Pages

Sunday, August 26, 2012

Riba & Tinjauan Kritis Perbankan Syar'iyah



 Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Riba itu memiliki 72 pintu, yg paling ringan adalah yg seumpama dgn dosa seseorang yg menzinai ibu kandungnya sendiri.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Albani)

“Sesungguhnya 1 dirham yg diperolehi seseorang dgn cara riba, dosanya lebih besar di sisi Allah berbanding 36 kali perzinaan yg dilakukan oleh seseorang.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi. Dinilai sahih oleh al-Albani)


 ---------------------------------------

Syari'at Islam ini bersifat universal. Mencakupi pelbagai aspek kehidupan termasuk aspek perniagaan dan mu'amalah perekonomian. Bermula dari tunjang 'aqidah dan ibadah, kemudiannya sehingga aspek mu'amalah serta ekonomi. Oleh sebab itulah, Islam sentiasa wujud sebagai solusi di tengah-tengah masyarakat dalam pelbagai perkara dan permasalahan. Kini, dalam persoalan ekonomi dan perbankan, munculnya sebuah sistem yang sangat memeningkan. Iaitulah sistem Riba'. Apa itu Riba'? Adakah ia sebuah permasalahan yang baru timbul di zaman ini atau sebenarnya telah berkurun ia wujud? Adakah kita telah terperangkap dengannya atau sebenarnya masih memiliki jalan keluar?

Maka, buku ini mengupas dengan jelas selok-belok tentang Riba' dan beberapa kaedah penting berkenaan dengannya. Antara lain, isi perbahasan penting yang turut dikupas adalah, jenis-jenis riba dan bentuk-bentuk bagaimana riba' boleh terjadi, Hukum menyimpan wang dalam bank, mendermakan hasil riba kepada fakir miskin dan untuk pembangunan masjid, hukum jual/beli emas, kadar tukar mata wang, jual beli saham, hukum insuran dan pelbagai lagi lainnya berkaitan urusniaga yang terlibat dengan ancaman riba'. Pelbagai sudut tentang ekonomi dan perbankan juga dikupas melalui buku ini. Buku ini dibentangkan berdasarkan dalil-dalil yang akurat disertakan dengan fatwa-fatwa para ulama ahlus sunnah wal-Jama'ah kontemporari. Semoga dengannya kita akan mampu memahami realiti sebenar perkara tersebut dan bagaimanakah pandangan syari'at yang tepat berkenaan dengannya. Dan bagaimana pula cara-cara untuk mengelak serta menanganinya.
Bacaan seterusnya:
http://galeriniaga.blogspot.com/2009/10/166-riba-tinjauan-kritis-perbankan.html

No comments:

Post a Comment