Pages

Tuesday, July 17, 2012

Program Tadabbur Al-Quran sempena Ramadhan 1433




 PROGRAM TADABBUR AL-QURANSEMPENA RAMADHAN 1433

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد

PENDAHULUAN:
Tadabbur adalah isitilah yang digunakan untuk memahami dan menghayati al-Quran. Ia adalah saranan Allah dalam banyak ayat antaranya:

{أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا} النساء: (82)

Ertinya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya (al-Nisa’[4:82]).
Juga firmanNya:

{كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آَيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ} ص: (29)

Ertinya: (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar (Sad[38:29]).
Juga firmanNya:

{أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا} محمد: (24)

Ertinya: (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (Muhammad[47:24]).
LONTARAN PANDANGAN:
1)         Penyediaan ayat-ayat al-Quran dengan tema serta tajuk tertentu (sebagaimana disertakan) bertujuan membantu masyarakat awam memahami dan menghayati al-Quran bersempena bulan Ramadhan di bawah bimbingan penceramah jemputan.
2)         Perbincangan agama dalam tazkirah pada bulan Ramadhan tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada isu kelebihan Ramadhan sahaja. Kesempatan bulan Ramadhan sebagai bulan turunnya al-Quran perlu dimaksimakan dengan penghayatan kepada isi kandungannya.
3)         Pihak masjid dan surau yang berhasrat menjemput para penceramah pada bulan Ramadhan boleh menetapkan terus tajuk serta pilihan ayat kepada para penceramah. Cara ini menjadikan penyampaian tajuk tazkirah atau kuliah lebih jelas dan terfokus.
4)         Pihak penceramah yang sudah diminta mengulas tajuk dengan ayat tertentu pastinya akan lebih bersedia secara ilmiah dan tersusun.
5)         Tumpuan penceramah perlu bersistem dengan menyentuh beberapa isu utama bagi setiap ayat seperti ASBAB NUZUL, MUNASABAT AYAT, PENGAJARAN KHAS BERBENTUK FIQH DARI AYAT & APA-APA SAHAJA ISU YANG DIRASAKAN SESUAI DENGAN AYAT.
6)         Proses ini berguna untuk mendekatkan masyarakat dengan al-Quran kerana sebarang isu dikaitkan terus dengan ayat al-Quran.
7)         Antara tajuk dan himpunan ayat yang dicadangkan adalah; PENCIPTAAN ALAM, SOLAT, SEDEKAH,  REZEKI, POLITIK, MU’AMALAT DENGAN BUKAN ISLAM, SIFAT SOLEH & BAKTI KEPADA IBU BAPA
bacaan seterusnya :

No comments:

Post a Comment