Pages

Saturday, August 25, 2012

Maksud berpegang kepada mazhab Imam asy-Syafie?


 
 
 
Maksud berpegang kepada mazhab Imam asy-Syafie adalah:

1 - Berpegang dengan hadis-hadis yang sahih menurut penilaian para ulamak hadis.

2 - Tidak bertaklid / mengikut secara membuta tuli kepada ucapan dan perbuatan seseorang, termasuk Imam asy-Syafie itu sendiri.

3 - Meninggalkan segala perkataan atau perbuatan manusia biasa yang jelas bercanggah dengan perkataan dan perbuatan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

4 - Mengikuti sunnah-sunnah Nabi yang sahih dan juga para sahabat serta meninggalkan segala jenis bid'ah dalam urusan agama.

Perhatikan kata-kata Imam asy-Syafie berikut:

al-Imam Ibnu Abi Hatim al-Razi telah meriwayatkan di dalam kitabnya, Adab Syafie wa Manaqibuhu, ms. 67-68 dan 93, bahawa al-Imam asy-Syafie pernah menyatakan:

كُلُّ مَا قُلْتُ وَكَانَ عَنَ النَّبِيِّ خِلَافَ قَوْلِيْ مِمَّا يَصِحُّ، فَحَدِيْثُ النَّبِيِّ أَوْلَى وَلاَ تُقَلِّدُوْنِيْ

"Setiap apa yang telah aku ucapkan, padahal telah datang dari Nabi yang sahih yang bertentangan dengan ucapanku itu, maka mengambil hadis Nabi itulah yang utama dan janganlah kamu bertaklid kepadaku."

al-Imam asy-Syafie rahimahullah berkata lagi:

وَدَلاَلَةٌ عَلَى أَنَّهُ لَوْ مَضَ أَيْضًا عَمَلُ أَحَدٍ مِنَ اْلأَئِمَّةِ، ثُمَّ وَجَدَ خَبَرًا عَنِ النَّبِيَّ صَلَّى اﷲُعَلَيْهِ وَسلَّمْ يُخَالِفُ عَمَلَهُ: لَتَرَكَ عَمَلَهُ لِخَبَرِ رَسُوْلِ اﷲ صَلَّى اﷲُعَلَيْهِ وَسلَّمْ. وَدَلاَلَةٌ عَلَى أَنَّ حَدِيْثَ رَسُوْلِ اﷲِ يُثْبِتُ نَفْسَه،ُ لاَ بِعَمَلِ غَيْرِهِ بَعْدَهُ.

"(Hal ini) juga menjadi dalil bahawa bila telah diketahui suatu amalan dari seorang ulama Islam, kemudian didapati satu hadis dari Nabi yang bertentangan dengan apa yang telah diamalkan olehnya itu, maka (seandainya) ulama itu (mengetahui hal itu, pastilah dia) akan meninggalkan amalannya demi menghormati hadis Rasulullah. Dan hal itu juga menjadi dalil bahawa hadis Rasulullah itu berdiri sendiri (dan dapat menjadi hukum agama dengan sendirinya). Dan ketetapan hadis Rasulullah itu tidaklah terikat dengan satupun pengamalan orang yang datang setelah baginda."

Katanya lagi:

وَأُوْصِيْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَلُزُوْمِ السُّنَّةِ وَالْآثاَرِ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ عَلَيْهِ السَّلَامُ، وَأَصْحَابِهِ، وَتَرْكِ الْبِدَعِ وَالْأَهْوَاءِ وَاجْتِنَابِهَا.

"Saya wasiatkan dengan taqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berpegang teguh dengan sunnah dan hadis Rasulullah ‘alaihissalam dan para sahabatnya serta meninggalkan dan menjauhi hawa kebid’ahan dan hawa nafsu." - Lihat I’tiqad Imam Syafi’i oleh al-Haraki, ms. 16, al-Amru bil Ittiba’ oleh as-Suyuthi, ms. 313, Aqidah Syafi’i oleh al-Barzanji, ms. 93 dan Juhud Syafi’iyyah fi Muharabatil Bida’ oleh Dr. Muhammad Nur Ihsan, ms. 97.
--------------------
Persoalan qunut subuh adalah khilaf di kalangan para ulamak. Meskipun saya condong kepada pendapat yang melemahkannya, namun saya berlapang dada kepada mereka yang cenderung kepada pandangan sebaliknya.

P/S: al-Hafiz Taqiyuddin as-Subki asy-Syafie dan Syeikh Abu al-Hasan al-Karajji asy-Syafie ialah antara dua tokoh hadis bermazhab Syafie yang tidak melaksanakan qunut Subuh atas alasan hadisnya adalah lemah.

No comments:

Post a Comment