IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Sunday, July 22, 2012
UTUSAN: Islam larang perpecahan - DR. ISMAIL LUTFI
MUKADIMAH
NAMA DR. ISMAIL LUTFI sememangnya dikenali sebagai antara tokoh tersohor
ulama Islam di rantau ini. Beliau yang juga merupakan Rektor Universiti
Islam Yala (UIY) di Pattani, Thailand sering sahaja dijemput untuk
berkongsi ilmu bersama masyarakat Islam lain bukan sahaja di rantau ini
malah sehingga ke rantau Arab.
Di bawah kepimpinannya UIY yang juga merupakan universiti Islam swasta
pertama di negara Gajah Putih itu dan dinaik taraf ke peringkat
Universiti pada tahun 2007 semakin dikenali sebagai pusat ilmu terunggul
di rantau ini. Berikut adalah teks soal jawab Dr. Ismail Lutfi yang
disediakan untuk Mingguan Malaysia yang meliputi beberapa isu
kemaslahatan ummah terutama di negara ini. “Ingatlah bahawa Islam
melarang perpecahan walaupun dibenarkan perselisihan dalam beberapa
permasalahan yang tidak membawa perpecahan, kerana bukanlah setiap
perselisihan itu perpecahan," katanya.
Soalan: Umat Islam di mana-mana menghadapi perpecahan yang serius. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ianya berlaku?
ISMAIL : Faktor utamanya yang membawa perpecahan umat ialah kejahilan
atau kedegilan terhadap ajaran-ajaran Islam yang benar, serta kekotoran
jiwa yang merupakan tanah berbaja dalam memujakan hawa nafsu dan
mengutamakan kemaslahatan peribadi atau puak masing-masing ke atas yang
lain.
Ingatlah bahawa Islam melarang perpecahan walaupun dibenarkan
perselisihan dalam beberapa permasalahan yang tidak membawa perpecahan,
kerana bukanlah setiap perselisihan itu perpecahan, seperti kenyataan
perselisihan yang berlaku di kalangan para sahabat r.a., tetapi tidak
membawa perpecahan dan berpuak-puak yang tercela, bahkan semata-mata
perselisihan yang bukan hasil daripada sebab perpecahan atau bukan
membawa perpecahan adalah sunat Allah yang sering terjadi dan terkawal
daripada kemasukan unsur-unsur perpecahan yang tercela. Bacaan seterisnya :http://islahperlis.blogspot.com/2012/07/utusan-islam-larang-perpecahan-dr.html?spref=fb
No comments:
Post a Comment