Pages

Monday, July 2, 2012

"Laluan ke Baitul Maqdis adalah melalui Damsyik"


 
"Laluan ke Baitul Maqdis adalah melalui Damsyik"

.. sambung (bhgn ke 2)

Syeikh Dr Munir Ghatban dan Muraqib am Suria - Syeikh Muhammad Riyad Shokfah menjelaskan taurah (kebangkitan rakyat Suria).

7. (ulasan HMN) - (ini ulasan saya dari point no 6 yang dibangkitkan oleh beberapa rakan FB) - Peranan Iran di dalam isu Syria adalah jelas. Salah seorang ulama dalam muktamar ini tanpa selindung mengatakan Iran adalah punca kepada apa yang berlaku di Syria - bukankah salah satu dari permintaan Free Syrian Army kepada Pressiden Morsi Mesir yang baru terpilih dalam PR Presiden Mesir ialah menghalang kapal-kapal Iran menggunakan terusan Suez kerana ia membekalkan senjata dan pelbagai bantuan kepada Regim Assad untuk membunuh rakyatnya?

8. (Ulasan HMN) Ini ulasan tambahan saya - Jangan terpedaya dengan persepsi yang dibentuk oleh musuh. Peperangan di medan persepsi adalah tidak kurang sengitnya dengan peperangan di medan persenjataan dan tempur, bahkan ianya lebih sukar kerana ia melindungi apa yang tersirat. US dan Iran sehingga hari ini hanya engage in war of words, tak lebih dari itu. Bahkan apabila Iran menawan Kedutaan US pada tahun 1979 semasa revolusi Iran yang diketuai oleh Ayatullah Khomeini. Bahkan apabila misi penyelamat dikirim untuk membebaskan kakitangan kedutaan yang menjadi tebusan, misi tersebut gagal apabila helikopter dan kapalterbang Hercules yang membawa komando paling terlatih berlaga dan meletup di udara. (pernahkah kita terfikir satu misi rahsia yang begitu penting untuk menyelamatkan diplomat US bolih gagal begitu sahaja....?). Dan US memang mahir menyusun kerja-kerja espionage (perisikan) spt ini meskipun mengorbankan warganya sendiri. Bukankah semasa perang 1967 Israel menembak kapal US - USS Liberty di Terusan Suez dan menyebabkan ramai anggota kapal terbunuh - dan Isdrael hanya memohon maaf dan Kerajaan US tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas Israel).

9. Sambung pencerahan dari Syeikh Dr Munir Ghatban - Kebangkitan rakyat Syria menunjukkan tanda-tanda jelas kemenangan dipihak rakyat. Syeikh menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak yang hilang sebelah kakinya dan buta sebelah matanya akibat penyeksaan tentera Assad masih bolih bersyukur dan berkata 'aku bersyukur kerana masih memiliki satu mata untuk melihat kejatuhan Bashar Assad InsyaAllah.

10. Syeikh Munir kemudiannya menyebut tentang hadis Nabi SAW tentang proses kemenangan umat Islam di akhir zaman di mana kemenangan itu akan datang dari 'ghutah' dan Baitul Maqdis akan dibebaskan dari laluan Damsyik (Di manakah ghutah ini tidak disebut tetapi ghutah ini merujuk kepada pinggir bandar. Rakyat Syria amat yakin bahawa ghutah yang disebut oleh Nabi itu ialah di pinggir bandar Damsyik. Perancangannya ialah rakyat akan mengepung istana Assad di Damsyik.

11. Situasi semasa menunjukkan bahawa 75% dari negara Suria telah terlepas dari cengkaman tentera Assad - maknanya di kawal oleh rakyat Syria. Regim Assad hanya mampu melancarkan serangan ke wilayah-wilayah ini dengan pesawat udara. (Ulasan saya - Dalam mana-mana peperangan, penentu kemenangan ialah apabila ground forces berjaya menawan sesuatu wilayah - air strike hanya berkesan sebelum wilayah ditawan).

12. Atas dakwaan bahawa kebangkitan rakyat Syria didalangi oleh kuasa barat, syeikh menjelaskan kebangkitan rakyat dipimpin oleh 'ulama syabab al-amilin' (ulama-ulama muda yang bekerja). Mereka akan memastikan agenda barat tidak akan mengambil alih inisiatif yang digerakkan oleh rakyat. Rakyat yang bekerja akan menjatuhkan Regim Assad, bukan mana-mana kuasa yang cuba mengambil kesempatan.

13. Tentang kedudukan ulama-ulama yang menyokong Bashar assad - syeikh menjelaskan mufti Syria yang menyokong Assad adalah sebahagian dari mukhabarat (Special Branch). (Penjelasan di muktamar menjelaskan bahawa Parti Baath yang dibentuk dan dikuasai oleh golongan Nusayri telah mencengkam semua institusi termasuk keselamatan dan agensi-agensi kerajaan - maka tidak hairanlah institusi ulama rasmi juga dikuasai oleh mereka atau ditimpa indoktrinasi yang parah).

14. Adapun kedudukan Syeikh Ramadhan al-Buti yang juga memihak kepada Regim BasharAssad, syeikh mengatakan Al-Buti adalah tertipu atau terpedaya dengan Regim Assad (ulasan HMN - mungkin juga satu bentuk indoktrinasi yang mencengkam sehingga hilang pertimbangan dalam menentukan sikap).

Sekian - jika diberi kesempatan akan membuat liputan tambahan dalam muktamar Syria ini.
 

No comments:

Post a Comment