Pages

Thursday, May 3, 2012

Muhammad al-fatih -Pengaruh guru @MENTOR dalam pembentukan pemikiran @watak seseorang anak...




Beyond The Inspiration .... Siapakah ulama yang paling berpengaruh kepada Mehmed [Muhammad Al-Fatih]? Jawabannya, Syaikh Aaq Syamsuddin. Kenapa? Kerana Syaikh Syamsuddin yang telah memperkenalkan dan membentuk mentaliti seorang penakluk kepada Mehmed. Transfer ilmua antara kedua-duanya berlaku di mana sahaja; di madrasah, masjid bahkan ketika melakukan solat malam.
 Kemudian, Syaikh Syamsuddin selalu membacakan sejarah dan kisah para kesatria Islam kepada Mehmed, mula dari Sirah Muhammad SAW, sahabat dan sampai peristiwa penting lainnya yang sangat detail. Bukti penguasaan akan sejarah ini dilakukan oleh Mehmed ketika memerintahkan untuk memindahkan 72 kapal dari Selat Bosphorus menuju Teluk Tanduk Emas yang terinspirasi dari apa yang dilakukan oleh Shalahuddin al-Ayyubi ketika memindahkan kapal dayung dari Fustat ke Laut Merah.
 Bukti nyata! Syaikh Syamsuddin menyakinkan Mehmed dengan motivasi yang luar biasa, "Mehmed, engkaulah orang yang dimaksud sebagai 'pemimpin terbaik' dalam hadis penaklukan Konstantinopel." Syaikh Syamsuddin mempunyai mentaliti pantang menyerah, rela berkorban untuk Islam dan melihat lebih dari apa yang mampu dilihat oleh mata.  
Maka, tidak mengkhairankan bahawa dua subjek yang paling sangat digemari oleh Mehmed dan sangat mempengaruhi kehidupuannya adalah sejarah dan bahasa. Sejarah menyediakan kepadanya informasi-informasi tentang apa sahaja yang berkaitan dengan sebab-sebab yang menjadikan Konstantinopel menang untuk akhirnya mempersiapak strategi dan taktik yang lebih baik. begitu juga dengan bahasa, seseorang boleh melihat satu peradaban dengan bahasanya. Peradaban adalah kumpulan kefahaman atas kehidupan dan ianya dilahirkan dari proses berfikir dan proses berfikir tidak dimungkin tanpa informasi yang memerlukan bahasa. 
Satu pedoman dan bekalan untuk kita sebagai ibu-bapa [khasnya], ada pengaruh yang sangat besar dan signifikan antara anak-anak yang membaca biografi tokoh-tokoh hebat dengan anak-anak yang tidak membacanya pada pembentukan mental dan prestasi. Tidak percaya? Cuba. Dapatkan buku ini di PBAKL! Kalau tak dapat juga memang Raudhah al-Miqyas alternatif paling tepat :) - 0146615748 

No comments:

Post a Comment