Pages

Wednesday, July 18, 2012

Semakin ramai yang ingin mengetahui mengenai Islam dan semakin bertambah mereka yang memeluk Islam.





Bila melihat gambar ini teringat satu pengalaman semasa kembara ke Sepanyol. Pengalaman ini mungkin biasa bagi orang lain namun luar biasa bagi diri saya.

Penerbangan selama 13 jam dari Kuala Lumpur ke London memang letih dan membosankan mujur bawa laptop dan buku dapat juga mengisi masa dengan menulis dan membaca. Sampai di lapangan terbang London kena menunggu lebih 3 jam lagi untuk sambung penerbangan ke Madrid, Sepanyol.

Semasa berada di lapangan terbang London, saya mengambil kesempatan untuk menunaikan sembahyang. Dalam bilik air kelihatan beberapa orang lelaki kulit putih yang bertatu lengannya dan bertindik hidung dan telinganya.

“Awak orang Islam?” tanya seorang dari lelaki itu dalam bahasa inggeris semasa saya sedang mengambil air sembahyang guna air paip dari sinki.

Saya toleh ke arah lelaki itu, dia memandang tajam. Begitu juga dengan kawan-kawannya. Hati mula berdebar-debar.

Saya tahu di Negara Barat dan Eropah masih ada yang fobia terhadap orang Islam. Malah ada yang sanggup memukul atau membunuh orang Islam semata-mata kerana salah faham.
Namun dalam masa yang sama Islam juga sedang berkembang di Negara tersebut. Semakin ramai yang ingin mengetahui mengenai Islam dan semakin bertambah mereka yang memeluk Islam.

Semasa berada dalam bilik air itu saya sedang dikeliling beberapa orang lelaki yang kelihatan menakutkan. Jika mereka mahu melakukan sesuatu yang tidak baik pasti saya menjadi mangsanya.

Namun saya juga sedar bahawa Tuhan sedang menguji. Apakah saya takut mengaku orang Islam?. Oh tidak. Kalau saya dibunuh sekali pun sekurangnya ia berlaku selepas saya mengaku orang Islam.
“Ye saya orang Islam,” jawab saya dalam bahas Inggeris. Tidaklah susah sangat menyebutnya.

Saya melihat sesuatu yang tidak dijangka. Wajah-wajah yang kelihatan bengis itu tiba-tiba mengorak senyuman. 

No comments:

Post a Comment