Pages

Friday, September 21, 2012

Berjuang atas tiket taksub kepartian atau kepuakan


Berjuang atas tiket taksub kepartian atau kepuakan… Apa kata Nabi?

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda
 
 “Sesiapa yang keluar dari ketaatan (terhadap pemerintah) dan memisahkan diri dari jama’ah (kesatuan umat Islam) lalu dia mati, maka matinya mati jahiliyah. Sesiapa yang berjuang (berperang) di bawah bendera kesesatan, marah kerana ketaksuban terhadap puak, atau menyeru kepada puak tersebut, atau dia menolong orang lain atas dasar ketaksuban puak, lalu dia terbunuh, maka matinya adalah mati jahiliyah.

Dan sesiapa yang keluar (memberontak atau membuat kacau) di tengah-tengah umatku, lalu dia membunuh tanpa mengira orang yang baik atau yang zalim, tidak berhati-hati terhadap darah kaum mukmin, dan tidak menepati janji terhadap orang-orang yang mendapat jaminan keselamatan (oleh pemerintah), maka dia tidak termasuk golonganku, dan aku bukan termasuk dari golongannya.” [Shahih Muslim, no. 1848]
 

No comments:

Post a Comment