Pages

Friday, September 14, 2012

Intisari 'Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah

 
 
 
 
 Dalam sebuah hadis yang sahih Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda bahawa ummat Islam sepeninggalan beliau akan terpecah-belah menjadi 73 golongan, semuanya akan masuk Neraka, kecuali satu. Ciri-ciri golongan yang satu itu adalah, "Maa ana 'alaihi wa ash-haabihi" (yang mengikuti sunnahku dan sunnah Sahabatku). Kalimat terakhir inilah yang pada kemudiannya menyebabkan muncul istilah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah sebagai al-firqatun naajiyah (kelompok yang selamat) atau thaa'ifah al-manshuurah (kelompok yang dimenangkan).
 
Lantas, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Ahlus Sunnah wal Jama'ah? Siapakah mereka?
 
Buku yang ada di hadapan saudara ini berusaha membantu memberikan jawaban yang memuaskan ke atas pertanyaan-pertanyaan tersebut dan menambah ilmu kepada saudara berkenaan dengan masalah tersebut. Buku yang kami beri judul Intisari 'Aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah ini merupakan terjemahan dari kitab Al-Wajiiz fii 'Aqidatis Salafish Shaalih Ahlis Sunnah wal Jama'ah, karya Syaikh 'Abdullah bin 'Abdil Hamid al-Atsari.
 
Buku yang memperoleh kata aluan dan pujian dari para ulama besar ini membahaskan asas-asas masalah 'aqidah secara padat dan lengkap, seperti definisi 'aqidah, Ahlus Sunnah wal Jama'ah, salaf, Ahlul Ahwaa' (pengikut hawa nafsu), bid'ah, ittiba' (mencontohi Nabi), rukun iman, takfir (pengkafiran), muwaalah (kecintaan), mu'aadah (permusuhan), karamah para wali, taat kepada Ulil Amri, kaedah-kaedah dakwah dan lain-lain. Buku ini disajikan secara sistematik, jelas, dan ringkas sehingga mudah dibaca dan mudah difahami.
 
Di samping itu kami juga melengkapinya dengan takhrij hadis-hadisnya sehingga maklumat yang dibentangkan dapat dipertanggung-jawabkan secara ilmiyah.
 
Selawat dan salam semoga selalu dicurahkan kepada Nabi kita Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam, kepada Keluarga dan seluruh Sahabatnya..
 
 

No comments:

Post a Comment