Pages

Monday, July 30, 2012

fidyah Puasa

Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin.

 Kewajipan fidyah puasa ini berdasarkan firman Allah;

“…Dan wajib ke atas orang-orang yang payah/sukar mengerjakan puasa (kerana tua, sakit yang tiada kemungkinan sembuh dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap hari yang ditinggalkan puasanya)…”. (al-Baqarah: 184)

Orang-orang yang dituntut membayar fidyah puasa ialah;

1. Orang yang meninggalkan puasa kerana sakit yang tiada harapan sembuh
2. Orang tua yang tiada lagi kemampuan/daya untuk berpuasa.
3. Wanita hamil yang berbuka puasa kerana bimbangkan kandungannya.
4. Wanita menyusu yang berbuka puasa kerana bimbangkan anak yang disusuinya itu.
5. Seorang yang mati sebelum sempat mengqadha’ puasanya
6. Seorang yang sengaja menangguh-nangguh qadha’ puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya dan ia belum menunaikan puasa Qadha’nya. Ia wajib membayar fidyah di samping mengqadha puasanya itu.


~Islam Itu Indah.

No comments:

Post a Comment