IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Saturday, July 28, 2012
Saidina Ali ANTI Syiah
1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Aku
mendengar Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir
zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa
Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ibnu
Qutaibah, Ta'wilu Mukhtalifi al-Hadith, hal 56)
2. Diriwayatkan
dari Zaid Bin Ali Zainal Abidin iaitu cucunda kepada Saidina Hussein
dan bapa saudara Ja'far as-Sadiq, bahawa ketika Syiah mengemukakan
kepadanya syarat sokongan mereka terhadap beliau, iaitu "Jika engkau
berlepas diri daripada Abu Bakar dan Omar maka kami akan menyokong
engkau tetapi jika engkau tidak berlepas diri daripadanya maka kami akan
menolak engkau". Mendengar syarat mereka itu, Imam Zaid lantas berkata
"Allahu Akbar! Ayahku telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah saw
telah bersabda kepada Ali ra "Sesungguhnya akan muncul satu golongan
yang mendakwa cinta kepada kami. Mereka akan mempunyai gelaran-gelaran
yang dapat dikenali melaluinya. Apabila kamu menemui mereka, bunuhlah
mereka kerana mereka itu sebenarnya musyrikun" Kemudian Imam Zaid
berkata "Pergilah kamu, kamu golongan Rafidhah (golongan yang
dimaksudkan oleh Nabi kepada Saidina Ali dalam sabdanya itu)". (Nasywan
al-Himyari, al-Huuru al-Ain, hal. 185)
3. Ali bin Abi Talib
berkata "Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir
zaman yang dipanggil Rafidhah. Mereka menolak Islam" (Ahmad, al-Musnad,
j.1, hal.103)
4. Imam az-Zahabi telah mengemukakan satu riwayat
daripada Saidina Ali sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu Hajar al-Haithami
bahawa Saidina Ali berkata Rasulullah saw bersabda "Akan muncul didalam
umatku di akhir zaman nanti satu golongan yang dinamakan Rafidhah.
Mereka menolak Islam". Imam ad-Daraqutni mengemukakan hadis ini dengan
sedikit tambahan iaitu Rasulullah saw berkata kepada Ali "Sekiranya kamu
menemui mereka hendaklah kamu bunuh mereka kerana mereka adalah
golongan musyrikun. Ali berkata "Aku bertanya Rasulullah saw "Apakah
tanda yang ada pada mereka? Baginda bersabda "Mereka terlalu memuji-muji
engkau dengan sesuatu yang tidak ada pada engkau dan mereka
memburuk-burukkan para Sahabat" (Imam Ibnu Hajar al-Haithami,
as-Sawa'iqu al-Muhriqah, hal 102)
5. Imam al-Bukhari juga
mengemukakan hadis ini didalam kitabnya yang bernama "at-Tarikhu
al-kabir" dibawah biografi Ibrahim bin Hasan dengan lafaz "Akan muncul
satu golongan, gelaran mereka ialah Rafidhah. Mereka menolak agama"
(al-Bukhari, at-Tarikhu al-Kabir, j.1, hal 279-280). Syeikh Ahmad
Muhammad Syakir membuat komentar selepas mengemukakan riwayat yang
disebutkan oleh Bukhari tadi begini "Agaknya Bukhari tidak memandang
hadis ini daif kerana beliau tidak mencacatkan seorangpun dari
perawi-perawinya.
6. Diriwayatkan dari Ali bahawa Nabi saw
bersabda "Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka nanti akan
muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka membaca
al-Quran tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka (tidak
meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah. Sekiranya
engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka adalah
golongan musyrikun" (Ali al-Muttaqi, Kanzu al-Ummal, j.11 hal 324).
Selain dari hadis ini, Ali al-Muttaqi telah mengemukakan 13 hadis yang
lain berhubung dengan Rafidhah didalam kitab beliau yang tersebut
dibawah tajuk "ar-Rafidhah Qabbabahum Allah" (Golongan Rafidhah-Semoga
mereka dimurkai Allah)
7. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya
"Pernah aku berada disamping Nabi saw bersamanya ada Ali. Nabi saw
bersabda (kepada Ali)"Wahai Ali! Nanti akan muncul didalam umatku satu
golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar Rafidhah.
Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Hafiz
Nuruddin Ali bin Abu Bakr al-Haithami, Majma'u az-Zawaid wa Manba'u
al-Fawaid, j.10 hal 22)
8. Hafiz Ibnu Hajar dalam "Ta'jilu
al-Manfa'ah"(hal 14) juga mengemukaan hadis di atas dan beliau tidak
menyebutkan sebarang kecacatan didalam sanad hadis tersebut (lihat
Ta'liq dan Syarah al-Musnad oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, j.2 hal
806)
9. Imam ad-Daraqutni, Ibnu hajar al-haithami dan Imam Ibnu
Taimiyyah juga telah mengemukakan hadis diatas dengan sedikit perbezaan
pada lafaznya. Untuk itu lihat "as-Sawaa'iqu al-Muhriqah (hal 102) dan
"as-Sharimu al-Maslul (hal 582-583)
Sumber : Syiah Rafidhah Diantara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah oleh Muhammad Asri Yusof halaman 36-39 credit to :Kebenaran
No comments:
Post a Comment