dan apa itu Syi'ah.
Seterusnya, penulis mengajak melihat apakah rujukan-rujukan utama yang mereka gunakan di dalam membina fahaman mereka. Siapa pula tokoh-tokoh mereka. Bagaimana mereka memahami hadis-hadis nabi dan bagaimana pandangan mereka terhadap para sahabat nabi. Buku ini turut memfokuskan tentang aqidah taqiyyah (kepura-puraan) yang diimani oleh Syi'ah. Melihat bagaimana syi'ah bertaqiyyah di hadapan ahli sunnah, terutamanya di dalam persoalan aqidah dan solat. Turut dikupas adalah sekitar permasalahan konsep imam (imamiyyah) dari sudut pandang Syi'ah dan kebatilannya.
Persoalan imam mahdi juga turut dikupas. Sebagai tambahan yang agak istimewa, buku ini turut membentangkan fenomena taqrib (berbaik-baik) oleh pertubuhan Ikhwanul Muslimin (IM) bersama kelompok syi'ah. Juga pembongkaran kecelaruan methode Syi'ah di dalam memahami kepelbagaian periwayatan hadis. Dan hakikatnya, Syi'ah dan ahli sunnah adalah terlalu jauh dan besar jurang perbezaannya, sekaligus Syi'ah sebenarnya sangat membenci Ahli Sunnah. Lihatlah kupasan dan pembuktiannya melalui buku ini.
Ketahuilah bahawa di sisi Syi'ah Rafidhah, membunuh ahli sunnah adalah ibadah yang memiliki ganjaran yang tinggi di sisi mereka. Mereka bukanlah sahabat kita, ataha lagi teman duduk kita. Sebaliknya mereka adalah musuh yang amat dahsyat dan keji!

No comments:

Post a Comment