IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Thursday, June 28, 2012
MUKMIN YANG KUAT LEBIH DIKASIHI ALLAH
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : “SEORANG MUKMIN YANG KUAT itu
lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah, daripada seorang mukmin yang
lemah, dan dalam segala sesuatu itu baik adanya. Jagalah apa yang
bermanfaat bagimu, mintalah tolong kepada Allah dan jangan merasa tidak
mampu..” (Hadis Riwayat Muslim)..
Mukmin yang kuat adalah mukmin yang lebih cintanya dan taqarrubnya
kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan pada pemahaman Kitab-Nya... Kerana ia
kuat dalam memahami dan meneliti, kuat dalam berfikir dan menganalisa
kebenaran dan kebatilan.... Mukmin yang kuat disini bukan bermakna kuat
fizikal semata-mata, tetapi kuat yang dimaksudkan adalah kuat dari segi
KEROHANIAN, JIWA, DAN DAYA PEMIKIRAN.... Ia mampu untuk melihat sesuatu
perkara yang bermanfaat dan berbahaya... Contohnya apabila ia lihat
temannya dalam keadaan lemah, ia berusaha untuk memperkuatkannya dan
mengatasi kelemahannya.... Apabila ia lihat umatnya dalam keadaan
kritikal berpenyakit, ia akan mencari ubatnya....
Apabila kita
ingin menjadi mukmin yang kuat, kita perlu melihat AL QURAN, dengan
kekuatan analisa, pemahaman, pemikiran dan makrifat untuk mengetahui
maksud yang dibaca... Kita perlu menguasai jiwa, perasaan, nurani dan
hati... Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Orang yang kuat itu
bukanlah orang yang kuat dalam berkelahi, akan tetapi orang yang kuat
adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika sedang marah...” (Hadis
Riwayat Muttafaq Alaih)...
KITA PERLU SETIAP HARI
mempersiapkan diri kITA dengan kekuatan IMAN dan hidupkan hati dengan
ZIKRULLAH, memahami masaalah umat Islam dan berusaha untuk
mengatasinya..... Membaiki peribadi dan akhlak Islam, memperkukuhkan
kekuatan akidah dan mempertingkatkan hubungan hati dengan Allah SWT.....
Seorang mukmin adalah orang yang tidak pernah merasa bahawa
dirinya tidak mampu.... Dibuangkan jauh-jauh segala kelemahan dirinya
dengan sebuah keyakinan, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa telah
membangkitkan dalam dirinya kebaikan, kemampuan dan kekuatan.... Yakin
dengan janji-janji Allah dan terus berjihad, berjuang dan berkorban apa
sahaja demi mencari keredaan Allah SWT.. Yang penting laksanakan dahulu
tugas dan tanggungjawab, dan segala masaalah serahkan kepada Allah
SWT... Insya Allah ianya akan dipermudahkan oleh Allah SWT......
izinkan saya share ye artikel ni.. thanks ^_^
ReplyDelete